Saturday, August 27, 2011

REZEKI BERMACAM2....TAKDIR BERMACAM2...COMEL SAJA TAK CUKUP...KENA PASANGAN ITU BOLEH MEMBANTU KITA MASUK SYURGA....HEBATNYA SATU2 PASANGAN ITU...KERANA IA BOLEH MEMBAWA SUAMI ATAU ISTERI KE SYURGA....

Ada maklumat dirahsia

Oleh HADZLAN HASSAN dan RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ
metahad@hmetro.com.my

KASIH IBU... Kartika menemani anaknya Wann Kaitlynn dan Qaisara.
KASIH IBU... Kartika menemani anaknya Wann Kaitlynn dan Qaisara.
SUNGAI SIPUT: Ada yang menghantar surat berserta biodata lengkap seperti surat memohon kerja, meluahkan perasaan secara bertulis, malah tidak kurang yang lebih ‘gentleman’ berjumpa ayahnya semata-mata mahu menyampaikan hasrat di hati.
Memegang status janda popular menyebabkan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 34, menjadi perhatian ramai lelaki, sama ada orang kebanyakan mahupun berstatus VIP.

Lebih-lebih lagi kisahnya menjadi perhatian tiga tahun dulu berikutan kesanggupannya menjalani hukuman sebat atas kesalahan minum arak dan sejak itu setiap perkembangannya menjadi hiasan di dada akhbar hinggalah kisah perceraiannya dengan seorang warga Singapura.
Namun, buat masa ini, tidak terlintas di hati wanita kelahiran Kampung Jawang, di sini, itu untuk mengakhiri zaman jandanya, apatah lagi dia baru kehilangan anak sulung, Mohamad Azfar Muhammad Affandi, 9, akibat lemas pada 8 Mei lalu.

Kartika tidak menafikan tertarik dengan surat ‘lamaran’ diterima, namun individu yang melamarnya merahsiakan beberapa maklumat, terutama status terkini.

“Surat yang saya terima rata-rata menyertakan maklumat positif, namun saya terpaksa menolak kerana mereka masih berstatus suami orang.

“Saya tidak percaya 100 peratus maklumat diberi, sebaliknya melakukan siasatan bagi memastikan ia benar,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, di sini.

Menurutnya, dia tidak sanggup menghancurkan hati wanita lain semata-mata mahu mengakhiri status janda kerana percaya faktor takdir yang pasti berbalik kepadanya jika melakukan sesuatu yang buruk.
Katanya, bukan bermakna dia menutup pintu hatinya kepada lelaki lain selepas bercerai dengan bekas suami, Muhammad Afandi Amir, 39, tahun lalu, tetapi Kartika enggan memikirkannya dalam masa terdekat.

“Saya baru mengambil alih perniagaan inap desa Perak River Safari daripada ayah dan tumpuan kini hanya kepada kerja untuk mempromosikannya yang diuruskan bersama dua abang saya.

“Wanita mana tidak mahu hidup bersama lelaki bergelar suami, tetapi ia (berkahwin) bukan keutamaan saya dalam tempoh lima tahun ini.

“Namun, jika ditakdirkan bertemu jodoh dalam tempoh itu, siapalah saya untuk menolaknya,” katanya.

Kartika berkata dia tidak meletakkan syarat bagi mereka yang ingin menyuntingnya sebagai suri hati tetapi paling penting, lelaki berkenaan menerima anaknya, Wann Kaitlynn Saridewi Muhammad Affandi, 7.

Katanya, anak adalah keutamaannya kini, lebih-lebih lagi sejak melalui kejadian sedih yang meragut nyawa anak sulungnya ketika insan lain yang bergelar ibu gembira menyambut Hari Ibu.

Bagaikan menjadi penawar duka, Kartika menerima seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang diberi seorang wanita seminggu selepas pemergian Azfar untuk dijadikan anak angkat.

Kanak-kanak perempuan itu yang dikenali sebagai Qaisara tidak dianggap pengganti Azfar, sebaliknya sebagai kawan kepada Wann Kaitlynn.

“Qaisara tidak akan sama dengan Azfar kerana anak sulung saya mempunyai tempat istimewa dalam hati saya dan dia (Azfar) tetap saya kenang dan sayang sehingga ke hujung nyawa.

“Bagaimanapun, saya tetap mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Qaisara kerana dia adalah amanah yang perlu saya pelihara dengan sewajarnya,” katanya.

Seperti Azfar, Qaisara tergolong dalam kategori kanak-kanak istimewa kerana mengalami masalah lembam tetapi Kartika reda menerima kekurangan anak angkatnya itu.


Ke rumah mentua

Oleh ANIZA ZAINUDIN
anizazainudin@hmetro.com.my

BAHAGIA... Samihah bersama Salih.
BAHAGIA... Samihah bersama Salih.
KUALA LUMPUR: “Insya-Allah, tahun pertama bergelar isteri, saya akan mengikut abang pulang berhari raya di kampungnya di Sungai Besar (Selangor),” kata isteri muda pengacara dan penyampai radio popular, Salih Yaacob, Samihah Sheikh Ali, 25.
Samihah atau lebih mesra dengan panggilan Emi mengikat tali perkahwinan dengan Salih penghujung Mei lalu, mengakui ia adalah pengalaman baru baginya yang sebelum ini meraikan Aidilfitri bersama keluarga di Mersing, Johor.

“Sekarang saya berada di kampung (Mersing) dan akan pulang ke Kuala Lumpur, Ahad (hari ini) ini menaiki bas bagi menyediakan persiapan raya di keluarga mentua pula.
“Selama empat bulan bergelar isterinya, saya mula memahami sikapnya yang terlalu bersederhana malah persiapan hari raya kali ini pun ditentukan abang dan kakak (madu) yang lain,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Menurutnya, Salih sering mengingatkannya mengenai sambutan perayaan secara sederhana dan mengikut kemampuan mereka, selain membuang tanggapan hanya menziarahi kubur serta bermaafan di Aidilfitri. Menjawab persoalan mempunyai keistimewaan bergelar isteri muda, Emi menafikan tanggapan berkenaan malah menyifatkan suaminya bersikap adil terhadap keempat-empat isterinya.

Malah ia terbukti sepanjang Ramadan lalu, apabila mereka sekeluarga kerap berbuka puasa bersama-sama sekali gus mengeratkan lagi hubungan mesra yang sedia ada.

Emi juga tidak menolak kemungkinan mereka sekeluarga bakal menyambut hari raya bersama-sama, namun tarikhnya masih belum ditentukan Salih.

Lebih melegakan Emi yang juga pembantu peribadi Salih, adalah pengertian dan sokongan ibu bapanya yang sentiasa memahami kedudukannya mempunyai keluarga besar.
Sementara itu, Salih ketika dihubungi berkata, menyedari tanggungjawab besar yang dipikulnya apabila memiliki keluarga besar, dia mempraktikkan sistem giliran pulang ke kampung empat isterinya.

“Saya beruntung apabila dianugerahkan isteri yang memahami dan berdikari. Malah diakui keempat-empat isteri saya bijak memainkan peranan mereka sendiri sambil mendapatkan pandangan saya sebagai suami sebelum membuat keputusan.

“Saya tidak pernah menghalang isteri jika mereka ingin menyambut Aidilfitri bersama ibu bapa masing-masing biarpun lebih afdal mereka berada di sisi saya kerana memahami kerinduan mereka terhadap keluarga,” katanya.

Menurutnya, dia akan mencuri masa untuk menziarahi keluarga mentuanya di Kajang, Selangor (isteri pertama), Bagan Serai, Perak (isteri kedua), Alor Setar, Kedah (isteri ketiga) dan Mersing (isteri keempat).

Katanya, dia akan memanfaatkan sebarang jemputan pertunjukan pentas di tiga negeri berkenaan untuk beraya di kampung mentuanya. Selain itu, Salih berkata, dia bercadang mengadakan rumah terbuka untuk peminat namun enggan menetapkan sebarang tarikh kerana bimbang hajat itu tidak kesampaian.

Tambahan pula, dia kini bakal melancarkan produk berasaskan makanan jenamanya sendiri bulan depan.

Dipukul tanpa sebab

Laporan dan foto RUDY SYAREME SHERIFFUDIN
am@hmetro.com.my

KESAL... Muhammad Farzuan (kanan) dan Fendi menunjukkan laporan polis yang dibuat, semalam.
KESAL... Muhammad Farzuan (kanan) dan Fendi menunjukkan laporan polis yang dibuat, semalam.
GEORGETOWN: “Kami dipukul, dipijak dan ditendang seperti haiwan di depan orang ramai, sedangkan kami tidak melakukan apa-apa kesalahan,” dakwa dua sahabat apabila dipukul sekumpulan 15 anggota skim rondaan sukarela (SRS) di Batu Ferringhi, di sini, malam Khamis lalu.
Muhammad Farzuan Romzi, 20, dan Fendi Abdul Latif, 21, masing-masing dari Teluk Bahang berkata, kejadian berlaku jam 11.30 malam ketika mereka mengunjungi rumah seorang rakan di Mutiara Apartment, Batu Ferringhi.

Bagaimanapun, Muhammad Farzuan berkata, rakannya yang menetap di tingkat empat tiada di rumah dan mereka menunggu di tepi tangga sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang mendakwa mereka anggota SRS sebelum memukul mereka menggunakan kayu, besi dan topi keledar.
Katanya, dia dan rakannya hampir pengsan selepas dibelasah tanpa belas kasihan dan mengalami lebam di seluruh anggota badan dan muka sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Saya terkejut dengan kejadian itu dan lebih menyedihkan apabila dituduh cuba melakukan jenayah pecah rumah dan menghidu gam selain dibelasah dan diseret dari tingkat tiga hingga tingkat bawah tanpa belas kasihan serta diperlakukan seperti binatang,” katanya.

Fendi berkata, dia kesal kerana kumpulan lelaki itu mengambil tindakan tanpa usul periksa, selain trauma dengan kejadian terbabit.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Ferringghi, jam 11 pagi semalam bagi meminta polis melakukan siasatan.

BANYAK DAIF.....MISKIN.....PERLU BANTUAN ZAKAT...JANGAN PEJAM MATA ATAU TAK BEKERJA...NI DUIT PEMBAYAR ZAKAT...AMANAH ALLAH WAJIB DITUNAIKAN.....

Si cilik jual bunga pusara



KUALA LUMPUR: Syakira Wira, si kecil berusia lima tahun ini ringan tulang membantu neneknya, Wan Sakinah, 46, dan ibunya, Noryulaila Mohd Din, 30, berniaga bunga rampai untuk ditabur di atas pusara di hadapan pintu masuk tanah perkuburan Islam Jalan Ampang, dekat sini.
Mereka menjual bunga rampai dan air mawar yang masing-masing berharga RM2 dan RM3 dari awal Ramadan sehingga hari ketiga Syawal bermula jam 7 pagi hingga 2 petang.

Tinjauan Harian Metro mendapati terdapat dua peniaga lain di pintu masuk tanah perkuburan itu yang turut menjual bunga rampai dan air mawar.
Menurut seorang peniaga di situ yang hanya hanya dikenali sebagai Liza, mereka berniaga setiap tahun dalam tempoh terbabit memandangkan pada masa itu ramai pengunjung yang akan menziarahi pusara.

“Awal puasa tidak ramai pengunjung dan kami hanya berniaga pada hujung minggu saja dari pagi sampai petang. Dua minggu terakhir puasa hingga awal Syawal memang ramai pengunjung,” katanya ketika ditemui.

Nurul Amira, 12, dan Amri, 10, kakak dan abang kepada Syakira turut membantu nenek dan ibu mereka dengan mengambil upah membersihkan pusara.


daif
Inilah pemandangan satu bahagian rumah salah seorang individu yg sempat kami ziarahi & sampaikan bantuan. Bandingnya dengan dapur kita. Beliau seorang ibu kepada 4 orang anak sekitar umur 10 ke bawah, digantung tidak bertali oleh suaminya. Baru dapat kerja pembantu di restoran tapi terpaksa tinggalkan anak2 masih kecil di rumah ini. Melihat keadaan rumah sewa ini amat sayu, dengan atap bocor di hampir setiap bahagian rumah. Sempitnya dan amat tidak terurus serta dhoif. Sewa rumah ini pula masih tertunggak. Rumah ini di Gombak, Selangor. Keluarga ini tidak mendapat bantuan zakat (mungkin tiada siapa yg bantu mereka memohon)

Dapur ni memang biasa jika anda hidup 20-30 atau 40 tahun lepas. Cuma anda belum melihat bahagian lain rumah sewa ini. Di zaman ini dan di bandar seperti Gombak, pula ia hanya rumah sewa dengan kadar sewa RM 350 sebulan, rumah seperti ini adalah amat mencabar. Diduduki oleh ibu 4 orang anak kecil yg diabaikan suami. Ia tidak mudah. Saya harap jgn ada yang merasa atau terasa 'hebat' krn pernah dan telah biasa hidup dalam suasana dapur sebegini, mgkn anda tidak dalam situasi yg sama dgn individu yg saya temui ini.

Kami sempat menziarahi banyak rumah sepanjang dua hari lepas, dan alhamdulilah, 90 % dari orang susah yg kami temui mendapat bantuan RM 500 secara bulanan samada dari Baitumal Wilayah atau Lembaga Zakat Selangor. Maka pusat zakat telah berfungsi sebenarnya cuma memang sukar cover setiap individu & boleh terus diperkasakan.

Terpaksa berlakon

Oleh Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor
norfaezah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Orang nampak saya bahagia bersama suami, tetapi derita di hati siapa yang tahu kerana hakikatnya saya ibu tunggal yang sudah bercerai kira-kira dua tahun setengah,” luah seorang wanita dikenali sebagai Aminah.
Aminah, 54, mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertama bersama arwah suami dan seorang anak menerusi rumah tangga yang didirikan bersama bekas suami kira-kira 12 tahun lalu.

“Saya menyembunyikan identiti sebagai ibu tunggal kerana saya tidak mahu anak-anak tertekan dan dipandang serong masyarakat,” katanya kepada Harian Metro.
Aminah menyara kehidupannya dengan wang pencen arwah suami RM250 sebulan yang pernah bekerja sebagai posmen dan tidak mempunyai pendapatan tetap lain kerana tidak mampu bekerja kerana disyaki menghidap barah otak.

Katanya, dua anaknya berusia 19 dan 23 tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka kurang cemerlang manakala seorang lagi masih meneruskan persekolahan dalam tingkatan satu.

“Saya buntu kerana wang sara hidup tidak mencukupi walaupun bekas suami masih memberi sedikit wang nafkah bergantung kepada kemampuan setiap bulan sekitar RM300 hingga RM500,” katanya.

Menurut Aminah, ibunya di kampung masih bergantung kepadanya bagi melangsaikan sewa rumah iaitu RM100 setiap bulan tidak termasuk wang makan minum serta bayaran sewa rumahnya iaitu RM124 sebulan.

Aminah berkata, dia tidak mahu kembali kepada bekas suaminya kerana lelaki itu kaki pukul dan kaki perempuan kerana hatinya seolah-olah sudah ‘kering’ walaupun itu adalah antara jalan penyelesaian kepada kebuntuannya.
“Bekas suami curang dan wanita yang mendampinginya bersilih ganti sehingga membabitkan hubungan sulit di rumah kami sendiri ketika ketiadaan saya, malah saya dan anak menjadi mangsa barannya sehingga dipukul dan ditengking,” katanya. Katanya, dia pernah rujuk dua kali dan perangai suaminya itu tetap tidak berubah dan dakwanya dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Kata Aminah, bekas suaminya masih ke rumah untuk menjenguk anak dan mereka ‘berlakon’ di hadapan masyarakat sekeliling seolah-olah masih suami isteri.

“Saya tidak mahu burukkan bekas suami kerana semua orang anggap kami pasangan bahagia dan setakat ini belum ada jiran yang menghidu mengenai pertengkaran kami sebelum ini. “Saya berharap ada pihak yang boleh tampil membantu saya terutama bantuan kepada anak saya menyambung pelajaran,” katanya.

Pada masa sama, dia juga berharap agar pihak kerajaan menaikkan kadar pencen yang diterimanya kerana baginya jumlah yang diperoleh sekarang tidak mencukupi bukan saja untuk dia sekeluarga, tetapi juga rakannya yang mengalami nasib serupa.

“Ada beberapa orang rakan saya turut mengalami kesempitan hidup akibat wang pencen yang terlalu sedikit jumlahnya,” katanya.


Tinggal nota

Oleh Azahar Hashim
am@hmetro.com.my

KULIM: “Ketika umat Islam lain bersiap sedia bersama sanak-saudara untuk menyambut Aidilfitri, keluarga kami pula dibelenggu kesedihan mengenangkan nasib anak perempuan yang lari kerana mengikuti teman lelaki warga Nepal ke negara asalnya,” kata Siti Fatimah Yassin, 45, dari Taman Kenangan, Sungai Karangan, dekat sini, apabila anak perempuannya, Noorshaheera Mohd Rasul, 21, keluar dari rumah dengan alasan mahu bertemu rakannya pada 22 Ogos lalu.
Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak pulang ke rumah sehingga kini menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan ahli keluarganya walaupun sudah puas mencarinya.

Siti Fatimah berkata, Noorshaheera keluar dari rumah kira-kira jam 1 tengah hari dengan membawa sebuah beg kecil dan sehelai pakaian kerana mahu berbuka puasa dan bermalam di rumah rakan perempuannya di Sungai Petani.
“Saya membenarkannya kerana dia ingin berbuka puasa dan mengambil kembali wang yang dipinjam rakannya itu, selain berjanji akan pulang semula kira-kira jam 11 malam pada keesokkan harinya bersama rakannya itu.

“Bagaimanapun, Noorshaheera tidak juga muncul pada masa dijanjikan lalu menghubungi rakannya, tetapi dia juga tidak mengetahui ke mana anak kami pergi sepanjang dua hari itu,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Serai, Asmaidi Abu Talib di rumahnya, di sini, semalam.

Siti Fatimah berkata, rakan anaknya itu kemudian memaklumkan Noorshaheera berpesan kepadanya supaya memberitahu ibunya mengenai sekeping nota yang disimpan di dalam laci almari biliknya.

Menurutnya, sebaik membaca nota itu, dia terkejut apabila anaknya meminta maaf kerana mengikut kekasihnya, lelaki warga Nepal berusia 20-an yang dikenali sejak setahun lalu ketika bekerja di sebuah kilang di Sungai Karangan.

“Kami berusaha mencarinya pada keesokkan harinya dan dimaklumkan rakan senegara lelaki itu, mereka merancang kembali ke negara berkenaan menyebabkan kami bergegas pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang.
“Berdasarkan maklumat, anak saya dan lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang sebelum transit di Bangkok dan menuju ke Kathmandu pada 23 Ogos lalu,” katanya.


Wanita warga Guinea lahir anak dalam penjara dihukum gantung



SHAH ALAM: Seorang wanita warga Guinea yang melahirkan anak ketika dalam penjara dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah mengedar hampir dua kilogram (kg) syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, tahun lalu.
Hakim Noor Azian Shaari membuat keputusan itu terhadap bekas jurutera telekomunikasi, Philomene Thea, 33, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Noor Azian pada penghakimannya berkata, pihaknya berpendapat semua keterangan tertuduh ketika membela diri adalah tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai.
“Mahkamah berpendapat bahawa cerita tertuduh (berhubung penemuan dadah) langsung tidak masuk akal. Ia tidak menimbulkan keraguan munasabah.

“Oleh itu, mahkamah tiada pilihan selain memutuskan tertuduh dihukum mati,” katanya.

Sepanjang perbicaraan, seramai lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan tampil memberi keterangan.

Mengikut pertuduhan, Thea didakwa mengedar 1.743 kg syabu di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA, kira-kira jam 9.O5 malam, pada 19 Februari tahun lalu.

Wanita yang sudah hamil ketika ditahan dan melahirkan anak dalam penjara itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.
Ia memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Kastam Diraja Malaysia, Gan Peng Kun.

Manakala, tertuduh diwakili oleh peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.

Berdasarkan keterangan saksi sepanjang perbicaraan dadah itu ditemui dalam beg milik wanita itu.

Bayi lemas hingus

Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Sebuah taska di Menara Usahawan, di sini, ditutup berikutan kematian seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang dipercayai diabaikan ketika di bawah penjagaan pengasuh, 9 Ogos lalu.
Tindakan itu juga diambil selepas mendapati jumlah kanak-kanak dan bayi seramai 66 orang di taska berkenaan tidak seimbang dengan bilangan dua pengasuh yang bekerja di taska berkenaan.

Pegawai Kebajikan Masyarakat cawangan Putrajaya, Mohamad Fazli Abdul Rahman berkata, ketidakseimbangan itu mungkin menjadi penyebab bayi terbabit tidak mendapat penjagaan sewajarnya sehingga mangsa yang menghidap selesema lemas akibat hingus yang terlalu banyak di dalam hidung.
“Berikutan kejadian itu, kita tiada pilihan lain kecuali menutup taska ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“JKM menerima beberapa aduan daripada ibu bapa lain yang menghantar anak di taska berkenaan selepas kematian bayi lelaki itu, terutama mengenai perkhidmatannya yang tidak bagus.

“Selain itu, taska berkenaan tidak mempunyai perakuan pendaftaran daripada JKM,” katanya, semalam.

Operasi yang bermula kira-kira jam 10 pagi itu disertai lima pegawai JKM berlangsung dalam keadaan terkawal dan ibu bapa diminta membawa pulang anak masing-masing.

Bagaimanapun, pemilik taska berkenaan tidak kelihatan kecuali dua pekerjanya yang bertugas.
Mohamad Fazli berkata, walaupun taska berkenaan sudah memohon perakuan pendaftaran April lalu, tetapi JKM tidak meluluskannya kerana pengusahanya tidak memenuhi piawaian asas yang ditetapkan.

Antara piawaian yang ditetapkan JKM adalah bilangan pengasuh iaitu satu nisbah lima untuk kanak-kanak bawah tiga tahun dan satu nisbah 10 bagi kanak-kanak tiga hingga empat tahun. Selain itu, katanya pengusaha juga perlu mengemukakan surat sokongan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan selain berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Beliau berkata, JKM memberi tempoh 21 hari kepada pengusaha taska untuk memenuhi syarat piawaian yang ditetapkan dan sekiranya gagal pengusaha boleh dikenakan tindakan mahkamah.

“Jika didapati bersalah, pengusaha bakal berhadapan denda RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi kesalahan pertama,” katanya.

Belasah kerana sudu

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

GOMBAK: Hanya kerana terlambat memberi sudu, seorang pekerja sebuah restoran di Dataran Selayang, di sini, cedera di mulut, muka dan kepala selepas dipukul seorang lelaki yang tiba-tiba naik angin, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa berusia 23 tahun sedang bertugas menjaga kaunter apabila tiba-tiba didatangi pelanggan yang memarahinya kerana tidak mendapat sudu.

Menurut sumber, mangsa meminta lelaki terbabit bersabar dengan alasan akan menghantar sudu diminta dan pada masa sama meminta maaf.
“Namun permohonan maaf mangsa tidak diterima, malah lelaki itu terus menghamburkan kata-kata kesat dan menumbuk muka dan kepala mangsa beberapa kali walaupun cuba ditepis,” katanya.

Sumber berkata, berang apabila mangsa cuba melawan, lelaki itu memanggil dua lagi rakan yang turut membawa sebilah parang bersamanya.

“Mereka kemudian memukul mangsa bertubi-tubi. Malah pelanggan lain hanya memandang dan tidak berani campur tangan kerana lelaki itu bersenjata parang.

“Mangsa bernasib baik kerana berjaya melarikan diri daripada terus dibelasah lelaki terbabit,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Gombak untuk tindakan lanjut.
“Mangsa dirawat di sebuah klinik berhampiran akibat cedera di bibir, muka dan kepala,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek masih diburu bagi membantu siasatan.

PELAJAR MENIPU AKAN DIHUKUM...BAGAIMANA PENIPU2 YANG LAIN ADAKAH TAK DIHUKUM...LEPAS BEGITU...ATAU SAJA DILEPASKAN...CUMA AKHIRAT MEREKA NI TAK KAN LEPAS DISEBABKAN MENIPU....

Ingin panjat Menara Berkembar



KHAGENDRA melambai tangan ke arah wartawan sambil didukung ayahnya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - "Saya mahu 'tawan' menara tertinggi di sini (Menara Berkembar Petronas)."
Demikian kata bekas manusia terpendek di dunia, Khagendra Thapa Magar dari Nepal yang akan berada di beberapa lokasi di negara ini bagi mempromosikan Tahun Melawat Nepal 2011 sehingga 1 September depan.
Khagendra, 19, yang tiba di ibu negara pagi semalam berkata, peluang melawat Menara Berkembar Petronas yang sering diceritakan rakan-rakannya sebelum ini pastinya tidak dilepaskan kali ini, tambahan pula hasratnya sebelum ini tidak kesampaian apabila terpaksa membatalkan lawatannya ke negara ini pada tahun lepas.
"Saya memang sukakan tempat dan bangunan yang tinggi meskipun saya pendek.
"Malah, jika ikutkan hati, Gunung Everest di negara saya juga saya mahu tawan namun kesihatan saya kurang mengizinkan," katanya pada sidang akhbar sempena Tahun Melawat Nepal 2011 di sini semalam.
Turut hadir ialah Duta Besar Nepal ke Malaysia, Dr. Rishi Raj Adhakari dan bapanya, Rup Bahadur.
Dilahirkan pada 14 Oktober 1992, Khagendra yang hanya setinggi 0.67 meter merupakan manusia terpendek di dunia yang diiktiraf Guinness Bookof Records sejak 14 Oktober 2010 sebelum rekod itu diambil alih oleh Jun Rey Balawing, 18, seorang lelaki warga Filipina yang hanya setinggi 0.59 meter pada 12 Jun lalu.
Khagendra bersama artis-artis tempatan Nepal dijadualkan

24 terbunuh hari ke-4 Ops Sikap



Ketua Ketenteraman Awam Trafik Pahang, Supritendan Mohd. Fauzi Abd. Rahim (tiga dari kiri) mengagihkan beg berisi risalah keselamatan jalan raya dan kuih raya kepada pemandu kenderaan pada kempen Ops Sikap di Jalan Kuantan-Kemaman, Pahang semalam.



KUALA LUMPUR - Seramai 24 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya semalam iaitu hari keempat Ops Sikap ke-24 yang dilancarkan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Polis Bukit Aman dalam laman webnya semalam, penunggang motosikal mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 14 kematian diikuti enam pengguna kereta, dua pejalan kaki dan masing-masing satu kematian membabitkan lori dan lain-lain kenderaan.
Daripada jumlah itu, 10 kes dicatat di jalan persekutuan manakala lebuh raya dan jalan bandaran masing-masing merekodkan tiga kematian diikuti dengan dua kematian masing-masing di jalan negeri dan lain-lain jalan.
Menurut kenyataan itu, 9,556 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam.
Ops Sikap yang dilancarkan oleh Timbalan ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Isnin lepas bertujuan menyedarkan orang ramai mengenai pemanduan berhemah dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya pada musim perayaan.
Ops Sikap ke-24 akan berakhir 6 September ini. - Bernama

Pelajar tipu bantuan bakal dihukum

KUALA TERENGGANU - Seramai lapan pelajar dari negeri ini bakal dihadapkan ke mahkamah bulan depan gara-gara menipu untuk mendapatkan bantuan persediaan pelajaran peringkat diploma sebanyak RM750 tahun lalu.
Perkara itu dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) selepas nama kelapan-lapan pelajar terbabit dikesan tidak terdapat dalam senarai penerima bantuan pelajar layak yang sepatutnya.
Menurut Ahmad, tujuh daripada lapan pelajar itu akan didakwa kerana dengan sengaja melakukan penukaran empat angka terakhir dalam salinan kad pengenalan orang lain.
Jelasnya, seorang lagi pelajar akan didakwa kerana mencetak dan meminda surat tawaran seorang pelajar lain dengan niat untuk menipu bagi mendapatkan dana tersebut.
"Tindakan ini diharap dapat memberi peringatan kepada pelajar-pelajar lain agar kes seperti ini tidak berlaku lagi," katanya selepas menyampaikan bantuan persediaan Yayasan Terengganu (YT) kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPT) peringkat ijazah 2011 di sini semalam.
Pada majlis itu, seramai 4,062 penuntut IPT peringkat ijazah di negeri ini menerima bantuan wang tunai berjumlah RM1,000 setiap seorang.
"Saya harap para pelajar akan memanfaatkan bantuan ini dengan sebaiknya dan tidak akan menghampakan harapan semua pihak terutamanya ibu bapa mereka," kata Ahmad.



DAP kesan lagi 'kesilapan' daftar pemilih Pulau Pinang
Susan Loone
Ogos 28, 11
1:59pm
DAP Pulau Pinang telah mengesan pengundi dengan nombor kad pengenalan yang sama dan bimbang mereka mungkin pengundi hantu.

Parti itu juga mengesan nama pengundi yang berusia 90 tahun ke atas telah dipotong, sedangkan mereka masih hidup.

ANONEDUN Komtar, Ng Wei Aik (kanan) berkata pengundi dengan
nombor kad pengenalan yang sama itu dikesan dalam senarai pemilih di Kem Tun Razak, Markas 2 Divisyen di Batu Maung.

Batu Maung adalah kerusi yang diwakili ADUN PKR, Abdul Malik Abul Kassim, dan baru-baru ini kawasan tersebut didapati mempunyai pertambahan 1,400 pengundi baru.

Ng berkata tiga set pengundi dengan nombor kad pengenalan yang sama yang dikesan setakat ini ialah: Roziah bt Nordin dan Sujiah bt Mohd Sidek (7225477); Gustina bt Ahmad dan Zarina bt A Rahim (A1283855) dan Norazwani bt Daud dan Rohaila bt Zulkifli (A3455269)

"Selepas kami mendapati terdapat 1,400 undi pos baru didaftar di kem Batu Maung, kami menggunakan (program) Excel untuk menyemak senarai pemilih, dan mengesyaki mereka adalah pengundi hantu.

"Kami mendapati enam orang mempunyai nombor kad pengenalan baru yang berbeza, dan suami mereka yang merupakan anggota tentera, juga mempunyai nombor yang berbeza (daripada kad pengenalan sebenar mereka)," tambah saya.

"Ini menunjukkan ada yang amat tidak kena dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," tambahnya.


Kool Lat · Pengulas Tertinggi · Technical University of Madrid
Ada plan la tuu.. Daftar isteri kepada tentera atau polis.. nti satu keluarga boleh undi pos...
Lynas: Antara pandangan pakar dan rakyat.
Nasrudin Hassan   
1. PAS sememangnya berbangga mempunyai ramai pakar saintis seperti Dr Che Rosli, Dr Zulkifli Ahmad dan lain - lainnya. Malah mereka adalah sebahagian dari pemimpin PAS yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Selain daripada sikap PAS yang selama - lamanya menghargai dan menghormati ilmu serta kepakaran seseorang tokoh yang diiktiraf, penglibatan mereka bersama PAS juga satu penghargaan besar kepada PAS setelah sekian lama PAS dimomokkan sebagai parti kampung, parti tok lebai, parti kain pelikat dan sebagainya.

2. Ertinya kini PAS tidak lagi parti pinggiran atau kampungan yang hanya menjadi mangsa belasahan UMNO dan BN sebagaimana dulu. PAS juga bukan hanya sebuah parti yang  hitung tindaknya berasaskan millage politik semata - mata tetapi kini PAS juga boleh menjadi wadah cendikiawan, sasterawan, budayawan, hartawan dan agamawan yang sememangnya menjadi pahlawan yang berjuang mendokong dasar dan prinsip perjuangan PAS iaitu Islam.

3. Apabila PAS menjadi wadah yang besar dan lebar, lalu berlakunya perbedaan pendapat adalah suatu yang lumrah malah menonjolkan kehebatan PAS dalam menangani dan mendepani sesuatu isu atau kes. Kini PAS bukan lagi sebuah jamaah kecil yang dinding pagarnya laksana sebuah surau atau musolla dengan seluruh anggota jamaahnya berpada dengan bimbingan seorang syeikh atau muallim pula berpaut pada satu mazhab [aliran pemikiran].

4. Sebaliknya PAS kini adalah platform ummah yang batu sempadannya laksana sebuah negeri atau negara dengan seluruh anggota jamaahnya memerlukan ramai mujtahid, mufakkir dan muallim dengan mengenengahkan sekurang - kurang 4 mazhab utama ahli sunnah wal jamaah sebagai landasan beramal dan bertindak. Justeru satu mazhab akan menyulitkan perlaksanaan Islam di peringkat agenda nasional dalam zaman yang serba rencam dan kompleks masaalahnya kini. [ mungkin pada peringkat individu, tidak mengapa berpaut kejap pada satu mazhab]

5. Sungguhpun begitu, uniknya Islam sekalipun ia adalah sebuah Manhaj Kehidupan yang besar dan terbuka, Islam diperkaya dengan disiplin dan akhlak yang tinggi serta peraturan yang lengkap dan sempurna. Biarpun Islam dilihat terlalu banyak perbedaan pandangan pada segala masaalahnya seperti fekah namun perbedaan itu diurus dengan baik, teliti dan disiplin menepati prinsip dan kaedah ilmu.

6. Kini PAS mula merasai dan meluruti keunikan itu. Saya harap semua pimpinan, ahli dan penyokong malah pemerhati dari kalangan rakyat terbanyak, dapat bersabar menekuni perkembangan ini tanpa mewajarkan diri keluar atau terhindar dari garis akhlak dan disiplin ilmu.

7. Sungguhpun kesilapan boleh berlaku pada bila - bila masa dan pada sesiapa jua atas sifat kita bukanlah insan yang maksum dan sempurna dalam segala aspek, namun saya tegaskan sekali lagi [kalau berlaku kesilapan], agar kesilapan itu tidak mewajarkan kita bergelut dan berpolemik sesama sendiri, apalagi untuk lari dari  manhaj perjuangan Islam yang kita dokong bersama. Min baabil Aula [terlebih layaklah] kalau kita sememangnya tidak silap.

8. Kembali kepada isu Lynas yang hangat diperbahaskan mutaakhir ini, Dr Che Rosli tampil menyatakan pandangannya yang sangat berbeza dengan pandangan dan perjuangan rakyat di Kuantan khasnya di Pahang amnya. Malah berbeza sekali dengan pandangan PAS Pusat yang terlebih dahulu telah mengambil keputusan untuk bersama rakyat Pahang khasnya dan rakyat seluruh negara amnya,  menolak operasi Lynas di Gebeng Pahang.

[ Hujjah kenapa rakyat menolak Lynas telah dikemukakan  secara rasmi oleh Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat Sdr Zulkifli Mohamad Omar, juga kenyataan rasmi dari Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan boleh ikuti hujjah lebih jelas dari buku khas "Lynas @ Gebeng Kenapa Kami Bantah ?"  yang telah diterbitkan oleh Badan Bertindak Anti Rare Earth [BADAR]. ~ sebagaimana pandangan berbeza pula dikeluarkan oleh Dr Che Rusli melalui wawancara beliau dengan TV 3 baru - baru ini ]

9. Saya menghormati pandangan Dr Che Rusli sebagai seorang pakar dan bercakap pula berasaskan ilmu serta kepakaran bidang yang beliau miliki. Bertambah bangga saya, apabila beliau adalah ahli dan pimpinan PAS. Walaupun beliau mengemuka pandangan berbeza, berbeza dengan PAS Pusat, berbeza dengan rakyat Pahang dan berbeza dengan saya, tapi saya lihat tiada cacat celanya dan tidak perlu pula dikata nista kepada beliau selama beliau bercakap dan memberi pandangan berasaskan ilmu yang beliau miliki. Kita sewajarnya menghormati ilmu beliau. Jangan bergaduh dengan beliau dan sabarlah dengan perbezaan ini serta bertindaklah sebaik mungkin.

10. Pandangan berbeza ini insyaallah akan membuka lebih lebar ruang perbahasan, lebih mendalam perbincangan dan lebih detail atau jelas butir perdebatan. Ia akan menjadi ilmu kepada masyarakat untuk lebih nampak dan jelas secara sentimen dan secara saintifik betapa Lynas adalah sebuah industri yang boleh diterima atau mesti ditolak.

11. Harapan saya selepas ini , akan terungkaplah segala keraguan. Setelah seorang Pakar mengemukakan pandangan beliau yang dilihat sebagai menyongsang arus, maka saya juga yakin, skuad Badan Bertindak Anti Rare Earth [BADAR] akan melipat gandakan pengumpulan maklumat, bahan bukti serta fakta kes bagi menjelaskan lagi kedudukan Lynas Corporation ini.

12. Ertinya selepas ini ia akan menjadi perbahasan yang lebih ilmiah bukan lagi sentimen sebagaimana yang dimomokkan sebelum ini. Saya kira selepas ini akan banyak pihak sedia menganjurkan seminar di peringkat nasional dengan menampilkan pakar mewakili pihak masing - masing. Barangkali Sinar Harian akan menjadikan tapak Karangkrafnya sebagai medan perdebatan para pakar ini. Kiranya tiada, Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi sedia untuk menjadi penganjur kepada perdebatan dan perbahasan ilmiah ini.

13. Tapi ingat ! jangan ambil masa terlalu lama untuk memperbahaskan perkara ini, kerana saya bimbang kalau keputusannya kelak, selepas meneliti perbahasan demi perbahasan pakar, akhirnya merumuskan Lynas mesti ditolak, sedang Lynas telah beroperasi, maka rakyat sekali lagi menjadi mangsa dam keadaan mereka tidak ubah seperti tikus makmal.

14. Langkah terbaiknya, saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, mewakili seluruh warga pemuda PAS menggesa agar kerajaan Malaysia mengarahkan agar Kilang Lynas Corporation menghentikan terlebih dahulu sebarang bentuk operasi pembinaan dan operasi penghasilannya sementara memberi laluan kepada semua pakar berbincang dan mengkaji. Bukan hanya melibatkan pakar nuklear, tetapi juga pakar racun, pakar alam sekitar, pakar kesihatan, pakar ekonomi, pakar undang - undang dan lain - lain pakar yang berkaitan termasuk pakar politik serta pemantau bebas antarabangsa.

15. Sejurus selesai ummat Islam menyambut Aidil Fitri, Insyaallah saya akan berbincang dengan Jabatan Undang - Undang dan Hak Asasi Manusia [JUHAM] DPP Malaysia, kemungkinan untuk berusaha mendapatkan arahan mahkamah agar Kilang Lynas yang penuh dengan kontraversi ini ditangguhkan operasinya sehingga jelas kedudukannya di mata rakyat. Agar negara tidak memperjudikan masa depan rakyat sendiri.  Apakah kilang ini selamat atau bahaya !

16. Saya yakin dan percaya, bagi pihak BADAR telah muktamad menolak Lynas sebagaimana saya juga salah seorang yang tinggal di kawasan padat penduduk tidak melebihi 30 KM dari Kilang Lynas ini, telah mengambil keputusan muktamad bahawa kilang ini wajar dihenti dan mesti ditutup segera.

17. Tapi nampaknya sebahagian rakyat masih belum memahaminya, belum menerima mesej yang jelas dan belum mendapat maklumat yang tepat dari pihak BADAR. Tambahan pula ada pandangan pakar yang berbeza. Maka adilnya untuk rakyat umum, mereka mesti didedahkan maklumat dari kedua belah pihak terutama kepada rakyat tempatan yang tingal dalam lingkaran 30 kilometer persegi dengan Kilang Lynas ini.

**Nasrudin Hassan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Pemohon PR dikesan pula di daftar pemilih
Aidila Razak
Ogos 27, 11
12:44pm
Kontroversi yang menyelubungi sekitar kira-kira seribu penduduk tetap (PR) yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin kusut dengan seorang pemegang kad pengenalan sementara pula turut dikesan.

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant electoral roll recordHasil maklumat daripada Pemuda PAS, Malaysiakini mendapati bahawa Yusnati Haris Lakmana yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web SPR, adalah pemegang kad pengenalan sementara.

Kad pengenalan sementara berwarna hijau, manakala penduduk tetap diberi kad merah dan warganegara Malaysia, pula berwarna biru.

Semakan ini boleh dibuat di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh diakses oleh orang ramai.

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant green cardSemakan mendapati Yusnati adalah pemegang kad pengenalan (MyKad) hijau, dan telah mengumpul kad itu

Ini bermakna bahawa Yusnati, seorang pengundi di DUN Chempaka dan kawasan parlimen Pandan, belum diberikan status pemastautin tetap tetapi dalam proses memohon untuk menjadi penduduk tetap.

Malaysiakini
telah menghubungi JPN, yang berkata pihaknya akan memeriksa untuk mengesahkan status Yusnati pada hari Isnin kerana ia tidak beroperasi pada hujung minggu.

Suruhanjaya Pilihan Raya pula, berkata bahawa pihaknya hanya akan dapat mengesahkan status Yusnati selepas cuti Hari Raya Aidilfitri kerana pegawai yang bertanggungjawab sudah mula bercuti.

azlanSebelum ini, dalam kes kira-kira seribu penduduk tetap yang disenaraikan sebagai pengundi dalam daftar pemilih, JPN dan SPR mendakwa kesilapan berpunca akibat "kecuaian teknikal".

NONEPengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata JPN tidak mengemas kini pangkalan data mereka untuk menunjukkan bahawa penduduk tetap berkenaan telah diberikan kewarganegaraan.

Paling ketara adalah kes Mismah, pengundi di Ijok yang telah disenaraikan oleh JPN sebagai seorang pemastautin tetap pada semakan 2 Ogos lalu.

Bagaimanapun status wanita itu dikemaskini pada pangkalan data JPN empat jam selepas Malaysiakini mendedahkan perkara itu pada hari yang sama. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi.

JPN kemudian menjelaskan bahawa Mismah yang dilahirkan di Indonesia itu sebenarnya, telah diberikan kewarganegaraan pada 31 Januari tahun ini, selepas 29 tahun sebagai penduduk tetap.


  • Daniel Ali · Bekerja di Guru
    klau BN menang pru13.....dah tentu kerajaan haram........

  • Suhaizan Kayat · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    Harapnya S/U SPR Dato Kamaruddin tak berkata Pemuda PAS berniat buruk pulak.

    • Wan Nawawi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Banyak betul penipuan. Tapi Najib kata dah bersedia untuk Pilihanraya bila2 masa...Bersedia untuk menipu rakyat..

    • Zainulfaqar Yaacob · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaya, Kuala Lumpur
      Bagus Abang Suhaizan menyebut mengenai motif atau jangkaan yang akan dilakukan oleh pesaing.

      Apa yang dilakukan oleh abang mengingatkan saya pada firman Allah, "Sayaqulu as-sufaha' 'a'alannas..." Cerita Allah menyebut motif dan jangkaan tindakan Yahudi ke atas Nabi dalam isu menentukan arah kiblat sama ada mengadap Baitullah atau Baitul Maqaddis. Jangkaan yang disebut dalam nas akhirnya memerangkap Yahudi.

    • Posmen Hensem · Universiti keADILan Kebangsaan
      Kamaruddin tu nanti nak bertanding parlimen mana? Nampak benor umnoapconyer!

  • Asrol Affandi · Pengulas Tertinggi · Engineer di Oracle
    ini sudah melampau!
    harap dapat YDP Agong selaku ketua negara ini dapat bertindak.
    BERSIHkan SPR!
    UMNO/BN Pengkhianat negara.

  • Zulkhfli Alias · Pengulas Tertinggi · Kuala Terengganu
    mengapa senang sangat bagi kerayatan pada warga asing. Kalau nak bagi kerayatanpun bagi lah dekat orang yang boleh menyumbangkan sesuatu kepada negara seperti doktor, engineer, peguam, ahli sukan dan lain-lain profesional yang lain.

    • Azha Ramli · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Orang2 yang bijak pandai takkan masuk malaysia mintak kerakyatan. Baik diaorang pergi negara lain. Ini orang2 yang terbiar dan tak terbela di negara sendiri. Itu yang berpusu2 nak masuk malaysia

    • Zulkhfli Alias · Pengulas Tertinggi · Kuala Terengganu
      tak payahlah bagi kerakyatan dekat orang yang terbiar dan tak terbela. lebih baik kita pertingkatkan kualiti anak bangsa kita di dalam pelbagai bidang

    • Hantu Makcik Karipap
      Zulkifli Alias: melaka bagi gelaran dato kat shah rukh khan....sebab buat filem kat melaka..hahahaha

  • Musafir Di Dunia · Pengulas Tertinggi
    Harini BN bergantung untung nasib kpd mualaf asing (sbb baru masuk warganegara Malaysia), bila mereka telah ramai n kuat, mereka akan tubuhkan parti sendiri n melawan balik BN. Sesudah mereka menang, mereka akan jadi PM Malaysia n BN akan jadi parti pembangkang lah plak. Itu jam barulah orang Melayu yg selama ini menyokong UMNO/BN akan tau nasib Pak Kaduk mereka, menang sorak, kampung tergadai! Hai nasib nasib, apa nak jadi ngan bangsaku Melayu nie?..........

    • Termizi Majid · Pengulas Tertinggi · Sendirian di Pesara Kerajaan
      jpn kata spr, spr kata jpn... lu gua.. gua lu... tunggu lepas raya..

    • Mohd Ayub Harun · Pengulas Tertinggi · Friends with Umngok Apco
      mereka tidak fikirkan cucu cicit mereka di masa akan datang. bila cucu cicit mereka kelak jadi melukut di tepi gantang di masa akan datang di negara sendiri, takut nanti cucu cicit mereka akan kencing di kubur mereka kerana kesal dgn perbuatan mereka.....wallahualam....

    • Vijayan KrsnaZing · Pengulas Tertinggi · Associate di Yogeshwara Krishna
      amat tepat kata anda, MDD.....tahniah!

  • Addin Deen · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    inilah keje jahat jpn dan spr yg bersengkokol dgn umno selama ini.. sama jahat dgn rejim mubarak dan gaddafi..najib adalah diktator yg akan tumbang slps ni..

  • Shahrul Nizam · Top Commenter · Seri Kembangan
    Lepas ni boelh la tubuhkan satu lagi parti untuk dijadikan parti komponen BN.. Parti WARAS (Warga Asing).

  • King Jason · Top Commenter · Programmer/Analyst at Apple Inc.
    Selamat datang pengundi Indon yang bakal menjadi warganegara Malaysial...Harap puan dapat membantu parti UMNO yg makin rebah ni supaya UMNO kekal memerintah negara dan dapat memanipulasi setiap wang rakyat bagi menkayakan crony UMNO.

    Mbak Yusnati harus tahu.kalau UMNO kalah PRU13 nanti, bagaimana UMNO akan beri taraf warganegara kepada kamu dan ribuan lagi orang indon yang lain? pasti sukar bukan? Kami harap Mbak Yusnati barjanji akan mengundi dan pangkah BN dalam PRU13 nanti.Mbak ngak usah risau sebab orang orang SPR merupakan geng geng UMNO juga.Dan mbak mesti mencari sekurang kurangnya 10 orang indon, perkenalkan dan kami akan uruskan secepat mungkin sebelum PRU13 ok.

    Akhir kata dari UMNO, Mbak Yusnati harus menhafal lagi NEGARAKUKU selancar mungkin.mana lah tahu kalau kalau Mbak di uji supaya menyayi..nanti kantoi siapa yang susah?

  • Mohd Radzi Othman · Top Commenter · Works at Keselamatan depo
    saya sebagai seorang rayat malaysia merasa amat sedih dengan kejadian bergini kerana kuasa negara tergadai tak mungkin satu hari ni pendatang yg berkuasa di malaysia.lg satu yang menghariankan kenapa pendatang amat mudah didaftar sedang kan rayat sendiri yang berdaftar pada mula ada dlm rekod sedang di kemas kini tapi sekarang bila disemak tiada dalam rekod.sedih...sedih....selamtkan malaysia wahai rayat malaysia[.

  • Rosmadi Abu Bakar · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah II
    BeeeND kena bergangtung pada orang asing untuk mengekal kan kuasanya,, kerana dilihat warganegara malaysia sudah berpaling arah...nampak gaya warga malaysia akan meningkat 2 kali ganda...

Dua sahabat mati nahas motosikal

PASIR PUTEH - Dua remaja yang merupakan rakan karib mati serta-merta apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kereta Perodua Kancil dari arah bertentangan di Kampung Tasek Pauh di sini pada pukul 5.30 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, mangsa, Mohamad Asyraf Che Mat, 14, dan Syafiq Samsudin, 12, disahkan mati di tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang oleh dua remaja dari Pasir Puteh ke Wakaf Bunut itu dikatakan bertembung dengan sebuah kereta Perodua Kancil di satu selekoh.
"Sebaik tiba di satu selekoh, motosikal mereka bertembung dengan kereta tersebut lalu berlaku kemalangan," katanya semalam.
Bagaimanapun, pemandu kereta itu, Nurzulaidy Muhamad, 33, hanya mendapat cedera ringan.
Sementara itu, ibu Syafiq, Zaleha Mustafa, 36, ketika ditemui di Kampung Tasek Pauh reda dengan kejadian tersebut.
"Memang pedih hati saya untuk memikirkan sambutan hari raya tanpa arwah," katanya.
Menurut Zaleha, sebelum kejadian, Syafiq dan Mohamad Asraf keluar menunggang motosikal di kawasan kampung sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Kedua-dua mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tasek Pauh dekat sini semalam.