Thursday, December 30, 2010

SELAGI ITU BUATAN MANUSIA...MAKA DAPAT JUGA DIKETAHUI JUGA....UNTUK MENCURI ATAU MENIPU...

Sekeluarga ketakutan


KOTA BHARU – Kejadian ‘api misteri’ yang secara tiba-tiba membakar kain seperti yang pernah berlaku di beberapa tempat di seluruh negara kini menghantui satu keluarga di Kampung Penambang Bunga Emas, dekat sini.

Fenomena itu menarik perhatian media yang berkunjung ke rumahnya semalam dan lebih mengejutkan apabila jurugambar sempat merakamkan gambar api jam 3.15 petang semalam yang tiba-tiba muncul dari dalam almari, membakar kain yang dilipat.

Zainab Sulaiman, 73, mengakui, dia pernah mendengar berita mengenai kejadian aneh itu tetapi tidak menyangka kali ini ia menimpa dirinya yang tinggal bersama menantu dan tiga cucu.

Menurutnya, kejadian api misteri membuatkan dia sekeluarga berada dalam ketakutan serta buntu dalam mencari jalan bagi menghentikannya.

“Kak Nab tak tahu nak buat macam mana lagi kerana kejadian ini agak pelik dan kali pertama Kak Nab mengalaminya sejak tinggal di sini lebih 30 tahun lalu, dua tilam dah lebih 100 helai pakaian kami sekeluarga rosak.

“Menantu, cucu, saudara mara dan jiran terpaksa berjaga kerana bimbang rumah ini terbakar, ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja,” katanya.

Kak Nab berkata, walaupun api misteri muncul sejak tiga hari lepas, keluarganya kebingungan kerana berhadapan pelbagai kejadian aneh lain.

Katanya, sejak 10 bulan lalu, wang kertas yang disimpan dalam rumah itu sering hilang selain pakaian dikoyakkan seperti menggunakan gunting.

“Kak Nab menemui baju dengan penyangkut yang ‘dia’ sorok di belakang almari, tidak lama selepas itu kami mendapati ianya koyak seperti sengaja digunting.

“Ketika mahu memasak nasi, kami dikejutkan dengan kejadian pelik apabila tiba-tiba mendapati beras dalam periuk ‘dicurahkan’ pewarna sirap dan beras dalam bekas ‘dicampur’ budu,” katanya.

Kak Nab berkata, kejadian pelik sering kali disedari dua cucunya iaitu, Wan Nor Fatihah Wan Hanapi, 13, dan adiknya, Wan Nor Fatini, 11.

Katanya, kejadian berpuluh telur mentah ‘dipecahkan’ atas tilam serta ‘ditabur’ bawang goreng di atasnya juga dianggap pelik.

“Tiga seluar yang Kak Nab selalu Kak Nab pakai ketika tidur hilang dalam masa tiga hari, kemudiannya, dijumpai cucu berada dalam ruang beku peti sejuk.

“Menanti Kak Nab hilang RM30 dan ditemui di tiga tempat berasingan termasuk satunya tertulis nama menantu saya, Rafeah Zakaria,” katanya.

Menurutnya, dia bertemu pengamal perubatan tradisional dalam usaha menghentikan kejadian aneh itu namun katanya, sehingga kini tidak ada yang sanggup membantunya.

Orang ramai yang mahu membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi talian dan 017-9447121.



Jangan terpedaya iklan jualan murah

MACHANG – Ibu bapa yang mahu membeli pakaian dan keperluan sekolah anak-anak, diingatkan jangan mudah terpedaya dengan tawaran iklan jualan hebat dan jualan murah kerana dibimbangkan barangan yang dijual itu tidak berkualiti dan mudah rosak dalam jangka masa singkat.

Seorang bapa, Ismail Abd Rahman, 40-an, berkata, dari pengalamannya pada masa lepas, kasut sekolah anaknya yang dibeli kerana terpengaruh dengan tawaran hebat harga murah hanya boleh digunakan beberapa hari sahaja.

“Tidak sampai sebulan, kasut yang baru dibeli terkopek di bahagian hujung kepala kasut itu dan kemudiannya tercabut tapak.

“Pernah terjadi, seluar sekolah yang baru dibeli pecah zip dalam tempoh beberapa hari sahaja,” katanya di sini, semalam.

Ismail berkata, bukan semua tempat menjual barangan dengan tawaran hebat dan murah boleh berlaku begitu, namun ibu bapa sebagai pembeli perlu berhati-hati sebelum membuat pembelian.

Seorang ibu di sini, Hanisah Mohd Amin, 50-an, bersetuju dengan peringatan Ismail kerana pernah juga terpengaruh dengan iklan.

Katanya, kerana terpengaruh dengan tawaran hebat dan jualan murah, pernah terjadi seluar yang dibeli untuk anaknya pecah jahitan di bahagian cawat ketika duduk mencangkung dalam tempuh kira-kira dua minggu sahaja.

Kejadian seumpama itu memalukan anaknya kerana kejadian itu terjadi ketika berada di sekolah dan bapanya terpaksa bergegas ke sekolah menghantar seluar ganti.

“Berhati-hatilah sebelum membuat pembelian, bagi memastikan pakaian yang dibeli untuk anak berkualiti.

“Walaupun tidak berjenama dan harganya lebih tinggi berbanding dengan tempat tawaran jualan murah,” katanya.- NMH



Lalat hurung kereta

KUANTAN -“Saya hairan kenapa kereta itu penuh lalat, rupa-rupanya ada mayat”. Demikian cerita seorang kanak-kanak yang menjumpai mayat Rosmadi Rahim, 30, dalam keadaan berulat, dipercayai mati sejak beberapa hari lalu dalam sebuah kereta di Tanah Putih di sini, petang kelmarin.

Muhd Sharif Aminudin Mahat, 12, berkata, dia terjumpai mayat mangsa ketika ke belakang rumah ibu saudaranya bersama adiknya, Mas Adura Nabila, 9, kerana disuruh ibunya mencari kelapa untuk masakan.

Menurutnya, bau busuk juga mendorong dia menghampiri kereta yang dihurung lalat itu dan terkejut apabila mendapati ada mayat yang reput di dalamnya.

“Saya terus beritahu mak, mula-mula dia tidak percaya tapi selepas tengok sendiri dia terus panggil polis,” katanya.

Ibunya, Azmah Ariffin, 30, berkata, pada mulanya dia berasa ragu apabila anaknya memaklumkan dia menjumpai mayat dalam kereta kira-kira 10 meter dari belakang rumah namun segera menghubungi polis selepas melihat sendiri mayat berkenaan.

Kenalan Rosmadi, Hamzah Abdul Rahman, 23, berkata, dia tidak menyangka mayat yang dijumpai di tanah pusaka milik neneknya itu adalah mayat rakannya.

Katanya, dia mengenali Rosmadi kira-kira dua tahun lalu dan sering keluar minum bersama pemuda itu.

“Dia tinggal bersama keluarganya tidak jauh dari jejantas itu dan setahu saya, dia tidak bekerja dan memancing untuk mencari pendapatan.

“Terkejut juga kerana dia menemui ajal dalam keadaan begini,” katanya sambil menambah kereta yang di mana mayat Rosmadi dijumpai itu sudah tersadai selama bertahun-tahun.

Hamzah berkata, sepanjang berkawan dengan Rosmadi, dia tidak tahu sama ada rakannya itu mempunyai sebarang penyakit.



KPPMS lapor SPRM isu pasir

SHAH ALAM – Pendedahan mengenai kes curi pasir dibawah jejambat susur keluar Tol Bukit Jelutong berhampiran Lebuhraya NKVE di sini masih belum lagi selesai.

Berdasarkan tinjauan semalam, pendedahan kegiatan tersebut yang dibuat sebelum ini seolah-olah tidak memberi kesan apabila terdapat dua buah jentera pam penyedut pasir (pantoon) berbanding sebuah sebelum ini berada di lokasi tersebut selain terdapat longgokan pasir yang masih baru.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Konsortium Pengusaha-Pengusaha Melayu Selangor Sdn Bhd (KPPMS) membuat aduan secara rasmi ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Selain itu surat secara rasmi mengenai perkara tersebut juga telah diserahkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui Setiausaha Politiknya, Faekah Hussin, kelmarin.

Pengerusinya KPPMS, Datuk Tengku Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin ketika ditemui, ternyata kesal dengan sikap Kerajaan Negeri dalam menangani perkara tersebut.

“Mana perginya pihak berkuasa negeri yang memantau perkara ini, saya sudah semak dengan Jabatan Pengairan Saliran, Pejabat Tanah dan Daerah , Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) semuanya tidak pernah memberikan kebenaran kepada pihak terbabit melakukan kerja-kerja mencuci pasir di jalan tebing sungai.

”Adakah Kerajaan Negeri hendak tunggu jambatan ini roboh baru hendak ambil tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Shaiffuliazan mendakwa, satu lagi lokasi melombong pasir secara haram juga berlaku di tepi Lebuhraya Plus Batu Tiga, Shah Alam.

Tinjauan di lokasi kedua tersebut mendapati, kerja—kerja mengorek pasir telah dihentikan namun mesin penimbang pasir yang masih berada di lokasi membuktikan ada kebenaran dakwaan Tengku Shaiffuliazan itu.

Dalam perkembangan sama, Ahli Lembaga Pengarah KPPMS, Datuk Zulkifli Nordin berkata, kenyataan daripada Ahli Lembaga Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Suhaimi Shafie bahawa syarikat itu (KSSB) tidak terlibat dan tidak pernah mengeluarkan doket membawa keluar pasir kepada pengusaha terbabit perlu disiasat.

“Penelitian kami mendapati banyak lori membawa pasir keluar masuk daripada kawasan terbabit sebelum ini takkan perkara itu KSSB tidak sedar langsung,” katanya.



Ibu tunggal tagih simpati

MASAI – Hati ibu mana yang tidak bimbang meninggalkan anak-anak yang masih kecil sendirian di rumah, di Kampung Desa Bakti, di sini, tatkala ibu terpaksa keluar mencari rezeki seawal jam 5 pagi setiap hari.

Tambahan pula, persekitaran rumah yang dipenuhi semak-samun dan berhampiran dengan sungai membuatkan si ibu tidak keruan setiap hari berada di tempat kerja untuk menanti waktu pulang.

Aleena Mohd Puasa, 29, yang merupakan ibu tunggal berkata, setiap hari seawal jam 5 pagi dia terpaksa keluar rumah ke tempat kerja di Tampoi ketika empat anaknya yang berumur antara tujuh dan tiga tahun masih nyenyak tidur.

Menurutnya, rumah setinggan berkenaan milik rakannya yang membenarkan mereka lima beranak menumpang teduh sejak dua bulan lalu, selepas diarahkan keluar kerana gagal menjelaskan tunggakan rumah sewa




China banteras majlis rasmi mewah

BEIJING - Kerajaan China dijangka akan mengumumkan tindakan untuk membanteras majlis mewah yang dianjur pegawai kerajaan itu pada tahun depan bagi membendung kegiatan rasuah yang dilihat menggugat kestabilan pentabiran negara itu.

Parti pemerintah China mengadakan pertemuan untuk membincangkan isu perbelanjaan awam berlebihan dalam majlis rasmi serta kos membeli dan menyelenggara kereta untuk pegawai kerajaan.

Parti Komunis akan menerbitkan kertas cadangan sebagai salah satu usaha untuk memerangi rasuah di negara itu pada 2011.

Usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di China melalui pertumbuhan ekonomi yang pantas, telah mewujudkan jurang besar antara golongan kaya dan miskin serta kegiatan rasuah yang berleluasa.

Rakyat negara itu sering mengadu mengenai penyalahgunaan peruntukan kerajaan dalam menganjurkan majlis mewah dan lawatan luar bagi pegawai kerajaan.



Budak 6 tahun jadi guru yoga

NEW DELHI - Pada umur hanya enam tahun, Shruti Pandey sudah diiktiraf sebagai guru :pelatih yoga paling muda di dunia.

Pandey mula mengajar pengamal yoga dewasa di sebuah pusat agama di utara India, sejak dua tahun lalu.

Kanak-kanak itu dilatih oleh pengasas pusat agama itu, Hari Chetan, 67, yang mula menyedari bakat semulajadi Pandey semasa kanak-kanak perempuan itu menjadi pelajarnya ketika dia berumur empat tahun.

Kini, Pandey memulakan kelas yoganya sendiri pada jam 5,30 pagi setiap hari di Brahmanand Saraswati Dham, di bandar Jhunsi dan 30 pelajarnya yang menghadiri kelas itu terdiri daripada usahawan, guru, suri rumah dan persara.

Menurut Pandey, dia mula meminati untuk mengikuti kelas yoga selepas melihat abangnya melakukan senaman sukar itu.

"Saya berasa amat seronok apabila ada orang mengikut arahan saya. Terasa seperti menjadi guru yoga sebenar," katanya



TERKINI


Keluarga dakwa didera diseru buat laporan

30/12/2010 6:34pm

SEREMBAN – Polis meminta sepasang suami isteri yang mendakwa didera majikan mereka supaya membuat laporan dan tampil membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, ACP Hamdan Majid berkata, setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan sebagaimana dakwaan mereka.
"Jika benar dakwaan mereka itu, kenapa perlu bersembunyi atau takut untuk tampil,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini bagi mengulas laporan sebuah akhbar pada 25 Disember lepas bahawa polis tidak mengambil tindakan berhubung aduan yang kononnya telah dibuat di beberapa balai polis di Jempol oleh keluarga itu.
Menurut laporan akhbar itu, keluarga berkenaan mendakwa telah didera majikan dan dipaksa bekerja tanpa gaji di sebuah ladang dekat Bahau, manakala anak-anak mereka berusia empat hingga 10 tahun turut didera dengan rotan.
Mereka juga mendakwa telah membuat laporan di Balai Polis Ayer Hitam dan Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap majikan berkenaan.
Hamdan berkata, selain polis, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menjalankan siasatan dan mereka juga tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan keluarga itu. – Bernama



TERKINI


DBKL roboh sarang pelacuran sekitar KL

30/12/2010 6:34pm

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 sarang pelacuran di sekitar Jalan Petaling dan Jalan Silang di sini hari ini dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membanteras kegiatan rumah pelacuran.
Timbalan Penguasa Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Tanda Usoh berkata, seramai 156 anggota termasuk wakil daripada beberapa agensi menyertai operasi tersebut termasuk dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Imigresen mulai tengah hari hingga 3 petang.
"Tindakan hari ini adalah memecah atau merobohkan bilik-bilik yang telahpun dipecahkan sebelum ini sebanyak sembilan kali,” katanya kepada pemberita. Tiada tangkapan yang dibuat.
"Mulai esok, kita akan menempatkan lima anggota serta seorang pegawai untuk memantau premis-premis berkenaan. Kita akan pantau dan lihat selepas premis-premis ini dipecahkan.
“Kalau ada individu yang dilihat membuka kembali premis ini, tindakan akan diambil.
"Memang tiada kesudahannya aktiviti ini, kita hanya boleh pecah dan tahan lesen perniagaan mereka, tapi kita tidak boleh robohkan sesebuah bangunan 100 peratus macam itu sahaja, itu di luar bidang kuasa kita,” kata Tanda. – Bernama


TERKINI


36 terbunuh tidak guna jejantas di KL

30/12/2010 6:35pm

KUALA LUMPUR - Seramai 36 pejalan kaki di ibu negara terbunuh antara Januari dan November tahun ini disebabkan pelbagai faktor antaranya tidak menggunakan jejantas ketika melintas jalan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Muhammad Heeza Hassan berkata, jumlah itu meningkat 50 peratus berbanding 24 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Bercakap kepada pemberita ketika mengadakan Kempen Advokasi dan Penguatkuasaan Keselamatan Jalan Raya kepada Pejalan Kaki yang tidak menggunakan jejantas di sepanjang Jalan Chow Kit di sini hari ini, kempen itu bertujuan meningkatkan kesederaan masyarakat tentang risiko pejalan kaki ketika menggunakan jalan raya.
Pada operasi hari ini, 24 saman dikeluarkan oleh polis trafik dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pejalan kaki yang gagal menggunakan jejantas ketika melintas di Jalan Chow Kit.
Seramai lima orang anggota polis trafik, 19 orang anggota penguatkuasa DBKL dan 20 orang kakitangan JKJR menyertai operasi itu. - Bernama



DUNIA


Saintis buktikan kelemahan nombor PIN


GAJET yang dicipta Omar Chaodary bagi menipu mesin pengeluaran wang automatik.


CAMBRIDGE - Bank-bank di Britain didakwa cuba menyembunyikan kelemahan nombor pengenalan peribadi (PIN) yang terdapat pada kad kredit dan debit, lapor sebuah akhbar semalam.
Dakwaan itu dibuat selepas seorang saintis Universiti Cambridge, Omar Chaodary membuat pendedahan mengenai kelemahan tersebut dalam tesis sarjana falsafah.
Sistem cip dan PIN yang diperkenalkan pada 2006, bertujuan untuk mengurangkan penipuan kad kerana pencuri tidak dapat menggunakan kad yang dicuri tanpa mengetahui nombor PIN.
Namun, Omar mula mengkaji kelemahan sistem itu selepas ramai pengguna mengadu kad mereka dicuri dan nombor PIN mereka telah digunakan.
Sehingga kini, bank-bank di Britain mendakwa sistem keselamatan cip dan nombor PIN adalah kebal dan sukar untuk ditipu.
Bagaimanapun, Omar dalam penyelidikannya, telah mencipta satu gajet berharga semurah £20 (RM95) yang dapat menipu cip dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) supaya menerima kad kredit dan debit tanpa nombor PIN yang betul.
Peranti bersaiz kotak rokok itu disembunyikan dalam lengan baju semasa ia dilekatkan pada kad.
Apabila kad tersebut dimasukkan ke dalam mesin, ia menggunakan sistem elektronik bagi memastikan kad itu diterima.
Choudary berjaya membeli beberapa buku dan cakera padat (CD) berharga £50 (RM237) di Cambridge dengan menggunakan kad yang dipinjam dan alat yang dicipta itu bagi membuktikan kelemahan tersebut. - Agensi

No comments:

Post a Comment