Saturday, January 1, 2011

KITA SEMUA AKAN KEMBALI...BERTAKWALAH...JANGAN MENGHABISKAN NYAWA DI DUNIA NI DENGAN KERJA2 MAKSIAT...DAN SEGALA BENTUK DOSA SERTA PERKARA YANG DILARANG OLEH ALLAH SWT...

Faizal Yusup Meninggal Dunia
 

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.
Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.
Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.
"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.
Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.
Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.
Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.
Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.
Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.
Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.
Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad



TERKINI


Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia

01/01/2011 5:58pm

KUALA LUMPUR — Pelakon, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.
Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.
Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. — Bernama


Lirik lagu lucah, maki hamun



KUALA LUMPUR: Atas nama kreativiti, perkataan lucah dan maki hamun menjadi sebahagian daripada lirik segelintir band ‘bawah tanah’ yang membawa muzik metal sehingga mengejutkan beberapa pihak termasuk pendengar lagu bergenre itu.
Antara perkataan yang menjadi inti pati lirik itu termasuk bangsat, babi serta anjing dan ia menjadi ikutan segelintir peminat setia muzik metal terutama di tempat berlangsung gig mereka.

Peminat muzik yang hanya mahu dikenali sebagai Jat berkata, dia terkejut apabila mendapati lirik sebuah kumpulan ‘underground’ tempatan penuh maki hamun dan mencarut.
“Mereka menyanyi lagu itu dalam bahasa Melayu, dari segi muzik tidak ada masalah, namun liriknya amat keterlaluan dan penuh kemarahan.

“Ketika menyedari kewujudan band ini, saya fikir lagu itu mungkin dicipta sekadar suka-suka, namun apabila mereka muncul dengan beberapa lagu baru yang menggunakan lirik maki hamun, saya bimbang ia menjadi ikutan,” katanya yang dihubungi, semalam.

Menurutnya, selain membuat persembahan di gig, band terbabit memuat turun lagu mereka di YouTube.

“Band itu terdiri daripada anggota yang berusia 20-an dan saya tidak mengetahui latar belakang kumpulan itu, tetapi lagu mereka dipenuhi kemarahan.

“Tidak salah untuk bermain muzik, tetapi kenapa perlu memaki hamun dan mencarut sedangkan lirik lebih baik tanpa memasukkan elemen sebegitu boleh dihasilkan,” katanya. Sementara itu, ditanya mengenai perkara itu, komposer, Damian Mikhail Seet, berkata penghasilan seni muzik mesti disertai tanggungjawab

“Dalam berkarya kita tidak boleh terlalu mengikut cara Barat umpamanya untuk muzik bergenre R&B dan hip-hop, memang di negara lain terdapat band yang menggunakan lirik negatif dalam lagu mereka.

“Tetapi, kita orang Timur, kita ambil yang baik menggunakan acuan kita, jangan terlalu mengikut apa saja yang diperkenalkan Barat,” kata anggota kumpulan VE itu.

Menurutnya, cukup merugikan apabila kreativiti itu tidak diiringi rasa tanggungjawab kerana ia boleh membawa kepada banyak perkara negatif.


Tunggu laporan perubatan



SHAH ALAM: Polis masih menunggu laporan perubatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sama ada ia dirogol atau sebaliknya oleh seorang lelaki warga asing di Kota Kemuning, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata laporan perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang itu dijangka dikeluarkan dalam tempoh seminggu sebelum siasatan lanjut dilakukan.

“Ketika ini, kami belum dapat memastikan sama ada kanak-kanak itu dirogol atau tidak. Kami tidak mahu buat kesimpulan awal dan masih menunggu laporan perubatan rasmi dikeluarkan HTAR,” katanya di sini, semalam.



Guru yoga tak boleh sentuh pelajar perempuan: PJYM



KUALA LUMPUR: “Dia mungkin menipu dan bukan guru yoga sejati kerana seorang guru yoga tidak akan menyentuh pelajarnya (yang berlainan jantina) apatah lagi merogol,” kata pengasas yang juga Presiden Pertubuhan Jurulatih Yoga Malaysia (PJYM), Master Manisekaran.
Menurutnya, setiap jurulatih yoga dididik selama setahun dalam kursus asas menekankan pengajaran mengenai sikap dan akhlak yang baik, sentiasa bertenang, menghormati orang lain dan lebih utama, etika yoga tidak membenarkan guru menyentuh anak murid berlainan jantina.

Katanya, jika guru yoga lelaki terpaksa menyentuh pelajar perempuan, dia terpaksa melakukannya dalam kelas yang mempunyai ramai penuntut lain dan bukan dalam keadaan tertentu atau di tempat yang boleh mendatangkan rasa curiga sesiapa.
“Jadi, saya mengesyaki dia tidak mempunyai kelayakan guru yoga sejati dan kami percaya dia juga tidak berdaftar dengan pertubuhan untuk melayakkannya mengajar pelajar mengenai apa pun jenis yoga.

“Malah, daripada 500 ke 600 guru yoga berdaftar di Malaysia, 95 peratus mereka guru yoga perempuan, manakala selebihnya lelaki yang kebanyakan tidak mengajar pelajar biasa, tetapi ramai bergelar ‘master teacher’ yang mendidik cikgu yoga. “Kami mengambil berat perihal semua guru yoga termasuk lelaki dengan mereka diketahui daripada latar belakang yang baik, berkeluarga dan profesional kerana teras yoga adalah senaman, bukan berkait spiritual atau keagamaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas kejadian tiga remaja perempuan dikurung dan dijadikan hamba seks selama sebulan oleh seorang guru yoga di Kuala Kubu Baru, yang diselamatkan polis, Rabu lalu.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy dilaporkan berkata, pihaknya percaya sepanjang sebulan dikurung, mangsa yang berusia 16 hingga 20 tahun dirogol berulang kali, selain didera secara seksual termasuk diikat dan dirantai pada katil. Malah, ketika serbuan di rumah guru yoga berusia 54 tahun terbabit, polis menemui beberapa peralatan seks dan dua peket dadah dipercayai syabu.

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan keluarga mereka tidak pulang selepas mengikuti kelas yoga di rumah guru terbabit pada hujung November lalu


Seorang mangsa hamil



HULU SELANGOR: Masa depan seorang daripada tiga remaja yang dijadikan hamba seks oleh seorang guru yoga punah apabila disahkan mengandung empat minggu.
Difahamkan, mangsa yang mengandung terbabit berusia 15 tahun dan dihantar ibu bapanya untuk mengikuti kelas yoga itu yang dijalankan selama empat kali sehari disebabkan mangsa enggan ke sekolah dan tidak disiplin.

Bagi tujuan itu, semua mangsa tinggal bersama guru berusia 54 tahun terbabit selama sebulan untuk menjalani ‘rawatan pemulihan’ sebelum dibenarkan pulang.
Difahamkan, rumah guru itu dihuni lebih 30 pelajar bermasalah lain yang dipulihkan dari segi disiplin mereka.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, berkata kebanyakan pelajar yang dihantar ke rumah guru terbabit adalah untuk menjadikan anak mereka lebih baik mengikut tempoh perjanjian yang ditandatangani.



Datuk tipu RM32,000

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
harzrul@hmetro.com.my

MUAR: Seorang kontraktor mendakwa kerugian RM32,000 apabila ditipu seorang lelaki bergelar Datuk yang menawarkan projek membina gelanggang futsal bernilai jutaan ringgit di Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Datuk terbabit turut mendakwa mempunyai kepentingan lebih 30 peratus saham dalam Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP).

Temberang itu sudah diguna pakai selama setahun bagi menipu puluhan mangsa membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit.
Mangsa, Azizuddin Atan, 41, berkata, individu terbabit turut menggunakan surat rasmi PTP yang lengkap dengan logo syarikat berkenaan, selain menawarkannya sebuah projek pembinaan gelanggang futsal di Tanjung Pelepas serta berhampiran Ampang Point, Selangor.

“Siapa tidak teruja apabila ditawarkan projek pembinaan gelanggang futsal bernilai RM850,000.

“Melalui sepucuk surat rasmi konon dari PTP, syarikat saya secara umum diberikan kontrak membina gelanggang terbabit,” katanya di pejabat Harian Metro di sini, semalam.

Azizuddin kemudian membalas surat tawaran itu sebelum satu pertemuan diadakan di pejabat Datuk itu di ibu negara.

Sebaik menandatangani surat perjanjian usaha sama, mangsa diarah membayar sejumlah wang yang didakwa bakal digunakan untuk modal projek ditawarkan



Diganggu makhluk putih

Oleh Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my

SEGAMAT: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Siapa sangka peribahasa itu menjadi pengalaman unik dan menakutkan bagi penduduk Ladang Bukit Dato Tenang Station, Labis, dekat sini, apabila kediaman mereka dihujani batu dan bateri sejak dua bulan lalu.
Kejadian misteri dan menyeramkan itu mengakibatkan enam keluarga resah dan tidak dapat tidur malam apabila batu gravel, batu landasan kereta api dan juga bateri lampu picit dibaling menghentam dinding dan tingkap hingga pecah.

Malah, kejadian turut disaksikan anggota dari Balai Polis Tenang yang menyiasat tempat kejadian pada malam Rabu lalu.
Seorang mangsa, Ellan Senaya, 39, berkata kejadian misteri itu dikatakan bermula kira-kira dua bulan lalu selepas seorang bomoh dikatakan menangkap makhluk halus sebelum memenjarakannya di dalam botol sebelum ditanam di kawasan perkuburan masyarakat India di situ.

Namun, pada awalnya, kejadian baling batu itu tidak dihiraukan sangat oleh kira-kira 450 penduduk ladang berkenaan kerana mereka beranggapan ia perbuatan kanak-kanak nakal.

“Sebelum ini, hanya bumbung rumah yang dilempar batu dan ia hanya membabitkan enam rumah bahagian dapurnya menghadap pokok getah di lereng bukit di ladang itu.

“Batu dan objek lain disyaki dilempar dari ladang getah menyebabkan ada juga cermin tingkap rumah yang pecah.

“Sejak kebelakangan ini, kejadian misteri itu semakin menjadi-jadi tidak mengira siang atau malam. Pada waktu malam sehingga awal pagi semakin rancak menyebabkan ada jiran saya yang cedera di kepala serta cermin tingkap rumah banyak yang pecah akibat dibaling batu,” katanya.

Ellan yang tinggal di ladang itu hampir 39 tahun berkata, keluarganya amat takut dengan kejadian misteri yang pertama berlaku sejak dia tinggal dan dibesarkan di ladang itu.

Katanya, semua mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tenang pada Rabu lalu dan dua orang anggota polis pergi ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

Seorang anggota polis, Konstabel Saifudin Yacob, 25, terpaksa memakai topi keledar ketika tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12 tengah malam apabila menyaksikan beberapa cermin tingkap yang pecah tanpa di ketahui sebabnya.

Seorang anggota polis bantuan, Veloo Punusamy, 47, yang berkawal di tempat kejadian pada tengah malam kelmarin turut menyaksikan beberapa batu memecahkan cermin tingkap rumah seorang penduduk.

Apabila beliau bertindak balas dengan cuba memeriksa lokasi arah datangnya batu itu, semakin banyak pula cermin tingkap pecah akibat dibaling dengan batu gravel, batu landasan kereta api dan bateri lampu picit seolah-olah tindakan Veloo menyebabkan kemarahan kepada pihak yang membaling batu berkenaan.

Jiran Ellan, Sathia Kumar, 28, berkata dua sempat merakamkam beberapa gambar yang memaparkan objek misteri berbentuk pancaran cahaya panjang.

Manakala rakannya mendakwa pernah melihat bayangan makhluk setinggi 1.2 meter berwarna putih di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali menasihatkan penduduk supaya lebih waspada dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi mengenai perkara itu kerana polis sedang menjalankan siasatan.



‘Saya tunggu dan tunggu’

SEREMBAN: Qurratnaini Amni Jamaludin, 20, sedang menunggu rakannya di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur apabila tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.
Beliau lantas menoleh dan terlihat seorang wanita dalam lingkungan 20-an mendukung bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu. Wanita bertudung serta berseluar jeans dan berbaju warna hijau lumut itu meminta beliau menjaga bayinya seketika kerana katanya dia hendak ke tandas. Qurratnaini menunggu seketika untuk wanita itu mengambil semula bayinya. “Kemudian, saya tunggu, dan tunggu...hingga kira-kira dua jam!, namun wanita itu tidak juga muncul. “Saya mula panik, curiga dan bimbang...Saya hubungi ibu bapa saya di Rantau. “Mereka datang dengan kereta untuk mengambil saya dan membawa bayi itu ke Seremban,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata, atas nasihat ibu bapanya, bayi seberat 3.5 kilogram dan berkulit sawo matang itu diserahkan kepada Hospital Tuanku Ja’afar di sini, sebelum mereka membuat laporan polis. Sebelum itu, Qurratnaini, pelajar jurusan kejururawatan bersama seorang rakannya menaiki komuter dari Stesen Keretapi Seremban pada kira-kira jam 9.15 pagi untuk ke KL Sentral. Mereka tiba di stesen itu di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 10.00 pagi. - Bernama



9 gadis ditahan dalam akuarium



KUALA LUMPUR: Sembilan gadis warga China yang menjadi pelacur di sebuah premis di Kuchai Lama, di sini, ditayangkan kepada pelanggan melalui sebuah bilik berkaca seakan-akan sebuah akuarium ikan.
Mereka yang menunggu di dalam bilik berkenaan hanya ditutup menggunakan langsir sebelum ia dibuka kepada pelanggan yang bertandang ke premis yang baru 10 hari beroperasi tanpa lesen itu.

Kegiatan mereka bagaimanapun berjaya dikesan selepas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian Bukit Aman menyerbu premis berkenaan, kira-kira jam 3.30 petang, semalam.
Sumber polis berkata, semua wanita yang ditahan itu berada di dalam bilik berkenaan dan sedang menunggu pelanggan.

Katanya, semua mereka dicekup kerana menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di negara ini.

“Dalam pemeriksaan lanjut, polis turut menemui ratusan kotak kondom dipercayai akan digunakan bagi aktiviti seks yang ditawarkan di premis itu.

“Sebahagian bilik yang disediakan juga dilengkapi beberapa ciri yang diinginkan pelanggan termasuk bilik air yang dilengkapi katil urut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dalam serbuan itu juga, polis menahan seorang penjaga premis bersama seorang ejen wanita asing berkenaan termasuk dua pekerja kontrak yang sedang mengubahsuai premis berkenaan.



Ibu dua anak dakwa diperkosa teman baru



KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja kehilangan barang kemas bernilai RM10,000 tetapi turut dirogol kenalan yang baru dikenalinya ketika pulang berhibur di sebuah pusat karaoke di Ampang, awal bulan lalu.
Mangsa dikenali sebagai Hasnah, 40 berkata, dia tidak menyangka niat untuk menemani jirannya, Lea, 41, keluar minum bersama teman baru membawa titik hitam dalam kehidupannya.

“Lea yang menghadapi masalah rumah tangga mendakwa mengenali dua ahli perniagaan dikenali sebagai Hamid dan Faizal, 30-an yang menjalankan perniagaan percetakan sejak tiga bulan lalu.
“Kami pernah keluar minum di sekitar kawasan rumah saya kononnya untuk berkongsi menjalankan perniagaan, namun tidak menyangka mereka ada niat tidak baik kepada saya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, dia dan Lea dipelawa dua lelaki terbabit minum di sekitar Gombak sebelum dibawa ke sebuah pusat karaoke di Jalan Ampang, di sini.

“Pada masa sama, kedua-dua lelaki itu turut membawa seorang lagi wanita dikenali sebagai Ina, 30-an yang didakwa rakan kongsi mereka. Sikap Ina yang sangat peramah menyebabkan saya tidak menyangka mereka berniat buruk,” kata ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Hasnah yang juga seorang kerani berkata, nasib malangnya bermula apabila dia dan rakannya dihidangkan minuman ringan dipercayai sudah dicampur pil khayal ketika dia ke tandas.

“Kedua-dua lelaki itu kemudian mempelawa untuk menghantar kami pulang tetapi sebaliknya membawa kami ke hotel berhampiran sebelum merogol dan melarikan barang kemas saya iaitu seutas rantai dan loket yang dianggarkan bernilai RM10,000,” katanya yang menyedari dirogol pada keesokan harinya apabila terjaga tanpa seurat benang.


Tetak kepala

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

SUNGAI BULOH: Seorang penganggur yang juga dipercayai penagih dadah berusia 36 tahun ditemui mati dengan kesan tetakan pada kepala di sebuah rumah kosong peninggalan neneknya di Bukit Darah, di sini, malam kelmarin.
Difahamkan, rumah berkenaan juga dijadikan sarang untuk mangsa dan beberapa rakannya menghisap dadah.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dalam bilik di rumah berkenaan oleh rakannya yang kemudian segera memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga mangsa.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, pihak polis percaya berdasarkan keadaan di lokasi, mangsa terbunuh selepas terbabit dalam pergelutan.

“Kita (polis) percaya kejadian itu didalangi lebih daripada seorang. Motif pembunuhan masih belum dapat ditentukan malah sehingga kini, kita juga masih belum menemui senjata yang digunakan,” katanya.

“Apapun, polis percaya suspek sebenar yang terbabit dalam insiden ini akan dapat dikesan dalam masa terdekat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.



NEGARA


Lans koperal parah dirempuh


ANGGOTA bomba memeriksa kereta Proton Pesona yang remuk selepas merempuh dua kenderaan pacuan empat roda hingga menyebabkan Amirrul Fitri parah semalam.


GEORGE TOWN - Seorang lelaki ditahan selepas kereta jenis Proton Pesona yang dipandunya merempuh sekatan jalan raya hingga menyebabkan seorang anggota polis berpangkat lans koperal parah dalam kejadian di Jalan Paya Terubong di sini semalam.
Kejadian pukul 12.30 malam itu menyebabkan anggota infantri Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak, Amirrul Fitri Norrizat, 25, cedera parah di paha kanan selepas tersepit di antara dua buah kenderaan pacuan empat roda milik polis yang dirempuh.
Kejadian berlaku apabila kereta suspek berusia 33 tahun yang menghala ke Balik Pulau di sini merempuh sekatan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar dua buah kenderaan pacuan empat roda milik polis yang diletakkan di bahu jalan menyebabkan Amirrul Fitri yang sedang berdiri di situ tersepit.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kereta itu dipercayai dipandu laju hingga menyebabkan pemandunya gagal menekan brek

No comments:

Post a Comment