Saturday, July 9, 2011

BERSIH3

Perarakan: Gas pemedih mata, meriam air dilepaskan

GALERI FOTO

Sekurang-kurangnya lima lokasi dijadikan tempat berkumpul perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Antaranya di Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo.

NONEPolis terus melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyekat kemaraan rakyat.

Akibat asakan dan tangkapan ke atas tangkapan lebih 500 orang, penunjuk perasaan mula menuju ke kawasan Puduraya-Menara Maybank. Jumlah mereka kini dianggarkan tidak kurang 10,000 orang.

LAPORAN LANGSUNG:

2.30pm: Brickfields - Penyokong Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan dimana mereka disertai oleh kira-kira 1,000 lagi penyokong.

Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.

NONEDalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap.

2.18pm: Pudu-Bukit Bintang - Walaupun basah kuyup akibat hujan, semangat orang ramai tidak pudar dan mereka mula terus melaungkan "Bersih! Bersih!”.

2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!” tetapi dihalang oleh police.

Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis.

NONEMereka dipercayai sedang menuju ke Stadium Merdeka.

2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk perasaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.

2.05pm: Puduraya - Polis terus bertindak menangkap lebih ramai penunjuk perasaan dengan anggota polis bergerak dalam kumpulan lima dan enam orang bagi menangkap individu tertentu.

Mereka juga didakwa dilihat menumbuk dan menolak tahanan. Beberapa tahanan wanita juga dilaporkan dikasari.

2:01: Bukit Bintang - perarakan Patriot telah terhenti seketika.

NONEMenurut sumber-sumber Pemuda Umno, kumpulan itu sedang menunggu selepas laluan mereka ke Stadium Merdeka dihalang pihak polis.

Kumpulan itu juga sedang menunggu kumpulan kecil penyokong Pemuda Umno yang berarak dari Kampung Attap dan PWTC.

2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak.

Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka.

Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan.

NONE1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak.

Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.

1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang.

NONEBeliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka.

1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur.

1.52pm: Masjid Jamek - Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek sekarang ini.

Orang ramai yang berhimpun terpaksa bersurai kerana polis telah melepaskan gas pemedih mata tetapi mereka dijangka berkumpul semula.

1:44pm: Menara Maybank - Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru.

NONEDaripada bersurai, orang ramai teras bergerak. Sesetengahnya kelihatan menumbuk trak meriam air.

Ini diekori dengan satu lagi pusingan gas pemedih mata yang dapat menyuraikan orang ramai secara perlahan-lahan.

1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India. [video - 17 saat]

1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan.

NONE1:38pm: LRT Masjid Jamek - Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesaran suara mengumumkan: “Perhimpunan hari in tak ada kebenaran jadi diminta semua bersurai serta merta atau kami suraikan dengan kekerasan.”

Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai.

Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang.

1.35pm: Kenyataan akhbar dari IPK KL.

Setakat ini, 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat.

NONEAntara yang ditahan itu, 11 kerana memakai baju T kuning BERSIH 2.0 dan seorang yang memakai baju merah PATRIOT.

Sementara itu, tiga individu yang dipercayai pemimpin perhimpunan itu juga telah ditangkap. Mereka adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, dan naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.

"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini,” katanya.

Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar".

NONETerdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing.

1.30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.

Antara yang hadir ialah pemimpin Pemuda Umno Arman Azhar, Reezal Merican Naina Merican, Zaki Zahid, tetapi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin tidak kelihatan. Pegawainya bertegas bahawa Khairy akan tiba kemudian.

NONEKumpulan itu melaungkan "hancur Bersih" dan "Siapakah saya? Patriot!". Mereka berselisih dengan kumpulan BERSIH 2.0 yang melewati kawasan itu kira-kira 10 minit lebih awal.

1.22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya.

Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain.

1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka.

NONE1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.

Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.

1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita.

1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai.

1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42.

NONETwitter yang mendakwa akan “menyiarkan laporan langsung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bantuan sukarelawan yang membuat liputan” itu menyebarkan berita palsu.

Antaranya berlaku kejadian menjarah di Pasar Seni, pertembungan dengan polis di KLCC dan juga tembakan dilepaskan di Bangsar.

Selepas dikesan oleh pengguna Twitter lain, @bersihrally akhirnya mengalah dengan mesej ini: "Took you guys long enough to figure it out. I've done my job. Thanks for playing."

1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak.

NONESebelum itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar.

12.51pm: Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu.

12:50: Kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang berarak dari Petaling Street menuju ke arah ke Stadium Negara.

Mereka melaungkan 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' dan 'Hidup, Hidup, Rakyat'.

NONEEnam penunjuk perasaan pertengahan umur mula menyanyikan Lagu Negaraku, dan terus disambut oleh yang lain.

Salah seorang daripada mereka, Dr Wong Fort Pin, berkata, mereka meraikan keamanan.

12.45pm: Kampung Baru - Lagi 16 orang yang dipercayai penyokong BERSIH di kawasan sekitar ditangkap. Seorang daripada mereka membawa baju kuning BERSIH.

Sebelum itu, polis kelihatan mengejar dipercayai penyokong BERSIh yang duduk di sekitar masjid di Jalan Raja Abdullah menyebabkan mereka lari bertempiaran.

12.45pm: Beberapa perarakan daripada pelbagai lokasi mula bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut.

NONEKumpulan ini dipercayai telah berarak dari bekas ibu pejabat KTM berdekatan. Kumpulan itu dianggarkan sekitar 1,000 orang.

12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol) - Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap dan kini di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu.

12:42: Stesen lama KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini.

"Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan.

Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek.

NONE12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.

12.32pm: Masjid Jamek - Ahli Majlis MPSJ Michael Tamil dan Mohd Hafifudin, yang juga adalah pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Masjid India, sedang memantau kawasan sekitar.

"Saya di sini untuk lihat betapa banyak yang penjaja rugi kerana orang ramai tidak berani datang sini,” kata Hafifudin yang kesal dengan tindakan polis hari ini.

"Jika penjaja kerugian kerana jalan ditutup siapa yang patut mereka tuntut kerugian itu. Mereka patut tuntut daripada kerajaan,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Bazaar Jalan Melayu.

Hampir semua kedai dan gerai di kawasan sekitar ditutup hari ini.

NONE12.30pm: Menurut Facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari.

12.20pm: KL Sentral - Selain Anwar dan Dr Wan Azizah turut berada di sini adalah ketua pemuda DAP Anthony Loke dan setiausaha PKR Saifuddin Nasution di Hotel Hilton yang terletak di bangunan itu.

Mereka dijadual mengakan sidang akhbar sebentar lagi. Semua mereka adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur.

12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun.

Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

NONE"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,” kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami,” kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.

12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.

12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan.

12:12 pm: IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan.

Mereka ditahan di sekitar Dataran DBKL, Istana Negara, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

12:15pm: Bekas ibupejabat KTM - tandas dalam bangunan itu telah dikunci oleh pihak polis.

NONE12.05pm: Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut agak lenggang dengan hanya kira-kira 50 orang di luar, termasuk ketua penerangan PAS Misbahul Munir.

Empat kereta peronda polis diletakkan kira-kira 50 meter dengan 15 pegawai polis. Sekumpulan anggota polis Cawangan Khas berlegar dengan orang ramai.

11:58am: Petaling Street - Kira-kira 50 orang berkumpul di dalam kelompok kecil di sepanjang jalan pasar, yang dipercayai penunjuk perasaan. Bagaimanapun, tidak ada yang berpakaian kuning.

11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah.

NONEPuluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis.

Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu.

11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'."

Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini.

11:47pm: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menghantar tweet berkata kumpulan Patriot akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 1 tengah hari. "Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi telah ditangkap polis di stesen bas Putra."

11:45am: Sogo - Seorang wanita dilihat merayu kepada pihak polis supaya membebaskan suaminya yang telah ditahan selepas pasangan itu membeli-belah di Haniffa Textile.

"Polis minta saya ambil teksi, tapi tak ada teksi di sini," kata wanita itu ketika trak polis yang membawa suami beredar dari situ.

11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM.

11.35am: Stesen lama KTM - Ketegangan berlaku di disini. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.

11.34am: Masjid Jamek - Seorang pemuda yang mempunyai baju BERSIH 2.0 di bagnya ditangkap di hadapan restoran McDonald.

NONEDari jam 10.50 pagi hingga sekarang, jumlah yang ditangkap di kawasan ini adalah hampir 40 orang. Mereka dibawa dengan lori dan van polis. Polis juga mengarahkan lori baru kerana menjangkakan lebih ramai akan ditahan dan kenderaan itu digunakan sebagai tempat tahanan sementara.

Stesen LRT Masjid Jamek yang dikawal ketat itu masih beroperasi dan orang ramai masih dibenarkan menggunakannya.

Jumlah wartawan tempatan dan luar negara yang berada di sini berjumlah kira-kira 50 orang.

11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.

Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.

NONE11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.

11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.

"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.

11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.

11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".

11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.

NONE

10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.
Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.

10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.

10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.

10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.

NONEKetika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis.

10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.

10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.

10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya.

NONE10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.
10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di
kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki.

Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.

10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.

10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sekitar sini.

NONE9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.

9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.

9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.

NONE9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.

Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.
Mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis.

Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.

9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.

9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.

NONE9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.

9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.

9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag kepunyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.

9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.

8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

NONESepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

NONE"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.

8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am: Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

NONE8.10am: Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.

7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.

TAKDIR YANG PATUT DITERIMA...DOA SAJA BOLEH MENGUBAH TAKDIR...JIKA ADA IZIN ALLAH...ATAU DOA KITA MUSTAJAB

Himpunan tulang

Oleh Murni Wan Omar dan Syah Rul Aswari Abdullah
am@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Sebanyak 310 gambar cebisan tulang manusia dirakamkan dua jurugambar polis di bilik bedah siasat Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 17 dan 18 September tahun lalu.
Fakta itu diketengahkan dua jurugambar terbabit ketika memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, Ahmad Kamil, 32, dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Lans Koperal Kasmir Luntuk dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berkata, dia diarahkan merakam gambar cebisan tulang itu oleh pegawai penyiasat kes berkenaan, Asisten Superintendan (ASP) Ishak Yaakob.

Saksi pendakwaan kelima yang dipanggil semula bagi memberi keterangannya itu berkata, dia melakukan tugasnya itu selepas bahan bukti disusun Pakar Perunding Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Nurliza Abdullah.


“Semua gambar dirakam menggunakan kamera digital dan disimpan dalam cakera padat (CD). Saya mengambil masa seharian untuk merakam gambar dari jam 8.30 pagi hingga 8 malam.

Awang temui BMW X5 Sosilawati

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa seorang penduduk flat di Subang Jaya melihat kenderaan BMW X5 berwarna hitam yang digunakan oleh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada hari mereka dilaporkan hilang dipercayai dibunuh.
Sarjan Jaswant Singh, 52, berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki bernama 'Awang' di antara pukul 8.45 dan 8.50 malam semasa beliau bertugas sebagai penyelia di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada 6 September 2010.
"Saya terima maklumat daripada Encik Awang bahawa dia telah nampak kenderaan jenis BMW bernombor pendaftaran WTL 11 yang diletakkan di tempat letak kereta Flat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya.
"Saya seterusnya mengarahkan anggota unit MPV (kereta peronda polis) untuk ke tempat itu bagi memastikan kenderaan itu memang berada di lokasi yang dimaklumkan," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin.
Saksi ke-18 pendakwaan itu memberi keterangan pada perbicaraan kes bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.40 malam pada 30 Ogos 2010.
Pathmanabhan, 42; Thilaiyagan, 20; Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Jaswant berkata, beliau memaklumkan kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, semua ketua bahagian dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengenai penemuan kereta itu dan menunggu arahan selanjutnya sehingga pasukan forensik dan unit-unit lain tiba.
Ketika disoal balas peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga, Matan, saksi itu berkata, beliau tidak mencatatkan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat pemanggil itu.
Amer Hamzah: Ada tidak Awang beritahu berapa lama kereta itu berada di sana?
Jaswant: Awang kata kereta tersebut sudah lama berada di situ tetapi dia baru perasan (kereta milik Sosilawati) selepas menonton berita di televisyen.

Dua beradik lemas



ANGGOTA bomba mengangkat jenazah salah seorang mangsa yang ditemui lemas di Seremban Dua semalam.



SEREMBAN - Kebimbangan seorang ibu mengenai keselamatan dua anaknya yang masih tidak pulang walaupun telah tamat waktu sekolah menjadi kenyataan apabila kedua-dua kanak-kanak itu ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Seremban Dua di sini semalam.
Kejadian pukul 12.45 tengah hari itu menyebabkan Aqhari Aqwa Saprudin, 8, dan adiknya, Arif Hidayatullah, 7, maut selepas dihanyutkan arus deras di dalam longkang itu.
Difahamkan, Aqhari Aqwa lemas selepas dia turut terjatuh ketika cuba menyelamatkan adiknya yang tergelincir terlebih dahulu.
Aqhari Aqwa dan Arif Hidayatullah merupakan murid Sekolah Kebangsaan Wawasan. Mereka tergelincir ke dalam longkang yang terletak di luar sekolah ketika dalam perjalanan pulang.
Ibu mangsa, Azmalina Kanuit, 46, memberitahu, dia gelisah apabila mendapati anak keenam dan ketujuh daripada lapan beradik itu tidak pulang ke rumah walaupun sudah pukul 1 petang.

2 beradik lemas balik sekolah

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my

SEREMBAN: Usaha seorang kanak-kanak untuk menyelamatkan adiknya yang jatuh dan dihanyutkan arus deras sebuah longkang sedalam satu meter berakhir dengan kedua-duanya terbunuh dalam kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari, ketika Aqhari Aqwa Saprudin, 8, dan adiknya, Arif Hidayatullah, 7, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.

Mayat Arif Hidayatullah ditemui pasukan mencari dan penyelamat di sebuah kolam takungan kira-kira 100 meter dari tempat mereka terjatuh pada kira-kira jam 2.40 petang manakala mayat Aqhari Aqwa ditemui jam 4.54 petang.
Guru sebuah sekolah berdekatan, Zulhilmi Abdul Wahab, 26, berkata, dia yang sedang bertugas di bengkel tersentak apabila terdengar jeritan sayup kanak-kanak seolah-olah meminta pertolongan.

“Sejurus menjenguk ke luar, saya melihat seorang murid lelaki sedang memegang tangan seseorang yang terjatuh ke dalam longkang di luar kawasan sekolah.

“Tanpa berfikir panjang, saya segera keluar untuk membantu mereka, namun mendapati kedua-dua kanak-kanak itu sudah tiada kerana dihanyutkan arus deras,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurut Zulhilmi, kejadian berlaku sejurus hujan lebat berhenti.

Ibu mangsa, Azmalina Kanuit, 46, berkata, dia berasa sesuatu yang aneh apabila mendapati anak keenam dan ketujuh daripada lapan beradik itu masih tidak pulang ke rumah kira-kira jam 1 tengah hari.
“Kebiasaannya mereka yang amat rapat itu pulang berjalan kaki ke rumah dan saya memberi mereka wang RM1 seorang sebagai belanja untuk pergi solat Jumaat.

“Tidak lama kemudian, hati ini seperti mahu gugur apabila dimaklumkan mereka terjatuh dalam longkang menyebabkan saya bergegas ke sekolah untuk mendapatkan kepastian.

“Sejurus tiba, saya diberitahu dua anak lelaki kesayangan sudah hanyut ke dalam kolam berdekatan,” katanya yang ditemani suami, Saprudin Munir, 46.

Menurutnya, sebelum kejadian Arif Hidayatullah dilihat lebih banyak tidur berbanding biasa dan sering bertukar tempat tidur antaranya di bilik, ruang tamu dan luar rumah.

“Namun, malam sebelum kejadian, saya berasa aneh apabila melihat adik (Arif) tiba-tiba mengusap badan saya dan memeluk sambil berkata: ‘Mak, adik sayang sangat pada emak’.

“Saya tidak sangka itu kata-kata terakhirnya yang kini pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,”’ katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut meluangkan masa meninjau lokasi kejadian petang semalam.

6 rentung dalam rumah

Oleh Riaty Abada
am@hmetro.com.my

RENTUNG...Jahari (kiri) bersama  pekerja ladang mencari sisa tulang mangsa rentung untuk dikebumikan.
RENTUNG...Jahari (kiri) bersama pekerja ladang mencari sisa tulang mangsa rentung untuk dikebumikan.
MUSNAH...rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran, semalam.
MUSNAH...rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran, semalam.
SANDAKAN: “Saya mendengar penghuni rumah itu menjerit dan cuba membuka pintu jeriji utama, namun gagal kerana besinya terlalu panas.”
Demikian kata Jahari Husin, 42, saksi kebakaran rumah dua tingkat yang menyebabkan lima sekeluarga bersama pembantu rumah rentung di Kampung Jawa 2, Batu 12, jam 1 pagi semalam. Mangsa dikenali sebagai Osir Kamis, 81, dan isterinya, Kasnih Abdullah, 80; anak perempuan mereka, Zuliana, 38; menantu, Rahim Hassan, 47; cucu, Yulia Ezora, 3, serta pembantu rumah berusia lingkungan 20-an yang belum disahkan identitinya.

Paling menyedihkan, Zuliana ditemui rentung dalam keadaan berpelukan bersama anaknya, Yulia manakala kebanyakan mangsa ditemui berada berhampiran pintu rumah dan tingkap terkunci selain dipagari mangga besi dipercayai gagal dibuka.
Jahari yang juga anak saudara Osir berkata, ketika kejadian, dia tidur di rumahnya yang terletak bersebelahan kediaman keluarga malang itu sebelum dikejutkan jeritan seorang wanita.

“Saya terjaga sebaik mendengar jeritan wanita meminta tolong dua kali sebelum suaranya menghilang. Ketika itu, keadaan sangat gelap kerana bekalan elektrik terputus,” katanya. Menurutnya, sebaik membuka tingkap, dia terkejut mendapati rumah bapa saudaranya dijilat api dan bergegas keluar memberi bantuan.

“Saya menjerit ke arah rumah pekerja ladang sawit yang menetap di kawasan berhampiran untuk membantu memadamkan api.

“Sebaik tiba, saya mendengar beberapa jeritan lagi sebelum semuanya menjadi sunyi dan hanya terdengar bunyi api memamah rumah berkenaan,” katanya.

Jahari berkata, sebaik tiba, dia cuba membuka pintu jeriji utama rumah banglo 14 bilik itu, namun gagal kerana besinya terlalu panas.
“Beberapa jiran yang cuba membantu turut gagal apabila api sukar dikawal selain menjauhkan diri kerana terdengar empat letupan kuat dipercayai berpunca daripada tong gas. Api berjaya dikawal dan dipadamkan selepas kehadiran bomba,” katanya.

Katanya, dia tidak dapat menahan sebak sebaik melihat keadaan semua mangsa yang rentung.

“Ketiadaan bekalan elektrik dan rumah berkunci menyebabkan penduduk kampung gagal menyelamatkan keluarga berkenaan dan hanya menunggu bomba tiba memberi bantuan.

Sementara itu, Penguasa Bomba dan Penyelamat Sandakan, Alias Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.15 pagi dan mengambil masa 30 minit untuk tiba di tempat kejadian.

“Keadaan gelap berikutan ketiadaan bekalan elektrik dan lokasinya yang jauh dalam ladang sawit menyebabkan bomba terpaksa mengambil masa agak lama untuk tiba di rumah mangsa.

“18 anggota bersama tiga jentera berusaha mengawal kebakaran sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.41 pagi,” katanya.

Menurutnya, selain rumah, tiga kereta dan sebuah motosikal turut hangus.

“Keadaan rumah yang besar dan berkunci menyukarkan bomba memasukinya untuk tugas menyelamat serta memadam api.

“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Thursday, July 7, 2011

BERHATI2...TIDAK GOPOH GAPAH...SABAR...TIDAK AMBIL MUDAH...CEK@SEMAK BERKALI2 AGAR TIDAK BERLAKU KECUAIAN ...HILANG NYAWA DAH TAK DAPAT DIKESALKAN LAGI....


“GERSANG LANGIT KERANA MENDUNG, GERSANG MANUSIA KERANA JAHIL, GERSANG DIRI KERANA TIADA KEJUJURAN, GERSANG HATI KERANA HILANG HIDAYAH,”

Diperkosa penceroboh

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

KAJANG: Seorang wanita berusia 33 tahun mengerah tenaga hampir 10 minit bergelut dengan seorang lelaki yang menceroboh rumahnya sebelum dia dirogol di atas sofa dalam kejadian di Batu 9, dekat sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi ketika mangsa baru pulang dari tempat kerja dan sebaik menutup pintu rumahnya dia didatangi suspek dari arah belakang dan cuba menerkamnya. “Terkejut dengan kehadiran suspek, mangsa cuba melawan sebelum suspek menghentak mangsa menggunakan pasu bunga di belakang kepalanya. “Akibat hentakan kuat itu, mangsa cedera dan rebah sebelum suspek merogolnya,” katanya.

Rashid berkata, sebaik selesai melampiaskan nafsu serakahnya, suspek melarikan beberapa barang berharga milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM2,000. “Suspek dipercayai berusia 20-an berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada mangsa selain usaha menjejaki suspek giat dijalankan.
“Mangsa kini ditempatkan di Hospital Kajang sebelum polis mengambil keterangannya,” katanya.

Harapan berkecai

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my

PASIR MAS: Seorang mangsa tragedi litar berdarah yang mengorbankan empat nyawa kelmarin, Raja Ahmad Muzzammil Raja Mansor, 18, tidak sempat mendaftar bagi memulakan pengajian di Politeknik Melaka, pada 27 November ini.
Bapanya, Raja Mansor Raja Hamzah, 47, berkata anak kedua daripada tiga beradik itu begitu gembira apabila menerima surat tawaran mengikuti pengajian Diploma Kejuruteraan Awam.

“Memang kami sekeluarga gembira dengan tawaran diterimanya itu dan sebagai ayah, saya berharap dia dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia. “Dia berminat dalam bidang kejuruteraan dan kali terakhir kami bertemu, Selasa lalu di rumah neneknya di Kampung Kubang Panjang,” katanya.
Menurut Raja Mansor, berita kemalangan meragut nyawa anaknya itu diketahui petang kelmarin, ketika sedang bekerja di Salor, dekat sini.

“Saya hanya diberitahu Raja Ahmad Muzzammil terbabit kemalangan lalu pulang kerana menyangka kemalangan biasa saja.

“Setiba di rumah di Kampung Kubang Panjang, barulah ahli keluarga lain memberitahu dia maut dalam kemalangan lalu saya bergegas ke hospital,” katanya.

Sementara itu Mariani Abdullah, 34, (kakak tiri seorang lagi mangsa, Abdul Muhaimin Makhtar, 21), berkata dia sedang mengikuti program di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, dekat sini, tempatnya mengajar apabila menerima berita kemalangan membabitkan adiknya itu, lalu pulang untuk mengambil bapanya ke lokasi kemalangan.

“Paling mendebarkan apabila mereka mengatakan empat penunggang motosikal maut dan setiba di lokasi kejadian, kami melihat mayat pertama yang dibuka penutup mukanya ialah adik saya,” katanya.
Menurut Mariani, sebelum kejadian adik tirinya yang masih menuntut di Politeknik Kota Bharu di Kok Lanas itu memberitahu bapanya mahu ke pasar malam berdekatan rumah kira-kira jam 5 petang.

“Kebelakangan ini adik kerap termenung dan jarang keluar rumah. Entah bagaimana motosikal yang sudah setahun tersadai di rumah dibaikinya sebelum digunakan pada petang itu.

“Biasanya dia memandu kereta Perodua Kancil miliknya kerana kami sekeluarga begitu bimbangkan keselamatan dirinya ,” katanya.

Dalam pada itu, ibu Mohamad Amirul Afiq Baharon, 17, Noraini Yaakob, 44, berkata sebelum kejadian anaknya memberitahu mahu ke rumah sepupunya.

“Sudah jadi kebiasaannya bersiar-siar dengan motosikal di kawasan kampung menyebabkan saya tidak mengesyaki apa-apa apabila dia mahu ke rumah sepupunya,” katanya.

Tengkorak Ayu ditemui

Oleh Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Alhamdulillah, biarpun sedih dengan nasib menimpa anak kesayangannya kami, saya tetap bersyukur kerana polis menemui semua cebisan mayat termasuk tengkorak, sekali gus mempercepatkan urusan pengebumian.
“Saya berterima kasih kepada semua yang terbabit terutama pihak berkuasa yang bertungkus-lumus melakukan pencarian itu,” kata Qomarodin Bajuri, 43, bapa remaja yang dibunuh kejam sebelum dikerat dan dibakar di sini, semalam.

Anaknya, Nurrahayu, 16, dipercayai dibunuh selepas ditinggalkan berseorangan berhampiran sebuah pondok pengawal keselamatan berdekatan rumah keluarganya di Pekan Seri Alam, dekat sini.
Menurut Qomarodin, sejak kehilangan anaknya itu mereka sekeluarga sedih dan bimbang hingga diberitahu sebahagian jenazahnya ditemui di dua lokasi berbeza.

Katanya, berita mengenai penemuan hampir semua cebisan jenazah termasuk kepala sedikit sebanyak mengubat kerinduan keluarga dan melegakan kerana dapat mengebumikannya dengan sempurna.

“Saya menerima panggilan dari polis dan dibenarkan menuntut jenazah Ayu bermula semalam selepas hampir semua cebisan jenazah termasuk serpihan tulang dan tengkorak ditemui.

“Kami akan membuat tuntutan di Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini sebelum melakukan solat jenazah di Surau Al-Ikhlas di Pulai Utama, di sini, selepas selesai solat Jumaat. “Walaupun belum melihat keadaan mayat Nurrahayu, saya dan keluarga bersedia dan reda kerana lebih penting kami mengebumikannya dengan sempurna dan berpusara.

“Bagaimanapun, kami belum membuat keputusan di mana akan mengebumikannya sama ada di tanah perkuburan Gelang Patah atau di Kangkar Pulai esok (hari ini),” katanya.
Tengkorak remaja perempuan berkenaan ditemui di ladang kelapa sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini, petang kelmarin, iaitu lokasi sama sebahagian anggota tubuhnya ditemui sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ruslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan penemuaan berkenaan dan keluarga Nurrahayu boleh menuntut mayatnya di HSI untuk dikebumikan. Akhbar ini melaporkan kehilangan pelajar tingkatan empat berkenaan pada 2 Julai lalu, selepas dihantar pulang oleh teman lelakinya pada 18 Jun lalu.

Pada 3 Julai lalu, misteri kehilangan Ayu terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badan yang dikerat dan dibakar di dua lokasi termasuk di sebuah tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang kelapa sawit Sungai Tiram itu.

Jarak Ayu ditinggalkan (pondok pengawal keselamatan) dengan lokasi penemuan mayatnya di tanah perkuburan Hindu di Masai serta ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat sini kira-kira 15 kilometer (km) manakala jarak Ayu ditinggalkan dengan lokasi rumah kongsi bapanya kurang 200 meter.

Menurut Roslan, polis masih menyiasat kes pembunuhan Nurrahayu dan berharap mereka yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Katanya, buat masa ini polis masih menyiasat seorang suspek yang juga pengawal keselamatan berhampiran rumah mangsa di sebuah tapak pembinaan di Pekan Seri Alam di sini, sejak Ahad lalu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabit bersalah.

Polis tembak kepala suspek

MUAR: Drama tebusan lima jam membabitkan 30 murid sebuah tadika dan empat guru wanita berakhir pada jam 3.05 petang semalam, selepas polis menggempur tadika itu dan menembak suspek di kepala, menyelamatkan semua mangsa tanpa kecederaan.
Polis melepaskan tembakan tepat pada kepala suspek yang semakin agresif apabila dia cuba memukul seorang anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang menjalankan usaha menyelamat.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Loi Hui Chung, 30, meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, pada jam 9.15 malam tadi. Menurutnya, pihaknya bergegas ke lokasi dan mendapati pusat jagaan kanak-kanak itu ditawan suspek bersenjata.
“Rundingan bermula jam 11 pagi dan suspek mula membuat beberapa tuntutan tidak masuk akal termasuk sepucuk pistol dan peluru.

“Pada masa sama kami berjaya berkomunikasi dengan seorang guru yang membaling nota melalui tingkap memaklumkan dia dan mangsa lain berada dalam keadaan selamat,” katanya.


Nota guru jadi penyelamat

MUAR: Keberanian seorang guru mempertaruhkan keselamatan dirinya dengan melontar nota melalui tingkap memberi maklumat berharga kepada polis berhubung keadaan tebusan di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Serikids, Taman Sungai Abong Cemerlang membolehkan pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) merancang serbuan tanpa menyebabkan kecederaan semua tebusan.
Difahamkan, menyedari ada guru yang berani memberikan maklumat, anggota polis memanjat dan bergayut pada tingkap premis berkenaan untuk berkomunikasi dengan guru berkenaan sebelum memberikan arahan kepada mangsa supaya mengunci pintu bilik dan menyendal pintu masuk.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Jalalluddin Abdul Rahman berkata, tindakan berani guru berkenaan memberi peluang kepada pihaknya mengatur operasi menyelamat selepas mengetahui lokasi sebenar mangsa dikurung.

“Dalam nota itu guru terbabit memaklumkan dia bersama tiga lagi guru dan 30 murid dikurung dalam bilik di tingkat atas dan semua mereka selamat.


“Kami terus berkomunikasi dengan guru berkenaan hinggalah mereka diselamatkan selepas sepasukan pegawai dan anggota UTK menggempur premis berkenaan,” katanya.
Hasil gerakan itu, suspek ditembak di kepala dan dibawa keluar dari premis jam 3.45 petang dengan kepala berbungkus dipercayai akibat cedera ditembak.
Tebusan pertama dibawa keluar dari pusat jagaan berkenaan pada jam 4.02 minit petang, diikuti empat guru pada jam 5 petang dan semua dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

‘Saya trauma jadi tahanan’

MUAR: “Saya trauma,” kata guru, Noraza Mohd Shah, 23, yang menjadi tahanan selama enam jam oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman di Pusat Jagaan Kanak-kanak SeriKids dekat Taman Cemerlang, Sungai Abong, semalam.
Guru itu yang baru memulakan tugas di tadika berkenaan tujuh bulan lalu berkata, dia trauma dengan kejadian itu dan mahu mengambil cuti panjang bagi menenangkan fikiran.

Menceritakan detik cemas itu, Noraza berkata, suspek seorang baik hati serta bijak mengatur strategi termasuk menyuruh semua berada dalam premis berkenaan menyebarkan berita kononnya ada seorang kanak-kanak dibunuh.
“Dia beberapa kali meminta kami membunuhnya menggunakan sebatang tukul besi yang diubahsuai.

“Bagaimanapun kami tidak sampai hati kerana dia terlalu baik serta berjanji tidak menggunakan kekerasan terhadap kanak-kanak yang ditahan,” katanya yang ditemui di Perkarangan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) selepas menjalani rawatan sebagai pesakit luar. Noraza berkata, suspek berkali-kali meminta guru dalam pusat berkenaan membunuhnya dan dia meminta sepucuk pistol daripada polis agar mudah digunakan membunuh diri.

Ditanya mengenai keadaan kanak-kanak sepanjang kejadian, Noraza berkata sebahagian besar murid menjalani pembelajaran kelas seni di tingkat bawah manakala selebihnya berada di bilik di tingkat atas banglo dua tingkat itu. “Bagi mengelak suasana panik dan bising, suspek menyuruh kami menidurkan kanak-kanak sebelum mengikat semua guru termasuk saya menggunakan wayar telefon. “Selain bersikap lembut, lelaki berkenaan mendukung seorang budak untuk ke tandas dalam keadaan tenang, malah kami dibenarkan ke tandas sesuka hati tanpa kawalan,” katanya.

Menurutnya, suspek hanya agresif dengan menampar muka Pembantu Pengetuanya, Khoo Choon Ben, 50, kerana cuba memaklumkan perkara itu kepada salah seorang ibu yang terlewat tiba di pusat jagaan berkenaan.

Jangan sesekali tinggalkan anak dalam kenderaan



KUALA LUMPUR: Ibu bapa tidak harus sesekali meninggalkan anak mereka bersendirian di dalam kenderaan walaupun untuk tempoh yang singkat kerana berisiko mengundang kejadian tidak diingini termasuk kematian.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pengasuhan Positif, Datuk Dr Zulkifli Ismail berkata, ketika tingkap kenderaan bertutup sama ada dalam keadaan enjin masih hidup atau dimatikan, atau penyaman udara dihidupkan, amat berbahaya jika kanak-kanak ditinggalkan di dalamnya.

“Jika kanak-kanak ditinggalkan dalam kenderaan yang enjin atau penyaman udara dihidupkan, mereka mungkin terdedah dengan risiko keracunan karbon monoksida. “Manakala, dalam keadaan sebaliknya, suhu di dalam kereta boleh mencecah hingga 42 darjah Celcius ketika cuaca panas dan suhu itu terlalu tinggi untuk seorang kanak-kanak. “Apabila mangsa tidak mendapat oksigen yang mencukupi ditambah pula dengan suhu terlalu panas menyebabkannya terkena serangan ‘heat stroke’ iaitu keadaan apabila badannya tidak boleh bertolak ansur dengan suhu dan boleh mengakibatkan kematian,” katanya, Dr Zulkifli mengulas laporan akhbar ini semalam mengenai kematian murid tahun empat, Izzah Athirah Mohd Khir, 10, akibat lemas selepas tertinggal selama lebih enam jam di dalam kenderaan milik ibunya.

MALANG@TAKDIR TIDAK DAPAT DIJANGKAKAN...ELOK KITA SENTIASA BERHATI2...FIKIR BURUK@NEGATIF ADA BAIKNYA....DENGAN NI KITA SENTIASA BERWASPADA...DISAMPING MEMOHON PERLINDUNGAN DARI ALLAH SWT...


“pakar motivasi DR.HM TUAH berkata"lelaki yang di gilai ramai wanita bukanlah calon yang paling baik untuk dijadikan suami,kecuali dia memang seorang yang berakhlak...”

30 kanak-kanak, guru jadi tebusan



ANGGOTA polis membawa keluar murid-murid tadika selepas berakhir drama tebusan di Taman Sungai Abong Cemerlang, Muar semalam.



MUAR – Seramai 30 kanak-kanak dan empat guru di Pusat Jagaan Serikids, Taman Sungai Abong Cemerlang, Sungai Abong di sini berhadapan saat-saat cemas semalam apabila dijadikan tebusan oleh seorang penagih dadah selama hampir tujuh jam.
Lelaki berusia 30-an yang dipercayai kurang siuman itu bagaimanapun cedera parah ditembak polis dan meninggal dunia pada pukul 9.15 malam tadi ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu dikatakan menceroboh pusat jagaan berkenaan yang berupa banglo dua tingkat pada pukul 9.15 pagi melalui pintu belakang bangunan berkenaan.
Katanya, sebaik berjaya masuk, lelaki berkenaan yang bersenjatakan sebilah parang dan tukul besi mengarahkan guru dan kanak-kanak terbabit diam jika tidak mahu dicederakan.
“Suspek kemudiannya mengunci kesemua tiga pintu pusat jagaan berkenaan dengan mangga yang dibawanya sebelum mengarahkan semua mangsa naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam sebuah bilik,” katanya.
Jelasnya, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 10 pagi.
“Polis cuba berunding dengan suspek mulai pukul 11 pagi hingga 3 petang dan ahli keluarganya iaitu bapa saudara, kakak dan adiknya turut datang memujuk suspek agar menyerah diri tetapi gagal,” katanya kepada pemberita.
Katanya, sepanjang rundingan, suspek mengemukakan beberapa permintaan yang tidak munasabah seperti sepucuk pistol dan peluru.
Jelasnya, polis mendapat petunjuk keadaan mangsa apabila seorang guru mencampak sekeping nota dari bilik berkenaan.

‘Aku bunuh semua’

Oleh Salman Hamat, Ahmad Tajol Ansar Ibrahim, Mohd Harzrul Aminuddin dan Sharifah Zulaikha Syed Amali
am@hmetro.com.my

KAWAL...anggota polis mengusung suspek untuk hantar ke hospital.
KAWAL...anggota polis mengusung suspek untuk hantar ke hospital.
SELESAI...anggota UTK keluar dari pusat jagaan.
SELESAI...anggota UTK keluar dari pusat jagaan. 
MUAR: “Bunuh aku, kalau tak aku bunuh semua budak yang ada.” Itu ugutan lelaki dipercayai pesakit mental yang menceroboh sebuah taska di sini dan menjadikan 30 kanak-kanak serta empat guru sebagai tebusan selama hampir tujuh jam, bermula jam 9 pagi semalam.
Ugutan lelaki bersenjatakan parang, tukul besi, pistol pengokot (stapler) dan alat pemadam api itu disuarakan kepada Penolong Pengetua Pusat Jagaan Serikids, Khoo Chon Den, 50, sambil mengacukan tukul besi kepadanya.
Khoo yang ketakutan dan serba salah, bagaimanapun enggan berbuat demikian selepas memikirkan penyerang lelaki itu bersikap baik terhadap semua tebusan termasuk mendukung seorang kanak-kanak untuk ke bilik air.

“Lelaki itu menghulurkan saya tukul besi dan menjerit supaya saya membunuhnya, namun saya tidak memenuhi tuntutannya itu kerana takut.


“Saya bimbangkan keselamatan semua kanak-kanak yang ada, namun pada masa sama tidak mahu menjadi pembunuh.


4 remaja maut berlumba haram



ORANG RAMAI melihat mayat empat remaja yang terlibat dalam kemalangan di Banggol Chicha, Pasir Mas kelmarin.



PASIR MAS – Empat remaja termasuk dua pelajar dipercayai berlumba haram terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Banggol Chicha dekat sini petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, keempat-empat mangsa, Mohd. Fikri Mat, 19, dari Kampung Banggol Stol, Rantau Panjang, Abdul Muhaimin Makhtar, 21, dan Raja Ahmad Muzzammil Raja Mansor, 18, dari Kampung Kubang Panjang serta Mohamad Amirul Afiq Baharon, 17, dari Kampung Kubang Pak Amin mati di tempat kejadian selepas dipercayai cedera parah di kepala dan badan.
Mohamad Amirul merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tendong di sini, manakala Abdul Muhaimin pula pelajar Politeknik Kota Bharu.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, kemalangan itu berlaku ketika Mohd. Fikri yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 berlumba haram dengan motosikal lain tiba-tiba kenderaan itu meletup dan terbakar.
Menurutnya, pada masa sama, dua motosikal lagi yang masing-masing datang dari arah bertentangan dikatakan hilang kawalan sebelum bertembung antara satu sama lain.
“Akibat pertembungan itu, keempat-empat mangsa dikatakan tercampak ke jalan raya dan mati di tempat kejadian. Keempat-empat mereka disahkan mati selepas dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
“Kejadian tersebut berlaku di sebatang jalan raya berhampiran Banggol Chicha yang belum siap dibina sepenuhnya. Jarak jalan raya tersebut yang digunakan untuk berlumba sepanjang satu kilometer,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Padah berlumba

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my

TRAGEDI...jenazah keempat-empat mangsa terbaring kaku di atas jalan.
TRAGEDI...jenazah keempat-empat mangsa terbaring kaku di atas jalan.
pix_topright
PASIR MAS: Jalan raya dalam pembinaan di Kampung Banggol Chica di sini, yang dijadikan litar lumba haram bertukar menjadi litar berdarah apabila empat lelaki terbunuh selepas motosikal ditunggang bertembung antara satu sama lain, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, Mohamad Amirul Afiq Baharon, 17, Raja Ahmad Muzzammil Raja Mansor, 18, Mohd Fikri Mat, 19 dan Abdul Muhaimin Makhtar, 21, yang berlumba disaksikan kira-kira 50 penonton dari kampung berkenaan dan kampung berhampiran, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Kemalangan berlaku apabila motosikal Honda EX5 ditunggang laju Mohd Fikri tiba-tiba meletup sebelum terbakar menyebabkan dia dan Abdul Muhaimin, juga menunggang motosikal jenis sama yang ketika itu berlumba sesama sendiri hilang kawalan, bertembung dengan dua motosikal Yamaha 125Z ditunggang Mohamad Amirul Afiq dan Raja Ahmad Muzzammil.

Mayat Mohamad Amirul dari Kampung Kubang Pak Amin, di sini, Raja Ahmad Muzzammil (Kampung Kubang Panjang), Mohd Fikri (Kampung Banggol Setol) dan Abdul Muhaimin (Kampung Kubang Panjang) di bawa ke Hospital Pasir Mas (HPM), di sini, untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing kira-kira jam 10.05 malam kelmarin.


Jenazah semua mangsa dikebumikan di kampung masing-masing pagi semalam.
Saksi kejadian yang juga rakan akrab Mohd Fikri, Mohd Khairul Zaman Alias, 15, berkata, sebelum kemalangan suasana di litar berkenaan riuh rendah bagaikan pesta apabila kira-kira 50 penonton, kebanyakannya remaja bersorak melihat empat remaja berkenaan berlumba.

4 pelatih nekad cabut lari



SEBUAH kereta Perodua Kancil yang diletakkan di hadapan pintu Puspen rosak selepas dirempuh oleh lori yang dinaiki empat pelatih ketika melarikan diri di Besut semalam.



BESUT – Empat pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di sini bertindak nekad dengan merampas sebuah lori dan merempuh pintu pagar hadapan pusat itu ketika melarikan diri semalam.
Kejadian berlaku pada pukul 10.30 pagi apabila keempat-empat pelatih tersebut menyusup masuk ke dalam sebuah lori tiga tan ketika pemandu dan kelindannya menurunkan barang di pusat itu.
Pelatih berusia di antara 25 hingga 32 tahun itu kemudian memandu lori tersebut dan melanggar pintu pagar sebelum terlanggar sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di bahu jalan di luar pusat berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kesemua pelatih tersebut kemudian memandu lori itu menuju ke Kelantan.
Ujarnya, apabila tiba di Bukit Jong, Pasir Putih iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian, lori tersebut telah merempuh sekatan jalan raya menyebabkan seorang anggota polis cedera di tangan.

Tidak balik tiga hari ke Genting




SHAH ALAM – Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya didakwa memberitahu sahabat baiknya, Habishah Bahari (gambar) bahawa dia tidak dapat pulang selama tiga hari kerana akan pergi ke Genting Highlands.
Habishah selaku saksi ke-16 memberi keterangan berkata, perkara itu dimaklumkan ahli perniagaan tersebut menerusi satu panggilan telefon kepadanya pada malam, 30 Ogos 2010 selepas dia berbuka puasa di rumah rakan.
Tukang jahit itu disoal Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani dalam perbicaraan bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Khatavarayan, 31, yang dituduh membunuh Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.40 malam, 30 ogos 2010.
Mereka berhadapan hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan jika sabit kesalahan.
Idham: Kamu ada terima panggilan lagi dari Sosilawati pada malam kejadian?
Habishah: Lepas solat Maghrib, dia (Sosilawati) ada telefon lagi iaitu 10 minit selepas panggilan kedua, dia cakap, Kak Wati tidak balik tiga hari pergi Genting.
Wanita itu kemudiannya menangis teresak-esak sehingga perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini semalam ditangguhkan sebentar.
Habishah: Saya tidak dapat menahan sebak apabila Sosilawati menggunakan perkataan Kak Wati dengan nada lembut itu bermakna dia berada dalam kesusahan.

‘Kamal ambil gambar bogel aku’

Oleh Murni Wan Omar dan Syah Rul Aswari Abdullah
am@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Teman rapat Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Habishah Bahari, 43, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, jutawan kosmetik itu memaklumkan pemandunya bernama Kamal ada mengambil gambar bogelnya.
Saksi pendakwaan ke-16 itu yang mengenali Sosilawati sejak belasan tahun lalu berkata, maklumat itu dimaklumkan Sosilawati melalui panggilan telefon pada kira-kira jam 7.30 malam, pada hari dia dilaporkan hilang 30 Ogos tahun lalu.
Habishah yang bekerja sebagai tukang jahit di Plaza Idaman, Gombak berkata, panggilan itu diterimanya ketika dia berbuka puasa di rumah seorang rakannya.

“(Sosilawati kata) Wei! Aku tak percaya Kamal...Kamal ambil gambar bogel aku. Kau pergi ke rumah masuk, masuk ke dalam bilik air...kau tengok kalau ada kamera tersorok tak?,” katanya.


Saksi itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati dan tiga individu lain, semalam.

Wednesday, July 6, 2011

ADA MASIH BERUNTUNG SUAMI TIDAK BUAS...GANAS DLL....BERSYUKURLAH...

 
"وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيْلَ لِبَاسًۭا وَٱلنَّوْمَ سُبَاتًۭا وَجَعَلَ ٱلنَّهَارَ نُشُورًۭا => Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha." (QS. AL FURQAAN:47)

Tolonglah cari kepala arwah

Oleh Mahaizura Abd Malik dan Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my

BUKTI ...anggota forensik membawa tulang mangsa 
ke Hospital Sultan Ismail, semalam. Gambar kecil (kiri) Nurrahayu Qomarodin dan Umidah Setu.
BUKTI ...anggota forensik membawa tulang mangsa ke Hospital Sultan Ismail, semalam. Gambar kecil (kiri) Nurrahayu Qomarodin dan Umidah Setu.
JOHOR BAHRU: “Tolonglah, kami merayu kepada pihak berkuasa supaya mencari kepala arwah secepat mungkin, kami reda dengan apa yang berlaku tapi tidak tenang selagi belum dapat mengebumikan jasadnya,” kata ibu mangsa pembunuhan kejam Nurrahayu Qomarodin, 16, atau Ayu.
Umidah Setu, 49, berkata, mereka sekeluarga yakin kecekapan polis menjalankan siasatan, namun berharap pihak berkuasa dapat menemui kepala arwah anaknya secepat mungkin.
Katanya, sikap dan kelakuan Ayu sebagai anak tiada cacat celanya dan disifatkan sangat baik serta mendengar kata.

“Ayu sangat manja, mukanya tidak pernah masam sebaliknya hanya tersenyum manis. Jika kena marah, arwah tidak akan melawan sebaliknya lebih suka berdiam diri dan menurut perintah kami.


“Arwah juga ringan tulang kerana suka membantu orang dan kadang-kadang tolong kami menjual air minuman dengan menaiki van di kawasan berdekatan,” katanya.

Ajaran sesat jaja Tok Ku Paloh

Oleh Sufian Thauri Muhamed dan Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: “Ilmu yang mereka katakan itu bukan diajar arwah datuk saya,” kata Syed Mustapha Syed Abdullah, 67, cucu kepada ulama tersohor, Engku Syed Abd Rahman Syed Abdullah atau Tok Ku Paloh yang meninggal dunia di usia 100 tahun pada September 1917.
Beliau merujuk kepada tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan ajaran sesat dengan mengaitkan amalan dilakukan adalah tinggalan Tok Ku Paloh.

“Ramai juga datang merujuk ilmu tertentu dengan saya bagi mengesahkan sama ada ia daripada Tok Ku Paloh atau sebaliknya, tetapi apa yang membuatkan saya sedih apabila kebanyakannya belajar ilmu yang tidak pernah diajar Tok Ku Paloh.

“Ilmu kebal, sembahyang pakai niat tanpa perbuatan serta pelbagai lagi cabang ilmu yang jarang didengari didakwa ilmu Tok Ku Paloh, tetapi sebenarnya ia palsu dan tidak pernah diajar arwah datuk,” katanya.


Beliau berkata, ada segelintir peniaga meletakkan gambar didakwa Tok Ku Paloh di dinding premis mereka kononnya untuk mendapatkan berkat ulama berkenaan bagi melariskan perniagaan.


'Bukan ilmu datuk saya'

Oleh Sufian Thauri Muhamed dan Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: “Ilmu yang mereka katakan itu bukan diajar arwah datuk saya,” kata Syed Mustapha Syed Abdullah, 67, cucu kepada ulama tersohor, Engku Syed Abd Rahman Syed Abdullah atau Tok Ku Paloh yang meninggal dunia di usia 100 tahun pada September 1917.
Beliau merujuk kepada tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan ajaran sesat dengan mengaitkan amalan dilakukan adalah tinggalan Tok Ku Paloh.
“Ramai juga datang merujuk ilmu tertentu dengan saya bagi mengesahkan sama ada ia daripada Tok Ku Paloh atau sebaliknya, tetapi apa yang membuatkan saya sedih apabila kebanyakannya belajar ilmu yang tidak pernah diajar Tok Ku Paloh.

“Ilmu kebal, sembahyang pakai niat tanpa perbuatan serta pelbagai lagi cabang ilmu yang jarang didengari didakwa ilmu Tok Ku Paloh, tetapi sebenarnya ia palsu dan tidak pernah diajar arwah datuk,” katanya.


Beliau berkata, ada segelintir peniaga meletakkan gambar didakwa Tok Ku Paloh di dinding premis mereka kononnya untuk mendapatkan berkat ulama berkenaan bagi melariskan perniagaan.

Lemas dalam kereta ibu

Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Suraya Roslan
am@hmetro.com.my

SEREMBAN: Remuk hati seorang ibu apabila mengetahui anak perempuannya yang juga murid tahun empat mati akibat lemas selepas tertinggal selama lebih enam jam di dalam kenderaan miliknya, di Sekolah Rendah Islam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di sini, semalam.
Difahamkan, kejadian disedari kira-kira jam 2 petang apabila mangsa, Izzah Athirah Mohd Khir, 10, dilihat masih berada di dalam kereta Perodua Alza berkenaan yang diletakkan di perkarangan kawasan sekolah terbabit.

Bapa mangsa, Mohd Khir Abd Majid, 45, yang juga Penolong Pegawai Pelajaran Rembau berkata, anak kelima daripada lapan beradik itu pergi ke sekolah berkenaan dengan menaiki kereta dipandu isterinya, Haliza Talib, 44, kira-kira jam 6.30 pagi. “Sejurus tiba kira-kira jam 7.30 pagi, isteri saya yang juga guru di sekolah sama mahu cepat mengajar dan mengarahkan keempat-empat anak keluar dari kereta.
“Namun, Izzah (anak) dikatakan enggan keluar kereta kerana tidak memakai kasut. Selepas tamat waktu sekolah kira-kira jam 2 petang, isteri saya terkejut melihat Izzah seperti tidak sedarkan diri dan badannya terkulai. “Isteri segera menghubungi ambulans dan Izzah dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut,” katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensiki, semalam.

Menurut Mohd Khir, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

Beliau berkata, dia sebelum itu sedang menghadiri mesyuarat di sekitar Port Dickson dan mengetahui kejadian berkenaan ketika dihubungi rakan sepejabatnya, kira-kira jam 3.30 petang.

“Saya diberitahu Izzah terperangkap di dalam kereta dan masih tidak mengetahui dia sudah meninggal dunia.

“Namun, apabila tiba di hospital, saya terkejut apabila dimaklumkan Izzah sudah meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya yang reda dengan insiden memilukan itu. Kata Mohd Khir yang menetap di Taman Pinggiran Senawang, anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara kecuali sempat meminta kunci Proton Iswara miliknya untuk mencari kasut, sebelum kejadian berlaku.
“Izzah bangun awal berbanding biasa dan memberitahu mahu mencari kasutnya. Saya tidak menyangka ia petanda pemergiannya yang sudah ditetapkan Ilahi,” katanya.

Menurutnya, jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yayasan Sofa, Rembau, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kecuaian penjaga dalam penjagaan anak.

“Siasatan awal mendapati mangsa berada di dalam kereta itu yang berkunci dan tingkapnya tertutup. Ibu mangsa dipercayai terlupa untuk menjenguk sebelum mendapati kanak-kanak berkenaan sudah tidak sedarkan diri,” katanya. Pada 22 Mei lalu, seorang budak perempuan tiga tahun ditemui lemas dalam kereta yang tertutup rapat dan berkunci ketika ayahnya menghadiri pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan.

Dalam kejadian itu, Nur Izyan Natasya @Aisyah Ishak tertinggal dalam kereta ketika bapanya tergesa-gesa untuk mengusung jenazah kerana menyangkakan dia sudah turun untuk ke rumah sepupunya itu.

Nafi mangsa diperkosa



JOHOR BAHRU: Polis menafikan laporan akhbar mendakwa remaja yang menjadi mangsa pembunuhan kejam, Norrahayu Qomarudin, 16 atau Ayu, dirogol sebelum dibunuh, dikerat dan dibakar.
Ketua Polis daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, sehingga kini pihaknya hanya menyiasat kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kami masih menyiasat pembunuhan ini dan motif pembunuhan juga masih belum diketahui, berikutan itu laporan mengatakan mangsa dirogol masih belum dapat disahkan.
“Siasatan masih dijalankan mengikut pelbagai sudut dan kami juga menahan suspek utama kes iaitu pengawal keselamatan sebuah kuari berusia 46 tahun untuk mencari petunjuk sekali gus melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Beliau juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung bahagian badan mangsa yang belum ditemui dan meminta orang ramai mempunyai maklumat menghubungi polis untuk membantu siasatan.

Terdahulu, mayat seorang remaja dilaporkan dikerat sebelum dibakar sebanyak dua kali di dua lokasi berasingan, penemuan itu dikaitkan dengan Norrahayu yang dilaporkan hilang oleh keluarganya, 18 Jun lalu.

Mayat mangsa dipercayai dibakar di kawasan Sungai Tiram, Ulu Tiram sebelum dibakar buat kali kedua di Tanah Perkuburan Hindu, Masai.

Keadaan mayat mangsa yang juga anak seorang pengusaha kantin di sebuah kuari di Masai, Qomardin Bajuri, 46, ditemui hanya tinggal cebisan rambut, baju dan selipar di tanah perkuburan berkenaan di antara pukul 4 hingga 5 petang, Selasa lalu.
Hasil penemuan itu, polis menahan seorang pengawal keselamatan bagi membantu siasatan.

Suami mati tergantung



KUANTAN: Belum hilang penat pulang dari kerja, seorang isteri terpaksa menelan kepahitan apabila suaminya mati dengan leher tergantung pada kipas siling di rumah mereka di Taman Amalina Lestari, Raub, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, wanita berusia dalam lingkungan 20-an berkenaan baru pulang dari tempat kerjanya di pekan Raub sebelum mendapati pintu rumahnya berkunci dan panggilannya tidak disahut.
Wanita itu meminta bantuan jirannya memecahkan pintu gril depan sebelum dia menjerit melihat mangsa, V Kanagarajan tergantung pada kipas siling rumah mereka.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Syamsuri berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dua CCTV diganggu

Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner di sini, semalam, dua daripada tiga kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan tidak beroperasi dengan normal pada hari kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbaini Mohamed, April lalu.
Asisten Superintendan Fauziah Che Mat, 47, yang bertugas di bahagian Seksyen Audio dan Video dari Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, berpendapat CCTV yang terletak di dalam bangunan itu mengalami gangguan daripada seseorang yang agak mahir.

“Saya hanya memperoleh imej rakaman si mati pada CCTV di luar jam 8.30 pagi hingga 11 pagi, pada 6 April lalu di hadapan pintu masuk bangunan SPRM,” katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail.

Ketika tayangan dibuat kelihatan isteri Allahyarham, Masiah @ Maziah Manap serta ahli keluarganya yang lain, menangis teresak-esak melihat imej terakhir si mati itu.


Dalam rakaman kira-kira 20 saat itu kelihatan si mati yang berbaju putih dan berseluar hitam, berhenti di pondok kawalan dan turun daripada motosikal Modenas Kriss sebelum menyerahkan pengenalan diri kepada pengawal keselamatan dan dilihat masuk ke bangunan berkenaan.

Tak tahan sebak cam jam tangan



SHAH ALAM: Suasana pilu menyelubungi kamar Mahkamah Tinggi, semalam apabila isteri Noorhisham Mohamad, seorang daripada empat mangsa pembunuhan termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, tidak dapat menahan sebak ketika diminta mengecam jam tangan Longines milik suaminya.
Suzana Radin Pangat, 39, yang bertugas sebagai pembantu peribadi di Ibu Pejabat CIMB Bank, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, mula mengalirkan air mata ketika melihat jam tangan berjenama diterima suaminya sebagai hadiah pencapaian cemerlang pada 2008. Ibu kepada tiga cahaya mata berusia enam hingga 16 tahun beberapa kali mengesat air mata ketika membelek jam tangan itu sebelum tunduk dan menangis. Malah, wanita yang tampil berbaju kurung corak bunga dengan tudung sedondon itu mula dihimpit emosi menyebabkan suaranya sering tersekat-sekat. Pada awal prosiding, Hakim Datuk Akhtar Tahir turut bertanyakan keadaan emosi Suzana, namun saksi itu memilih untuk menyambung keterangan. Suzana juga beberapa kali terpaksa berhenti seketika untuk menenangkan diri ketika memberi keterangan berhubung panggilan dan pertemuan terakhir dengan Noorhisham, sebelum suaminya menjadi antara empat mangsa pembunuhan kejam di Banting, tahun lalu. Sementara itu, situasi sama berlaku ketika anak ketiga Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Erinawati Sofia, 22, gagal menahan air mata apabila diminta mengecam gambar ibunya, pada prosiding sebelah petang.

Pada peringkat awal, Akhtar turut bertanyakan keadaannya dan saksi yang berbaju kurung merah jambu dan bertudung sedondon itu memilih untuk meneruskan keterangan. Prosiding semalam turut diwarnai keterangan penjual kerepek di Banting, Zurayina Jemaat, 27, yang memberitahu mahkamah dia tidak mengetahui pembunuhan kejam yang membabitkan Sosilawati, 47; Noorhisham, 38; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Wanita itu yang kini tidak lagi bekerja berkata, ini berikutan dia tidak membaca akhbar atau menonton televisyen kerana terlampau sibuk dengan kerja rumah dan menjaga anak-anaknya. Sosilawati dilaporkan membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting, pada jam 4 petang, hari sama dia dan tiga lagi individu dibunuh.

Perbicaraan di hadapan Akhtar bersambung hari ini.

Sah ada alkohol

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kasdi Ali
am@hmetro.com.my

IPOH: Beberapa sampel minuman ‘bir halal’ dari Timur Tengah yang dihantar untuk ujian makmal kimia beberapa minggu lalu disahkan mempunyai kandungan alkohol di dalamnya.
Sumber berkata, ujian terperinci oleh Jabatan Kimia Malaysia terhadap sampel dihantar pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menemui kandungan alkohol pada sebahagian sampel botol minuman diuji.

Menurutnya, kedua-dua pihak sebelum ini menghantar sampel empat jenama berlainan minuman bikarbonat diimport dari beberapa negara Timur Tengah susulan kekeliruan pengguna Islam terhadap kandungannya.
Difahamkan, laporan ujian kimia itu sudah diserahkan KPDNKK kepada Jakim baru-baru ini bagi membolehkan tindakan lanjut diambil oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dihubungi wartawan Harian Metro semalam berkata, keputusan status sebenar minuman itu sama ada halal atau tidak akan diketahui tidak lama lagi.

“Tunggu, insya-Allah kita akan tahu keputusannya tidak lama lagi termasuk dari Majlis Fatwa,” katanya.

Sehubungan itu, Jamil Khir menasihatkan pengguna supaya sabar menunggu keputusan Jakim dan pada masa sama tidak terburu-buru minum bir didakwa halal.

Sementara itu, jurucakap KPDNKK yang dihubungi berkata, pihaknya sudah menghantar laporan penuh kepada pihak Jakim berhubung isu minuman ‘bir halal’ berkenaan.
“Kini terserah kepada pihak Jakim untuk menentukan tindakan selanjutnya selain memberi penjelasan kepada pengguna,” katanya.

Anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Unipeq sebelum ini menafikan pernah mengesahkan status halal produk bir halal seperti didakwa pengeluar produk itu pada 16 Jun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Unipeq, Dr Siti Noorbaiyah Abdul Malek, dalam kenyataan balas 23 Jun lalu berkata, syarikat itu hanya mengeluarkan sijil analisis yang menunjukkan kandungan kompaun yang diuji dan bukannya status halal.

Difahamkan Jakim akan memutuskan status minuman jenama Barbican yang didakwa sebagai ‘bir halal’ selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan perbincangan mengenainya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, perkara itu perlu dilihat secara holistik sebelum keputusan akhir diumumkan.

“Berdasarkan perbincangan yang kita buat dengan pihak pengedar minuman itu, kita hanya mendengar penerangan mengenai mereka berhubung kaedah pembuatan serta bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan bir itu.

“Setakat ini, kami tidak dapat memutuskan status halal produk berkenaan. Kita perlu tunggu Majlis Fatwa Kebangsaan bermesyuarat mengenainya,” katanya.

Isu ‘bir halal’ itu timbul selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) mendedahkan ada produk minuman yang terkenal dari negara Arab mempunyai kandungan alkohol 0.5 peratus, iaitu melebihi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ahmad Kamil tergesa-gesa, bercakap cepat - Isteri

SHAH ALAM - Peguam Datuk Sosilawati Lawiya, Ahmad Kamil Abdul Karim berada dalam keadaan tergesa-gesa, bercakap cepat dan tersekat-sekat ketika menghubungi isterinya, Sabrina Adnan pada 30 Ogos tahun lalu.
Sabrina, 32, yang merupakan saksi pendakwaan ke-14 berkata, sikap suaminya itu pelik kerana dia tidak bertanya mengenai anak-anak dan tidak menjawab soalan yang ditanya.
"Suami menghubungi saya pada pukul 4 petang memberitahu yang dia tidak dapat berbuka puasa bersama. Hampir empat jam kemudian, dia hubungi saya lagi dan dia bercakap dalam keadaan tergesa-gesa mengatakan tidak balik selama tiga hari," katanya di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff sama ada dia ada bertanya apa-apa, Sabrina yang bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) menjawab, ada.
"Dia kata ada masalah, Kak Wati (Sosilawati) tengah menangis dan dia mahu tolong. Dia kata Kamal (Kamaruddin Shamsuddin) ugut hendak sebarkan gambar yang tidak senonoh tetapi bila saya tanya dia ke mana dia tidak jawab," ujarnya.

Kelakar lihat cek RM1 juta


PATHMANABHAN (dua dari kiri) bersama tiga pekerjanya yang didakwa membunuh Sosilawati dan tiga rakan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Seorang rakan karib jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya semalam memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini yang wanita itu pernah menerima cek berjumlah RM1 juta daripada bekas peguam, N. Pathmanabhan.
Junaidah Ismail, 52, memberitahu, cek tersebut ditunjukkan Sosilawati kepadanya selepas Allahyarham mengambilnya daripada Pathmanabhan ketika mereka bertemu di hadapan pejabat bekas peguam itu di Banting pada pukul 5.30 petang 3 Ogos 2010.
Selepas itu, jutawan tersebut mengajaknya untuk makan di Pelabuhan Klang untuk meraikan hari lahirnya dengan menaiki kereta yang dipandu Kamaruddin Shamsuddin.
Katanya, Sosilawati bertemu dengan Pathmanabhan selama lima minit dan ada perbualan di antara mereka. Ketika itu, dia dan Kamaruddin tunggu di dalam kereta.
“Wati (Sosilawati) suruh saya tengok dan berkata ‘aku dapat payment’ dan semasa saya nak pulangkan cek itu kepadanya, saya nampak cek itu cek tunda.
“Saya tanya kenapa tarikh September sedangkan ini bulan Ogos tetapi dia (Sosilawati) kata tidak apa, sebab mereka dah bincang sebelum ini. Cek itu adalah atas nama Southern Symphony Sdn. Bhd. syarikat milik Sosilawati,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani.

Sebak lihat ibu didera bapa buas

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Perbuatan seorang lelaki warga asing tidak ubah seperti haiwan apabila tergamak mendera isterinya setiap kali mahu melakukan hubungan seks termasuk menendang dan memukul mangsa dipercayai kerana cemburu, malah lebih mengejutkan, kekejaman suspek berlarutan sejak 24 tahun lalu.
Difahamkan, lelaki berusia 53 tahun berasal dari Pulau Rupat, Indonesia bekerja sebagai tukang rumah itu memukul isterinya setiap kali keinginannya ditolak dan perbuatannya itu turut disaksikan enam anak mereka berusia 11 hingga 24 tahun di rumah mereka di sebuah kampung di Simpang Ampat, di sini.

Perbuatan jahat suspek disembunyikannya daripada pengetahuan saudara-mara dan jiran itu terbongkar apabila dia ditangkap petang kelmarin, sekali gus mendedahkan dia sebenarnya tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah sejak 13 tahun lalu.
Tangkapan terhadap suspek dilakukan kira-kira jam 6 petang oleh anggota polis yang menerima aduan daripada anak gadis mangsa berusia 17 tahun yang tidak tahan dengan perbuatan bapanya itu.

Mendedahkan sikap jijik bapa kandungnya gadis berkenaan mendakwa suspek seorang yang panas baran dan sering memukul ibunya yang berusia 52 tahun.

Anak keempat daripada enam beradik itu mendakwa dia sudah muak dengan perlakuan ganas bapanya yang sering menumbuk dan menyepak ibunya sejak dia kecil lagi. “Kami enam beradik tinggal serumah di rumah kecil Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Ruang yang sempit itu memudahkan kami melihat dan mendengar apa yang berlaku. Jeritan serta rintihan ibu minta dilepaskan daripada dikasari ayah yang kerap memukulnya membuatkan kami sedih mengenangkan nasib ibu,” katanya ketika ditemui.

Katanya, dia nekad melaporkan perkara itu di Balai Polis Simpang Ampat, kelmarin, kerana sudah tidak tertahan lagi serta selepas dinasihat bapa angkatnya.

Katanya, kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin, dia terjaga dari tidur apabila terdengar ibunya menangis meminta tolong sambil ayahnya terus memukul dan mengugut untuk membunuh jika ibunya menjerit.
“Saya nampak ayah menuju ke dapur dan datang membawa sebilah pisau lalu mengancam ibu supaya tidak menjerit atau dan memberitahu sesiapa perbuatannya sebelum menumbuk ibu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan tangkapan suspek dan kes dirujuk ke Jabatan Agama Islam (Jaim) Alor Gajah untuk tindakan.

“Pihak kami dimaklumkan menerusi laporan polis dibuat anak mangsa, suspek disyaki melakukan penderaan seksual ke atas ibunya dan selepas diperiksa didapati suspek seorang warga Indonesia memiliki dokumen perjalanan tamat tempoh sejak 1998 lagi,” katanya.