Saturday, April 28, 2012

CERITA BERCANGGAH2...SAPE PENIPU DAN PEMBODEK..SUSAHKAH NAK BERCAKAP BENAR KOD...

Bersih 3.0 jadi huru-hara

SEBAHAGIAN daripada penyokong perhimpunan Bersih 3.0 cuba merempuh sekatan polis berdekatan Dataran Merdeka semalam.


KUALA LUMPUR - Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 yang kononnya mahu menuntut pilihan raya yang adil bertukar ganas apabila penyokongnya bertindak mencederakan 11 anggota polis serta merosakkan harta benda awam ketika menyertai perarakan haram menuju ke Dataran Merdeka semalam.
Kesemua anggota tersebut termasuk seorang anggota wanita dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan pesakit luar akibat kecederaan di kepala, tangan serta patah gigi.
Dua daripada anggota itu ditumbuk dan dipukul dengan kon dalam insiden sebuah kereta peronda Proton Waja diterbalikkan di hadapan kompleks beli-belah Sogo.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih berjaya mengawal keadaan, malah berjaya menyekat para penyokong Bersih 3.0 daripada memasuki Dataran Merdeka.
Polis kelmarin mendapat perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang pihak berkenaan daripada berkumpul di Dataran Merdeka mulai tengah malam kelmarin hingga 1 Mei.
Katanya, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air kerana perusuh bertindak ganas.
"Mereka membaling objek kepada polis dan memaksa polis membuka laluan untuk memudahkan mereka bergerak menghampiri Dataran Merdeka," katanya.
Antara yang menyertai Bersih 3.0 ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kemuncak perhimpunan pada pukul 12 tengah hari itu ialah perarakan seramai 25,000 penyokong pembangkang yang dibawa dari seluruh negara untuk menceroboh Dataran Merdeka tetapi usaha mereka gagal.
Bersih 3.0 berakhir dengan 'hodoh'
FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN
28 April 2012
Polis guna gas pemedih mata surai peserta Bersih
Peserta dan penyokong cuba bergerak keluar dari kawasan berhampiran selepas polis melepaskan gas pemedih mata sekitar 3.15 petang tadi. Foto ihsan oleh Fareez K.Intidzam
KUALA LUMPUR - Perhimpunan Bersih 3.0 yang dirancang untuk diadakan secara aman berakhir dengan kekecohan apabila segelintir peserta dan penyokong merempuh pagar halangan polis untuk memasuki Dataran Merdeka, pada jam 3 petang tadi, menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menembak gas pemedih mata.
Rempuhan itu dibuat hanya beberapa minit selepas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain, termasuk Datuk Ambiga tiba di tengah-tengah lautan penyokong.
Penyokong Bersih tidak bersurai sepenuhnya dan ada yang dilihat membaling semula bekas gas pemedih mata yang dilepaskan, menyebabkan FRU menggunakan meriam air.
Sebelum itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengumumkan penganjur Bersih sedang berunding dengan pihak polis untuk dibenarkan memasuki dataran dan berjanji perhimpunan itu kekal aman.
Namun permintaan Azmin supaya penyokong bertenang sementara menunggu keputusan rundingan, tidak dilayan.
Terdapat penunjuk perasaan ditahan di akhir perhimpunan, namun jumlah sebenar belum diketahui.
Perhimpunan kali ini menyaksikan hampir 80,000 penyokong Bersih berkumpul di jalan raya sekitar Dataran Merdeka bagi menuntut pilihan raya yang adil.
Mengikut kenyataan awal polis, sekitar 25,000 orang berkumpul di ibu negara hari ini.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dipetik berkata pihaknya menganggarkan lebih 100,000 menyertai perhimpunan hari ini.
Difahamkan kira-kira 100 orang, yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0, dipercayai ditahan berhampiran kawasan Dataran Merdeka petang ini selepas tidak mematuhi arahan polis dan merempuh sekatan yang didirikan.
Difahamkan sebahagian daripada mereka juga kanak-kanak.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa polis berjaya menghalang percubaan peserta perhimpunan haram untuk menceroboh Dataran Merdeka hari ini dengan merempuh pengadang dan kawat berduri dipasang selepas Mahkamah Majistet mengisytiharkan dataran itu sebagai kawasan larangan.
Sebelum bertindak, polis yang berada di belakang pagar penghalang itu telah mengeluarkan amaran sebanyak tiga kali kepada peserta perhimpunan agar tidak memasuki kawasan larangan itu.
Namun peserta tetap berdegil lalu merempuh serta cuba melepasi pagar halangan tersebut menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan air mengandungi bahan kimia untuk menyurai dan mententeramkan keadaan dalam insiden kira-kira jam 3 petang.
Tindakan polis itu mengakibatkan peserta perhimpunan melarikan diri ke arah kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.
Peserta perhimpunan bertindak balas membaling botol air plastik, botol air kaca dan kayu ke arah polis.
Pengerusi Bernama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan dan pemimpin pembangkang lain turut beredar dari tempat perhimpunan tersebut setengah jam kemudian serta turut meminta peserta untuk beredar.
Peserta perhimpunan sehingga kini masih berada berhampiran kawasan dataran dan kompleks membeli belah Sogo.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini melarang penganjur mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional.
Polis semalam mendapat perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang pihak berkenaan daripada berkumpul di Dataran Merdeka mulai tengah malam tadi hingga 1 Mei.
Tindakan boleh diambil terhadap mereka yang melanggar perintah itu, mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Polis dijadual mengadakan sidang media dalam waktu terdekat.
Bersih membuat perancangan untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka antara 2 dan 4 petang. Bagaimanapun usaha itu tidak diluluskan oleh polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kelmarin, polis memperoleh perintah mahkamah mengisytiharkan Dataran Merdeka sebagai kawasan larangan kepada penganjur Bersih 3.0 dan publik.
Ekoran rempuhan dan kekecohan itu, Anwar dan pemimpin lain dipercayai dibawa ke lokasi selamat sebaik penyokong merempuh pagar.
Penganjur Bersih 3.0 gagal patuhi Akta Perhimpunan Aman?

28 April 2012
Sebahagian daripada peserta berhimpun di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, petang tadi sebelum di
Sebahagian daripada peserta berhimpun di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, petang tadi sebelum disuraikan oleh polis. - Foto Khiru Shalleh Abdullah
KUALA LUMPUR - Perlakuan ganas, merempuh sekatan polis serta membawa anak kecil memperlihatkan bahawa penganjur perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011.
Meskipun penganjur telah pun memberi jaminan akan memastikan bahawa perhimpunan yang kononnya bertujuan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil itu berlangsung dengan aman, namun perhimpunan itu tetap disusuli dengan pelbagai insiden yang melanggar undang-undang.
Misalnya, akta tersebut menggariskan seseorang di bawah umur 21 tahun tidak boleh menjadi penganjur manakala kanak-kanak bawah 15 tahun tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan.
Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000.
Pemerhati politik, Che Hamdan Mohamed Razali, daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu, berpendapat penganjur perhimpunan yang diketuai Datuk S.Ambiga disertai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang gagal mematuhi akta tersebut selain gagal mengawal pesertanya.
"Dari segi mengumpulkan orang untuk berhimpun memang Ambiga serta pemimpin pembangkang lain telah berjaya tetapi beliau selaku Pengerusi Bersama NGO itu gagal untuk mengawal para pesertanya supaya berkelakukan baik dan sopan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pensyarah Sains Politik itu berkata tindakan membawa kanak-kanak ke perhimpunan tersebut juga secara tidak langsung memberi isyarat bahawa tidak salah menentang pihak berkuasa.
Perhimpunan tersebut juga dilihat tidak hanya menjurus kepada tuntutan pilihan raya yang adil dan bersih, sebaliknya turut membawa beberapa isu lain antaranya isu Lynas, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) serta penyenaraian Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Menurut Che Hamdan, jika penganjur hanya mengutamakan isu berkaitan pilihan raya sahaja, beliau percaya peserta yang menyertai perhimpunan tersebut tidak ramai dan hanya berjumlah kira-kira 8,000 orang.
Sementara itu, perhimpunan tersebut juga boleh dikatakan gagal kerana tidak mencapai sasaran penyertaan iaitu 100,000 dengan polis menganggarkan seramai 20,000 peserta.
Bersih 3.0: KL pulih selepas lumpuh tujuh jam

28 April 2012
 Tinjauan dari udara peserta perhimpunan Bersih 3.0 berkumpul di Dataran Merdeka petang tadi. - Foto
Tinjauan dari udara peserta perhimpunan Bersih 3.0 berkumpul di Dataran Merdeka petang tadi. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Beberapa lokasi tumpuan awam pada hujung minggu di sekitar ibu kota kembali pulih menjelang 7 malam ini selepas hampir lumpuh selama tujuh jam ekoran perhimpunan yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan disokong pembangkang.
Peserta perhimpunan yang mula memasuki ibu negara seawal pagi di beberapa lokasi pertemuan yang paling berdekatan dengan Dataran Merdeka antaranya Masjid Negara, Masjid Jamek dan Menara Maybank akhirnya bersurai secara berperingkat.
Walaupun sekitar kawasan itu kembali 'hidup' semula, tinjauan Bernama mendapati anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis masih berada di lokasi tertentu bagi memastikan peserta perhimpunan itu tidak berkumpul semula.
Namun begitu, masih ada segelintir peserta perhimpunan masih berlegar di sekitar Jalan Tun Perak berhampiran Masjid Jamek.
Beberapa kawasan yang sebelum ini sesak kerana menjadi tumpuan demonstrasi jalanan, menjadi lengang manakala lalu lintas kembali pulih apabila demonstran meninggalkan lokasi tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang media selepas itu memaklumkan polis telah menjalankan tugas dengan profesional dalam menangani perhimpunan yang bertukar menjadi luar kawalan di sekitar Dataran Merdeka.
Dilaporkan seramai 388 demonstran telah ditahan dan dibawa ke Pusat Latihan Polis di sini sehingga 8 malam ini.
Di IPOH, satu perhimpunan di perkarangan Taman Rekreasi Sultan Azlan Shah berakhir kira-kira 3.30 petang tanpa kejadian yang tidak diingini tetapi cuma kesesakan lalu lintas dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran tempat perhimpunan.
Di MELAKA, beberapa anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengalami kecederaan ringan ketika menjalankan tugas di kawasan perhimpunan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir.
Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lyle berkata, kejadian tersebut berlaku ketika petugas MBMB dan polis menghalang peserta perhimpunan itu yang dikhuatiri mengganggu pertandingan pancaragam di dataran tersebut. - Bernama
Ambiga: Bersih 3.0 berjaya, desakan didengar
Mohd Zulfadli Sharifudin
28 April 2012
Ambiga: Bersih 3.0 berjaya, desakan didengar
Ambiga yang dikawal ketat oleh pihak keselamatan dan Unit Amal Pas melambai ke arah peserta perhimpunan dan sempat berucap pendek.
KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 berjaya walaupun ia berakhir dengan pertembungan antara ribuan penyokongnya dan pasukan polis.

"Hari ini ialah hari yang bersejarah buat kita semua. Walaupun kita tak sampai Dataran Merdeka, kita sudah berjaya hari ini.

"Desakan kita sudah didengari kerajaan dan seluruh dunia. Semua kaum datang untuk pilihan raya yang bersih dan adil. Kita berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk anak-anak kita dan masa depan Malaysia," kata beliau.

Perhimpunan hari ini, walaupun tidak mendapat kebenaran untuk diadakan di Dataran Merdeka, ia diteruskan dan dicemari insiden merempuh sekatan didirikan oleh polis di lokasi bersejarah itu.

Beliau berucap dari atas sebuah kereta pacuan empat roda, di hadapan stesen LRT Masjid Jamek, sebelum berarak menuju ke persimpangan menuju ke Dataran Merdeka.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata: "Kami ucapkan terima kasih pada semua yang hadir."

"Kita nakkan pilihan raya yang bersih dan adil bukan kotor.

"Kita berhimpun untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan ini membuktikan perhimpunan ini berjaya apabila rakyat turun beramai-ramai secara aman tanpa sebarang kekacauan," kata beliau.
Hishammuddin: 'Saya sedih dengan apa yang berlaku'
Wartawan Sinar Harian
28 April 2012
Sebahagian peserta perhimpunan Bersih 3.0 baring di atas jalan.
Sebahagian peserta perhimpunan Bersih 3.0 baring di atas jalan.
KUALA LUMPUR - Polis telah menjalankan tugas secara profesional dalam menangani perhimpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disokong pembangkang yang bertukar menjadi luar kawalan di sekitar Dataran Merdeka di sini hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau berasa kagum dan bangga dengan polis yang tidak mudah melatah dengan provokasi yang dilakukan kira-kira 20,000 peserta perhimpunan itu.
"Saya sedih dengan apa yang berlaku hari ini, penganjur menjanjikan perhimpunan aman sebaliknya bertukar menjadi tidak terkawal walaupun kerajaan sedaya upaya memberi kebenaran untuk rakyat berkumpul secara aman di tempat yang
disyorkan.
"Mereka masih berdegil ingin mengadakan di Dataran Merdeka," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau mengulas kejayaan polis menghalang percubaan peserta perhimpunan haram itu menceroboh Dataran Merdeka dengan merempuh penghalang dan kawat berduri dipasang selepas Mahkamah Majistet mengisytiharkan dataran itu sebagai kawasan larangan mulai semalam hingga 1 Mei.
Hishammuddin kesal dengan pihak penganjur dan peserta yang sanggup memperjudikan keselamatan umum demi kepentingan minoriti seperti mereka.
Katanya, peserta perhimpunan itu perlu 'membayar balik setimpal' apa yang mereka lakukan iaitu menggadaikan keselamatan majoriti orang awam demi menyuarakan hak asasi mereka.
"Saya sedih dengan usaha transformasi kerajaan yang cuba kita bawa, seperti menghapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan mewujudkan Akta Perhimpunan Aman, tetapi telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan
mengambil kesempatan mengajak rakyat berdemonstrasi dan mengancam keselamatan awam," katanya.
"Perkara mengenai orang ramai perlu lihat secara teliti, apa yang cuba penganjur katakan perhimpunan ini adalah aman tetapi tidak aman," katanya.
Hishammuddin berkata, bukan perkara mudah bagi kerajaan untuk mencapai keseimbangan antara hak asasi manusia dengan menjaga keamanan negara.
Beliau berkata, perhimpunan hari ini tidak menjejaskan keselamatan dan kepentingan awam di negara ini dan yakin dengan kemampuan polis menjaga keselamatan awam. - Bernama

PDRM nafi anggotanya terbunuh


MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR... Aksi ganas penyokong perhimpunan Bersih 3.0 merosakkan sebuah kereta peronda di hadapan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur semalam. Ada tompokan darah di atas kaki lima jalan.


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi menafikan ada anggotanya yang terkorban ketika ditugaskan mengawal demonstrasi Bersih 3.0 yang bertukar ganas semalam.
Penafian itu dibuat PDRM melalui akaun Twitter rasmi pasukan itu.
Sebelum ini khabar angin tersebar kononnya seorang anggota polis dipercayai dari unit trafik terbunuh akibat dibelasah peserta Bersih 3.0 di hadapan kompleks beli-belah Sogo.

Maut tersepit jentera


TON menunjukkan tempat Mohd. Hishammudin yang maut selepas tersepit di antara jentera pembajak dengan lantai kayu rumahnya di Kampung Simpang Empat,Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Seorang peniaga pasar malam maut selepas tersepit di antara jentera pembajak kecil dengan lantai kayu tingkat atas sebuah rumah petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa, Mohd. Hishammudin Yusoff, 22, mahu mengeluarkan jentera jenama Jentani milik bapanya yang disimpan di ruang bawah rumah neneknya, Ton Yaakob, 70, di Simpang Empat Kangkung di sini.
Bagaimanapun, jentera tersebut secara tiba-tiba terjungkit menyebabkan mangsa yang duduk di tempat duduk terangkat ke atas lalu tersepit di lantai kayu rumah tersebut.
Bapa mangsa, Yusoff Ayob, 59, berkata, dia yang berada di tempat kejadian cuba menurunkan bahagian jentera yang terjungkit itu namun tidak terdaya kerana terlalu berat.
"Saya cuba menyelamatkan anak saya tetapi tidak boleh kerana bahagian dadanya dihimpit besi jentera dan belakangnya pula tersepit kayu lantai," katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat Kangkung di sini semalam.

Air 'sirap' telaga Pasir Puteh berbahaya

KOTA BHARU - Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan semalam mengingatkan orang ramai supaya jangan meminum air daripada sebuah telaga di Kampung Pintu Gerbang, Pasir Puteh kerana dipercayai mengandungi kandungan besi yang berlebihan dan boleh mendatangkan komplikasi buah pinggang.
Timbalan Pengarahnya, Abd. Rashid Ahmad berkata, fenomena air bertukar merah itu bukan peristiwa aneh khususnya di negeri ini memandangkan bentuk buminya mempunyai banyak kandungan mineral termasuk besi.
Menurutnya, mengikut Standard Kualiti Air Minuman 2009 Kementerian Kesihatan, kadar kandungan besi dalam air yang selamat diminum hanya 0.3 miligram seliter.

Pusaran angin setinggi bumbung


SHAHROM menunjukkan cermin tingkap rumahnya yang pecah akibat kejadian ribut di Muar semalam.


MUAR - Penduduk di Taman Sri Jeram 3, Bakri di sini terkejut apabila ternampak pusaran angin setinggi bumbung semasa kejadian ribut yang menyebabkan 16 buah rumah rosak teruk awal pagi semalam.
Seorang mangsa, Md. Saat Ali, 49, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi, lebih kurang 15 minit selepas angin kuat dan hujan lebat.
Menurutnya, pada mulanya, dia terdengar bunyi angin kuat dari luar rumah yang berhampiran kebun kelapa sawit.
Bapa kepada dua anak itu terkejut apabila ternampak satu pusaran setinggi bumbung sedang melalui depan rumahnya dan terus bertindak menyelamatkan diri.
"Saya bersyukur kami sekeluarga selamat dan selepas ribut hilang saya dapati beberapa bahagian atap rumah saya musnah dan juga barangan dalam rumah rosak.
"Kejadian ini dirasakan begitu pantas sekali. Kerugian yang kami alami dianggarkan lebih RM3,000," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Mohd. Nazri Mohd. Robak, 42, pula masih terbayang-bayang pusaran ribut tersebut yang menakutkan itu.
"Ribut tersebut berbentuk pusaran angin dengan campuran air dan desiran kuat yang pada mulanya saya sangka bunyi orang bergaduh di luar rumah kira-kira pukul 6.30 pagi.
"Melihat keadaan itu, saya, isteri, seorang anak dan ibu yang berkerusi roda hanya berlindung dalam rumah serta berdoa tidak berlaku kejadian tidak diingini," katanya.

Perkhidmatan Rahsia keluar garis panduan


SEORANG pelacur sedang berjalan untuk mencari pelanggan di Cartagena, Colombia. - Reuters


WASHINGTON - Malu dengan skandal seks yang berlaku baru-baru ini, Perkhidmatan Rahsia Amerika Sarikat (AS) semalam mengeluarkan satu garis panduan baharu yang melarang ejen-ejennya daripada melawat lokasi-lokasi tidak diketahui atau membawa orang asing ke bilik hotel mereka.
'Standard moral' yang berkuat kuasa serta-merta itu juga melarang anggota pasukan yang bertanggungjawab atas keselamatan presiden daripada meminum minuman keras sepuluh jam sebelum melapor diri untuk bertugas.
Malah, seorang penyelia daripada Pejabat Tanggungjawab Profesional akan menyertai pasukan terbabit dalam tugasan-tugasan luar.
Garis panduan itu dibuat selepas sekumpulan ejen Perkhidmatan Rahsia AS dan anggota tentera diarah pulang dari Cartagena, Colombia. Mereka berada di sana untuk memastikan aspek keselamatan untuk lawatan rasmi Presiden AS, Barack Obama.
Namun, mereka dituduh mabuk, mengunjungi sebuah kelab bogel dan membawa pelacur ke bilik masing-masing. Sehingga kini, seramai lapan orang ejen telah dipecat dan tiga yang lain dibebaskan daripada tuduhan salah laku.
Pihak berkuasa AS juga kini sedang menyiasat satu tuduhan baharu berkaitan salah laku yang berlaku di El Salvador tahun lalu. Sekumpulan ejen dikatakan membayar perkhidmatan di sebuah kelab bogel dan membawa pelacur ke bilik masing-masing, sebelum lawatan rasmi Obama ke sana. - AFP

NAK SOLAT ISTIKHARAH CAMNA...CERAI DULU...ELAKKAN DAYUS...RUJUK SEMULA JIKA BERTAUBAT...SELEPAS SOLAT ISTIKHARAH...ITU JIKA KEPUTUSAN POSITIF...HUKUM ALLAH MEREKA PERLU DIREJAM SAMPAI MATI SEBAGAI IKTIBAR...BAPA MENTUA PATUT SUDAH DIREJAM..ISTERI DIROTAN 100X...SEBAB BERZINA SEMASA BELAJAR...

Warga emas tembak pencuri

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

RAMPAS...barang milik penjenayah (gambar kecil) yang ditembak mati.
RAMPAS...barang milik penjenayah (gambar kecil) yang ditembak mati.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan empat lelaki yang cuba menyamun sebuah rumah di Bukit Ledang, Brickfields, di sini, bukan saja gagal, tetapi bernasib malang apabila seorang rakan mereka mati ditembak penghuni rumah berkenaan yang berusia 60 tahun, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kejadian berlaku jam 2.30 pagi apabila suspek memecah masuk rumah mangsa sebelum disedari mangsa yang juga ahli perniagaan yang memiliki lesen senjata api apabila terdengar bunyi bising.

“Mangsa memeriksa bunyi bising itu dan sebaik terserempak kumpulan penyamun yang bertopeng terbabit, dia melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai seorang daripada suspek.
“Bagaimanapun, tiga lagi suspek yang terperanjat dengan tindakan itu melarikan diri dan polis kini giat memburu mereka,” katanya.

Katanya, penjenayah yang ditembak mati itu dikenali sebagai Adhitia, 37, yang berasal dari Jakarta, Indonesia, berdasarkan pasport yang ditemui bersama lelaki terbabit.

“Siasatan awal berdasarkan keterangan mangsa, kumpulan penjenayah terbabit memecah masuk rumah menggunakan pemutar skru dan bersenjatakan celoret untuk menyamun mangsa.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata dan polis giat memburu ketiga-tiga suspek yang melarikan diri,” katanya.

1. RAMPAS...barang milik penjenayah yang ditembak mati seorang warga emas ketika rumahnya cuba disamun.
2. MAUT...penjenayah warga Indonesia yang maut ditembak ketika cuba menyamun sebuah rumah di Bukit Ledang, Brickfields di sini pagi, semalam.

Suami hutang along ugut jual anak

KUALA LUMPUR: Bukan saja disepak terajang, seorang wanita berusia 25 tahun turut diugut bunuh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Cheras, di sini, Ahad lalu.
Lebih membimbangkan apabila suami mangsa berusia lewat 20-an itu turut mendakwa mahu menculik dan menjual dua anak mereka bagi melunaskan bayaran pinjamannya kepada along.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suami mangsa mengugut untuk menyebarkan gambar bogel isterinya yang dirakam ketika bersama jika mangsa tidak memberinya wang.
Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, suami mangsa yang berada dalam keadaan marah meminta wang daripada mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa mendakwa tidak mempunyai wang menyebabkannya ditumbuk dan diterajang.

“Biarpun dirayu, suami mangsa memukul dan memaksanya menyerahkan wang,” katanya.

Menurut sumber, mangsa yang bertegas tidak mempunyai wang menyebabkan suaminya mengugutnya.

“Lelaki terbabit mendakwa mahu membunuh mangsa, malah akan menjual dua anak mereka bagi melunaskan pinjaman along,” katanya.
Katanya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suaminya sekali lagi mendakwa mahu menyebarkan rakaman video dan gambar bogel mangsa ketika mandi dan bersama dengannya.

“Tersentak dengan ugutan berkenaan, mangsa merayu suaminya itu sebelum diberi tempoh seminggu untuk menyediakan wang.

“Suami mangsa meninggalkan rumah sebelum mangsa menghubungi keluarganya untuk dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Siasat mayat dalam ladang



KUALA SELANGOR: Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mayat seorang lelaki yang dibakar dalam ladang kelapa sawit di Batu 28, Jalan Ijok-Kuala Selangor, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, polis percaya lelaki yang ditemui dengan mulut dilekat pita pelekat adalah rakyat tempatan berdasarkan penemuan tanda BCG pada bahu mangsa.

Katanya, kes itu bermotifkan jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor bagi mengecam mayat berkenaan.

“Mayat mangsa masih ditempatkan di Hospital Tanjung Karang (HTK) kerana belum dituntut waris,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Laku solat istikharah

KUALA LUMPUR: “Masalah ini rumit. Saya nasihatkan suami wanita itu (Azmir) melakukan solat istikharah bagi memohon petunjuk daripada Allah sama ada meneruskan perkahwinannya atau sebaliknya,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya.
Menurutnya, tidak salah untuk Azmir meneruskan hubungan suami isteri dengan syarat isterinya itu perlu berjanji untuk berubah.

Beliau berkata, umum mengetahui perbuatan zina dengan ayah mentua yang juga mahram adalah satu dosa besar dan dalam Islam hukuman terhadap kesalahan itu sangat berat.
Bagaimanapun, katanya, Azmir sebaik-baiknya perlu tetap menjaga hubungan dengan ayahnya, biarpun ayahnya jelas melakukan kesalahan besar.

“Walaupun bapanya sudah melakukan kesalahan yang amat berat, hubungan bapa dan anak tetap perlu dijaga kerana ia tidak boleh putus sampai bila-bila,” katanya ketika dihubungi.

Mengaku cintai bapa mentua



KUALA LUMPUR: “Saya akui, memang saya ada hubungan sulit dengan ayah mentua,” kata Zura, 25, isteri Azmir, 30, ketika ditemui Harian Metro, di sini, sebelum memberi penjelasan bagaimana hubungan ‘Keluarga 69’ itu boleh berlaku.
Menurutnya, dia mengenali ayah mentuanya sejak menuntut di universiti pada 2009, malah mereka pernah terlanjur lebih 10 kali, biarpun dia tahu lelaki itu sudah berkeluarga.

Malah, kata Zura, hasil perhubungan intim itu, sepanjang pengajiannya di universiti, semua perbelanjaan termasuk kos sara diri ditanggung lelaki terbabit mengakibatkan dia berasa terhutang budi.
“Pada mulanya, hubungan kami sekadar sebagai seorang anak dan ayah, namun semuanya berubah apabila bibit cinta mula berputik.

“Saya bukan berasal daripada keluarga senang. Ibu bapa saya menanggung adik-adik lain yang masih bersekolah, jadi perbelanjaan di universiti agak terhad. Pernah satu ketika saya terlintas untuk menamatkan pengajian akibat tekanan kewangan yang sangat hebat,” katanya.

Zura berkata, tanpa dirancang dia berkenalan dengan Azmir yang mempunyai keperibadian lelaki diidamkan tanpa mengetahui lelaki itu anak ‘kekasih gelap’nya.

“Pada mulanya saya mahu memutuskan hubungan dengan Azmir, namun ayahnya yang juga kekasih gelap saya membantah. Katanya, biar hubungan saya dengannya terus menjadi rahsia berikutan dia sudah berkeluarga.

“Malah, ketika itu, ayah mentua saya secara tidak langsung menggalakkan saya berkahwin dengan anaknya kerana dengan cara itu kami berdua dapat lebih sering bertemu,” katanya.

Tak salah serang

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Dari segi perundangan, antara kesalahan seseorang boleh dilanjutkan hak mempertahankan diri walaupun membawa kematian penyerangnya adalah kes rogol,” kata penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim.
Kamal Affendi berkata, perlanjutan hak itu termaktub di bawah Seksyen 100 Kanun Keseksaan dan perbuatan dilakukan individu menjadi mangsa rogol bertindak terhadap penyerangnya berdasarkan lunas undang-undang.

“Tidak ada kesalahan padanya, jika siasatan mendapati tindakannya menyerang. Jika tidak mempertahankan diri, kemungkinan mangsa akan berdepan kematian. Maka wanita itu (mangsa) tidak berhadapan dengan komplikasi undang-undang.
“Lain kes yang membolehkan seseorang itu menjalankan tindakan di bawah Seksyen 100 KK termasuk serangan bertujuan meliwat, serangan dengan niat menculik atau melarikan orang, serangan boleh menyebabkan kematian serta-merta atau cedera parah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai tindakan seorang lelaki yang menerima balasan segera apabila parang digunakannya ketika cuba menyamun dan merogol seorang wanita dirampas mangsa lalu dilibas mengenai kemaluan penjenayah terbabit.

Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.

Menurutnya, mangsa dihampiri suspek yang mengacukan parang ke lehernya sebelum mangsa diheret ke kawasan gelap berdekatan sebuah stor di tingkat dua bangunan rumah kedai itu.
Suspek turut bertindak ganas dengan memijak kemaluan mangsa beberapa kali tanpa menghiraukan tangisan, rayuan mangsa supaya tidak dikasari.

Mengulas lanjut mengenai tindakan dilakukan mangsa dalam kes itu, Kamal Affendi berkata, walaupun tidak menyokong tindakan drastik itu, jika itu pilihan yang ada ketika itu, maka ia adalah wajar.

“Untuk menghentikan pergelutan yang berlaku, tindakan drastik wanita itu menggunakan parang ketika berpeluang bertindak sedemikian adalah baik untuk mengelak dirinya menerima ancaman yang membawa maut.

“Tidak ada satu kaedah wajib bagaimana bertindak jika berdepan keadaan seperti ini. Kebanyakan orang bercakap soal pencegahan, tetapi lupa satu bab pencelahan,” katanya.

Menurutnya dalam bengkel intervensi dilaksanakannya, jika seseorang wanita berdepan keadaan seperti itu, maka adalah lebih baik mereka bertindak sedemikian dan itupun jika tiada pilihan lain di depan mata.

“Kebanyakan orang berpendapat, belajar sukan tempur dan mempertahankan diri perlu cekap bertindak terutama dalam kecemasan dan sebenarnya tidak.

“Seni pertahankan diri ini ada ruang masa dan peraturan ditetapkan dan seni ini pertahan diri dan kecekapan bertindak,” katanya.

Polis siasat latar belakang pengawal



ALOR SETAR: Latar belakang anggota polis yang bertugas sebagai pengawal istana di negeri ini akan disemak semula bagi memastikan mereka mampu memikul tanggungjawab dan berkelayakan selain mengelakkan kejadian tidak diingini berulang.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan kejadian tembak yang mengorbankan seorang pengawal istana akibat ditembak rakan setugas, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, mangsa Konstabel Mohamad Sobri Md Sidek, 22, yang berasal dari Melaka, mati di tepi pintu pagar Istana Anak Bukit akibat cedera parah di kepala dan badan selepas ditembak oleh suspek berusia 25 tahun.
Suspek dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki keretanya, namun ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah, kira-kira jam 9 malam.

Selain itu, Ahmad berkata, keadaan keselamatan dalam istana adalah terkawal dan kejadian yang menimpa anggotanya yang juga pengawal istana itu adalah satu kejadian yang tidak diduga.

“Kami tidak boleh memandang ringan perkara ini. Apa yang sudah terjadi harus dijadikan iktibar dalam kita meningkatkan mutu perkhidmatan dan memantapkan sistem sedia ada,” katanya.

Jenazah anak lemas ditemui terapung

KOTA SAMARAHAN: Mayat Muhammad Khairul Azhar, 10, kanak-kanak yang lemas ketika mandi di Sungai Sabang, petang Rabu lalu ditemui pasukan penyelamat kira-kira 50 kilometer dari lokasi kejadian, semalam.
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung menemui mayat mangsa terapung tidak jauh dari tempat kejadian, kira-kira jam 9.50 pagi.

Pegawai JPAM Kota Samarahan, Kapten Ahmad Shahfikri Darus berkata, mayat mangsa ditemui penduduk kampung yang bersama-sama menyertai operasi itu sejak malam hari kejadian.
“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan dihantar ke Kampung Melayu bagi dikenal pasti ahli keluarga yang kemudian mengesahkan identitinya.

“Atas permintaan keluarga, jenazah mangsa tidak dibawa ke hospital untuk dibedah siasat, sebaliknya dibawa pulang ke rumahnya untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan petang tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Rabu lalu, murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu itu lemas ketika mandi bersama lapan rakannya di sungai terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Rakan mangsa gagal menyelamatkannya berikutan mereka tidak pandai berenang sebelum memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa yang kemudian melaporkannya kepada JPAM dan polis.

Seramai 15 anggota terbabit dalam operasi yang bermula sejak jam 8 pagi kelmarin dan berakhir kira-kira jam 10 pagi semalam sebaik mayat mangsa ditemui.

Ibu sempat beri nasihat

ALOR SETAR: “Arwah sempat menghubungi saya kira-kira jam 3 petang semalam (kelmarin) sebelum dia masuk bertugas. Kami hanya sempat berbual beberapa minit, namun sepanjang perbualan tiada apa yang pelik.
“Dalam perbualan itu, saya menasihatinya supaya sentiasa amanah dalam melaksanakan tugas dan bekerja bersungguh-sungguh selain menjaga diri,” kata Mayah Ibrahim, 55, ibu kepada Mohamad Sobri Md Sidek, 22, pengawal Istana Anak Bukit yang ditembak mati rakan setugasnya, petang kelmarin.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian malang yang menimpa anaknya itu menerusi panggilan telefon ketika ingin menunaikan solat Maghrib di rumahnya di Kampung Air Pasir, Machap, Melaka.
Katanya, ketika menerima berita itu, dia tidak mampu berkata apa-apa kerana sangat terkejut terhadap kejadian yang menimpa anak keempat daripada lima beradik berkenaan berikutan sebelum itu dia tidak pernah menceritakan sebarang masalah di tempat kerja.

“Saya terkedu. Ibarat mimpi kerana petang itu arwah baru saja menghubungi dan berbual seperti biasa tanpa menunjukkan sebarang tingkah laku ganjil,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.

Mayah berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah pada Disember lalu dan sejak dari itu, mereka hanya berhubung melalui telefon saja berikutan kesibukan jadual kerja anaknya.

“Saya bersama keluarga menerima apa yang sudah terjadi sebagai ketentuan Tuhan dan reda terhadap insiden yang menimpa Mohamad Sobri,” katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut meluangkan kira-kira 15 minit di pekarangan Jabatan Forensik, HSB berjumpa dengan keluarga mangsa.
Sementara itu, jenazah arwah yang tiba di pekarangan rumahnya kira-kira jam 7.15 malam disambut pilu ahli keluarga termasuk ibunya.

Jenazah yang tiba dari Alor Setar ke Batu Berendam disembahyangkan di rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ayer Pasir di sini, selepas Isyak.

ADA JANJI TAK TUNAI...PENIPU..TIBAI..DOUBLE STANDARD...ZALIM....PENGANJUR MAKSIAT DLL...KUMAN NAMPAK...GAJAH DEPAN MATA BUAT TAK TAHU....

Tangkal Geng Buyong tak menjadi

POLIS memeriksa mayat salah seorang penjenayah Geng Buyong yang ditembak mati di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang malam kelmarin.


KUALA LUMPUR – Dua lagi anggota Geng Buyong yang menjadi buruan kerana bermaharajalela melakukan jenayah di Kelantan ditembak mati di hadapan sebuah bank di Taman Datuk Ahmad Razali di Ampang malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, dua suspek yang terbunuh ialah Mohd. Hazwan Mat Buni dan Mohd. Nasrul Fadil Mat Nasir, kedua-duanya berusia lingkungan 20-an.
Semasa pemeriksaan dibuat ke atas mayat Nasrul, suspek didapati memakai beberapa tangkal di leher dan jari dipercayai bagi mengelak dicekup atau ditembak mati.
Dengan kematian dua penjenayah itu, seramai empat penjenayah Geng Buyong daripada 10 anggotanya telah ditembak mati. Sebelum ini, polis menembak mati dua anggota penjenayah itu di hotel bajet Kencana Lodge di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan pada 18 April lalu.
Dua suspek itu ialah Elezulhelmie Ilias, 24, yang dikenali sebagai Emi Lias dan rakannya, Ahmad Izzudin Che Deraman, 24, yang dipanggil Din Billion.
Berikutan kejayaan menumpaskan Mohd. Hazwan dan Mohd. Nasrul itu, polis memburu enam lagi anggota Geng Buyong termasuk ketuanya yang dikenali sebagai Buyong atau nama sebenarnya Nor Tarmimi Md. Salleh, 29.

Terkejut air telaga bertukar merah


ORANG ramai mengambil air berwarna merah dari sebuah telaga di Pasir Puteh, Kelantan semalam.


PASIR PUTEH – Sebuah telaga berusia lebih 10 tahun di Kampung Pintu Gerbang, Dalam Ru dekat sini kini menjadi tumpuan orang ramai apabila airnya yang jernih bertukar kepada warna merah seperti sirap.
Pemilik perigi berkenaan, Ramli Mohd. Nor, 47, berkata, air telaga sedalam 3.65 meter itu yang selama ini digunakannya untuk menghasilkan keropok secara kecil-kecilan mengalami perubahan tersebut sejak dua minggu lalu.
Lebih menakjubkannya, walaupun berubah warna sehingga dianggap aneh, air tersebut tidak berbau manakala rasanya tawar seperti air biasa.
“Sudah lama saya gunakan air perigi ini yang sememangnya jernih dan sebab itu saya terkejut apabila warnanya tiba-tiba berubah.
“Saya cuba menyedut telaga ini dengan pam untuk membuang air yang berwarna merah tetapi keadaan tetap tidak berubah,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Berikutan kejadian itu, dia menggali telaga itu sedalam semeter lagi dengan harapan airnya akan kembali jernih tetapi ia tidak berlaku.
Menurutnya, kerja-kerja menggali dan mengepam air perigi itu yang dilakukan sejak tiga hari lepas dengan bantuan penduduk kampung terpaksa dihentikan semalam kerana tiada perubahan.

Jangan terpedaya janji kosong pembangkang


NAJIB bersalaman dengan orang ramai ketika mengadakan tinjauan mesra sempena majlis pemimpin bersama rakyat di pekan Kabong, Saratok semalam.


KABONG (Sarawak) - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat tidak dapat hidup dengan harmoni jika terus terpedaya dengan pembangkang yang hanya pandai menabur janji bagi meraih sokongan undi setiap kali menjelang pilihan raya.
Perdana Menteri berkata, pembangkang hanya mampu memperdagangkan janji kosong dan selepas mendapat apa yang dihajati, mereka tidak mampu menunaikan janji kepada rakyat.
"Pembangkang mungkin boleh menjanjikan kita bermacam-macam. Pada pilihan raya umum 2008, mereka buat banyak janji di Selangor tetapi hari ini kebanyakan janji itu tidak ditunaikan," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat yang dihadiri oleh 5,000 penduduk pekan Kabong di sini semalam.
Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Najib berkata, sikap pemimpin pembangkang itu berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mana pemimpinnya sentiasa memastikan rakyat tidak kira di bandar mahupun luar bandar mendapat nikmat pembangunan secara adil dan saksama.

Jangan berarak, berhimpun di Dataran Merdeka


ANGGOTA polis membuat kawalan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi amaran keras kepada penganjur perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka hari ini agar tidak berarak dan berhimpun di jalan raya sekitar kawasan tersebut kerana ia mengganggu perjalanan trafik.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menegaskan, pihaknya tetap berpendirian tidak meluluskan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka setelah rundingan bersama pihak penganjur menemui jalan buntu.
"Kita sudah menawarkan Stadium Merdeka yang cuma mengambil masa 30 minit jika berjalan kaki dari Dataran Merdeka untuk himpunan Bersih 3.0 tetapi mereka masih berdegil mahu membuat demonstrasi jalanan.
"Alternatif lain yang dicadangkan adalah mengadakan sidang media bersama penganjur bagi menyuarakan kehendak mereka tetapi turut ditolak," katanya pada sidang akhbar di Menara DBKL di sini semalam.
Niat sebenar penganjur menjadi tanda tanya apabila penganjuran Bersih kali ini menolak tawaran berhimpun di Stadium Merdeka walaupun mereka beriya-iya mahu menggunakan stadium tersebut pada Bersih 2.0 lalu.
Jelas Ahmad Fuad, DBKL menyerahkan kepada pihak polis untuk mengawal keadaan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang membuat provokasi.

Pelajar Eropah diculik depan sekolah


Bulatan menunjukkan tempat Nayati dilarikan dua lelaki semalam.


KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri warga Belanda tidak keruan apabila anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun hilang dilarikan dua lelaki di depan Mont Kiara International School di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 7.30 pagi, Nayati Shamelin Moodliar (gambar kecil), 12, anak sulung daripada dua beradik, berjalan kaki seorang diri dari rumahnya yang terletak kira-kira 300 meter dari sekolah.
Belum sempat mangsa melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah, seorang saksi melihat mangsa ditarik oleh dua lelaki berketurunan India masuk ke dalam kereta Proton Gen2 warna hitam bernombor pendaftaran WNH 1356.
Saksi itu mendakwa, kereta itu menunggu mangsa di satu selekoh yang jaraknya hanya 50 meter dari pintu pagar sekolah.
Bagi menyelamatkan diri, Nayati yang merupakan pelajar pintar melemparkan beberapa keping kertas bagi menarik perhatian orang awam.

Penyamun maut ditembak Datuk


PASPORT milik penjenayah yang ditembak mati di Taman Bukit Ledang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk bertindak berani apabila menembak mati seorang lelaki warga asing yang cuba menyamun dengan memecah masuk banglo miliknya di Taman Bukit Ledang, Jalan Duta di sini semalam.
Lelaki warga Indonesia berusia 37 tahun itu mati di tempat kejadian manakala tiga lagi rakannya dapat melarikan diri.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, empat lelaki terbabit dipercayai baru sahaja memasuki kediaman ahli perniagaan itu, namun, ia disedari oleh mangsa yang ketika itu masih belum tidur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ahli perniagaan berusia 60-an itu kemudian mengambil pistol miliknya lalu menembak ke arah kumpulan lelaki berkenaan dan mengenai salah seorang daripada mereka.

KFC diarah bayar RM25j kepada gadis lumpuh

GAMBAR menunjukkan sebuah restoran Kentucky Fried Chicken di pinggir Sydney semalam.


SYDNEY, Australia - Rangkaian makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) diperintah oleh sebuah mahkamah Australia supaya membayar ganti rugi sebanyak AS$8.3 juta (RM25.26 juta) kepada keluarga seorang gadis yang lumpuh kerana kerosakan otak selepas dia memakan hidangan KFC yang tercemar.
Ketika kejadian itu berlaku pada tahun 2005, gadis tersebut, Monika Samaan berusia tujuh tahun.
Samaan, ibu bapa dan saudara lelakinya terpaksa dirawat di sebuah hospital kerana keracunan bakteria salmonella selepas mereka memakan hidangan Twister ayam di sebuah restoran KFC dekat sini.
KFC yang dimiliki oleh Yum! Brands dalam satu kenyataan menyifatkan kes itu sebagai tragis tetapi ia kecewa dan terkejut dengan keputusan itu.
Kenyataan yang sama menyatakan KFC akan membuat rayuan berhubung keputusan berkenaan.
Pada minggu lalu, seorang hakim Mahkamah Agung New South Wales memihak kepada keluarga Samaan dengan menyatakan, KFC telah melanggar tanggungjawab untuk menyediakan penjagaan kepadanya.
Hakim itu kemudian mengumumkan RM25.26 juta sebagai bayaran ganti rugi dan kos perbicaraan tersebut.
Media Australia memetik peguam gadis tersebut, George Vlahakis sebagai berkata, kos rawatan Samaan yang tinggi menyebabkan keluarganya ditimpa masalah kewangan.
"Pampasan itu amat di perlukan oleh mereka," kata Vlahakis. - Reuters

INDAHNYA ISLAM...KEDUA2 PATUT DIREJAM SAMPAI MATI...MAKA ORANG BELUM MELAKUKAN JADI TAKUT...INI ORANG MACAM INI KITA LINDUNGI...SUKALAH SYAITAN...

Kelu lihat isteri curang

Oleh Muhammad Saufi Hassan dan Mohd Hafizee Mohd Arop
am@hmetro.com.my

ALOR SETAR: “Saya melihat sendiri isteri saya dan ayah berpelukan masuk ke dalam sebuah kondominium. Ketika itu, lidah saya kelu dan tidak dapat digambarkan remuknya perasaan saya.
“Tak sangka ayah melakukan perkara terkutuk dengan menjalinkan hubungan dengan isteri saya,” keluh seorang lelaki selepas membongkar perlakuan jijik dua individu yang amat disayanginya.
Suami itu yang mahu dikenali sebagai Azmir, 30, berkata, amat sukar untuk dia menerima kenyataan pahit itu, namun itu hakikatnya biarpun tidak pernah terlintas di fikirannya perkara sedemikian boleh berlaku.

“Perkara ini sudah terbukti benar. Bukan saja saya melihat sendiri kecurangan mereka berdua, malah isteri saya juga turut membuat pengakuan,” katanya.


Azmir berkata, dia tidak menyangka isterinya yang dinamakannya sebagai Zura, 25, dan bersikap lemah-lembut itu curang, malah melakukan perbuatan keji bersama ayahnya sendiri yang berusia 50-an.

Mengaku cintai bapa mentua

KUALA LUMPUR: “Saya akui, memang saya ada hubungan sulit dengan ayah mentua,” kata Zura, 25, isteri Azmir, 30, ketika ditemui Harian Metro, di sini, sebelum memberi penjelasan bagaimana hubungan ‘Keluarga 69’ itu boleh berlaku.
Menurutnya, dia mengenali ayah mentuanya sejak menuntut di universiti pada 2009, malah mereka pernah terlanjur lebih 10 kali, biarpun dia tahu lelaki itu sudah berkeluarga.

Malah, kata Zura, hasil perhubungan intim itu, sepanjang pengajiannya di universiti, semua perbelanjaan termasuk kos sara diri ditanggung lelaki terbabit mengakibatkan dia berasa terhutang budi.
“Pada mulanya, hubungan kami sekadar sebagai seorang anak dan ayah, namun semuanya berubah apabila bibit cinta mula berputik.

“Saya bukan berasal daripada keluarga senang. Ibu bapa saya menanggung adik-adik lain yang masih bersekolah, jadi perbelanjaan di universiti agak terhad. Pernah satu ketika saya terlintas untuk menamatkan pengajian akibat tekanan kewangan yang sangat hebat,” katanya.

Zura berkata, tanpa dirancang dia berkenalan dengan Azmir yang mempunyai keperibadian lelaki diidamkan tanpa mengetahui lelaki itu anak ‘kekasih gelap’nya.

“Pada mulanya saya mahu memutuskan hubungan dengan Azmir, namun ayahnya yang juga kekasih gelap saya membantah. Katanya, biar hubungan saya dengannya terus menjadi rahsia berikutan dia sudah berkeluarga.

“Malah, ketika itu, ayah mentua saya secara tidak langsung menggalakkan saya berkahwin dengan anaknya kerana dengan cara itu kami berdua dapat lebih sering bertemu,” katanya.

 



PAKAILAH TUDUNG..NIKAH IKUT ISLAM..PAKAIAN KENA JUGA IKUT ISLAM

‘Peristiwa paling indah’

Oleh Murshid Eunos
murshid@hmetro.com.my

LAFAZ...Jejai (kanan) dinikahkan Hassan (dua dari kiri).
LAFAZ...Jejai (kanan) dinikahkan Hassan (dua dari kiri).
SAAT BAHAGIA...Jejai mengucup Fasha selepas akad nikah.
SAAT BAHAGIA...Jejai mengucup Fasha selepas akad nikah.
KUALA LUMPUR: “Inilah peristiwa paling indah dan bahagia buat saya kerana kami akhirnya selamat disatukan. Saya amat bersyukur dan mengharapkan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.”
Itu kata Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 36, selepas diijabkabulkan dengan aktres jelita, Fasha Sandha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, di Windows of KL, Hotel Crowne Plaza, di sini, jam 9.40 malam tadi. Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai, sah menjadi suami Fasha selepas dua kali lafaz di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sahirman Ahmad.

Fasha yang anggun dalam persalinan berona putih sentuhan pereka fesyen, Rizman Ruzaini diwalikan ayah kandungnya, Hassan Moideen, 60, dengan mas kahwin RM8,888.88.
Jejai berkata, kehadiran Fasha kini melengkapkan hidupnya dan perkahwinan mereka kemuncak kepada persefahaman yang disemai secara serius sejak tiga tahun lalu.

“Alhamdulillah, segala-galanya sudah selamat dan sekarang kami sah menjadi suami isteri. Saya gembira kerana apa yang kami impikan menjadi kenyataan. Ini berkat adalah doa kami sepanjang bercinta.

“Selama ini pelbagai dugaan dan kontroversi terpaksa kami tempuhi bersama. Macam-macam cerita pernah terpampang di media, namun semuanya tidak pernah menggugat hubungan kami. “Selepas ini kami akan mula menempuh fasa baru bersama-sama dan semoga saya akan dapat membahagiakan Fasha sebagaimana yang diimpikannya,” katanya yang merahsiakan jumlah hantaran buat isterinya.

Jejai juga akui tidak sabar untuk menimang cahaya mata lagi dan merancang membawa Fasha ke Pulau Redang sebagai destinasi bulan madu kerana baginya lokasi di Malaysia sudah cukup indah.

Sementara itu, Fasha berharap perkahwinannya dengan Jejai yang pertama dan terakhir kerana baginya suaminya itu memenuhi segala ciri lelaki idamannya.
“Dia seorang yang penyayang, matang dan menerima saya seadanya. Itulah yang membuatkan saya benar-benar jatuh cinta dengan Rizal dan menerima lamarannya,” kata Fasha. Majlis pernikahan yang berkonsepkan warna putih dan ungu ini hanya dihadiri kira-kira 300 tetamu, semuanya keluarga terdekat dan teman rapat saja. Pengantin lelaki menyerahkan hantaran, antaranya tepak sirih, beg tangan, sebentuk cincin, jubah dan tudung dari Makkah serta senaskah al-Quran dan sebentuk cincin Habib Jewels. Antara balasan hantaran daripada Fasha pula ialah sirih junjung, sehelai sejadah, buku Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini dan sebentuk cincin.

Dikerkah 30 monyet

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

LEBAM...keadaan muka Zaiton yang berjahit selepas diserang monyet liar.
LEBAM...keadaan muka Zaiton yang berjahit selepas diserang monyet liar.
ALOR GAJAH: “Saya hanya terbayangkan kematian selepas dikerumuni lebih 30 monyet yang menyerang dan menggigit ketika saya jatuh di atas tanah,” kata warga emas yang diserang haiwan itu ketika berusaha menyelamatkan cucunya di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa Zaiton Comel, 83, dikatakan pengsan beberapa minit selepas dikerumuni kumpulan monyet berkenaan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Berikutan kejadian, warga emas itu menerima dua jahitan di mata kiri, tiga jahitan di atas bibir serta sembilan jahitan di bahagian bawah dagunya yang terkoyak sepanjang enam sentimeter selain terdapat beberapa kesan lebam dan calar di bahagian badan.

Menceritakan kejadian yang hampir meragut nyawanya itu, Zaiton berkata, dia yang duduk di pangkin rumahnya tidak jauh dari kediaman seorang anaknya terdengar tangisan cucunya (Umi Amira Syikin Azman, 5) yang ketakutan selepas melihat kumpulan monyet cuba menceroboh masuk ke rumahnya.


“Mulanya saya sangka cucu menangis kerana kehabisan susu kerana ibu dan bapanya tiada di rumah, manakala abangnya pula bersekolah. Bagaimanapun dari jauh saya nampak beberapa monyet sedang berkeliaran di halaman dan ada yang cuba membuka tingkap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Thursday, April 26, 2012

BILA DAH MELAMPAU..PERKARA TAK MUNASABAH...TENTU ORANG PERTIKAI...NI KESAN TAK MENGIRA HALAL HARAM

Tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km

Sekitar Jalan Imbi di Kuala Lumpur. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Dua pemandu teksi didenda antara RM400 hingga RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menuntut bayaran tambang melebihi kadar yang ditetapkan semalam.
J. Elanggo, 30, pemandu teksi eksekutif, didenda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu kerana menuntut kadar tambang melebihi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM459.20 daripada dua pelancong Britain berbanding kadar yang ditunjukkan di meter teksi sebanyak RM8 iaitu lebihan RM451.20.
Elanggo didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Imbi berhadapan Hotel Dorsett Regency di sini pada 1.59 petang, 8 Februari lepas setelah membawa pelancong berkenaan dari KLCC.

ATM nafi tuduhan Nizar


NIZAR


KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam menyifatkan tuduhan tidak berasas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaitkan ATM dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pilihan raya umum pada satu ceramahnya di Perak baru-baru ini sebagai berbaur hasutan.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, seluruh warga ATM kecewa dengan tuduhan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kerana ia bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej perdana menteri serta ATM.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam ceramahnya pada malam Isnin lepas dilaporkan mendakwa Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Zulkifeli berkata, kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.

Rogol: Pemuda dijel 25 tahun


KHAIRUL IVAN ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya, Ampang atas tuduhan merogol seorang gadis pada Mei 2011.


AMPANG JAYA – Seorang pemuda terpaksa merengkok di dalam penjara sehingga 25 tahun dan dihukum tujuh kali sebatan selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam menyabitkan bekas jurujual itu bersalah merogol seorang pelajar berusia 15 tahun di dalam kenderaan Toyota Alphard pada tahun lalu.
Hakim Roszianayati Ahmad memutuskan hukuman itu terhadap Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 23, selepas berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.
“Kesalahan dilakukan adalah kejam, kamu tunggu, tangkap dan rogol. Gadis-gadis muda perlu dilindungi daripada kamu. Oleh itu kamu perlu diasingkan daripada masyarakat untuk satu tempoh yang lama sebagai pengajaran,” katanya.
Malang berganda apabila mahkamah turut menolak permohonan peguam Rosnan Hassan yang mewakili Khairul Ivan supaya hukuman penjara ditangguhkan sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.
Sejurus selesai prosiding, ibu tertuduh menitiskan air mata sambil memeluk anaknya yang tidak menunjukkan reaksi sebaliknya hanya berdiam diri di dalam kandang pesalah dengan mulut berkumat-kamit membaca sesuatu.

3 beradik didera guna kayu hoki


NOOR HASHIM menunjukkan kayu hoki yang dirampas di rumah pasangan suami isteri yang ditahan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, Johor Bharu semalam.


JOHOR BAHRU – Polis menahan sepasang suami isteri rakyat Singapura dua hari lepas kerana dipercayai mendera tiga anak mereka di Kampung Melayu, Gelang Patah dekat sini.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, bapa kandung dan ibu tiri yang berumur 40 dan 39 tahun itu ditahan pukul 2 petang di rumah mereka di kampung tersebut selepas polis menerima laporan mengenai jenayah berkenaan pada pukul 11 pagi pada hari yang sama.
“Laporan polis dibuat oleh mangsa, seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun dengan ditemani guru sekolahnya. Turut dipercayai menjadi mangsa dera itu adalah seorang adik perempuannya yang berumur 12 tahun dan adik lelaki berumur lapan tahun,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya di sini semalam.
Menurut beliau, mengikut keterangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah itu, ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah berkenaan bersama ayah kandung dan ibu tiri yang kedua-duanya merupakan guru muzik sejak tahun 2007.

Polis mati depan Istana Anak Bukit

ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini semalam ditemui mati dipercayai ditembak rakan setugas di depan pintu gerbang istana itu menggunakan senjata automatik.
Dalam kejadian pukul 5.45 petang, mangsa Mohd. Sobri Mohd. Sidek, 22, terbunuh selepas terkena kira-kira empat das tembakan di anggota badan dan kepala.
Sobri yang menyertai polis pada tahun lalu berasal dari Melaka dan belum berkahwin.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sebelum kejadian, mangsa dan suspek yang berpangkat Lans Koperal sama-sama bertugas mengawal pintu itu bermula pukul 3 petang dan dijadual berakhir pada pukul 7 petang.
“Pada pukul 5.45 petang, penyelia kedua-dua anggota polis itu terdengar bunyi seakan-akan mercun.
“Apabila penyelia itu keluar memeriksa di pintu pagar gerbang istana, penyelia itu menemui mangsa terbaring berlumuran darah di seluruh badan dengan beberapa kelongsong peluru bertaburan di kawasan itu,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

Tilam termahal RM90,500 seunit


DUA model Harvey Norman mencuba tilam mewah Sealy pada majlis pelancaran pesta tilam di Mutiara Damansara, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Tilam Posturepedic Palatial Crest berjenama Sealy yang ditawarkan pada harga RM90,500 seunit yang diperkenalkan oleh Harvey Norman telah mencatat sejarah sebagai tilam termahal di negara ini.
Pengurus Jualan dan Pemasaran Sealy Asia (Malaysia) Sdn. Bhd., Derek Yeoh berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 10 unit tilam mewah itu sepanjang Pesta Tilam Berjenama Antarabangsa Malaysia ke-8 yang diadakan di pusat beli-belah Ikano, Power Centre, Mutiara Damansara di sini yang berlangsung sehingga 6 Mei ini.
“Kami yakin untuk mencapai sasaran tersebut berdasarkan pencapaian dan reputasi Harvey Norman selaku syarikat kelengkapan perhiasan rumah antarabangsa yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian pesta berkenaan di sini semalam.
Pesta tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.

Zahida hantar surat saman kepada Zuraida


zuraida


KUALA LUMPUR – Pelakon kontroversi, Zahida Mohamed Rafik yang dituduh menerima wang sebanyak RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah menghantar surat saman kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Zahida bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai tindakan samannya itu sebaliknya menyatakan dia akan menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk menguruskan perkara tersebut.
Zuraida sebelum ini didakwa pernah mendedahkan kepada pihak media di lobi Parlimen dengan mendakwa bekas pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis bertarikh 13 Mac 2012 mengatakan Zahida telah menerima wang berjumlah RM1.5 juta daripada Shafie Apdal.

TAKDIR YANG JARANG BERLAKU...MOGA2 BAHGIA MEREKA..AMIN 

Petani kahwin dua wanita satu malam


ABDUL RAHMAN duduk diapit dua isterinya, Intidhar (kiri) dan Suad di Samarra kelmarin.


SAMARRA, Iraq - Seorang petani berusia 22 tahun, Abdul Rahman Nayef al-Obeidi jatuh cinta dengan dua wanita.
Namun, daripada memilih salah seorang gadis itu untuk dijadikan isteri, dia melangsungkan perkahwinan dengan mereka pada hari yang sama di sebuah kampung di tengah Iraq.
Majlis perkahwinan Abdul Rahman dan dua wanita yang merupakan sepupunya, Intidhar, 17, dan Suad, 22, berlangsung pada 6 April lalu.
Ia diadakan di rumah keluarga lelaki itu di kampung Al-Laqlaq, utara Tikrit.
Majlis itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua pengantin wanita, saudara-mara dan rakan-rakannya yang terkejut dengan perkahwinan tersebut.
Abdul Rahman yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia memberitahu ibu bapanya tentang niat untuk berkahwin dengan dua sepupunya dalam satu malam.
Ibu bapa lelaki itu bersetuju walaupun kebanyakan saudara-maranya menentang idea berkenaan.
"Saya mengambil masa kurang sebulan untuk membuat keputusan muktamad kerana dua keluarga itu ialah saudara-mara saya dan saya menyintai dua gadis tersebut," katanya.
Langkah paling penting yang perlu dibuatnya adalah dengan berusaha memujuk dua wanita muda tersebut.
Intidhar berkata: "Abdul Rahman memberitahu, dia akan berkahwin dengan saya dan Suad dalam satu malam. Apakah yang anda mahu katakan?
"Saya memberitahunya, ia sesuatu yang baik jika anda melayan kami dengan adil."
Agama Islam membenarkan lelaki berkahwin dengan empat wanita namun mensyaratkan isteri-isteri perlu dilayan dengan adil.
Suad berkata, dia terkejut apabila Abdul Rahman memberitahunya tentang hasratnya itu.
Namun, katanya, Abdul Rahman memujuknya supaya dia bersetuju.
Abang sulung pengantin lelaki itu, Salman berperanan sebagai orang tengah dengan berunding dengan dua keluarga gadis itu.
Dia kemudian berjaya menjadikan impian adiknya itu sebagai satu realiti.
Bapa Abdul Rahman, Nayef Hamid berkata, dia berasa bangga terhadap anaknya itu.
Dia merupakan satu-satunya anak lelaki yang berkahwin dengan dua wanita serentak.
Ibu Abdul Rahman, Rasmiya Mohammed mempunyai pendapat yang sama seperti suaminya dan dia tidak mahu anaknya berasa sedih kerana menyintai dua gadis.
Idea Abdul Rahman berkahwin dua itu disokong ramai lelaki yang memberi komen dalam laman Facebook mengenai gambar mereka manakala kaum wanita menentangnya.
"Lelaki ini seorang hero. Tiada seorang pun yang pernah melakukannya sebelum ini dan namanya patut dimasukkan dalam Guinness World Records," komen Ali Bassi Abbar.
Namun, Sara Yasser memberikan komen dengan sinis.
"Kasihan lelaki itu, dia tidak mahu melukakan hati salah seorang daripada mereka. Dia seorang lelaki yang baik," katanya.
Seorang lagi wanita, Sara Saad mengkritik dua pengantin baharu wanita tersebut dengan menyatakan bahawa setiap wanita yang bersetuju dengan perkahwinan itu adalah seperti tidak mempunyai perasaan dan maruah. - AFP

JIKA KAYA PUN CURI AIR...BAGAIMANA YANG MISKIN...KAYA NAK BERTAMBAH KAYA...YANG MISKIN TERUS MELARAT...ZAKAT DIKUTIP BERJUTA2 SETAHUN...AKHIRAT MASING2 JAWABLAH...

Libas anu penyamun

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Senjata makan tuan. Itu gambaran balasan segera diterima seorang lelaki apabila parang digunakannya ketika cuba menyamun dan merogol seorang wanita dirampas mangsa lalu dilibas mengenai kemaluan penjenayah terbabit.
Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.

Menurutnya, mangsa dihampiri suspek yang mengacukan parang ke lehernya sebelum mangsa diheret ke kawasan gelap berdekatan sebuah stor di tingkat dua bangunan rumah kedai itu.


“Suspek menolak mangsa hingga jatuh dan meminta mangsa menyerahkan wang serta barangan berharga. Apabila mangsa enggan mengikut arahannya, suspek menyeluk kocek mangsa dan merampas wang RM100 serta satu telefon bimbit,” katanya, semalam.

Dua penjenayah mati ditembak

Oleh Gaddafi Musli dan Naimah Mohamed
am@hmetro.com.my

MATI...suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis.
MATI...suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis.
TEMBAK...keadaan penjenayah yang berada di dalam kereta.
TEMBAK...keadaan penjenayah yang berada di dalam kereta.
AMPANG: Dua lelaki yang disyaki dalam perjalanan ke lokasi tertentu untuk melakukan jenayah ditembak mati sepasukan polis di Jalan Ampang di sini, lewat malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, dua penjenayah berusia 24 dan 26 tahun menaiki sebuah kereta itu dikatakan melepaskan tembakan ke arah anggota polis selepas mereka diekori pasukan peronda (MPV).

Terdahulu, penjenayah rakyat tempatan yang menaiki kereta Honda Civic itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Desa sebelum pasukan polis bertindak mengarahkan kenderaan suspek berhenti di Jalan Ampang berdekatan Stesen LRT Ampang untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata sejurus diarah berhenti, seorang daripada suspek tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah MPV menyebabkan anggota polis terbabit terpaksa membalas tembakan.


“Dalam kejadian tembak menembak itu, kedua-dua suspek terkena tembakan dan mati di tempat duduk akibat masing-masing manakala anggota polis tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati seorang daripada lelaki itu mempunyai rekod jenayah namun polis masih menyiasat lokasi kegiatan jenayah yang dituju mereka.

“Suspek warga tempatan itu mati di tempat kejadian dan pemeriksaan kami menemui senjata api yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah mereka,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian awal pagi tadi.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat) yang membawa hukuman mati.

Geram janda kahwin lain

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Jika tidak kerana kereta penculik rosak di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama, di sini, sepasang suami isteri warga Indonesia mungkin menemui ajal apabila diculik dua lelaki menyamar polis di rumah mereka di Sungai Chua, Kajang, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pasangan suami isteri warga Indonesia berusia 30-an itu ditemui anggota polis membuat rondaan dalam keadaan tangan diikat manakala tubuh mereka cedera dalam kereta yang ditinggalkan di depan sebuah kondominium di Kampung Sungai Kayu Ara.
Menurut sumber, sebelum itu dua lelaki datang ke rumah mangsa kira-kira jam 10.30 malam dan menyamar sebagai polis sebelum menggari suami isteri itu kerana mereka kononnya akan dibawa ke balai berikutan melakukan kesalahan.

“Mangsa tidak membantah dan mereka dibawa menaiki sebuah kereta. Bagaimanapun, pasangan itu tidak dibawa ke balai polis, tetapi dibawa ke arah Damansara.


“Sejurus tiba di satu kawasan berhampiran masjid Kampung Sungai Kayu Ara, dua suspek terbabit menyerahkan kedua-dua mangsa kepada tiga lelaki lain dan seorang daripada mereka bekas suami mangsa wanita.

“Pasangan suami isteri itu dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta lain dan gari pada tangan mereka dibuka sebelum diikat pula dengan tali. Selepas itu, mangsa wanita dibelasah manakala mangsa lelaki dicekik sehingga pengsan,” katanya.

Dituduh ceroboh rumah bekas isteri

SHAH ALAM: Seorang penganggur dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan menceroboh rumah bekas isterinya di sini, bulan lalu.
Tertuduh, Abdullah Mat, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Syahida Kamal.

Mengikut pertuduhan, Abdullah didakwa melakukan perbuatan itu di No 27, Jalan Ungu U9/29, Sunway Kayangan Seksyen U9, di sini, kira-kira jam 11 pagi, pada 25 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Nurul Syahida membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin. Beliau juga menetapkan kes itu disebut semula pada 24 Mei depan.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Zulaimi Zubir.

Contohi ketaatan sahabat Rasulullah

Oleh Ahmad Tajuddin Idris Al-Manhaji

SAHIH daripada Nabi: “Sebaik-baik umatku adalah yang hidup di kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka...” (Bukhari dan Muslim). Nabi Muhammad s.a.w menyatakan generasi baginda adalah terbaik kemudian generasi berikut dan generasi selepasnya. Sahabat adalah generasi terbaik dalam sejarah kehidupan manusia.
Nabi dan rasul dikasihi Allah, ditempatkan di syurga yang tertinggi dan iman mereka kepada Allah ternyata tinggi, namun mereka bukan daripada zaman sama umpama mendirikan satu generasi.

Sahabat Nabi Muhammad adalah pengikut paling luar biasa kaliber mereka selepas nabi dan rasul. Mereka hidup sezaman dengan Nabi Muhammad yang menjadikan mereka sebagai generasi terbaik.

Tidaklah mereka mempunyai identiti yang serupa. Mereka semua tidak menyerupai dalam personaliti, latar belakang, corak pemikiran, cita rasa dan penampilan.

Mereka adalah unik dan bersatu padu atas nama Islam. Kelainan mereka sebenarnya rahmat Allah buat ummah hari ini.

Seandainya mereka menyerupai antara satu sama lain atau persamaan luar biasa antara mereka, maka tiadalah keperluan mencontohi mereka semua. Bahkan, memadai hanya mencontohi seorang dan tidak perlu ada sebab untuk kita mengkaji setiap seorang daripada mereka.

Seperti kata Nabi: “Sesungguhnya sahabatku laksana bintang-bintang, apabila seorang pun yang kamu contohi akan memperoleh petunjuk.” (Hadis sahih riwayat Imam Baihaqi).

Hakikatnya, dengan mengikut sahabat bererti kita mentaati Nabi kerana mereka tidak mengambil agama Islam melainkan daripada baginda. Al-Quran dan sunnah berada dengan kita hari ini adalah melalui riwayat sahabat, merekalah yang paling memahami serta berpengetahuan secara mendalam mengenai wahyu selepas Allah dan rasul.

Mereka hadir ketika wahyu diturunkan dan antara sebab kenapa wahyu diturunkan. Bahkan mereka akan meminta penerangan lanjut daripada Nabi. Maka, sahabatlah yang paling memahami serta mempunyai kefahaman menyeluruh mengenai agama Islam berbanding selepas mereka yakni kita.

Sahabat memenuhi hati dengan rasa ketaatan, hormat dan mulia kepada Nabi sehingga mereka menaruh kemuliaan pada setiap kalimat dan panduan daripadanya kerana ia adalah satu keperluan wajib.

Ketaatan sahabat kepada Nabi diikat oleh al-Quran dan kalimat sabda baginda. Ketaatan terhadap setiap kalimat berbeza dengan ketaatan lain. Ia adalah rukun dalam iman. Tidak sempurna iman jika tiada ketaatan itu dan berkuranglah iman ketika tiada ketaatan di sisi mereka.

Di antara satu teladan ketaatan sahabat pada kalimat Rasulullah diambil dalam peristiwa Perang Badar iaitu setiap perbuatan Nabi dimuliakan melalui ketaatan:
Daripada Habab bin Mundzir yang bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, apakah dalam memilih tempat ini kamu menerima wahyu daripada Allah yang tak dapat diubah lagi atau berdasarkan taktik peperangan?”.

Lalu Rasulullah menjawab: “Aku memilih berdasarkan pendapat dan taktik peperangan”.

Habab mengusulkan: “Ya Rasulullah jika demikian ini bukanlah tempat yang tepat, ajaklah pasukan kita pindah ke tempat air terdekat dengan musuh. Kita membuat kubu pertahanan di sana dan menggali perigi di belakangnya kemudian kita isi air hingga penuh, kita akan berperang dalam keadaan air yang cukup sedangkan musuh tidak mempunyai air minuman”.

Rasulullah menjawab: “Pendapatmu cukup baik” (Hadis sahih riwayat Ibnu Hibban).
Ternyata Habab akan turut serta akur dengan perintah Nabi seandainya diberitahu pemilihan tapak khemah adalah wahyu daripada Allah.

Begitu juga dengan kisah Hudzaifah Al-Yaman r.a yang disebut dalam sabda Nabi yang sahih diriwayat oleh Imam Muslim mengenai keperluan ketaatan bagi setiap orang Islam ke atas pemimpin mereka.

Kisah Hudzaifah tak perlu dibahas berhubung kefahaman beliau ke atas kalimat sabda Nabi. Sahabat sudah diberi penghormatan dalam al-Quran apabila Allah memuji keperibadian mereka.

Seterusnya Nabi berpesan mentaati sahabat umpama mentaati baginda seperti hadis Nabi yang bermaksud : “...ke atas kalian adalah mengikut sunnahku dan sunnah Khulafa Ar-Rashidin (sahabat) yang diberikan petunjuk...”(Hadis sahih riwayat Abu Dawud)

Lalu, siapakah di antara umat Nabi yang wujud walau sekelumit mempersoal kefahaman Hudzaifah berhubung sabda Nabi? Adakah mereka berpendapat Hudzaifah lurus bendul apabila beliau mengambil sabda Nabi secara penuh? Apakah ada orang mempersoal mengenai kefahaman Hudzaifah lebih memahami erti kalimat sabda Nabi melangkaui pemahaman sahabat?

Dalam bicara sama, apakah Ibnu Umar r.a juga dikatakan tidak memahami kalimat sabda Nabi apabila beliau mempamerkan ketaatan terhadap Hajjaj? Bahkan Ibnu Umar adalah antara periwayat hadis Nabi kedua terbanyak selepas Abu Hurairah.

Bagaimana hendak kita perkatakan kepada mereka yang mempersoal ketaatan Ibnu Umar ketika mengetahui Hajjaj membunuh ribuan nyawa, namun beliau masih menjadi makmum di belakang Hajjaj yang menjadi imam? Apakah Ibnu Umar tidak memahami kalimat sabda Nabi sebagaimana sarjana ilmu hadis hari ini memahaminya?

“Janganlah kamu mencela sahabat aku sesungguhnya demi zat yang jiwaku di tangan-Nya, jika bersedekah seorang kamu seperti bukit Uhud daripada emas pun nescaya tidak akan dapat menandingi secupak daripada sedekah mereka atau sebahagian daripadanya.” (Hadis sahih riwayat Abu Said Al-Khudri).

Inilah tanda menghormati serta memuliakan sahabat Nabi apabila kita juga perlu meneladani mereka daripada dulu, kini dan selamanya.


Penulis lulusan Syariah Fiqh dan Usul (UM) adalah Ketua Biro Sekretariat Ilmuwan Muda Malaysia (iLMU)

Pemaju curi air RM2.1j

Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

BUKTI...Abdul Halem (dua kiri) menunjukkan paip yang digunakan pemaju terbabit.
BUKTI...Abdul Halem (dua kiri) menunjukkan paip yang digunakan pemaju terbabit.
KUALA SELANGOR: Perbuatan tidak bertanggungjawab pemaju perumahan Alam Perdana, Puncak Alam, di sini, yang disyaki menjalankan kegiatan mencuri air membabitkan nilai kerugian RM2.1 juta melalui penyambungan haram sejak tiga bulan lalu terbongkar apabila diserbu, semalam.
Serbuan jam 2 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Unit Penguatkuasaan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, pihaknya menyerbu kawasan perumahan berkenaan selepas menerima aduan penduduk sekitar mengenai masalah tekanan air rendah.
“Pada Februari dan Mac lalu, Syabas mengesan kehilangan air yang tinggi berbanding waktu biasa di kawasan berkenaan.

“Hasil siasatan lanjut Syabas mendapati wujud satu sambungan haram tanpa melalui meter menggunakan paip bersaiz 750 milimeter dan ia dikawal dengan injap bagi membangunkan projek perumahan terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat serbuan di sini, semalam.

Abdul Halem berkata, pemaju terbabit melakukan kesalahan mengikut Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (AIPA) 2006 dan boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Siasatan awal mendapati air daripada penyambungan tidak sah itu dipercayai digunakan untuk kegunaan operasi harian pemaju bagi kerja pembersihan di kawasan perumahan baru yang terdiri daripada 1,116 rumah teres satu dan dua tingkat.

“Selain itu, kami menjalankan ujian klorin bagi mengenal pasti sama ada air yang digunakan air terawat milik Syabas,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius kes kecurian air dan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan pihak tidak bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

“Aktiviti membanteras kegiatan curi air ini giat dijalankan Syabas dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan tindakan tegas akan diambil terhadap pengguna air sama ada individu atau pun syarikat yang masih gagal untuk mendaftar diri secara sah dengan kami.

“Tiada seorangpun melainkan pemegang lesen boleh membuat sambungan ke suatu sesalur utama awam atau paip air perkhidmatan.

“Sekiranya mempunyai aduan boleh melaporkan terus kepada pihak Syabas melalui talian bebas tol Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian 1-800-88-5252 yang beroperasi selama 24 jam atau menghantar ke khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL ke 39222 atau membuat laporan terus menerusi laman sesawang Twitter dengan menaip www.twitter.com/puspel”, katanya.

‘Peragut tendang saya’



PUTRAJAYA: “Saya ditumbuk di muka dan ditendang dari belakang,” kata penjawat awam, Sakinah Abdul Aziz, 32, yang menjadi mangsa ragut seorang penjenayah di kawasan parkir kereta bawah tanah Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini.
Dalam kejadian pada jam 3 petang Selasa lalu itu, mangsa yang mengerang kesakitan dan terpinga-pinga selepas ditumbuk cuba bertahan serta nekad melawan mempertahankan dirinya.

Namun, katanya, penjenayah terbabit lebih cepat bertindak, malah selepas mencederakannya lelaki terbabit menyentap gelang emas dipakainya sebelum melarikan diri. “Sebelum kejadian itu saya sudah menghidupkan enjin kereta di parkir berkenaan untuk ke Klinik Kesihatan Presint 9, di sini, bagi menetapkan tarikh temu janji untuk melakukan fisioterapi. Kemudian, teringat mengenai buku temu janji, tetapi saya dapati ia tiada dalam kereta.
“Saya matikan semula enjin kerana mahu ke pejabat untuk mendapatkan buku berkenaan. Saya tinggalkan beg dalam kereta dan hanya bawa kunci serta telefon bimbit.

“Ketika menaiki tangga menuju ke laluan pintu keluar dari kawasan parkir, tiba-tiba tudung saya ditarik dari belakang. Saya ingat orang nak rogol sebab selepas tarik tudung dia raba leher. Saya tepis, tetapi muka pula ditumbuknya,” katanya ketika menceritakan kejadian itu di sini, semalam.

Ibu empat cahaya mata itu berkata, akibat kejadian berkenaan dia kerugian kira-kira RM4,000, selain cedera dan lebam di beberapa bahagian badan termasuk melecet di tangan kanan, gusi pecah, muka bengkak, gigi goyang dan lututnya bengkak.

Sementara itu, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Kami masih menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini tiada tangkapan dibuat,” katanya.

Ibu ‘ghaib’ lepas bersalin



KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari ibu bapa kandung atau waris seorang bayi yang ditinggalkan di Hospital Ampang sebaik dilahirkan tahun lalu.
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, Noor Adelin Nordin berkata, bayi berkenaan, Ahmad yang lahir pada 28 Januari tahun lalu dilahirkan wanita berusia 20-an.

Katanya, pihaknya mencari ibu bayi berkenaan, Nur Husna Mohamed Haris yang menghilangkan diri sebaik melahirkan bayi itu. “Orang ramai yang mengenali ahli keluarga bayi itu boleh menghubungi talian 03-87378007,” katanya.

Helah tumpang tidur

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Niat murni seorang warga emas membantu warga asing menumpang tidur di rumahnya dibalas tuba apabila lelaki itu lesap bersama wang tunai mangsa berjumlah RM8,000 dalam kejadian di Kuala Sungai Baru, di sini.
Mangsa, Abd Rashid Jamal, 67, berkata, dia mengenali lelaki berusia 50-an itu pada Februari lalu melalui seorang rakannya.

“Saya mengenali lelaki itu yang mendakwa dirinya bomoh ketika menghadiri satu majlis kenduri di sebuah kampung. Dia meminta kebenaran menumpang tidur di rumah saya satu atau dua malam dan saya membenarkannya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sepanjang lelaki itu menginap di rumahnya, dia berasa pelik dengan kelakuan tetamunya itu.


“Pada malam pertama, saya terhidu bau kemenyan, namun tidak mengesyaki sesuatu. Seminggu selepas itu, saya terhidu lagi bau kemenyan dan mengintip perlakuannya.

“Saya melihat dia menjampi sesuatu dengan hanya berkain pelikat dan badannya dipenuhi tatu. Malah, dia turut menghiris jari manisnya hingga luka dan darah dititiskan di atas bara itu,” katanya.

Suara bayi lapar

BALIK PULAU: Suara tangisan bayi di lorong belakang sebuah rumah membawa kepada penemuan seorang bayi lelaki di Taman Permatang Indah, Batu Maung, tengah malam kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku jam 12.30 tengah malam apabila seorang lelaki berusia 30-an bersama isterinya terdengar suara bayi menangis dipercayai akibat kelaparan selepas ditinggalkan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Md Zain berkata, apabila penghuni rumah berkenaan membuat pemeriksaan di kawasan lorong belakang kediaman itu, mereka menemui bayi terbabit.
Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila melihat seorang bayi seberat 2.3 kilogram yang masih bernyawa dalam keadaan berselimut dengan kain batik dan masih bertali pusat.

Katanya, lelaki terbabit membawa bayi berkenaan ke Unit Bersalin Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelak bayi berkenaan menghadapi masalah kesihatan selepas ditinggalkan di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan hospital terhadap bayi berkenaan mendapatinya sihat, tetapi kini dirawat di wad dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan selain mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan mengenai penemuan itu.

‘Anak saya tidak terbabit dadah’



GUA MUSANG: “Saya kenal anak saya, tidak mungkin dia terbabit dengan dadah,” tegas Che Esah Yusoff, 60, ibu kepada Nor Ain Shafnie Mohd Azizi, 16, yang dipercayai dibunuh dan dibakar sebelum tengkorak dan tulangnya ditemui di ladang sawit berdekatan rumahnya, Isnin lalu.
Menurut Che Esah, anaknya baik dan dia percaya anaknya itu tiada kaitan dengan dadah.

“Saya percaya dia tidak buat semua itu,” katanya mengulas siasatan polis yang tidak menolak kemungkinan pembunuhan anaknya ada kaitan dengan dadah dan orang dikenali.
Kelmarin, akhbar melaporkan Nor Ain dipercayai dibunuh dan dibakar dua minggu lalu selepas hilang pada 3 April lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, polis masih menunggu laporan bedah siasat sama ada mangsa dibakar hidup-hidup atau dibunuh sebelum dibakar dan sehingga kini, tujuh suspek ditahan termasuk seorang wanita.

“Polis masih dalam proses menahan suspek lain bagi membantu siasatan,” katanya.

Che Esah berkata, walaupun sedih mayat anaknya ditemui sedemikian rupa, dia bersyukur anaknya ditemui selepas berdoa sejak kehilangan Nor Ain.

Murid trauma didenda makan cili



TAIPING: “Saya kesal dengan tindakan guru berkenaan yang mendenda anak murid mereka dengan memakan cili,” keluh Siti Erna Izura Abd Jamil, 32, ibu kepada Ainul Aiman Hafiz Ainul Azizul Rahman, 10, murid sekolah agama di sini yang dimasukkan ke Hospital Columbia Asia Taiping akibat Acute Gastritis (gastrik) serta trauma terhadap makanan bercili.
Difahamkan, kanak-kanak berkenaan didenda gurunya selepas mengoyakkan buku sebagai tanda membantah kerana dihalang menghubungi ibunya.

Lebih teruk, kanak-kanak itu mendakwa dia didenda makan cili padi oleh gurunya itu tanpa diberikan setitik air.
Siti Erna ketika dihubungi di sini semalam berkata, guru atau pihak sekolah berkenaan seharusnya mempertimbangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada murid yang menuntut di sekolah berkenaan. Beliau berkata, lebih dikesalkan apabila pihak sekolah langsung tidak memaklumkan mengenai keadaan anaknya yang mengalami asma selepas memakan cili itu.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan anak lelaki saya yang terlantar dua hari tanpa rawatan dan dibiarkan terbaring di katil asrama sambil menahan sakit. “Mujur saya dimaklumkan salah seorang bapa murid sekolah berkenaan yang kebetulan melihat Ainul Aiman terbaring sambil menekan perut ketika mengambil anaknya di asrama itu,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu, anaknya enggan kembali ke sekolah berkenaan kerana masih trauma dan bimbang perkara itu berulang.

“Hukuman demikian tidak sesuai bagi kanak-kanak.Guru berkenaan yang datang melawat ke hospital juga mengaku memberikan cili padi kepada anak saya dan memaklumkan ia hukuman biasa di sekolah itu,” katanya.