Sunday, December 26, 2010

MANUSIA SEBENAR SUKA KEPADA YANG MURAH...FREE LAGI MEREKA SUKA...TAPI BILA FREE ORANG BERI FREE TU TENTU ADA TUJUAN DAN MUSLIHAT....

DUNIA


Berjuta-juta serbu pusat beli-belah


SEJUMLAH besar orang ramai mengerumuni gedung Selfridges di Oxford Street, London semalam.


LONDON - Berjuta-juta orang menyerbu gedung perniagaan yang menawarkan diskaun sehingga 80 peratus semalam di Britain.
Diskaun itu diberikan sempena cuti umum hari kedua perayaan Krismas yang dikenali sebagai Boxing Day di negara tersebut.
Pusat beli-belah Brent Cross di utara London membuka pintunya dua jam lebih awal menyebabkan sehingga 10,000 orang membeli-belah dalam tempoh sejam ia dibuka.
Kira-kira 1,000 orang sanggup menunggu selama dua jam di luar pusat beli-belah River Island, Topshop dan Zara.
Seorang jurucakap menyatakan, secara puratanya sebanyak £7,000 (RM33,456) dibelanjakan setiap minit semalam.
Diskaun 50 peratus diberikan untuk pakaian dan barangan kemas manakala 80 peratus untuk kasut.
Semasa pusat beli-belah Selfridges di Oxford Street dibuka pada pukul 11 pagi, lebih 8,000 orang menunggu di luar bangunan tersebut berbanding 2,000 sahaja pada tahun lalu.
Di pusat beli-belah Braehead dekat Glasgow, pembeli-belah sanggup menunggu di luar bangunan sebelum ia dibuka pada pukul 7 pagi.
Pengurus Besar Braehead, Peter Beagley berkata: "Orang ramai memandu ke tempat letak kereta kami seawal pukul 5 pagi untuk menjadi kumpulan pertama membeli barangan jualan." - Agensi



DUNIA


Hefner usia 84 tahun bertunang model 24 tahun


HUGH HEFNER dan teman wanitanya, Crystal Harris menghadiri majlis tayangan perdana Iron Man 2 di pawagam El Capitan di Los Angeles pada 26 April lalu.



CHICAGO - Pemilik majalah bogel Playboy, Hugh Hefner, 84, mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dengan teman wanitanya yang merupakan seorang model, Crystal Harris, 24, setelah mereka bertunang, lapor sebuah akhbar semalam.
"Selepas menonton filem malam ini (kelmarin), saya dan Crystal bertukar-tukar hadiah. Saya memberinya sebentuk cincin. Hari menjelang Krismas yang penuh bermakna," kata Hefner melalui Twitternya kelmarin.
Komen terbaru melalui Twiiternya mengenai lamarannya itu menyatakan: "Ketika saya memberi cincin itu kepada Crystal, dia menitiskan air mata. Hari Krismas yang paling indah".
Tunang Hefner, Crystal turut meninggalkan komen ringkas di Twitter dengan menyatakan: "Krismas yang paling bermakna".
Hefner turut memberi penjelasan lanjut mengenai komen-komen yang dibuatnya dan Crystal di Twitter berkaitan pertunangannya itu.
"Ya, cincin yang saya berikan kepada Crystal adalah cincin pertunangan kami. Saya tidak berniat untuk menimbulkan tanda tanya. Selamat Hari Krismas kepada semua," kata Hefner di laman sosial Twitter. - Agensi


DUNIA


Peladang tembak mati haiwan ganjil


HAIWAN yang ditembak mati Mark Cothren.



PERSIMPANGAN LEBANON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang peladang, Mark Cothren menembak mati seekor haiwan ganjil yang spesiesnya tidak diketahui, lapor beberapa buah akhbar kelmarin.
Cothren menembak mati haiwan tersebut pada 18 Disember lalu kerana bimbang terhadap keselamatannya kerana dia tidak mengetahui spesies makhluk ganjil itu.
Dia menembak haiwan itu selepas ia dilihat mendekati rumahnya.
"Ia kelihatan ganjil menyebabkan saya memegang raifal dan menembaknya. Saya berasa gembira kerana saya menembaknya kerana saya tidak mengetahui apakah sebenarnya makhluk itu," kata Cothren.
Beberapa pihak membuat pelbagai teori dengan menyatakan haiwan itu kemungkinan rakun atau opossum.
Namun, ada dakwaan yang menyatakan haiwan yang kelihatan seperti anjing itu merupakan chupacabra.
Chupacabra merupakan haiwan legenda di kawasan luar bandar yang suka menyerang kambing.
Misteri haiwan itu dijangka diselesaikan tidak lama lagi apabila Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky akan menguji asid deoksiribonukleik haiwan itu bagi menentukan spesies makhluk tersebut. - Agensi


DUNIA


8 warga AS maut bas langgar lori


BAS pelancongan remuk teruk selepas berlanggar dengan sebuah lori pasir dekat bandar Aswan, Kaherah semalam.


KAHERAH - Lapan orang pelancong warga Amerika Syarikat (AS) maut dan 21 yang lain cedera dalam kemalangan bas pelancong dekat bandar Aswan, lapor agensi berita MENA semalam.
Bas yang membawa 37 orang pelancong dalam perjalanan menuju ke kuil Abu Simbel itu berlanggar dengan sebuah lori pasir yang diletakkan di tepi jalan kira-kira 39 kilometer dari Aswan.
Kejadian awal pagi semalam itu turut menyebabkan empat penumpang cedera parah.
Pemandu bas dan pemandu pelancong turut mengalami kecederaan.
Seramai 97 pelancong yang menaiki dua lagi bas tidak mengalami sebarang kemalangan.
Kemalangan kerap berlaku di Mesir kerana keadaan jalan raya yang tidak sempurna dan kekurangan peraturan.
Seramai lapan pelancong Ukraine mati pada bulan lalu apabila sebuah bas yang dinaiki mereka terbalik dekat sebuah resort di Laut Merah. - AFP

No comments:

Post a Comment