Thursday, December 30, 2010

SEX DAN ZINA PERKARA BAHAYA...TERMASUK DOSA BESAR...MASALAH AKAN BANYAK TIMBUL DARI SEX@ZINA INI...SEBAB ITU ALLAH MENEKAN HUKUM ZINA....HUKUMNYA BEGITU BERAT....DENGAN TUJUAN MENDIDIK DAN MENGHUKUM....SEKALI MEMBUANG BENIH DARI KETURUNAN ZINA...AGAR IA TAK MEMBIAK@BERTAMBAH....HUKUM INI BERAT...HINGGA MANUSIA TAKUT UNTUK MELAKSANAKANNYA....ADAKAH KITA MASIH MENDEBIK DADA KITA TELAH BENAR2 BERIMAN....DENGAN TAK BERSUNGGUH2 UNTUK MELAKSANAKANNYA...ATAU MEMBERI ALASAN MASYARAKAT MAJMUK...

Bieber, Selena terkunci di bilik hotel



SELENA dan Bieber habiskan malam bersama.
SELENA dan Bieber habiskan malam bersama.
FLORIDA: Penyanyi Justin Bieber kerap membantah gosip mengenai hubungannya dengan aktres Selena Gomez. Bagaimanapun, baru-baru ini kedua-dua remaja itu dikhabarkan menghabiskan masa sepanjang malam bersama-sama di sebuah hotel di Miami, Florida di Amerika Syarikat.
Sebagaimana dilaporkan majalah Life and Style, Bieber dan Selena menginap di hotel mewah Gansevoort. Menurut sumber, penyanyi lagu hit ‘Baby’ itu meminta bilik untuk dua orang.

Rahsia Bieber dan Selena terbongkar apabila kedua-duanya terkunci dalam bilik mewah dihuni mereka. Selena dikatakan turut menyertai konsert Bieber di Arena American Airlines.

Hubungan akrab dua artis itu mula dihidu media ketika Selena yang terkenal melalui siri Disney ‘Wizards of Waverly Place’ memeluk Bieber selepas konsert selesai. Namun, kedua-duanya belum mengesahkan mengenai gosip yang digembar-gemburkan media itu.


Sebelum ini, Selena membantah apabila dia dikatakan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi berusia 16 tahun itu. Dalam sebuah program wawancara, Selena mengatakan Bieber dianggap seeprti adik sendiri. - Agensi


Tragedi angkara permainan seks



OKLAHOMA: Seorang lelaki muda yang mengaku sering mengacukan pistol ke kepala isterinya yang jauh lebih tua daripadanya ketika terbabit dalam permainan seks, kini menghadapi tuduhan membunuh apabila pistol itu meletup dan membunuh wanita berkenaan.
Arthur Sedille Yan, 23, yang begitu fanatik terhadap pistol memberi kerjasama kepada polis selepas ditahan dan memberitahu mereka, dia sering mengacu senjata itu pada kepala Rebecca, 50, ketika permainan seks di kediaman mereka di Oklahoma City.

Namun, Sedille mendakwa dia tidak tahu pistolnya berisi peluru pada malam kejadian dia mengacu pistol itu pada kepalanya, baru-baru ini.
Pistol itu meletup dan Rebecca mati serta-merta.

Sedille mungkin menghadapi tuduhan membunuh berhubung kematian Rebecca.

Menurut kertas pertuduhan yang disediakan polis, Sedille mendakwa kejadian itu tidak disengajakan dan menelefon 911 sebaik kejadian berlaku.

Penyiasat sebelum ini memutuskan untuk menangkap Sedille atas tuduhan membunuh dengan sengaja.

Bagaimanapun, mereka menimbang semula keputusan itu dan melakukan siasatan semula. Sedille akan ditahan dipenjara sehingga siasatan selesai.

Dalam ruangan minat laman Facebooknya, tersenarai laman mengenai anjing pitbull, raifal AK-47 dan raifal Carbine M-1 yang popular ketika Perang Dunia Kedua. - Agensi




Reese kahwin kali kedua



NEW YORK: Pelakon, Reese Witherspoon akan berkahwin kali kedua, kali ini dengan ejen Hollywood, Jim Toth.
Wakil aktres itu mengesahkan pasangan berkenaan bertunang baru-baru ini dan mereka kini amat gembira.

Reese, 34, sebelum ini berkahwin dengan pelakon, Ryan Phillipe. Mereka dikurnia dua anak sebelum bercerai pada 2008.

Reese memenangi Oscar menerusi filem ‘Walk the Line,’ dan membintangi filem komedi yang diterbitkan baru-baru ini, ‘How Do You Know.’


Toth, 39, ialah ejen untuk Agensi Artis Creatif. - Agensi




Zainuddin MZ belum berani



JAKARTA: Perdamaian antara KH Zainuddin MZ dengan artis jelita, Aida Saskia tidak mungkin terjadi dalam masa terdekat ini kerana penceramah agama terkenal itu belum bersedia untuk muncul di depan media dan orang ramai.
Walaupun Zainuddin, atau lebih terkenal dengan gelaran Pendakwah Sejuta Umat sudah berbincang mengenai perkara itu dengan Alamsyah di sebuah restoran di Jakarta baru-baru ini, tidak ada tarikh ditetapkan untuk dia berbuat demikian. Aida, penyanyi dangdut yang terkenal dengan lagu Ayam Jago, mendakwa diperkosa oleh Zainuddin ketika dia berusia 16 tahun.

Alamsyah ketika diwawancara wartawan berkata, Zainuddin dalam pertemuan tempoh hari memohon supaya dia dibenarkan memohon maaf kepada Aida tanpa kehadiran media dan juga orang ramai.
“Saya menolak permintaan itu. Dia mengaku keberatan untuk berdepan dengan media. Saya yakin mentalnya belum kuat,” kata peguam berkenaan.

Aida tidak hadir pada pertemuan berkenaan.

Majlis perdamaian yang diatur sebelum ini tidak dihadiri oleh Zainuddin dengan alasan sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. - Agensi



41 pengawal penjara didakwa bantu banduan lari



MEXICO CITY: Lebih 40 pengawal penjara didakwa kerana membantu 153 banduan melarikan diri dari penjara di utara bandar sempadan Mexico.
Pejabat Pendakwa Raya berkata dalam satu kenyataan, 41 pengawal didakwa membuka pagar penjara di Nuevo Laredo bersempadan dengan Laredo di Texas. Jika disabitkan bersalah mereka bakal menghadapi hukuman penjara 20 tahun.

Pihak berkuasa berkata seramai 141 banduan melarikan diri pada 17 Disember lalu tetapi kenyataan yang dikeluarkan Isnin lalu pula menyatakan seramai 153. - AFP




Lelaki diarah korban mata, telinga



TEHERAN: Mahkamah di Iran mengarahkan seorang lelaki mengorbankan mata dan telinganya selepas dia membakar mata dan telinga seorang lelaki lain dalam satu serangan asid, lapor akhbar Kayhan, semalam.
Hakim Aziz Mohammadi mengeluarkan arahan itu kepada tertuduh yang dikenali sebagai Hamid selepas dia didapati bersalah menyimbah asid kepada mangsa, Davoud.

Aziz juga mengerahkan Hamid membayar wang ganti rugi terhadap kecederaan yang dialami Davoud mengikut undang-undang republik Islam itu. Hamid memberitahu mahkamah dia tersilap apabila menyangka Davoud adalah rakan sekelas yang sering membulinya ketika di sekolah tinggi dulu. Bagaimanapun, laporan akhbar tidak menyatakan sama ada pihak berkuasa akan menjalankan hukuman menggunakan asid. Sebilangan serangan menggunakan asid kerap dilaporkan akhbar di Iran sejak beberapa tahun lalu.
Pada November lalu, Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman supaya seorang lelaki disimbah matanya dengan asid yang telah berbuat demikian kepada suami kekasihnya di bandar Qom. Pada Februari tahun lalu pula, Majid Movahedi dihukum supaya kedua-dua belah matanya dibutakan selepas dia menyimbah asid ke muka rakan sekelasnya di universiti, Ameneh Bahrami yang menolak lamarannya. - AFP


Remaja belasah ibu bapa ditahan



JEDDAH: Polis semalam menahan seorang gadis belasan tahun kerana memukul ibu bapanya dengan kayu.
Jurucakap polis Jeddah, Nawaf Al-Bouq berkata, pihaknya turut membawa pasangan suami isteri itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Memukul dan mendera ibu bapa adalah jenayah besar menurut undang-undang Saudi dan mereka yang didapati bersalah terhadap jenayah itu tidak boleh dibebaskan dengan ikat jamin kecuali dengan kebenaran ibu atau bapanya,” kata Nawaf.
Kes anak memukul ibu bapa jarang berlaku di kalangan penduduk Saudi. Pakar sosiologi berkata, masalah ekonomi dan kurang pendidikan menjadi punca kepada jenayah seumpama itu. - AP


Bapa serah anak bunuh pekerja asing



TAIF: Seorang lelaki Saudi menyerahkan anak lelakinya yang membunuh seorang pekerja warga Bangladesh minggu lalu kepada kepada polis, semalam.
Turut diserahkan ialah senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.

Warga Bangladesh itu ditembak di dada oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal.
Meskipun beberapa orang menyaksikan kejadian itu, tidak ada yang muncul untuk memberi maklumat mengenai penyerang terbabit dan juga motosikal yang ditunggangnya.

Namun, polis baru-baru ini menahan sekumpulan pemuda berikutan satu pergaduhan di daerah Al-Sehli, Taif. Sebahagian daripada mereka menunggang motosikal.

Dua daripada yang ditahan mabuk ketika itu dan memberitahu polis mengenai kejadian pembunuhan pekerja Bangladesh berkenaan tanpa diminta.

Menurut mereka, mereka meminum arak berhampiran tempat kejadian itu dan kemudian lelaki Bangladesh itu muncul dengan pisau kerana menyangka mereka pencuri.

Seorang daripada anggota kumpulan itu menembak lelaki berkenaan sebelum melarikan diri dengan motosikal.

Apabila menyedari rakannya ditahan, pemuda yang melepaskan tembakan berkenaan menceritakan kejadian itu kepada bapanya yang kemudian membawanya ke balai polis.





NEGARA


Guru kekal dipenjara 20 bulan rangsang murid


MAHKAMAH Tinggi Seremban semalam mengekalkan hukuman penjara 20 bulan terhadap Mohd. Harith yang didapati bersalah mencabul muridnya.


SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman penjara 20 bulan terhadap seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah di sini yang didapati bersalah melakukan kelucahan melampau terhadap murid lelakinya tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati Hakim Mahkamah Majistret telah membuat keputusan yang tepat dan menyeluruh.
Menurut Ahmad Nasfy, dalam kes tersebut ada saksi yang melihat kelakuan tertuduh selain pihak pendakwa mempunyai beberapa keterangan sokongan daripada saksi-saksi lain.
Tertuduh, Mohd. Harith Mohd. Nor, 42, didapati bersalah merangsang seorang murid lelaki yang ketika itu berusia 11 tahun untuk melakukan kelucahan melampau di dalam pejabatnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 di sini pada November dan Disember 2007.
Bapa kepada seorang anak perempuan berusia tujuh tahun itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan sebatan jika bersabit kesalahan




NEGARA


Lelaki ditahan jual video lucah


KEDAI telefon bimbit di Kompleks Kota Raya, Jalan Silang, Kuala Lumpur yang diserbu kerana disyaki menawarkan khidmat muat naik video seks kepada pelanggan.


KUALA LUMPUR - Kerana mahu mengaut keuntungan lebih, seorang lelaki yang menyediakan perkhidmatan memuat naik video lucah dalam telefon bimbit menerima padah apabila dia ditahan polis dalam serbuan di pusat beli-belah Kompleks Kota Raya, Jalan Silang di sini kelmarin.
Dalam serbuan pada pukul 5 petang itu, sepasukan anggota polis daerah Dang Wangi menyerbu sebuah premis yang disyaki menawarkan perkhidmatan tidak bermoral tersebut.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Zulkarnain Abdul Rahman berkata, hasil serbuan itu polis menahan seorang lelaki yang merupakan pemilik kedai telefon bimbit tersebut.
"Bersama lelaki berusia 20-an itu, kita merampas barangan seperti komputer riba, telefon bimbit dan pemacu pena yang dipercayai digunakan untuk melakukan muat naik video lucah kepada pelanggan," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurut Mohd. Zulkarnain, serbuan tersebut dilakukan hasil maklumat daripada ruangan khidmat pesanan ringkas (SMS) Kosmo! yang dihantar oleh seorang pengirim dan disiarkan oleh Kosmo! pada 28 Disember lalu.



NEGARA


DBKL roboh 262 bilik pelacuran


BEBERAPA penguat kuasa DBKL merobohkan tempat pelacuran di Jalan Petaling, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 262 buah bilik kecil yang selama ini menjadi tempat untuk pelacur melayan pelanggan di Jalan Petaling dan Jalan Silang di sini dirobohkan semalam.
Operasi besar-besaran oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu diadakan bagi membasmi kegiatan pelacuran yang menjadikan dua kawasan itu sebagai sarang maksiat.
Timbalan Penguasa Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Tanda Usoh memberitahu, pihaknya telah melakukan operasi seumpama itu sebanyak sembilan kali, namun pelacur masih terus beroperasi di kawasan berkenaan.
Katanya, dalam operasi semalam, sebanyak 225 bilik yang dibina di dalam 10 premis bangunan di Jalan Petaling telah dimusnahkan manakala di Jalan Silang pula melibatkan 37 bilik di sebuah premis dua tingkat.
"Kita bertindak merobohkan semua penghadang bilik yang diperbuat daripada papan lapis. Pelacur tidak tinggal di situ sebaliknya menggunakan bilik-bilik itu sebagai lokasi pelacuran sahaja," katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini semalam.

No comments:

Post a Comment