Sunday, April 1, 2012

BILA GILA JUDI...TAUKEH KAUT UNTUNG...JUDI HARAM DALAM ISLAM

Jenazah Raja Ashman disemadi


NORAINI JANE menyiram air mawar ke atas pusara Raja Ashman Shah sambil diperhatikan Sultan Azlan Shah (duduk dua dari kanan), Tuanku Bainun (duduk kanan) dan Raja Nazrin Shah (duduk kiri) di Makam Diraja Kuala Kangsar semalam.


KUALA KANGSAR - Jenazah Datuk Seri Raja Ashman Shah, 54, (gambar kecil) anakanda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar di sini petang semalam.
Kerabat Diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata mula membanjiri pekarangan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini seawal pukul 4 petang.
Jenazah Raja Ashman Shah tiba di Masjid Ubudiah dengan pedati khas Seraja Diraja berwarna kuning pada pukul 6.40 petang untuk disembahyangkan.
Selepas disembahyangkan, jenazah dibawa ke Makam Diraja yang terletak bersebelahan masjid tersebut untuk istiadat pemakaman.
Talkin dan doa kemudian dibacakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Dua beranak didakwa pecah amanah

KUALA LUMPUR – Seorang peguam dan anaknya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 12 tuduhan pecah amanah dan bersubahat melibatkan wang berjumlah RM12 juta milik Tabung Amanah Orang Asli suku Jakun Lembah Linggui, Johor 12 tahun lalu.
Tertuduh S. Kanawagi, 67, dan anaknya, Dinesh Keravagi, 34, juga seorang peguam mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahmud Abdullah.
Pada 31 Julai 2011, Kanawagi dihukum penjara enam tahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah memalsukan keterangan dan surat kuasa wakil ketika mengendalikan satu kes pemindahan hak milik hartanah di Mahkamah Tinggi Sivil pada 15 tahun lalu.
Namun tertuduh belum menjalani hukuman itu dan berada dalam jaminan mahkamah selepas hukuman penjara tersebut dibenar untuk penangguhan sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.

Tujuh penyamun kondo tumpas


MOHMAD (kiri) menunjukkan barang-barang yang dirampas daripada tujuh penyamun di kondominium mewah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Angkara silap memilih kondominium untuk disamun, kegiatan tujuh penjenayah termasuk dua wanita yang sebelum ini aktif melakukan jenayah berakhir apabila mereka ditahan dalam dua serbuan di ibu negara dan Klang baru-baru ini.
Dalam serbuan pertama pada pukul 9 pagi, 16 Mac lalu, polis menahan empat lelaki dan seorang wanita di sebuah rumah dekat Taman Berkelay, Klang.
Serbuan kedua pada pukul 12.30 tengah hari 21 Mac lalu pula, polis menahan dua lagi suspek termasuk seorang wanita.
Tangkapan ketujuh-tujuh suspek itu dilakukan selepas polis menerima laporan pecah rumah melibatkan sebuah unit kondominium mewah di Mont Kiara di sini pada pukul 6.30 petang 11 Mac lalu.

Lembu berkaki enam hidup normal


ANAK lembu berkaki enam, Lilli di Weissenburg, Switzerland kelmarin.


GENEVA - Seekor anak lembu betina berkaki enam menyangkal ramalan doktor haiwan bahawa ia tidak akan dapat hidup lama.
Lilli yang kini berusia tujuh minggu menjadi selebriti di Switzerland selepas media tempatan menyiarkan gambar ia bermain-main di padang
Petani, Andreas Knutti dari Weissenburg yang terletak 30 kilometer ke selatan ibu kota Switzerland, Bern memberitahu, dia tidak sampai hati untuk menghapuskan anak lembu peliharaannya kerana ia bersemangat untuk hidup.
Dia memberitahu akhbar tempatan, Blick kelmarin bahawa kecacatan tulang belakang menyebabkan Lilly tidak dapat mengeluarkan susu seperti lembu susu lain.
Namun, kata Knutti, jika anak lembu itu kekal sihat, ia akan dibenarkan menyertai lembu-lembu lain di padang ragut pergunungan Alpine pada musim panas ini. - AGENSI

Lelaki sembelih dua rakan dihukum gantung


OLIER SHEKS dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Seremban selepas dijatuhi hukuman gantung semalam.


SEREMBAN - Seorang lelaki warga Bangladesh dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah menyembelih dua rakan senegaranya sehingga mati di sebuah asrama pekerja di Taman Kemuning, Senawang dekat sini tiga tahun lalu.
Olier Sheks Awoyal Sheks, 28, hanya mampu mengalirkan air mata selepas keputusan itu dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin.
Dia yang baru tiga bulan bekerja di sebuah kilang juga dihukum penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan yang boleh mendatangkan kematian terhadap seorang lagi mangsa.
Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, selepas membuat penelitian terhadap semua bukti dan keterangan daripada saksi yang terlibat, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Mengikut pertuduhan, Olier Sheks didakwa membunuh Abdul Kadir Fazer Ali, 22, dan Shahin Md. Amir Hossain, 24, di sebuah asrama pekerja di Taman Kemuning, Senawang dekat sini pada pukul 2 pagi hingga 4.10 pagi, 15 September 2009.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika disabitkan dengan kesalahan.

Mini kasino dalam kebun sayur


KESEMUA 63 kaki judi di kebun sayur Kampung Batak, Sungai Ara yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, George Town kelmarin.


GEORGE TOWN - Siapa sangka di belakang sebuah bengkel membaiki kenderaan yang terletak di pinggir hutan dan dikelilingi kebun sayur di Kampung Batak, Sungai Ara di sini rupa-rupanya menempatkan sebuah mini kasino yang popular dalam kalangan kaki judi yang sudah berusia.
Bagi memastikan mini kasino yang terletak dua kilometer dari jalan besar itu selamat, sindiket judi haram yang mengoperasikan kegiatan itu mengupah beberapa orang tonto untuk mengawasi kawasan tersebut.
Malah kawasan terpencil itu juga dilengkapi sebanyak 16 buah kamera litar tertutup (CCTV). Antara lokasi CTTV yang dipasang termasuk di beberapa simpang jalan masuk ke mini kasino yang beroperasi selama 24 jam.
Namun setelah sebulan beroperasi, pada pukul 9.30 malam kelmarin, mini kasino yang dibina dengan khemah itu diserbu sepasukan polis dari Unit Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman.
Serbuan itu dilakukan selepas beberapa anggota polis terpaksa menyamar sebagai kaki judi untuk masuk ke mini kasino itu.
Ketua operasi D7, Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuat risikan kerana mini kasino itu diawasi CCTV dan tonto.
"Polis terpaksa mengumpul maklumat daripada orang awam dan membuat penyamaran sebelum membuat serbuan malam tadi (kelmarin)," kata beliau selepas serbuan itu.

Saluran asap restoran di Suria KLCC terbakar


ASAP dari Restoran Chenoz on The Park (gambar kecil) yang keluar dari podium bumbung Suria KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pusat beli-belah terkemuka Suria KLCC semalam terpaksa ditutup selama sejam ekoran berlaku kebakaran pada sistem saluran asap di Restoran Chinoz on The Park.
Semasa kejadian pada pukul 5.30 petang, orang ramai yang terdiri daripada pengunjung dan pekerja yang kesemuanya berjumlah kira-kira 5,000 orang diarahkan mengosongkan pusat beli-belah itu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, orang ramai diarahkan keluar oleh pihak keselamatan Suria KLCC bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sebaik berlaku kebakaran dan menyebabkan asap tebal di sebuah restoran di pusat beli-belah itu.
Menurut beliau, kebakaran tersebut berlaku pada sistem saluran asap yang terletak dalam Restoran Chinoz on The Park.
"Asap tebal dari restoran dapat dilihat di podium bumbung Suria KLCC sejauh kira-kira tiga kilometer," kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

Bapa rantai anak pada tiang


LEHER seorang remaja berusia 13 tahun dirantai pada sebatang tiang elektrik di Battambang semalam. - AFP


BATTAMBANG - Seorang bapa di Kemboja merantai leher seorang anak lelakinya pada sebatang tiang kayu elektrik di sini bagi menghukum remaja berkenaan yang ponteng sekolah untuk bermain permainan Internet, kata polis semalam.
Remaja berusia 13 tahun itu dirantai pada tiang elektrik sekitar dua jam.
Jirannya kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa.
"Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di khalayak sebagai pengajaran," kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny.
Menurutnya, mangsa turut dipukul oleh bapanya.
Bapa berusia 40 tahun itu, Sok Thoeun yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal melarikan diri selepas insiden berkenaan yang berlaku pada Selasa lepas.
Dia kini diburu polis kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.
"Dia sedang diburu," kata pegawai berkenaan.
"Penderaan seperti ini menyalahi undang-undang," tambahnya lagi.
Penggunaan Internet di Kemboja adalah antara yang terendah di Asia Tenggara dengan kurang 1.5 peratus daripada 14 juta penduduk Kemboja menggunakan kemudahan tersebut. - AFP

BILA SIKAP KURANG SOPAN...LEBIH2 BERADA DINEGERI ORANG...INGAT KISAH SURAH ALBAQARAH...SAPI BETINA...

Dua korban renjatan elektrik


ANGGOTA polis dan penduduk kampung mengangkat mayat Rosli dan Mohd. Daishan di Kampung Tengah, Bukit Panau, Tanah Merah malam kelmarin untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah.


TANAH MERAH - Dua lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam kelmarin.
Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa memegang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai basah dengan niat menaikkan bendera sebuah parti politik.
Tanpa diduga, buluh yang dipasang dengan bendera itu terkena kabel yang berada pada ketinggian sembilan meter sebelum kedua-dua mangsa terkena kejutan elektrik.
Menurut Abdul Aziz, kejadian itu kemudian disedari penduduk kampung sebelum mereka mendapatkan bantuan pihak polis dan hospital berdekatan.

Herba istimewa jadi penawar


NOOR HASIMAH lega melihat kulit Mohd. Alif Haikal yang semakin pulih di rumah mereka di Kampung Gajah Putih, Padang Sera, Jitra semalam.


JITRA - Seorang ibu bersyukur kerana penderitaan anaknya, Mohd. Alif Haikal Juhari yang mengalami penyakit kulit ekzema psoriasis sejak masih bayi sudah berakhir dengan keadaan kanak-kanak itu kini semakin sembuh.
Menurut Noor Hasimah Mahmud, 40, anaknya itu menjalani rawatan kulit selama 18 hari pada Januari lalu menerusi bantuan seorang pengamal perubatan tradisional dari Kepala Batas, Pulau Pinang.
"Rawatan itu dilakukan menerusi kaedah sapuan air campuran pelbagai herba ke atas kulit Mohd. Alif," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gajah Putih, Padang Sera di sini semalam.
Kosmo! pada 23 Januari lalu menyiarkan kisah Mohd. Alif, 6, yang menderita penyakit kulit ekzema psoriasis sejak berusia enam bulan walaupun keluarganya telah melakukan pelbagai usaha untuk memulihkannya.
Penderitaan kanak-kanak itu turut menarik perhatian Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang menyumbangkan RM5,000 akhir Januari lalu bagi membantu proses pemulihan kanak-kanak tersebut.
Menurut Noor Hasimah, nasib malang anaknya itu mendapat perhatian pengamal perubatan tradisional itu yang datang melawat mereka dan seterusnya merawat Mohd. Alif Haikal dengan menggunakan cecair mengandungi pelbagai jenis herba termasuk dari Asia Barat.
Katanya, ubat cecair yang digunakan itu adalah hasil kajian pengamal perubatan itu selama 10 tahun.
Hasil rawatan itu, Mohd. Alif kini lebih yakin untuk bergaul berbanding sebelum ini dia agak malu dengan keadaan kulit yang menggelupas.
"Badan anak saya tidak lagi gatal pada waktu malam, malah bulu roma juga sudah tumbuh di tempat yang sebelum ini dijangkiti sakit kulit," katanya.
Ibu kepada enam orang anak itu amat berterima kasih kepada pelbagai pihak yang prihatin dengan nasib anaknya menerusi sumbangan berupa ubatan tambahan dan wang tunai.

PLKN gantung latihan air untuk cegah virus kencing tikus

KUALA LUMPUR - Semua jenis latihan air di dalam kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara digantung susulan kematian seorang pelatih di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput, Perak pada 12 Mac lepas dipercayai akibat virus kencing tikus.
"Arahan itu yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkuat kuasa serta-merta", kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dalam satu kenyataan di sini semalam.
Katanya, arahan itu turut memutuskan penangguhan penghantaran pelatih kumpulan dua siri 9/2012 ke kem PLKN Terkok sehingga memperoleh perakuan selamat daripada Kementerian Kesihatan.
"Sungguhpun Jabatan Kesihatan Perak telah membuat pemeriksaan terhadap kem itu pada 2011 dan mendapati ia boleh beroperasi, manakala Makmal Kesihatan Awam Ipoh pada Februari lepas mendapati air kolam di kem itu bebas bakteria kencing tikus, arahan menggantung latihan air itu dibuat dengan tujuan memastikan keselamatan pelatih," kata Abdul Hadi.

200 'Awang Hitam' merusuh


SEBAHAGIAN daripada warga Nigeria berkumpul di Kondominium Venice Hill, Batu 9, Kajang semalam.


KAJANG - Kira-kira 200 'Awang Hitam' yang tinggal di Kondominium Venice Hill, Batu 9 di sini merusuh setelah mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang didakwa memukul seorang pelajar warga Nigeria di pekarangan kondominium itu semalam.
Rusuhan pada pukul 12 tengah hari itu menyebabkan sebuah pondok pengawal di pintu masuk utama dan salah satu pejabat pengurusan di blok Tower 3 kondominium tersebut rosak dipecahkan kumpulan tersebut.
Seorang saksi berkata, warga Nigeria terbabit bertindak berkumpul di tepi jalan dengan membawa parang dan batang besi kerana tidak berpuas hati rakan mereka dipukul.
Kejadian itu dikatakan berpunca apabila suspek berusia 35 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej di sini didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang tukang cuci wanita tempatan berusia 43 tahun.
Lelaki berkenaan didakwa bertindak memeluk, mencium serta mencabul mangsa terbabit ketika wanita melakukan kerja mencuci di tingkat 15 blok Tower 3 kondominium tersebut pada pukul 11.30 pagi.

2 beradik terselamat, kereta putus dua


KEADAAN kereta Proton Iswara terputus dua dalam kemalangan di Lebuh AMJ berhampiran Rembia, Alor Gajah malam kelmarin.


ALOR GAJAH - Dua beradik terselamat walaupun kereta yang dinaiki mereka terputus dua setelah terlibat dalam kemalangan di Lebuh AMJ berhampiran Rembia di sini malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, dalam kejadian pukul 9.10 malam itu, kereta jenis Proton Iswara yang dipandu Soo Yang Shin, 18, dari arah Rembia menghala ke bandar Melaka dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.
"Kereta ini kemudian bertembung pula dengan sebuah kereta jenis Honda Civic dipandu seorang lelaki menyebabkan Proton Iswara itu terputus dua.
"Yang Shin dan adiknya, Soo May Xin, 16, yang duduk di bahagian hadapan bagaimanapun terselamat dengan mengalami kecederaan parah," katanya di sini semalam.
Menurutnya, kedua-dua mangsa menerima rawatan di Hospital Melaka dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Katanya, pemandu kereta jenis Honda Civic berkenaan, Salehuddin Ishak, 42, turut terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Serangan berdarah di Yala

ANGGOTA-ANGGOTA pasukan penyiasat Thailand memeriksa lokasi serangan bom di Yala semalam.


YALA, Selatan Thailand – Sebelas orang maut manakala puluhan yang lain cedera dalam tiga serangan bom di bandar ini, kata pihak tentera.
Siri letupan itu menggegarkan pusat bandar ini selang beberapa minit sekitar tengah hari semalam.
“Sebelas orang disahkan terbunuh, lebih 110 lagi cedera dalam letupan bom di Yala,” kata jurucakap pasukan tentera selatan Thailand, Kolonel Pramote Promin.
“Tiga buah bom meletup dengan serangan pertama melibatka sebuat trak berisi bom disususli letupan bom kereta 20 minit kemudian manakala bom ketiga disembunyikan dalam motosikal,” tambahnya..
Beberapa rumah kedai di sekitar lokasi kejadian terbakar dengan sejumlah kereta dan motosikal turut rosak dalam letupan kuat berkenaan.
Seorang anggota polis di sini turut memberitahu, lebih 50 mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital.
“Bom-bom tersebut meletup selang 10 minit,” katanya.
Pramote berkata, sebutir bom kecil meletup di sebuah kedai makan di daerah Mae Lan, dalam wilayah Pattani tetapi beliau masih belum menerima maklumat sama ada berlaku kemalangan jiwa dalam letupan tersebut.
Sejak 2004, selatan Thai yang bersempadan dengan Malaysia digegarkan dengan insiden tembakan dan serangan bom yang meragut ribuan nyawa manusia dan berlaku hampir setiap hari. – AFP

BERSYUKURLAH KERANA ADA LEBIH YANG DAIF...BERHENTILAH BUAT MAKSIAT...TAK KEMANA KITA...AKHIRNYA TUA DAN MATI...MASUK KUBUR...DIBANGKITKAN SEMULA...DAN SABIT KESALAHAN MASUK NERAKA...TAHAN KE...

Menara jam Mekah terima sentuhan 18 anak muda Malaysia



MENARA Hotel Jam Diraja Mekah atau Abraj Al-Bait mendapat sentuhan 18 anak muda dari Malaysia.


KUALA LUMPUR - Malaysia tidak tandus anak muda berbakat yang dihargai dunia luar dan antara buktinya dapat dilihat pada Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau Abraj Al-Bait yang mendapat sentuhan 18 anak muda negara ini.
Seorang daripada mereka ialah Hairul Nizam Baharuddin yang merupakan pengurus projek di Syarikat Premier Composite Technology yang berpangkalan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.
Hairul Nizam berkata, semua anak Malaysia terbabit mahir dan berpengalaman daripada segi kejuruteraan binaan dan terlibat sepenuhnya dalam kerja pemasangan menara jam tersebut.
"Ini termasuk kerja pemasangan replika bulan sabit pada menara jam yang terletak berhadapan Masjidil Haram," kata anak kelahiran Melaka ketika ditemui sewaktu pulang bercuti baru-baru ini.
Katanya, semasa proses pemasangan bulan sabit, berlaku tiupan angin kencang dan pada masa itu ada enam anak buahnya sedang melakukan kerja pemasangan di ketinggian 500 meter dari tanah.
"Dalam keadaan itu, kabel yang membawa bahagian bulan sabit berpusing-pusing dan kita boleh agak kabel boleh putus. Keadaan sangat panik tetapi ada seorang anak buah saya yang lebih berpengalaman, berjaya mengawal keadaan dan pemasangan tersebut berjalan lancar," katanya.
Hairul Nizam berkata, pembinaan menara jam itu menggunakan bahan komposit iaitu sejenis fiber dan tidak banyak syarikat yang mempunyai kepakaran serta teknologi mengenai bahan tersebut selain kosnya yang tinggi.
"Komposit ini satu bahan fiber yang berstruktur kukuh tetapi ringan, tahan lama dan tidak mudah bocor serta ia boleh bertahan sehingga 20 tahun tanpa sebarang penyelenggaraan berbanding aluminium yang murah dan berkemungkinan berlaku kebocoran dalam tempoh dua atau tiga tahun," katanya.
Katanya, di Malaysia terdapat beberapa buah kubah masjid yang dibina menggunakan bahan tersebut iaitu Masjid Putrajaya, Masjid Wilayah dan Masjid Al-Bukhari, Kedah.
"Memang membanggakan kerana dapat bersama tenaga pakar lain melakar sejarah di tanah suci," katanya.

Si hitam lagak samseng

Oleh MOHD APENDY ISSAHAK
metahad@hmetro.com.my

BANTAH... sebahagian warga Afrika berkumpul kerana tidak berpuas hati berikutan kematian seorang rakan mereka.
BANTAH... sebahagian warga Afrika berkumpul kerana tidak berpuas hati berikutan kematian seorang rakan mereka.
LAWAN... warga Afrika bertekak dengan anggota polis.
LAWAN... warga Afrika bertekak dengan anggota polis.
KAJANG: Berlagak samseng seolah-olah berada di negara sendiri, kira-kira 100 ‘Awang Hitam’ merusuh dengan memecahkan pondok keselamatan di Kondominium Venice Hill, Batu 9, di sini, tengah hari semalam, selepas marah seorang daripada rakan mereka mati dipercayai dibelasah anggota Rela.
Warga Afrika yang menghuni kawasan kediaman berkenaan bukan saja memecahkan pondok pengawal, malah merosakkan pejabat pengurusan serta mencederakan empat pengawal keselamatan.

Lelaki Nigeria yang mati itu, dipercayai dibelasah anggota Rela selepas seorang tukang cuci wanita yang membersihkan satu daripada blok kondominium, mengadu diganggu dan dicabul lelaki berkenaan.
Difahamkan, kondominium berkenaan layak digelar ‘Mini Afrika’ berikutan hampir ratusan warga dari benua itu menyewa di premis terbabit.

Menurut tukang cuci warga tempatan berusia 40-an itu, lelaki Nigeria terbabit beberapa kali mengganggunya.

Semalam dia tidak dapat tahan lagi selepas lelaki berkenaan bertindak melampau dengan menunjukkan kemaluan.

“Sudah beberapa kali lelaki warga asing itu mengganggu saya ketika saya bekerja dan jam 11 pagi tadi (semalam), tiba-tiba saya dipeluk dari belakang.

“Saya cuba melepaskan diri dengan meronta dan menyiku lelaki berkenaan, sebaik dapat melepaskan diri daripada pelukan, saya memarahinya, tetapi terkejut apabila lelaki berkenaan membuka seluar serta menunjukkan kemaluannya.
“Saya lari dan mengadu kejadian itu kepada anggota Rela yang bertugas mengawal kawasan kondominium,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian semalam.

Katanya, anggota Rela terbabit kemudian mencari lelaki Nigeria berkenaan, namun dia tidak pasti berapa ramai anggota Rela pergi mencari lelaki itu.

“Tak sangka perkara macam ini yang terjadi pula, saya difahamkan warga Nigeria terbabit dibelasah hingga mati selepas berlaku pertengkaran dengan anggota Rela. Saya kini bimbangkan keselamatan diri serta takut rakan lelaki itu mencari saya pula,” katanya.

Sehubungan kejadian itu, lebih 100 penghuni kulit hitam kemudian bertindak merusuh kerana marah dan bilangan mereka semakin ramai selepas polis tiba serta turut cuba menyerang polis yang ingin menyuraikan mereka.

Kira-kira jam 6 petang, selepas bilangan polis ditambah barulah kumpulan yang merusuh itu bersurai.

Difahamkan, warga Nigeria yang dipercayai dibelasah itu maut di tempat kejadian di kaki lima berhampiran lif Blok 3 kondominium terbabit dan anggota Rela yang terbabit dalam kejadian berkenaan turut ditahan polis

Memadu asmara di kaki Gunung Reng



BEBERAPA pasangan menghabiskan masa dengan bermesra di kawasan rekreasi Gunung Reng, Jeli kelmarin.



JELI - Kawasan rekreasi Gunung Reng dekat sini menjadi tempat remaja berkumpul dan bermadu asmara terutama pada hujung minggu.
Tinjauan Kosmo! di kawasan berkenaan kelmarin mendapati, beberapa pasangan remaja lelaki dan perempuan dilihat bergurau senda dan tanpa segan silu berpegangan tangan.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Abang Ajik, 50, mendakwa, kawasan rekreasi yang terletak di kaki Gunung Reng itu dijadikan lokasi bercengkerama oleh golongan remaja tempatan dan dari luar daerah ini.
"Remaja-remaja tersebut juga sudah berani melakukan perkara yang tidak senonoh seperti berpegangan tangan dan berpeluk secara terbuka.
"Sepatutnya perkara itu tidak berlaku memandangkan ia tempat umum dan dikunjungi oleh pelancong luar dan mereka yang membawa keluarga untuk beriadah," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.
Kawasan rekreasi Gunung Reng mempunyai beberapa kemudahan seperti padang permainan serta dewan orang ramai.
Seorang lagi penduduk, Mohd. Nasifuddin Sulaiman, 47, memberitahu, dia pernah melihat sepasang kekasih asyik berpelukan di kawasan itu.

Anak jutawan diselamatkan


Tun Hisan (dua dari kanan) menunjukkan wang dan barang rampasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor semalam.



SHAH ALAM – Trauma seorang anak jutawan yang dikurung dalam sebuah rumah di Rawang dekat sini selepas diculik sekumpulan lelaki yang meminta wang tebusan RM1.5 juta dipercayai didalangi seorang Inspektor polis berakhir apabila dia diselamatkan kelmarin.
Mangsa culik seorang lelaki berusia 34 tahun dan bekerja sebagai pengurus projek di sebuah syarikat pembinaan milik bapanya diselamatkan pada pukul 6.30 pagi selepas dia diculik pada 22 Mac lalu.
Bapa mangsa yang berusia 60 tahun merupakan pengarah urusan sebuah syarikat pembinaan.
Mangsa semasa diselamatkan tidak mengalami kecederaan teruk. Dia yang lemah dan ketakutan dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.
Polis menemui semula wang tunai berjumlah RM275,850 daripada jumlah RM300,000 wang pendahuluan bayaran tebusan oleh keluarga mangsa kepada kumpulan penculik terbabit.
Kumpulan penculik itu, meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga mangsa namun keluarga itu dibenarkan membuat bayaran secara berperingkat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, ekoran pembebasan mangsa, sembilan lelaki termasuk seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ditahan kelmarin bagi membantu siasatan.
Menurut beliau, dalam operasi sama, polis turut merampas tiga buah kereta iaitu Proton Gen 2, Proton Waja dan Honda Odyssey.
Turut dirampas sebuah treler, topeng ski, telefon bimbit, iPad dan kunci kereta.

Mangsa serik untuk ke Hatyai

HATYAI (Selatan Thailand) – “Bunyi letupan sangat kuat dan serpihan kaca yang pecah terkena saya dan isteri menyebabkan kami tersembam ke tanah.”
Itulah detik cemas dilalui oleh seorang rakyat Malaysia, Choo Kok Boon, 46, bersama isterinya yang cedera dalam kejadian letupan bom dalam kereta di pusat beli-belah dan Hotel Lee Gardens Plaza di sini kelmarin.
Menceritakan detik mencemaskan itu, Kok Boon memberitahu, ketika letupan berlaku, dia dan isteri, Som Khid Lauyut, 37, yang merupakan rakyat Thailand sedang berjalan untuk menuju ke kenderaan mereka yang diletakkan di tepi pusat beli-belah di plaza tersebut sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
“Kalau saya cepat seminit (membeli barang) mungkin kami tidak tercedera dan selamat pulang ke Malaysia.
“Tetapi kami tidak bernasib baik semalam (kelmarin). Selepas letupan itu berlaku, saya nampak kepulan asap tebal dan orang ramai mula menjerit,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Rajyindee di sini semalam.
Menurut Kok Boon yang bekerja sebagai peniaga di Kuala Lumpur, ekoran letupan itu, dia dan isteri cedera di kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki akibat terkena serpihan kaca.
Kok Boon memberitahu, selepas terjatuh dia dan isteri sempat berlari menyelamatkan diri ke kawasan berhampiran sebelum dibawa ke hospital.
“Saya tengok doktor mengeluarkan puluhan serpihan kaca di tubuh saya sebelum luka-luka itu dijahit,” katanya yang serik untuk pergi ke Hatyai lagi selepas tragedi ini.
Kok Boon datang ke Hatyai bersama isterinya pada Jumaat lalu untuk mengirim barang kepada keluarga mertuanya di daerah Chiang Mai, Thailand.
Sementara itu, seorang lagi mangsa rakyat Malaysia, Mimi Ng, 35, berkata, dia tidak menyangka kegembiraannya pertama kali menjejak kaki ke Hatyai membawa detik hitam apabila dia lemas akibat terhidu asap tebal ketika terperangkap di tingkat 16 pusat beli-belah tersebut.

Motif serangan hotel belum diketahui


DUA orang semalam berjalan dekat sebuah kereta yang terbalik akibat letupan bom di Yala kelmarin.


BANGKOK – Ketua Polis Hatyai, Khomgrit Srisong memberitahu pihaknya masih mengetahui motif kejadian letupan bom di sebuah hotel di sini kelmarin.
“Setakat ini, tidak ada petunjuk kenapa mereka (kumpulan yang melakukan serangan itu) melancarkan serangan tersebut,” katanya semalam menerusi telefon kepada agensi berita AFP.
“Kami sedang menyoal siasat beberapa saksi dan mangsa yang cedera untuk mendapatkan maklumat,” tambahnya.
Satu letupan bom kereta berlaku di Hotel Lee Gardens Plaza di Hatyai dan ia disyaki dilakukan oleh kumpulan pemisah.
Ketua Polis Thailand, Priewpan Damapong menyatakan serangan tersebut dilakukan oleh gerila pemisah.
Letupan itu menyebabkan tiga orang terbunuh manakala ratusan lagi hilang.
Ia berlaku pada hari yang sama letupan bom berlaku di Yala.
Dua letupan berlaku
di Yala menyebabkan 10 orang terbunuh dan 17 lagi cedera.
Menurut Priewpan, letupan tersebut mempunyai kaitan dengan kejadian di Yala dan ia dilakukan oleh kumpulan yang sama.
Sebelum ini, letupan di hotel berkenaan dipercayai berlaku akibat letupan gas di bahagian bawah tanah.
Namun, pihak polis kemudian mendapati ia berpunca daripada bom kereta di ruang bawah tanah hotel tersebut. – Agensi


Dua rakyat Malaysia disahkan terkorban dalam letupan

HATYAI (Selatan Thailand) - Dua lelaki warga Malaysia dipercayai terkorban dalam kejadian letupan bom kereta di Hotel Lee Gardes Plaza di sini kelmarin dengan salah seorang daripada mereka belum dikenal pasti.
Mangsa yang terbunuh ialah Low Phin Hock, 46, dari Kulim, Kedah manakala identiti seorang lagi sukar dikenal pasti kerana rentung teruk.
Identiti mangsa hanya akan diketahui selepas pengecaman terhadap mayat itu dilakukan oleh sebuah keluarga yang mendakwa anak mereka hilang di Hatyai. Mayat kedua-dua mangsa berada di Hospital Songkhlahaqarid di sini.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Taib berkata, Phin Hock yang berada di dalam pusat beli-belah ketika letupan berlaku mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
"Identiti seorang lagi mangsa terkorban akan diketahui selepas sebuah keluarga membuat pengecaman hari ini (semalam)," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, kejadian letupan di pusat beli-belah dan hotel itu disahkan berpunca daripada letupan sebuah bom kereta yang berada di bangunan tersebut.
Mengenai rakyat Malaysia yang cedera, Mohd. Aini memberitahu, setakat ini hanya lapan orang masih mendapatkan rawatan di beberapa buah hospital di sini manakala tiga yang lain telah dibenarkan keluar

Minat GRO, bayar tip RM10

KUALA LUMPUR – Seramai 23 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing yang ghairah menari atas pentas di sebuah kelab malam di Taman Prima, Selayang dekat sini semalam bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri.
Sebelum serbuan pada pukul 1.30 pagi, sekumpulan pegawai dan anggota polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menyamar sebagai pelanggan.
Dalam serbuan itu, seramai 23 GRO berusia 19 hingga 39 tahun yang berpakaian seksi ditahan. Pelanggan yang berpuas hati dengan tarian setiap GRO itu hanya perlu membayar tip serendah RM10 bagi membeli kalungan bunga dan dikalungkan pada penari itu.
Ketua Operasi, Asisten Superintendan Azli Abu Shah berkata, semua GRO terbabit yang terkejut dengan kehadiran polis cuba melarikan diri melalui pintu belakang premis itu namun gagal kerana semua jalan keluar di kelab malam itu sudah dikawal.

Duda kempunan makan sedap

SETIU - Hasrat seorang duda yang hidup sebatang kara untuk membeli makanan sedap dengan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bakal diterimanya tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dalam sebuah pondok di Kampung Fikri dekat sini kelmarin.
Mustafa Mat Yatim, 63, yang berasal dari Kampung Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan tinggal di kampung itu sejak tiga tahun lalu dengan menumpang sebuah pondok buruk milik penduduk di situ.
Warga emas malang yang melakukan kerja-kerja kampung seperti mengambil upah mengopek buah kelapa dan membersih kawasan kebun itu sepatutnya mengambil wang BR1M bersama penerima lain di Dewan Pejabat Pelajaran Daerah dekat sini semalam.
Namun, dia tidak sempat mengambil wang tersebut malah ditemui meninggal dunia pada pukul 5 petang kelmarin seorang diri dalam pondok itu.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Fikri Norzeri Abdullah berkata, sebelum itu setiap kali berjumpa, Mustafa sering bertanya kepadanya bilakah dia akan menerima wang bantuan tersebut.
"Namun tiga hari lalu, selepas saya mendapat surat kelulusan bantuan RM500 dari Pejabat Daerah Setiu saya kemudian menyerahkan surat itu kepada Mustafa

BILA AGAMA BUKAN PEGANGAN HIDUP...PENGAJIAN AGAMA DIJAUHI...OTAK SEX...HUDUD DINAFI...ZINA BERKEMBANG BIAK...PIHAK PENGUASA MACAM TAK BERCITA2 KUAT UNTUK MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH...FIKIRLAH SAPE YANG BERSALAH DALAM MASALAH INI...

Dimamah bahang

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

PECAH...restoran McDonald’s yang meletup di Hotel Lee Garden di tengah bandar Hatyai, kelmarin.
PECAH...restoran McDonald’s yang meletup di Hotel Lee Garden di tengah bandar Hatyai, kelmarin.
HATYAI, SONGKHLA: Menghidu asap dan menahan bahang panas api menjadi pengalaman ngeri sepasang suami isteri yang terperangkap di tempat letak kereta Hotel Lee Garden Plaza, di sini, yang menjadi lokasi letupan bom kereta, kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa, Wong Sze Ee, 28, bersama suaminya, Ooi Fook Chuan, 33, dari Pulau Pinang baru selesai mendaftar keluar daripada hotel berkenaan.

Mereka ke kawasan letak kereta B2 di bawah hotel berkenaan untuk menyimpan beg pakaian di dalam kereta.
Sze Ee berkata, sebaik tiba di kereta, gegendang telinganya seakan-akan mahu pecah akibat letupan kuat hingga menggegarkan ruang bawah bangunan berkenaan.

Menurutnya, tidak lama kemudian dia melihat kepulan asap hitam memenuhi ruang tempat meletak kereta berkenaan.

“Saya lihat suami hampir lemas kerana asap tebal dan kami cuba menyelamatkan diri dengan mencari jalan keluar melalui tangga di kawasan tempat letak kereta itu yang terletak agak jauh.

“Bagaimanapun, kami tidak berjaya melarikan diri menggunakan tangga berkenaan kerana asap terlalu tebal selain bahang panas api dan berlindung di bawah tangga sementara mencari laluan lain,” katanya ketika ditemui di Hospital Songkhla Nagarind (HSN), di sini, semalam.

Menurutnya, dalam keadaan kawasan itu dipenuhi asap tebal, mereka menutup mulut menggunakan baju dipakai manakala suaminya terhidu terlalu banyak asap menyebabkannya hampir pengsan.
Katanya, dalam tempoh 30 minit, mereka bagaikan sudah berputus asa untuk menyelamatkan diri kerana kawasan dipenuhi asap amat tebal menyebabkan kedua-duanya mengalami kesukaran bernafas selain tiada bantuan tiba dalam tempoh itu.

“Saya ketika itu sudah putus harapan, tetapi lega apabila terlihat cahaya lampu samar-samar daripada arah depan kawasan tempat letak kereta berkenaan sebelum terdengar suara anggota penyelamat.

“Dalam keadaan lemah, saya berteriak kepada mereka supaya membantu kami yang ketika itu hampir pengsan sebelum dibantu anggota penyelamat keluar dari kawasan berkenaan dan dihantar ke HSN, Hatyai,” katanya.

Katanya, suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas terhidu banyak asap dan dia mendapatkan rawatan di wad biasa.

Pengacara pijak muka

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang pengacara rancangan gosip popular berusia 28 tahun bertindak menyerang seorang wanita yang sedang meraikan hari lahir rakannya dalam sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, dengan memijak muka mangsa menggunakan kasut tumit tingginya dalam kejadian awal pagi semalam.
Akibat perbuatan pengacara wanita terbabit yang juga bergelar pelakon dan pernah membintangi beberapa siri drama serta telefilem itu bersama beberapa rakannya menyebabkan mangsa yang berusia 20-an cedera di kepala dan terpaksa dirawat di Hospital Ampang (HA).
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, semuanya bermula apabila mangsa meraikan hari lahir rakannya itu dihampiri seorang wanita tidak dikenali.

“Wanita terbabit bertanya kepada mangsa adakah dia dengan tidak sengaja terpukul atau melakukan kekasaran kepada sesiapa. Bingung dengan pertanyaan itu, mangsa menafikan dakwaan itu sebelum mendiamkan diri.


“Belumpun persoalan itu selesai, mangsa dihampiri seorang lelaki bertubuh sasa yang terus menampar mukanya menyebabkannya terjatuh,” katanya.

Jodoh usia 61 tahun

Oleh Abu Bakar Al Sidek
am@hmetro.com.my

MESRA...Shahrin dan Aminah berbual mesra di majlis perkahwinan mereka.
MESRA...Shahrin dan Aminah berbual mesra di majlis perkahwinan mereka.
TELUK INTAN: Akhirnya pada usia 61 tahun, Aminah Alias menamatkan zaman anak daranya semalam, selepas selamat diijabkabulkan dengan duda beranak enam serta mempunyai 40 cucu dan 13 cicit.
Pesara Pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sejak empat tahun lalu itu kini bukan saja bergelar isteri, malah ibu, nenek dan moyang ‘segera’, sesuatu yang tidak pernah dijangka olehnya, namun bersyukur kerana hatinya terbuka untuk menerima Shahrin Dais, 83, sebagai suami.

Aminah berkata, masih sukar untuknya menerima kenyataan sebagai isteri pada usia warga emas sekarang, namun percaya jodohnya sudah ditetapkan bersama Shahrin.
Dia mengakui mempunyai ramai kawan lelaki ketika muda, namun sikap anti lelaki yang menebal menyebabkan hatinya tidak terbuka untuk berkahwin.

“Saya pernah menolak beberapa pinangan ketika muda kerana hati tertutup dan belum mahu berumah tangga.

“Namun, selepas bertemu dengannya (Shahrin), saya terus bersetuju untuk menjadi isterinya. Mungkin inilah jodoh,” katanya yang ditemui pada majlis perkahwinannya, semalam.

Sementara itu, Shahrin berkata, dia juga tidak menyangka pertemuan kali pertama dengan Aminah di sebuah warung kopi di Kampung Balun, Slim River pertengahan Februari lalu, membawa kepada perkahwinan.

Menurutnya, ketika pertemuan kali pertama itu dia terus jatuh hati kepada Aminah sebelum sepakat membuat keputusan mendirikan rumah tangga awal bulan lalu.

Bayar RM10 untuk tonton tarian ghairah



KUALA LUMPUR: Hanya RM10 untuk menonton persembahan ghairah. Itu yang ditawarkan sebuah premis hiburan yang diserbu Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor di Taman Prima, Selayang, di sini, awal pagi tadi.
Dalam serbuan jam 1.30 pagi itu, 23 pelayan pelanggan (GRO) warga asing berpakaian seksi yang asyik menari ghairah di atas pentas peragaan ditahan. Kadar bayaran yang rendah itu menjadi faktor premis hiburan terbabit dikunjungi ramai pelanggan untuk berhibur bersama GRO pilihan.

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Azli Abu Shah berkata, ketika serbuan, semua GRO terbabit yang terkejut dengan kehadiran polis melarikan diri melalui pintu belakang premis, namun gagal selepas dikejar anggota polis.
Katanya, dalam serbuan itu, empat lelaki dipercayai penjaga premis dan 23 GRO iaitu lapan warga Thailand, sembilan (Vietnam), empat (Indonesia) dan dua (China) ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati semua mereka yang berusia 19 hingga 39 tahun itu bekerja sebagai penari ghairah dan tidak terbabit aktiviti pelacuran.

“Mereka hanya menari di pentas untuk menghiburkan pengunjung dengan berpakaian seksi,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pelanggan yang berpuas hati dengan tarian mereka boleh menambah RM10 untuk membeli kalungan bunga bagi diberi kepada GRO terpilih.

Berani sebab ada artis mudah diperdaya

KUALA LUMPUR: “Keberanian segelintir golongan kenamaan (VIP), pengarah, penerbit dan promoter konsert memasang jerat terhadap artis wanita yang memiliki pakej lengkap untuk menjadi habuan seks mereka mungkin disebabkan sebelum ini ada artis yang pernah masuk ke perangkap mereka dengan mudah.
“Akibatnya, artis wanita lain yang sememangnya berniat jujur untuk mencari rezeki dalam bidang hiburan pula menjadi mangsa golongan atasan itu yang menganggap semua artis wanita boleh dibawa ke bilik tidur,” kata pakar motivasi, Profesor Madya Md Izzudin Ali.

Katanya, artis baru terutama yang memiliki paras rupa cantik dan pakej lengkap perlu sentiasa berhati-hati dengan godaan seperti itu dan tidak terlalu mudah terpengaruh dengan tawaran wang ringgit atau kekayaan hingga sanggup mengorbankan diri.
Beliau turut mengingatkan golongan artis wanita agar tidak membiarkan diri dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab semata-mata kerana mahu cepat naik dalam industri itu

AJAL DALAM ILMU ALLAH...TAATLAH PADA ALLAH...BERHATI2LAH

Masjid ‘terapung’

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque, Norul Awatif Romli dan Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my

BASAH...solat Jumaat  disempurnakan 
di tingkat satu dan dua Masjid Ar-Rahimiah selepas dewan solat utama dinaiki air, semalam.
BASAH...solat Jumaat disempurnakan di tingkat satu dan dua Masjid Ar-Rahimiah selepas dewan solat utama dinaiki air, semalam.
KLANG: Jemaah Masjid Ar-Rahimiah, di sini, terpaksa menunaikan solat Jumaat di tingkat satu dan tingkat dua masjid berkenaan selepas dewan solat utama dipenuhi air akibat banjir kilat, semalam.
Timbalan Nazir Masjid, Jaafar Samsuddin berkata, dewan solat utama masjid dipenuhi air akibat hujan lebat menyebabkan air longkang dan air dari bukit berhampiran melimpah.

Katanya, kerugian dianggarkan RM800,000 kerana permaidani dewan solat perlu diganti baru selain peralatan audio yang rosak ditenggelami air.
“Selain itu, perpustakaan yang menempatkan buku bacaan dan kitab serta bilik imam dimasuki air.

“Buat sementara waktu, solat dan aktiviti keagamaan diadakan di tingkat satu dan dua masjid sehingga permaidani baru siap dipasang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Jaafar berkata, pihaknya sudah membina tembok simen di depan dewan solat bagi menghalang air memasuki dewan solat selepas kejadian sama berlaku beberapa tahun lalu.

Namun, kali ini pengurusan memecahkan tembok simen berkenaan bagi membolehkan air yang bertakung dalam dewan solat dikeluarkan.

Katanya, pengurusan masjid sudah beberapa kali mengutarakan masalah dihadapi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun masalah sama masih berulang.
Menurutnya, buat sementara waktu, satu tembok yang lebih tinggi dibina di dewan solat utama bagi mengatasi masalah berkenaan supaya tidak berulang.

‘2 kereta saya tenggelam’

KLANG: “Saya tidak sangka hujan lebat diselangi bunyi guruh kuat awal pagi semalam menyebabkan banjir kilat yang teruk di kawasan perumahan sehingga mengakibatkan dua kereta saya ditenggelami air.
“Air naik cepat selain mengalir deras menyebabkan saya tidak sempat berbuat apa-apa serta melihat kawasan sekeliling rumah dinaiki air,” kata Mohd Azhar Mat, 42, penduduk apartmen Bayu Perdana, di sini, mengenai banjir kilat, semalam.

Sementara itu, seorang pemilik kedai aksesori kereta di Jalan Batu Unjur 8, di sini, kerugian kira-kira RM200,000 selepas kedainya ditenggelami air dalam kejadian sama dan memusnahkan kebanyakan aksesori di ruang pameran.
Pemilik kedai, Kiu Kwang Hui, 32, mendakwa mula menyedari kedainya dinaiki air kira-kira paras lutut, pada jam 5 pagi

Mayat bayi kepala pecah dalam longkang

KUALA LUMPUR: Hanya sehari selepas penemuan janin berusia empat bulan tanpa kepala di loji kumbahan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, seorang lagi bayi lelaki ditemui mati dalam keadaan menyedihkan selepas kepalanya pecah dipercayai terhantuk pada dinding longkang ketika dihanyutkan arus di longkang PPR Intan Baiduri, Jinjang, di sini, semalam.
Kejadian menyayat hati itu disedari seorang pekerja kontrak membersih sampah yang terlihat mayat bayi terbabit terapung dalam longkang berhampiran tasik taman rekreasi di PPR Intan Baiduri, jam 10.30 pagi.

Pekerja terbabit, Rafu’si Ahmad, 40 tahun, berkata individu yang melakukan perbuatan terbabit kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana membuang bayi itu.
“Hati saya tersentuh dan berasa kasihan ketika melihat keadaan mayat bayi itu.

“Sepanjang dua tahun bekerja di sini, ia kali pertama menyaksikan kejadian pembuangan bayi dan lebih menyedihkan bayi itu ditemui dalam keadaan menyedihkan,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, Rafu’si berkata, dia terkejut apabila melihat seorang bayi ketika melakukan kerja pembersihan di kawasan itu, malah menyangka bayi itu anak patung yang tersangkut di dalam perangkap sampah.

Menurutnya, perasaan ingin tahu yang kuat menyebabkan dia mengangkat objek yang seakan-akan bayi itu menggunakan penyauk dan terkejut apabila mendapati objek itu bertali pusat dan berkaki.

“Saya berlari mendapatkan seorang lelaki yang memancing di tasik berkenaan sebelum memaklumkan kejadian itu kepadanya.
“Kami berpatah semula ke tempat kejadian dan meminta bantuan penduduk yang kemudian menghubungi polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan itu ditemui bersama uri tersangkut di dalam perangkap sampah dalam longkang di PPR Intan Baiduri oleh seorang pekerja kontrak membersih sampah.

Menurutnya, mayat bayi cukup sifat itu pecah di kepala dipercayai akibat terhantuk pada dinding konkrit ketika dihanyutkan arus air.

“Kami percaya bayi itu dibuang tidak kurang dari 24 jam dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 318, Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Dirasuk 40 kali sehari

Oleh Muhamaad Razis Ismail & Zulkifli Che Abdullah
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: “Ketika dirasuk, saya pernah memanjat pokok ubi kayu di belakang rumah seperti kera dan anehnya batang pokok itu tidak patah,” kata Suhaini Abdul Aziz, 30, yang menderita terkena sihir sejak Oktober tahun lalu.
Suri rumah itu juga mengakui pernah cuba mencekik anaknya sendiri, terjun tingkap dan berlari keluar meninggalkan rumah selain menyembah barangan berwarna kuning serta meracau dalam bahasa Siam, malah berperwatakan seperti orang tua.

Katanya, masalah misteri itu berlaku selepas 40 hari ibunya meninggal dunia pada Oktober tahun lalu dan selepas berkahwin dengan suami baru sebelum berlarutan sehingga kini.

“Sejak disihir, apabila ada ‘benda’ memasuki badan, saya hanya mampu bercakap di dalam hati kerana dikunci di dalam, seolah-olah dikawal seseorang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mani, Kuala Besar, di sini.


Menurutnya, sebelum dirasuk dia boleh merasa beberapa tanda awal sebelum mendakwa ada ‘benda’ misteri yang akan memasuki tubuhnya.

Nyawa kalis peluru

Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my

TELUK INTAN: Seorang tauke ayam terselamat daripada maut buat kali kedua apabila tembakan dipercayai dilepaskan pembunuh upahan hanya mencederakan pipinya dalam kejadian berhampiran rumahnya di Hutan melintang di sini, awal pagi semalam.
K Sooria Theymudu, 40, sebelum ini pernah cedera di pergelangan tangan ditembak seorang lelaki di hadapan rumahnya di Jalan Feri, Simpang Empat, di sini, pada 20 Oktober tahun lalu. Semalam, dia sekali lagi bernasib baik apabila tembakan dalam serangan mendadak jam 6.30 pagi itu hanya melukakan pipinya walaupun ditembak bertalu-talu oleh penjenayah dari jarak dekat.

Bagaimanapun, serangan semalam meragut nyawa pekerjanya, warga Bangladesh, Md Masum Sheik Md Surat Ali, 30, apabila tembakan mengenai bahu dan perut lelaki itu menyebabkannya maut di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, kejadian berlaku ketika Sooria dan pekerjanya menaiki van dari rumah ke Taman Seri Bernam di sini, untuk mengambil seorang lagi pekerja yang tinggal di taman berkenaan.

Beliau berkata, seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba keluar dari sebuah kereta dan melepaskan tiga das tembakan ketika van dipandu Sooria memasuki taman berkenaan.

“Satu daripada tembakan itu mengenai pipi Sooria manakala dua das lagi tembakan mengenai perut serta baru pekerja warga Bangladesh itu.


“Sebaik melepaskan tembakan suspek melarikan diri dengan kereta. Lelaki Bangladesh itu mati di tempat kejadian manakala Sooria cedera di pipi,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) untuk dibedah siasat manakala Sooria dirawat di hospital sama.

“Polis kini memburu penjenayah terbabit dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mereka yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintanden Sanusi Salleh di talian 05-6299222 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Angkara peragut bermotosikal

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my

KOTA BHARU: “Walaupun motosikal sedang bergerak, peragut itu masih sempat menghulurkan tangan untuk mengambil beg tangan dalam raga motosikal menyebabkan motosikal ditunggang hilang kawalan lalu terjatuh,” kata Siti Esah Mohd Noor, 33, yang trauma selepas menjadi mangsa ragut dalam kejadian di Kampung Chepa, dekat sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Siti Esah bersama rakannya, Rokiah Salleh, 53, menunggang motosikal dari rumahnya di Pasir Tumboh ke Pengkalan Chepa.

Menurutnya, dia tidak menyangka peragut terbabit sanggup berbuat apa saja untuk melarikan beg tangannya.

Katanya, dia pada mulanya tidak sedar ketika dihampiri seorang lelaki hingga ternampak tangan yang mencapai begnya. “Saya tidak sedar ada seorang lelaki menunggang motosikal menghampiri sehingga tiba-tiba dia mencapai beg dalam raga motosikal.

“Saya tidak melawan kerana menunggang motosikal sebelum gagal mengawal lalu terjatuh. Akibatnya, saya luka teruk dan lebam di beberapa bahagian badan manakala rakan pula luka ringan,” katanya.

Terdahulu, Siti Esah menerima kunjungan Ketua Puteri Umno Kubang Kerian, Azlinda Alis yang melawat dan bertanya khabar.


Siti Esah berkata, walaupun cedera, dia bersyukur kerana berjaya mendapatkan semula beg tangannya yang mengandungi wang tunai RM300 dan sebuah telefon bimbit selepas peragut terbabit terbabas dan jatuh sebelum melarikan diri.

Sementara itu, Azlinda berkata, pihaknya kesal dengan kejadian ragut itu dan memohon polis mempertingkatkan rondaan di sekitar kawasan berkenaan.

“Saya juga memohon pondok polis bukan saja ditempatkan di kawasan bandar tetapi juga di kampung yang turut berlaku pelbagai jenayah termasuk ragut,” katanya.

Kena bijak tepis ‘offer’

Oleh HADZLAN HASSAN, RIADZ RADZI, SHAKILAWATI ABD RAHMAN, RUDY IMRAN SHAMSUDDIN dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pantang melihat ada artis baru memiliki pakej lengkap sebagai wanita idaman, segelintir orang kenamaan (VIP), pengarah, penerbit dan promoter konsert berlumba-lumba menjerat artis terbabit dengan pelbagai umpan seperti kemewahan dan kejayaan segera dalam industri seni tanah air.
Dasar lelaki hidung belang, mereka tidak mampu menahan naluri seks luar biasa sebaik menyedari kehadiran artis baru berwajah cantik, kulit putih gebu dan badan menggiurkan, sekali gus giat pasang jerat. Jika tersilap langkah, boleh tergadai maruah. Itu risiko dihadapi artis wanita, terutama artis baru ‘bergetah’ yang terdedah dengan gangguan seksual dalam meneruskan karier seni mereka.

Memang ada pepatah, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, namun perkembangan negatif seperti itu sebenarnya tidak harus kekal dalam industri hiburan tanah air yang boleh mencerminkan imej tidak baik pada mata masyarakat.


Ikuti pengalaman Neelofa, Hanez Suraya, Nas Adila, Fiza Elite dan Ani Mayuni yang pernah berdepan gangguan seksual sepanjang karier mereka.

1 maut, 20 terselamat



REMUK... keadaan lori yang terbabit kemalangan.
REMUK... keadaan lori yang terbabit kemalangan.
IPOH : Seramai 20 pelancong nyaris maut apabila sebuah lori 18 tan merempuh belakang sebuah bas persiaran yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan awal pagi semalam.
Kemalangan ngeri kira-kira jam 5.30 pagi di kilometer 274 (U), Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran tol Jelapang di sini, bagaimanapun meragut nyawa seorang kelindan lori, Jamri Abu Bakar, 35. Mangsa dari Johor Bharu dipercayai mengalami cedera parah di kepala dan anggota badan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Suprintendan Wan Sharudddin Wan Omar berkata kemalangan membabit dua kenderaan berkenaan menyebabkan seorang kelindan lori terbunuh di tempat kejadian. Menurut beliau, lori yang membawa muatan pelbagai barang keperluan harian milik sebuah syarikat membeli-belah terkemuka tempatan itu dipercayai dalam perjalanan dari Klang menghala ke Sungai Petani sebelum berlanggar dengan bas persiaran berkenaan.
“Bas yang membawa lebih kurang 20 penumpang itu dari Singapura menuju ke Pulau Pinang dipercayai berhenti di lorong kecemasan kira-kira 10 kilometer daripada tol selepas mengalami kerosakan akibat tali kipas putus.

“Setiba di tempat kejadian, lori itu yang menyangka bas berkenaan mengalami kerosakan merempuh belakang bas menyebabkan kelindannya tersepit di sebelah tempat duduk pemandu,” katanya.

Kata beliau, akibat insiden itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

2 mati kena karan

Oleh ADNAN MOHAMAD
am@hmetro.com.my

TEMPAT KEJADIAN... Che Musa bersama beberapa penduduk menunjukkan tempat dua mangsa maut selepas terkena renjatan elektrik, semalam.
TEMPAT KEJADIAN... Che Musa bersama beberapa penduduk menunjukkan tempat dua mangsa maut selepas terkena renjatan elektrik, semalam.
TANAH MERAH: Hasrat dua sahabat memasang bendera sebuah parti politik yang diikat pada buluh di papan tanda amaran talian voltan tinggi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan berakhir dengan tragedi apabila maut selepas terkena renjatan elektrik di Kampung Tengah Bukit Panau, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam, Rosli Husssin, 47, dari Kampung Tengah Bukit Panau dan Mohd Daisan Ibrahim, 37, dari Kampung Kusial Baru, di sini, dikatakan tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena renjatan elektrik akibat buluh digunakan bersentuhan dengan kabel elektrik TNB berkuasa 500 kiloVolt (kV).
Sebelum kejadian, Rosli dan Mohd Daisan, masing-masing bekerja sebagai kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tanah Merah dan penoreh getah, pergi ke kawasan papan tanda itu bersama tiga lagi rakan dengan membawa sebatang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai baru ditebang.

Ketika cuba mengikat buluh itu pada papan tanda berkenaan, ia bersentuhan dengan kabel elektrik TNB yang berada pada ketinggian sembilan meter, menyebabkan mereka terkena renjatan elektrik.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan, petang semalam.