Saturday, June 2, 2012

HINA MANUSIA DAH BERBALAS...HINA ALLAH ...HINA HUKUM...HINA RASULLULLAH SAW...HINA ULAMAK...TUNGGU SAJA...AKHIRAT CONFIRM DAPAT BALASAN...BANYAK YANG HARAM TAK DIFATWAKAN...BUKAN PENAJANYA...MAKSIAT DAN DOSA...DAN HUKUMNYA...MEROSAKAN NILAI2 MURNI REMAJA...JAHIL BETUL AGAMA...HUKUM SEMUDAH ITU PUN TAK TAHU....

Balasan hina Sultan Perak


HON KEONG (kiri) bersama peguamnya selepas dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang semalam.



BUTTERWORTH – Seorang jurutera dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas dia didapati bersalah terhadap pertuduhan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tiga tahun lalu.
Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Chan Hon Keong, 29, selepas meneliti fakta dan hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.
Menurut Ikmal Hishan, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius kerana ia turut melibatkan kepentingan awam.
“Ini (kes tersebut) satu-satunya kes menghina Sultan Perak yang dibicarakan secara penuh di mahkamah.
“Selepas meneliti, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun bermula hari ini (semalam) dan denda RM50,000. Jika tidak bayar, penjara lagi enam bulan,” katanya.
Ahli keluarga tertuduh termasuk isterinya, Khoo Hui Suang, 28, dilihat menitiskan air mata selepas mendengar keputusan hukuman. Pada 15 April lalu, Hon Keong mengaku tidak bersalah selepas didakwa bersama isterinya, Hui Suang kerana mengedar komen lucah menghina Sultan Perak melalui ruang siber.
Kedua-duanya didakwa melakukan perbuatan itu melalui laman web http:// books.dreambook.com/duli/ duli.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my. Laman web tersebut kini telah disekat daripada dilayari.
Komen itu berunsurkan lucah dan menghina institusi diraja Perak.

Penaja bayar artis K-Pop bukan kerajaan



PERSEMBAHAN kumpulan Teen Top ketika konsert sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya pada 26 Mei lalu.



PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam menjelaskan bahawa pihaknya tidak menggunakan wang kerajaan untuk membayar tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan untuk persembahan mereka sempena program Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei lalu.
Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed berkata, kos membawa tiga kumpulan K-Pop itu, U Kiss, Teen Top dan Dal Shabet ke Malaysia oleh penganjur, Stadium First yang bernilai RM900,000 sebenarnya akan ditanggung oleh penaja-penaja.
"Bagaimanapun sehingga hari ini (semalam), KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam proses perincian.
"Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya," jelas beliau dalam kenyataannya yang dikeluarkan di sini semalam.

Kaji fatwa haram cetak rompak

JAKARTA - Fatwa hukum haram terhadap kegiatan cetak rompak dan pembelian produk cetak rompak oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) akan dikemukakan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk melihat kemungkinan dibuat satu ketetapan hukum mengenai perbuatan serupa di Malaysia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, fatwa serupa berhubung perbuatan itu sekiranya ada, dapat membantu usaha kerajaan untuk mengurangkan kegiatan cetak rompak di Malaysia.
"Tujuan kita ialah untuk mencetuskan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya umat Islam bahawa perbuatan mengambil karya orang lain secara tidak sah bukanlah budaya yang baik," katanya di sini semalam.
Ismail Sabri yang mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan tiga hari ke Jakarta sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Amir Syamsudin di pejabatnya d Kuningan, Jakarta Selatan.
Menteri itu berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan lebih terperinci daripada agensi Hak Kekayaan Intelektual Indonesia yang menjaga kepentingan harta intelek mengenai fatwa itu.
- Bernama

Warga emas maut angkara peragut

PASIR MAS - Hasrat seorang wanita untuk pulang ke rumah selepas membeli barangan bagi membuat kuih berkecai apabila dia maut selepas terjatuh dari motosikal yang dinaiki bersama adiknya setelah beg tangannya cuba diragut penjenayah.
Zaharah Zakaria, 63, yang ketika itu membonceng motosikal ditunggang adiknya, Faridah, 47, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian Kpada pukul 6.45 pagi semalam akibat kecederaan parah di kepala. Faridah cedera di buku lali kanan kaki.
Kejadian pukul 12.30 tengah hari kelmarin di Jalan Kubang Panjang, Pasir Mas, itu berlaku apabila motosikal yang dinaiki dua beradik itu dihimpit oleh seorang penunggang motosikal yang cuba meragut beg tangan yang disandang di bahu Zaharah tetapi gagal.
Ketika itu, mereka dalam perjalanan dari Bandar Pasir Mas ke Kubang Panjang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Tengku Azman Tengku Abdullah berkata, ekoran itu, kedua-dua beradik itu terjatuh manakala suspek melarikan diri.
Katanya, mangsa yang parah kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan.
"Suspek menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna merah dan kita sedang mencarinya bagi membantu siasatan," katanya.
Sementara itu, anak sulung Zaharah, Nariha Mamat, 38, berkata, kejadian berlaku kira-kira satu kilometer daripada rumah mereka di Kampung Endong di sini.
"Ibu saya bekerja sebagai penjual kuih dan dia sering bersama ibu saudara saya untuk membeli barang ke pasar," ceritanya.

Aduan bil, caj paling tinggi

SEMENYIH – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menerima 1,291 aduan melibatkan masalah berkaitan perkhidmatan komunikasi dan multimedia daripada pengguna sejak tahun lalu.
Pengarah Eksekutifnya, Azizan Mohd. Afandi berkata, daripada jumlah tersebut, 38.6 peratus mengenai pertikaian bil dan caj yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan komunikasi tempatan terhadap pengguna.
“Antara pertikaian yang sering diterima adalah urus niaga yang tidak dilakukan tetapi dikenakan caj,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 di pekarangan Tesco Semenyih di sini semalam.
Sehubungan itu, Azizan berkata, orang ramai yang terlibat dalam permasalahan tersebut dan gagal mencapai jalan penyelesaian dengan penyedia perkhidmatan tersebut, boleh membuat aduan kepada CFM.

Bayi disyaki dibunuh pengasuh

BATU PAHAT - Luluh hati seorang bapa apabila mendapati bayi perempuannya yang berusia empat bulan dibunuh dengan cara mukanya ditekup dengan sesuatu sebelum mayatnya dicampak di celah-celah tumbuhan hiasan di kawasan Tasik Y di sini kelmarin.
Mayat Lim Xiu Yao (gambar kecil) yang dipercayai telah mati dibunuh sejak Rabu lalu ditemui oleh orang ramai yang sedang berjoging di kawasan itu pada pukul 7 malam.
Polis yang menjalankan siasatan kemudian menahan pengasuh mangsa yang merupakan ibu tunggal berusia 42 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pengasuh itu kini dirawat di Hospital Batu Pahat selepas dia patah kaki setelah mendakwa nekad terjun dari kereta sekumpulan penculik yang melarikannya ketika dia datang dengan membawa bayi berkenaan ke tasik terbabit bagi menampal iklan mengenai khidmat pengasuh.
Kejadian itu didakwa pengasuh berkenaan berlaku pada petang hari kejadian.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, polis masih menyiasat dakwaan suspek yang kini dikawal polis di hospital tersebut.
Katanya, rahsia itu terbongkar apabila bapa mangsa, Lim Aik Zheng, 38, yang merupakan penyelia kilang telah pergi ke rumah pengasuh itu di Taman Bandar di sini pada pukul 9 malam Rabu lalu untuk mengambil anaknya.

Rozita Che Wan ‘Stress’ ditanya soal kahwin

Posted on the June 2nd, 2012 under Artis by

MELIHATKAN penampilan luaran dan tubuhnya yang disaluti barangan berjenama mewah dari hujung rambut hingga kaki, pasti ramai yang beranggapan aktres jelita Rozita Che Wan seorang yang materialistik dan hidup dalam serba kemewahan.
Hakikatnya, Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta sebenarnya lebih suka mengamalkan cara hidup sederhana dalam segala hal.

Penuntut ditendang pensyarah

Posted on the June 1st, 2012 under Tempatan by
Asraf Edy menunjukkan laporan polis dan kecederaan dialami akibat ditumbuk rakan sekelas dan ditendang pensyarah.
PUCHONG – Sudahlah dicekik dan ditumbuk berkali-kali oleh pensyarah dan rakan sekelas, seorang penuntut kolej swasta di Kajang di sini mendakwa diperlakukan tanpa belas kasihan apabila turut ditendang ketika cuba bangun bagi mendapatkan bantuan.
Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa, Asraf Edy Azizi, 17, mendakwa dia dimarahi salah seorang tenaga pengajar kolej itu ketika bergurau dengan seorang rakan di dalam kelas.

Pelajar mengaku makan otak, hati rakan sebilik

Posted on the June 2nd, 2012 under Luar Negara by

WASHINGTON – Seorang pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) mengaku membunuh rakan sebiliknya, memotong badan dan memakan sebahagian otak serta semua hati mangsa, lapor media AS semalam.
Alexander Kinyua dari Baltimore, Maryland ditahan pada Selasa lalu selepas polis menggeledah rumahnya kerana abangnya menemui kepala dan tangan mangsa, lapor akhbar Baltimore Sun.
Kinyua, 21 yang merupakan pelajar Universiti State Morgan, mengaku bersalah membunuh dan mengerat anggota badan teman sebiliknya, Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie.

Anak kecil menceritakan bagaimana peristiwa Haulah berlaku

Posted on the June 1st, 2012 under Luar Negara by admin
Kami dihujani pelbagai pertanyaan berkenaan kesahihan peristiwa penyembelihan Haulah. Memandangkan tentera rejim Basyar tidak mengakui bahawa peristiwa Haulah tersebut adalah angkara mereka dan disiarkan di dalam kebanyakan akhbar dunia.
Kepada yang masih meragui berkenaan pembunuhan dan penyembelihan yang berlaku di Haulah, kami bawakan video ini, nah lihatlah video ini.

 




Dalam video ini, anak kecil yang berusia 11 tahun bernama Ali Al-Sayed menceritakan bagaimana peristiwa Haulah berlaku. Anak kecil ini juga melihat dengan matanya sendiri abang dan bapanya ditangkap, manakala ibu dan adik beradiknya semuanya dibunuh.
Anak kecil ini terselamat apabila dia ditimbun bersama mayat-mayat ahli keluarganya dan tentera rejim menyangka bahawa beliau telah mati. Selepas tentera pulang, beliau melarikan diri dengan berkaki ayam menuju ke rumah bapa saudaranya.
Paling menyedihkan, keesokan harinya, Ali Al-Sayed menonton stesyen TV Ad-dounia (saluran kerajaan) bahawa bapa saudaranya juga telah dibunuh. Bapa saudaranya telah dipaksa untuk mengaku dihadapan televisyen bahawa kumpulan bersenjata yang membunuh dan menyembelih masyarakat Haulah bukannya tentera rejim Basyar.
Dengarkan luahan dan cerita yang menyanyatkan hati daripada Ali Al-Sayed ini.

Bayi disyaki dibunuh pengasuh

Posted on the June 2nd, 2012 under Tempatan by

BATU PAHAT – Luluh hati seorang bapa apabila mendapati bayi perempuannya yang berusia empat bulan dibunuh dengan cara mukanya ditekup dengan sesuatu sebelum mayatnya dicampak di celah-celah tumbuhan hiasan di kawasan Tasik Y di sini kelmarin.
Mayat Lim Xiu Yao (gambar kecil) yang dipercayai telah mati dibunuh sejak Rabu lalu ditemui oleh orang ramai yang sedang berjoging di kawasan itu pada pukul 7 malam.
Polis yang menjalankan siasatan kemudian menahan pengasuh mangsa yang merupakan ibu tunggal berusia 42 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Warga emas maut angkara peragut

Posted on the June 2nd, 2012 under Jenayah by

PASIR MAS – Hasrat seorang wanita untuk pulang ke rumah selepas membeli barangan bagi membuat kuih berkecai apabila dia maut selepas terjatuh dari motosikal yang dinaiki bersama adiknya setelah beg tangannya cuba diragut penjenayah.
Zaharah Zakaria, 63, yang ketika itu membonceng motosikal ditunggang adiknya, Faridah, 47, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian Kpada pukul 6.45 pagi semalam akibat kecederaan parah di kepala. Faridah cedera di buku lali kanan kaki.
Kejadian pukul 12.30 tengah hari kelmarin di Jalan Kubang Panjang, Pasir Mas, itu berlaku apabila motosikal yang dinaiki dua beradik itu dihimpit oleh seorang penunggang motosikal yang cuba meragut beg tangan yang disandang di bahu Zaharah tetapi gagal.

Guna bomoh siam aniaya suami

Posted on the June 2nd, 2012 under Tempatan by

RANTAU PANJANG: Awas kepada lelaki yang tiba-tiba hilang nafsu, anda mungkin terkena sihir ‘kunci nafsu’ oleh isteri atau teman wanita yang tidak mahu berkongsi kasih.
Perkara itu didedahkan seorang tukang urut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mas, 50, yang berpengalaman merawat beberapa lelaki kehilangan nafsu akibat disihir.

JANGAN DOUBLE STANDARD...KITA MADU ANAK ORANG BOLEH..ANAK KITA TAK BAGI...ANAK KITA SUKA...RESTULAH...TAKDIR KERJA ALLAH...TAK REDA MEMPERTIKAI KERJA ALLAH...BOLEH KE...ADA TERABAI...MANA PUSAT ZAKAT..ORANG JANGAN LARI BAYAR ZAKAT...ITU BETULLAH...JADI PUSAT ZAKAT JANGAN LARI TANGGUNG JAWAB...KITA AMIL...BUKAN BANK...WANG HARI TUA PENTING...JANGAN WANG AJE...AMAL KENA HIMPUN...WANG DAH MATI TAK GUNA...MATI YANG GUNA AMAL DAN TAKWA...

Kak Mas pembuka nafsu

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

RANTAU PANJANG: Awas kepada lelaki yang tiba-tiba hilang nafsu, anda mungkin terkena sihir ‘kunci nafsu’ oleh isteri atau teman wanita yang tidak mahu berkongsi kasih.
Perkara itu didedahkan seorang tukang urut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mas, 50, yang berpengalaman merawat beberapa lelaki kehilangan nafsu akibat disihir.
Kak Mas berkata, lelaki yang berdepan masalah berkenaan ialah suami yang berkahwin lebih daripada satu dan lelaki yang sudah beristeri, tetapi menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

“Sekali pandang saya dapat meneka lelaki yang mahu berurut dengan saya sebenarnya terkena sihir akibat perbuatan isteri pertama atau teman wanita.


“Mereka sebenarnya berbuat demikian kerana tidak mahu berkongsi suami atau teman lelaki kerana mahukan lelaki itu menjadi milik mereka sahaja,” kata Kak Mas ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gual Tinggi, di sini.

Ragut nyawa dari belakang

Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my
MAUT...mayat Zahrah (gambar kecil) diusung ke kereta jenazah untuk disemadikan.
MAUT...mayat Zahrah (gambar kecil) diusung ke kereta jenazah untuk disemadikan.
KOTA BHARU: Seorang wanita warga emas tidak sempat tiba di rumah bagi membuat kuih untuk dijual, apabila dia menemui ajal dalam kejadian cubaan ragut kira-kira satu kilometer (km) dari kediamannya di simpang tiga Pusat GiatMara, Pasir Mas, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Zahrah Zakaria, 63, yang juga seorang ibu tunggal, meninggal dunia jam 6.45 pagi keesokannya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, akibat kecederaan parah di kepala selepas terjatuh daripada motosikal yang dinaiki bersama adiknya, Faridah Zakaria, 43.
Bagaimanapun, Faridah hanya mengalami kecederaan ringan di buku lali kanan dan dirawat sebagai pesakit luar hospital sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Deputi Superintendan Tengku Azman Tengku Abdullah berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama adiknya yang menunggang motosikal Yamaha dalam perjalanan pulang selepas membeli barang dapur di bandar Pasir Mas.

Tanah runtuh benam kereta

Oleh Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my

REMUK...kakitangan MPPP mengeluarkan kenderaan yang rosak dalam kejadian runtuhan tebing, semalam.
REMUK...kakitangan MPPP mengeluarkan kenderaan yang rosak dalam kejadian runtuhan tebing, semalam.
GEORGETOWN: Tiga kereta rosak teruk selepas tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di Jalan Bunga Cempaka Putih, Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah, jam 9 pagi semalam.
Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Lim, 30, berkata kereta berkenaan diletakkan di tempat kejadian sejak awal pagi berhampiran tebing sebuah rumah mewah dua tingkat dan dipercayai milik individu yang bekerja di kawasan itu.

Menurutnya, dia sedang menikmati sarapan di sebuah kedai terletak kurang 30 meter dari tempat kejadian.
“Saya dan beberapa pelanggan kemudian dikejutkan dengan dentuman kuat disertai hujan lebat tetapi mulanya hanya menyangka ia bunyi petir dan guruh.

“Namun, selepas diperiksa didapati terdapat kejadian tanah runtuh membuatkan kami bergegas ke tempat berkenaan dan mendapati tiada sesiapa dalam tiga kenderaan berkenaan.

“Kereta itu, sebuah Perodua Kancil, Proton Wira dan Proton Persona,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu, berkata beliau menerima panggilan daripada pemilik rumah berkenaan kira-kira jam 9 pagi selepas membuat aduan polis.

Menurutnya, beliau sudah melaporkan kejadian itu kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan satu siasatan serta kajian menyeluruh akan dijalankan bagi mengenal pasti punca runtuhan itu.
“Selain itu, kajian dan pemeriksaan lanjut di semua penempatan lereng bukit sekitar Tanjung Bungah akan dijalankan bagi memastikan kekukuhan dan keselamatan tebing.

“Penduduk di kawasan lereng bukit dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri kediaman masing-masing dan membuat laporan kepada pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan jika mendapati terdapat struktur yang tidak stabil,” katanya.

Sihir isteri tua mahu bolot kasih

RANTAU PANJANG: “Saya hairan apabila mahu ‘bersama’ isteri kedua yang baru dikahwini, tiba-tiba saya hilang nafsu dan menghairankan apabila saya bersama isteri pertama, keadaan sebaliknya berlaku,” kata seorang lelaki berusia 43 tahun yang mendakwa menjadi mangsa sihir ‘kunci nafsu’ sehingga hilang nafsu syahwat ke atas isteri mudanya yang berusia 24 tahun.
Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Ali, berkata, dia berdepan masalah berkenaan selepas mengahwini isteri kedua, dua bulan lalu dan apabila memaklumkan masalahnya kepada seorang rakan, dia bersetuju untuk berubat dengan Kak Mas bagi menyelesaikan masalahnya.

Katanya, pada mulanya dia malu untuk berubat, tetapi selepas mendapat persetujuan isteri mudanya dia sanggup menahan malu dengan merelakan bahagian sulitnya diurut oleh tukang urut wanita itu.

Urusan nikah dipermudahkan

NARATHIWAT: Konflik di selatan Thailand membawa rahmat buat mereka yang ingin berkahwin kerana kini Majlis Agama Islam Narathiwat dan Yala sudah memberi tauliah kepada jurunikah yang dilantik menikahkan pasangan di setiap bandar yang bersempadan dengan Malaysia.
Tindakan itu sebagai langkah keselamatan bagi mengelak pasangan dari Malaysia yang ingin berkahwin melakukan perjalanan jauh untuk ke bandar Narathiwat atau Yala seperti yang dipraktikkan sebelum ini.

Ini membolehkan pasangan yang ingin berkahwin hanya perlu mengunjungi pejabat majlis agama wilayah berkenaan di sempadan seperti di Betong bagi Majlis Agama Islam Yala manakala Tak Bai, Sungai Kolok, Bukit Bunga bagi Majlis Agama Islam Narathiwat. Selain menjimatkan belanja, ia juga selamat kerana selepas berkahwin boleh terus pulang ke Malaysia tanpa perlu bermalam.
Bagaimanapun, amat jarang pasangan Malaysia berkahwin di Pattani kerana kedudukan yang jauh dari sempadan.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mat berkata, setiap hari tidak kurang dua pasangan dari Malaysia dinikahkan di wilayah ini atau lebih 50 pasangan sebulan.

Katanya, kebanyakan yang mahu menikah ini disebabkan tidak mendapat persetujuan wali atau ingin berpoligami.

“Pernikahan dilangsungkan mengikut hukum syarak. Jika hukum ini dipatuhi, pasangan boleh berkahwin di mana-mana pejabat cawangan kami di sempadan. Dulu pernikahan dijalankan di pejabat di bandar Narathiwat, tetapi kini sejak konflik, kami beri tauliah kepada jurunikah di pejabat cawangan untuk menjalankan upacara itu. Kadar upah yang dikenakan pula hanya 3,200 baht atau RM320.

“Sungguh pun begitu masih ramai pasangan yang menggunakan khidmat orang tengah untuk bernikah. Walaupun layanan mereka baik dan meyakinkan, tetapi sijil yang dikeluarkan tidak diiktiraf majlis kerana jurunikahnya tidak diberi tauliah,” katanya.

Tunggu dihalau

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my

HULUR...Mohd Fazil (kanan) dan Amir menghulurkan bantuan kepada Mazlina sambil diperhatikan suaminya.
HULUR...Mohd Fazil (kanan) dan Amir menghulurkan bantuan kepada Mazlina sambil diperhatikan suaminya.
KUALA LUMPUR: Dia akan melahirkan anak kelapan, tetapi kehidupannya dirundung malang apabila bakal dihalau keluar dari ruma sewa kerana bayaran sudah lama tertangguh.
Kesempitan hidup yang dialami Mazlina Ibrahim, 32, bertambah rumit apabila suaminya, Ahmad Riza, 39, gagal mendapatkan pekerjaan berikutan status bekas penagih dipegangnya.

Bagi meneruskan kelangsungan hidup terutama menyekolahkan lima anak dan menjaga emaknya, Hasnah Baba, 64, yang menghidap kencing manis, Mazlina terpaksa mengambil upah menjaga empat anak jiran dengan pendapatan tidak menentu manakala bantuan zakat RM350 sebulan.
Mazlina ketika ditemui di Flat Sri Cempaka, Persiaran 12, Sri Damansara, di sini, berkata, sebelum ini dia terpaksa menerima rawatan di hospital kerana pendarahan dan menurut doktor perkara itu disebabkan tekanan yang dihadapi.

“Tipu jika saya tidak tertekan dan sedih dengan apa yang berlaku, tetapi demi masa depan anak yang makin membesar, saya terpaksa gagahkan diri untuk bekerja.

“Suami pula bukan tak nak kerja, tetapi setiap permohonannya gagal. Awal bulan lalu motosikalnya ditarik dan dia terpaksa tumpang kawan atau naik bas untuk cari kerja,” katanya.

Dia ditemui selepas menerima bantuan RM200 daripada Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM).

Mazlina berkata, rumah itu disewa RM400 sebulan dan kini tertunggak RM3,200. Sementara itu, katanya, dia memperuntukkan RM30 setiap hari bagi keperluan harian termasuk kos menjaga ibunya yang terlantar sakit sejak empat tahun lalu.
Dia berkata, walaupun anaknya yang berusia antara dua hingga 15 tahun kerap memberontak, tetapi dia memahami situasi mereka kerana tertekan melihat rakan seusianya hidup senang.

“Saya juga pernah memohon bantuan melalui eKasih pada 2009, tetapi sehingga kini keputusannya belum diketahui,” katanya.

Sementara itu, Presiden Desmma, Mohd Fazil Abdullah, berharap isu itu tidak dipolitikkan memandangkan keluarga berkenaan cukup daif dan memerlukan pertolongan sewajarnya.

Manakala Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, pihak pengurusan zakat perlu turun padang melihat sendiri situasi yang berlaku.

Tamak tak puas hati pasti ada



KUALA LUMPUR: Suami yang hidup berpoligami perlu bersiap sedia dari semua segi, termasuk keupayaan mengesan sikap tamak dan tidak puas hati semua isterinya, sebelum ia menjadi racun, sekali gus memudaratkan keharmonian rumah tangga.
Penceramah bebas yang juga Pengamal Perubatan Islam, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa berkata, beliau tidak menafikan kedua-dua sikap buruk itu wujud di kalangan wanita yang hidup bermadu, malah ada sesetengahnya menjadikan suami mereka sebagai mangsa.

“Kalaupun tidak (berlaku pada) kedua-duanya, salah seorang daripada isteri mesti ada perasaan tak elok begini. Jika isteri pertama yang buat perangai, ia disebabkan rasa tidak puas hati dan kalau isteri kedua pula kerana sikap tamak yang mahu membolot semua perkara.
“Ia tak boleh dinafikan kerana memang berlaku dalam masyarakat kita. Ia realiti. Suami sendiri kena bijak menangani masalah, sekiranya nampak kecenderungan perselisihan begini yang memaksa penggunaan sihir, maka carilah cara menangkisnya.

“Mungkin sukar mengelak (sihir isteri) kerana duduk serumah, tapi cubaan sihir boleh dipatahkan dengan ayat al-Quran dan nama Allah. Baca ayat taawuz dan basmallah sebelum makan atau minum kerana kita tahu mudah, untuk mensihirkan orang menerusi cara ini,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, sesungguhnya Allah melaknat tindakan isteri mensihirkan suami sendiri, namun perlu juga bagi seorang suami untuk menegur perbuatan isterinya dan membimbing mereka supaya menyesali perbuatan, seterusnya kembali taat kepada perintah-Nya.

Seorang suspek samun warga emas bekas banduan



KOTA BHARU: Polis sudah mengenal pasti tiga suspek yang terbabit dalam kes samun membabitkan seorang warga emas dalam kejadian Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, seorang suspek bekas banduan berusia 27 tahun dari Wakaf Che Yeh.

Katanya, suspek terbabit pernah menerima hukuman penjara akibat melakukan jenayah sama beberapa tahun lalu.
“Dalam kejadian ini, suspek turut melakukan cara sama iaitu menyamun secara berkumpulan menggunakan senjata tajam.

“Suspek juga dipercayai melakukan jenayah sama pada awal Mei lalu di Bunut Susu, Pasir Mas,” katanya ketika ditemui melawat mangsa samun, Siti Nor Harun, 64, di Kampung Sireh Bawah Lembah, di sini, semalam.

Azham berkata, berikutan itu pihaknya melakukan dua kali serbuan di rumah suspek di Jalan Masjid Wakaf Che Yeh, namun belum berjaya menahannya.

“Ketika serbuan, suspek tiada di rumah, namun kami terus melakukan siasatan bagi menahan ketiga-tiga suspek terbabit,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, Siti Nor mengalami kerugian RM24,500 apabila tiga utas gelang tangan emas, rantai leher, wang tunai dan telefon bimbit dilarikan penjenayah.

Sedia wang cukup hadapi usia tua

KUALA LUMPUR: Warga pertengahan usia negara ini perlu bersiap sedia menghadapi tahap warga emas daripada sekarang, berikutan kedudukan Malaysia yang menghampiri status penuaan dengan kadar penduduk tua lebih tinggi daripada golongan muda.
Persediaan itu termasuk keupayaan memiliki wang simpanan mencukupi dan aset tetap seperti rumah kediaman yang memungkinkan diri mereka serta pasangan untuk hidup berdikari, apabila anak tidak lagi mampu menjaga segala keperluan mereka.

Bendahari Agung Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM), Halijah Yahaya berkata, beliau melihat keadaan itu bakal wujud selepas menilai situasi terkini yang menyaksikan ramai ibu bapa warga emas menetap di pusat jagaan dan rumah kebajikan.
Mantan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu berkata, kebanyakan penghuni menetap di situ kerana ketidakupayaan anak menjaga mereka disebabkan desakan kehidupan berkeluarga selain kos sara hidup yang semakin mendesak.

“Saya tidak melihat satu kesalahan apabila warga emas dihantar menetap di pusat jagaan sama ada diuruskan swasta atau kerajaan, kerana kita faham hari ini kualiti kehidupan sangat dititik beratkan, malah cabaran hidup berkeluarga adalah tinggi.

“Kalau dulu, isteri tidak perlu keluar bekerja dan boleh menjadi suri rumah sepenuh masa, menjaga anak serta ibu bapa uzur, tapi keadaan sekarang berubah. Isteri harus bekerja untuk menampung perbelanjaan dan pendapatan isi rumah belum tentu mencukupi.

“Jadi, sesetengah keluarga lebih senang jika ibu bapa mereka dihantar ke pusat jagaan tertentu kerana mahukan mereka (ibu bapa) hidup lebih selesa dan mempunyai rakan di sekeliling selain kebajikan lebih terjaga.

“Lagipun, cara ini tak bermakna mereka abaikan tanggungjawab, tidak. Cuma kesibukan menjalani kehidupan harian yang menyulitkan keadaan. Pertemuan dan beri barang keperluan tetap ada,” katanya.
Bagaimanapun, Halijah berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya jika terdapat anak yang sengaja menafikan tanggungjawab menjaga kedua orang tua walaupun keadaan dirinya ketika itu tidak dibebani masalah kewangan ataupun kesukaran hidup.

Katanya, golongan anak begitu memang wajar digelar si derhaka kerana gagal membalas budi ibu bapa mereka, malah mengabaikan tuntutan agama.

“Memang kini banyak rumah jagaan untuk warga emas, tetapi sebagai anak yang baik, takkan semudah itu kita menyerahkan kepada pihak lain menjaga ibu bapa kita. Tanggungjawab tetap ada, ia tak boleh dinafikan. Lainlah kalau kita sendiri memang hidup susah.

“Seperti satu kes di Sungai Petani, Kedah membabitkan satu keluarga yang tidak mampu menjaga ibu bapanya yang uzur dan berpenyakit. Mereka hidup susah dan melihat keadaan itu, maka sebuah pertubuhan kebajikan di sana mengambil alih tugas menjaga.

“Masyarakat turut menyokong kerana sedar keluarga si anak tadi hidup susah, begitu juga ibu bapanya menderita sakit. Untuk kebaikan, maka ibu bapa dia dipindahkan ke pusat jagaan dengan cara baik,” katanya.

Berikutan itu, beliau mengutuk tindakan seorang jurutera seperti dilaporkan Harian Metro semalam, yang meletak bapanya di pusat jagaan warga emas dengan menggelar diri sebagai jiran lelaki berusia itu.

Thursday, May 31, 2012

ANAK LUPA JASA AYAH..MUNGKIN KECIL2...YANG BAGI MAKAN AYAM AGAKNYA...MEMAKAI BARANG KEMAS HUKUMNYA HARUS...MENUNJUK2...BERMEGAH2 HUKUMNYA HARAM...BUKAN BARANG KEMAS SAJA...APA SAJA UNTUK BERMEGAH2 HUKUMNYA HARAM....

Drama ‘jiran’ buang ayah

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

UZUR...kakitangan Pusat Jagaan Nur Ehsan menyalin baju warga emas terbabit.
UZUR...kakitangan Pusat Jagaan Nur Ehsan menyalin baju warga emas terbabit.
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 40-an tergamak menghantar bapa kandungnya berusia 70 tahun yang diserang angin ahmar ke Pusat Jagaan Nur Ehsan, Kempas, di sini, dan enggan mengaku dia anak warga emas itu, sebaliknya mendakwa dia hanya jiran yang prihatin terhadap nasib lelaki tua berkenaan.
Bagaimanapun, tembelang lelaki terbabit yang juga jurutera di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini terbongkar apabila pengurusan pusat jagaan berkenaan membuat semakan dengan beberapa pihak.
Ketika mendedahkan perkara itu, Pengurus Pusat Jagaan Nur Ehsan, Norijah Bidin berkata, jurutera terbabit yang juga anak tunggal warga emas berkenaan menghubungi pihaknya dan bertanya mengenai kemudahan di pusat itu bermula bulan lalu.

“Lelaki terbabit mengaku jiran warga emas berkenaan dan dalam perbualan telefon, dia menyatakan simpati terhadap nasib lelaki tua itu.


“Lelaki itu turut mendakwa warga emas berkenaan hidup sebatang kara, justeru, dia berhasrat menghantarnya ke pusat jagaan kami.

“Pada masa sama, warga emas itu juga mengalami kesulitan untuk berkomunikasi selain nyanyuk dan gagal memberikan maklumat berkaitan warisnya,” katanya di sini, semalam.

Bunuh isteri baru kahwin

Oleh Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my

BUKIT MERTAJAM: Akibat tidak puas hati dengan hasil jualan gerai makan didakwa dibolot sepenuhnya oleh isteri, seorang lelaki warga Myanmar tergamak mencekik hingga mati wanita yang baru dikahwininya itu, baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di sebuah rumah kampung di Perai, dekat sini, Ahad lalu, suspek berusia 20 tahun didakwa membunuh isterinya dikenali sebagai Hema, 22, selepas mendakwa mangsa membolot kesemua hasil jualan perniagaan dan kemudian menghantar kepada keluarganya di Myanmar.
Difahamkan, walaupun masih dalam tempoh ‘berbulan madu’ selepas pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga dua bulan lalu, kemarahan melampau akibat tidak diberikan wang hasil jualan mendorong suspek bertindak demikian.

Sejurus mencekik isterinya, suspek terbabit dikatakan menghantar mayat mangsa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dengan mendakwa isterinya membunuh diri dengan menggantung diri.

Kereta terperosok belakang treler

TERBAKAR...anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran treler.
TERBAKAR...anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran treler.
REMBAU: “Sebaik keluar, saya terkejut melihat sebuah kereta terperosok di belakang treler dipandu manakala pemandunya keluar menyelamatkan diri.
“Tanpa berfikir panjang, saya segera berlari ke arah tempat memandu untuk mengambil gas pemadam api tetapi gagal berikutan api semakin marak,” kata pemandu treler, Razi Jaafar, 47, yang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta hingga menyebabkan kedua-dua kenderaan itu musnah terbakar di Kilometer 231.6, Lebuh raya Utara Selatan arah utara di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.04 pagi itu, treler berkenaan dalam perjalanan dari Batu Pahat, Johor menuju Pulau Indah, Selangor membawa muatan lima kepala lori jenis Volvo.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, Proton Wira dipandu seorang lelaki melanggar belakang treler itu menyebabkan berlaku kebakaran yang memusnahkan kedua-dua kenderaan berkenaan.

Bagaimanapun, kepala treler itu dapat diselamatkan selepas pemandunya meninggalkan badan treler itu.

Menceritakan detik cemas itu, Razi berkata, ketika kejadian, dia memandu di lorong paling kiri sebelum dikejutkan dengan dentuman kuat dari arah belakang.

“Bagi mendapatkan kepastian, saya segera memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan dan mendapati sebuah kereta sudah terperosok selain api yang turut marak.

“Saya cuba memadam kebakaran, namun gagal. Bimbang keadaan bertambah buruk, saya meninggalkan badan lori dan memandu kepala lori sejauh 20 meter dari tempat kejadian sebelum menghubungi Bomba dan Penyelamat untuk meminta bantuan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Dia yang baru memandu lori setahun lalu berkata, ini kali pertama terbabit kemalangan dan bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian termasuk dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan Alor Gajah, Melaka.

“Kita berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 10 minit dan pemeriksaan mendapati pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

Menggigil parang di dada

Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my

BEGINI...Sharifah Rodhiah (kiri) menunjukkan cara penjenayah meletakkan parang sambil diperhatikan Siti Norhasmida.
BEGINI...Sharifah Rodhiah (kiri) menunjukkan cara penjenayah meletakkan parang sambil diperhatikan Siti Norhasmida.
BUKIT BERUNTUNG: “Saya menggigil dan terpaksa menyerahkan barang kemas yang dipakai kepada penjenayah yang meletakkan parang panjang tajam pada dada,” kata Sharifah Rodhiah Syed Nong Chik, 47, menceritakan detik dia diragut ketika berjoging, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku jam 7.10 pagi di Jalan Adenium 2G/4, Pusat Perniagaan Adenium, di sini, ketika mangsa bersama jirannya, Siti Norhasmida Abdullah, 64, berjoging di taman itu.

Katanya, enam lelaki berumur 20 hingga 30 tahun menunggang tiga motosikal memintas mereka.
“Mereka seperti mahu bertanya arah jalan, tetapi bertukar ganas dengan mengeluarkan parang dan tiga pisau rambo yang diletakkan pada dada saya sambil mengarahkan menyerah barang kemas dipakai.

“Saya panik dan amat takut ketika penjenayah mengarahkan saya tidak melawan kehendak mereka. Seorang daripada lelaki itu merentap gelang tangan dan rantai leher saya manakala rakannya mengepung saya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, dia berjaya memujuk kumpulan penjenayah itu supaya tidak merampas beg tangannya yang mengandungi dua telefon bimbit dan wang RM15.

Katanya, penjenayah mengambil masa kurang dua minit menyamun barang kemas yang berharga RM5,000 itu.

“Rakan saya berlari ke rumah jiran berhampiran meminta pertolongan, tetapi sudah terlambat.
“Saya tidak menyangka aktiviti berjoging sejak lebih sebulan lalu dalam taman ini diperhatikan penjenayah,” katanya.

Sharifah Rodhiah berkata, sambil berlari pulang ke rumah dia menangis sekuat hati kerana ketakutan.

Katanya, dia menelefon suami, Mohd Kamaruddin Sangit, 55, yang berniaga di Bukit Antarabangsa di Hulu Klang ketika itu memaklumkan kejadian itu.

Beliau berkata, suaminya tiba di rumah jam 9 pagi membantu menenangkannya. Mangsa ditemani jirannya membuat laporan di Balai Bukit Sentosa pada jam 2 petang.

Bekas polis dijel 10 tahun

SHAH ALAM: “Jika ada tekanan hidup dan mahu mencari rezeki halal, seseorang boleh berbuat demikian dengan jujur dan halal untuk mendapatkan rezeki.
“Tetapi, (menjual dadah) bukan caranya. Ia untuk cepat kaya,” kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Alim Abdullah selepas menjatuhi bekas konstabel polis hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan kerana mengaku salah atas tuduhan pilihan memiliki 278.1 gram (g) di Klang, dekat sini, tahun lalu.

Abdul Alim menjatuhkan hukuman itu terhadap terhadap Abu Bakar Mohd Yusof, 41, dan memerintahkan ia berjalan mulai tarikh tangkap. Beliau turut menasihati tertuduh yang menjual burger ketika ditahan supaya bertaubat dan kembali ke pangkuan keluarganya selepas menjalani hukuman.
“Ingat isteri dan anak. Kamu sudah terlepas daripada tali gantung. Jika kamu tidak hargai peluang ini, saya tak tahulah,” katanya.

Tergilis anak

Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: “Saya terkejut dan cepat-cepat menghentikan jentera pengangkut barang (forklif), selepas terdengar teriakan anak meminta tolong.
“Remuk hati saya apabila suara itu datang daripada anak yang berada di bawah jentera yang saya pandu,” kata seorang wanita berusia 29 tahun yang enggan dikenali menceritakan detik cemas apabila dia tergilis anaknya ketika membersihkan ruang kedai barangan logam miliknya di Kampung Merchang, Marang petang Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa, Mohd Aiman Abd Rahman, 7, bersama dua adiknya meluru ke depan jentera pengangkut dipandu ibunya yang sedang mengundur.

Tindakan pelajar tahun satu Sekolah Kebangsaan Gong Balai, Marang itu membawa padah apabila dia tersembam ke bawah dan digilis jentera berkenaan ketika ibunya cuba memandu ke depan.

Mati berdiri

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

IPOH: Seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinannya hari ini ditemui mati dalam keadaan misteri dengan mayatnya ditemui dalam keadaan leher terjerut berhampiran sebuah kawasan perkelahan terkenal, awal pagi semalam.
D Saravanan, 38, ditemui pengunjung pusat perkelahan Lubuk Timah, Jalan Cameron Highlands, Simpang Pulai di sini, pada jam 8 pagi dalam keadaan berdiri dan tergantung pada sebatang pokok di tepi sungai di tempat kejadian.

Mangsa mulanya disyaki membunuh diri, namun kejadian itu menimbulkan rasa curiga polis dan orang ramai apabila mendapati kaki mangsa masih memijak tanah.
Pekerja pusat perkelahan itu, Talib Dahaman, 65, berkata, dia dimaklumkan penemuan mayat mangsa oleh seorang pengunjung tetap yang berada di kawasan perkelahan itu.

“Selalunya saya datang bekerja di sini sekitar jam 6 pagi, namun hari ini (semalam) hanya datang jam 8.30 pagi kerana mempunyai urusan di rumah. Sebaik tiba, saya dimaklumkan seorang pengunjung yang menemui mayat mangsa dengan lehernya terikat tali pada sebatang pokok di tepi sungai.

“Saya memberitahu pengurus, Amiruddin Ishak berhubung kejadian itu sebelum polis dimaklumkan. Ketika ditemui, lelaki itu lengkap memakai kemeja-T dan berseluar lusuh,” katanya.

Menurutnya, dia tidak percaya mangsa mati akibat menggantung diri kerana kedua-dua kaki mangsa menyentuh tanah.

Talib yang sudah bekerja lebih tiga tahun di pusat perkelahan itu mendakwa kejadian itu pertama kali dialami walaupun pernah berlaku kes lemas sekitar 2008.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan dan siasatan berkaitan punca kematian mangsa masih dilakukan.

“Polis masih menyiasat motif kejadian dan kereta Perodua Kelisa milik mangsa turut ditemui di tempat kejadian,” katanya.

Ahli keluarga mangsa yang ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam juga enggan memberi sebarang ulasan berhubung kes itu.

Pasangan kekasih cabul ejen hartanah direman

KUALA LUMPUR: Pasangan kekasih yang dipercayai menyamun dan mencabul seorang ejen hartanah wanita di sebuah unit kondominium mewah di Mont Kiara, di sini, 10 Mei lalu ditahan polis, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kedua-dua suspek yang berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam hasil maklumat orang awam.

Beliau melalui laman sosial facebook miliknya berkata, suspek direman hingga 6 Jun ini untuk membantu siasatan lanjut.
Dalam kejadian 10 Mei itu, mangsa yang berusia 34 tahun dilaporkan membawa pasangan yang menyamar sebagai bakal penyewa terbabit bagi melihat sebuah kondominium untuk disewa sebelum dia diikat, dibogelkan, dicabul dan ditampar.

Mangsa kemudian disamun kedua-dua suspek terbabit sebelum dikurung dalam rumah berkenaan.

Wanita terbabit bagaimanapun diselamatkan pada jam 3 pagi, keesokan harinya, kira-kira 10 jam selepas dikurung apabila polis menerima aduan daripada penghuni lain yang terdengar tangisan dan jeritan meminta tolong.

Difahamkan, pasangan penyamun itu menggunakan kereta Mitsubishi Lancer putih dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu ketika melakukan jenayah samun terbabit.

GITULAH JIKA NAK DIBANDING ORANG BERKUASA DENGAN TIDAK...MEREKA LUPA MEREKA AKAN MATI...MEREKA JUGA SATU HARI TAK DE KUASA....MEREKA AKAN DIHUKUM DIAKHIRAT SETIMPAL DENGAN KEJAHATAN DIDUNIA...

Bas elektrik dalam masa dua tahun lagi



SEBUAH bas berkuasa elektrik di stesen pengecas mudah alih di Colorado, Amarika Syarikat. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) merancang untuk memperkenal perkhidmatan bas menggunakan kuasa elektrik dalam tempoh dua tahun lagi sebagai sokongan kepada program alam sekitar hijau.
Pengarah Kumpulan Bahagian Bas Prasarana, Zohari Sulaiman berkata, mereka akan mendapatkan antara 10 hingga 15 bas buat permulaan sebelum menambah jumlahnya.
"Bas elektrik yang kita mahu ialah yang menggunakan bateri merupakan pilihan yang lebih baik untuk menyokong alam sekitar hijau. Ia satu pelaburan yang mahal tetapi dalam jangka masa panjang lebih baik berbanding bas yang menggunakan diesel.

SPR larang guna karikatur



WAN AHMAD menunjukkan laporan persediaan pilihan raya bagi negeri Johor selepas menyampaikan taklimat di Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU - Parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diingat agar tidak memasang poster atau sepanduk yang memaparkan karikatur mana-mana individu atau personaliti.
Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, bahan kempen seperti itu tidak sesuai digunakan dan dilihat sebagai tidak serius untuk bertanding pada pilihan raya.
"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kami tidak boleh benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat pilihan raya kepada Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya peringkat negeri Johor di Senai semalam.
SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk menanggal atau menurunkan mana-mana poster atau sepanduk seperti itu pada PRU13 akan datang.
Wan Ahmad berkata, keputusan itu adalah untuk menjaga imej pemimpin dan calon yang bertanding di samping mewujudkan disiplin dalam pemasangan poster pada pilihan raya umum itu nanti.

Jata Negara di Istana Negara lama dicuri



ANGGOTA polis membuat pemeriksaan kes kehilangan Jata Negara di dinding pagar Istana Negara lama di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 lambang termasuk Jata Negara pada dinding pagar Istana Negara di Jalan Istana di sini dilaporkan hilang dipercayai dicuri penjenayah.
Kehilangan Jata Negara tersebut disedari semalam sebelum satu laporan polis dibuat oleh anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini pada sebelah petang.
Siasatan mendapati suspek melarikan Jata tersebut dengan mengumpil lambang negara itu dari dinding pagar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan kehilangan itu.
Jata Negara ialah lambang rasmi negara hasil gabungan pecahan bintang 14 yang menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan memperlihatkan simbol agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Lima bilah keris pula menandakan negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Harimau sebagai penumpang Jata negeri- negeri Melayu Bersekutu itu digunakan dalam Lambang Malaysia manakala warna kuning ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Pelacuran dijangka subur menjelang Euro 2012


GAMBAR yang dirakamkan pada 16 Mei 2012 ini menunjukkan seorang pekerja sosial mengedarkan kondom kepada seorang pekerja seks di Kiev, Ukraine.



KIEV, Ukraine - Industri pelacuran Ukraine dijangka menarik ramai pelanggan dan meraih keuntungan semasa kejohanan bola sepak Euro 2012.
Namun, segelintir pihak memberi amaran bahawa Ukraine mempunyai kadar jangkitan HIV tertinggi di rantau Eropah Timur.
"Para pelacur Kiev bersedia untuk Euro 2012," kata sebuah laman web seks Ukraine. Malah ada antara pelacur membaca sejarah 16 pasukan yang bertanding dan maklumat asas mengenai bola sepak.
Ukraine menukar industri pelacuran daripada jenayah kepada hanya kesalahan kecil pada tahun 2006. Denda yang dikenakan cuma antara AS$10 (RM32) hingga AS$25 (RM79).
Tetapi, individu yang menjadi bapa ayam atau mengendalikan pusat pelacuran tetap boleh dikenakan hukuman melakukan jenayah.
Menurut Pakatan HIV/AIDS Antarabangsa, negara bekas Kesatuan Soviet itu mempunyai 52,000 hingga 83,000 orang pekerja seks. Seramai 11,000 pelacur beroperasi di Kiev.
Beratus-ratus ribu peminat bola sepak dijangka hadir untuk menyaksikan kejohanan tersebut yang bermula 8 Jun ini di Warsaw, Poland dan berakhir di Kiev pada 1 Julai depan.
Kumpulan aktivis wanita Ukraine yang dikenali sebagai Femen memberi amaran Euro 2012 akan meningkatkan aktiviti pelancongan seks.
Sementara itu, menurut pengendali organisasi hak pekerja seks Legalife, Olena Tsukerman, kebanyakan pelacur mungkin akan menaikkan kadar perkhidmatan, berikutan kebanjiran para peminat bola sepak yang kaya dari negara Eropah Barat. - AFP

Gadis Sarawak jadi keldai dadah



ABD. AZIZ (tengah) menunjukkan sebahagian syabu yang dirampas daripada dua wanita pada sidang akhbar di Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam.



BUKIT KAYU HITAM – Taktik licik dua gadis yang menyembunyikan 11.2 kilogram syabu bernilai RM3.03 juta di dalam bagasi yang dibawa ketika menaiki bas dari Hatyai, Thailand ke Kuala Lumpur terbongkar apabila kedua-duanya ditahan di sini kelmarin.
Gadis berusia 24 dan 26 tahun dari Kuching, Sarawak itu ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia cawangan sini selepas pihak berkuasa tersebut curiga mengenai berat bagasi yang tidak sepadan dengan pakaian yang dibawa di dalamnya.
Pengarah Kastam negeri, Datuk Abd. Aziz Abdul Latif berkata, wanita 26 tahun itu ditahan ketika mahu mengisytiharkan bagasinya di Unit Bas/Jalan Kaki Lorong Pemeriksaan Bas Kompleks Imigresen di sini pada pukul 11.55 pagi.
Katanya, rakan suspek pula ditahan di dalam bas sebaik sahaja dia melepasi pemeriksaan di Kompleks Imigresen 15 minit kemudian.
“Anggota yang curiga dengan berat bagasi yang dibawa wanita berusia 26 tahun itu kemudian telah membuat pemeriksaan rapi sebelum menemui tiga bungkusan syabu yang disembunyikan di lapisan bawah beg.

Ketibaan pesawat A380 disambut meriah di KLIA



PESAWAT A380 yang selamat mendarat di KLIA semalam dari Toulouse, Perancis.



SUBANG - Pesawat sulung Airbus A380 Malaysia Airlines (MAS) telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 3.35 petang semalam setelah berlepas dari syarikat pengeluarnya, Toulouse, Peranchis kelmarin.
Ketibaan pesawat terbesar dunia yang turut membawa delegasi yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya itu disambut dengan majlis yang meriah oleh kakitangan MAS.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, pesawat tersebut telah dipandu oleh Kapten Norshid Ali, Kapten Mohd. Seth Mohd. Ariff, Kapten Joseph Emuang Jr dan Kapten Sumar Lee Hashim Lee.
A380 yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900 itu menyediakan ciri-ciri premium tiga kelas yang boleh membawa seramai 494 penumpang.

Pegawai bank gagal saman PTPTN


BANGUNAN yang menempatkan pejabat PTPTN di Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.



KUALA LUMPUR - Seorang peminjam yang disenarai hitam atas dakwaan gagal melunaskan pinjaman pengajiannya gagal dalam samannya terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Hakim Mahkamah Sesyen, Unaizah Mohd. semalam menolak dengan kos saman pegawai bank Mandeep Singh terhadap PTPTN.
Dalam keputusannya, Unaizah berkata, selepas mendengar keterangan daripada saksi-saksi dan hujah daripada kedua-dua pihak, mahkamah mendapati plaintif (Mandeep) gagal membuktikan dakwaannya terhadap PTPTN.
Mandeep, 27, memfailkan saman terhadap PTPTN di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil di sini pada 20 September lalu atas tuduhan memfitnah dan menahan secara salah selepas dia disenarai hitam atas dakwaan gagal melunaskan pinjaman pelajaran.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan tempat dia bekerja.
Mandeep berkata, di bawah perjanjian pinjaman pelajaran bertarikh 9 November 2006, PTPTN telah bersetuju meminjamkan RM48,000 kepadanya.
Mandeep menuntut RM19,000 sebagai ganti rugi khas bagi tiket penerbangan dan tempahan hotel, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Dia mendakwa telah ditahan pegawai Imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang pada 6 Julai tahun lepas ketika mahu berlepas untuk bercuti di Guangzhao, China.

Siasat di bawah Akta Hasutan

JOHOR BAHRU – Polis sedang menyiasat bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berhubung kenyataannya bahawa kejayaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membuat bidaan untuk nombor berpendaftaran WWW 1 bernilai RM520,000 dengan menggunakan wang rakyat.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, siasatan mengikut Akta Hasutan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima lapan laporan berhubung perkara itu.
“Satu pasukan khas yang diketuai oleh saya sendiri telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini.
“Sehubungan itu, saya meminta mana-mana pihak agar menghormati undang-undang dan jangan membuat kenyataan sesuka hati,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Mohammad Nizar kelmarin didakwa telah mengkritik Sultan Ibrahim ekoran kejayaan baginda membida nombor plat tersebut.
Beliau mendakwa, wang berjumlah RM520,000 yang digunakan untuk bidaan tersebut lebih baik digunakan untuk membantu rakyat Johor yang masih miskin.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Fadil Muskon melabel Mohamad Nizar sebagai biadab dan kurang ajar kerana mencemar institusi diraja Johor dengan mengeluarkan kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, beliau menuntut agar pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan keras terhadap Mohammad Nizar.


Blogger pertikai 16 plat istimewa era Nizar di Perak



SALAH sebuah kereta Toyota Camry yang menggunakan nombor pendaftaran istimewa ketika Mohammad Nizar menjadi Menteri Besar Perak pada 2009.



KUALA LUMPUR - Seorang blogger semalam mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pasir Panjang di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai talam dua muka kerana mempertikaikan tindakan Sultan Johor membeli nombor pendaftaran WWW 1 sedangkan kerajaan negeri Perak yang pernah dipimpinnya satu masa dahulu turut banyak menggunakan kenderaan rasmi dengan nombor plat istimewa.
Penulis blog parpukari.blogspot.com menarik perhatian mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu pada tahun 2009 membeli 16 buah kereta Toyota Camry yang menggunakan nombor plat AGS10, AFD11, AFD 22, AFD 33, AFD 55, AFD 66, AFD 77, AFD 88, AFD 99, AFD 333, AFD 999, AFF 33, AFF 88, AFF 99, AGS 828 dan AEU 606.
Beliau menimbulkan persoalan sama ada kos pembelian kesemua nombor pendaftaran itu yang didaftarkan pada 9 Januari 2009 ditanggung oleh wakil rakyat Pas itu sendiri atau menggunakan wang kerajaan.



KUTIP TAK LIAT...ORANG BAYAR ZAKAT LIAT...KITA TAK LIAT KE BAGI ASNAF2 YANG PATUT DAPAT...JANGAN LIAT BERI...MINTA HAK MACAM MINTAK SEDEKAH...NI HAK PEMBERI ZAKAT...BUKAN HAK KITA...KITA AMIL AJE...GAJI PATUT 1/8...KONSERT HARAM ITU KITA NAK BANGGA2...MEMANG KITA SUKA CARI NAHAS...

Sampel darah untuk ujian DNA rosak teruk

KUANTAN - Mahkamah Tinggi, yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan pelancong wanita Perancis, Stephanie Foray, diberitahu bahawa sampel darah ibunya, Irene Mortel dan kakaknya, Vanessa Foray yang dititiskan di atas kad Fast Technology Analysis (FTA) untuk tujuan ujian DNA rosak teruk dan berkemungkinan tercemar.
Pegawai Perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Dr. Fong Chee Khai setuju bahawa keadaan kedua-dua sampel berkenaan yang diambil olehnya adalah lebih teruk sekarang berbanding ketika dia mula-mula melakukan pensampelan itu pada 12 Ogos 2011.
Chee Khai berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib @ Hamid.
Beliau berkata pada perbicaraan kes Asni Omar, (gambar) 37, yang dituduh membunuh Foray, 30, di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin, antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari, 12 Mei tahun lalu.
Ditanya sama ada beliau masih boleh mengenali tanda yang membezakan kedua-dua sampel berkenaan, Chee Khai berkata, beliau hanya boleh membaca nama Vanessa pada sampel tetapi bukan nama Mortel.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya ditangguhkan pada 12 hingga 22 Jun depan. - Bernama

Bala jika liat bayar zakat

MEMBAYAR zakat merupakan satu kewajipan kepada umat Islam sama seperti kepentingan mengerjakan solat. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Bala tersembunyi akan diturunkan oleh Allah kepada golongan yang liat dalam kewajipan membayar zakat.
Penceramah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah berkata, balasan Allah tidak akan datang dalam bentuk nyata di muka bumi, sebaliknya ia wujud melalui situasi yang tidak disedari kepada manusia.
Antara bala yang dimaksudkan adalah kehancuran rumah tangga serta dikurniakan zuriat yang degil.
"Jika kita tidak bayar zakat sedangkan kita Islam, kesan yang mungkin berlaku sama dengan jika kita mengabaikan solat.
"Apabila solat diabaikan maka tiada lagi keberkatan dalam hidup," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Mohd. Daud turut berkata, golongan yang tidak membayar zakat juga merupakan mereka yang tidak jujur walaupun mereka mengakui diri sebagai umat Islam.
Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) berkata, pihaknya bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menganjurkan kuiz silang kata bersiri mengenai kewajipan membayar zakat.

KBS jenamakan semula Himpunan Jutaan Belia


SEBAHAGIAN daripada ribuan belia yang menonton konsert Clash of the Band pada Himpunan Jutaan Belia di Jalan Persiaran Perdana, Putrajaya baru-baru ini.


PUTRAJAYA - Mulai tahun depan, Himpunan Jutaan Belia sempena sambutan Hari Belia Negara dijenama semula menjadi Festival Belia Putrajaya bertujuan melonjakkan imej perhimpunan itu ke tahap lebih tinggi.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, selepas kejayaan penganjuran selama tiga tahun, program mega tersebut perlu diberi nafas baharu untuk menarik lebih ramai belia menyertainya selepas ini.
"Penganjuran himpunan tersebut di bawah jenama baharu ini akan mampu untuk menarik lebih ramai penyertaan belia dan seisi keluarga.
"Kita akan fikirkan banyak acara dan aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan dan dapat diikuti oleh semua golongan masyarakat," katanya di sini semalam.
Menurut beliau, kementeriannya akan mengadakan satu bengkel bagi membincangkan pelbagai cadangan dan teguran-teguran yang diberikan oleh pelbagai pihak untuk penambah baik penganjuran program tersebut.

Saham Felda cipta rekod

ORANG ramai termasuk warga Felda mendengar ucapan Najib pada majlis pelancaran prospektus FGV di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) semalam melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) yang terbesar di Asia pada tahun ini dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook yang membabitkan 2.19 bilion saham.
Daripada jumlah itu, FGV selaku operator ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia akan menawarkan 1.92 bilion saham untuk langganan pelabur institusi termasuk 1.5 bilion kepada institusi dan pelabur terpilih tempatan serta asing.
Sebanyak 419.54 juta lagi saham kategori itu diperuntukkan untuk institusi Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Pada masa yang sama, sebanyak 273.6 juta saham atau 7.5 peratus akan dikhususkan kepada pelabur awam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada 273.61 juta saham untuk langganan pelabur awam itu, sebanyak 200.65 juta saham atau lebih 70 peratus bakal diagihkan kepada peneroka dan kakitangan Felda serta individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan syarikat itu.
Menurut beliau, baki 72.96 juta saham lagi ditawarkan kepada orang awam.
Katanya, peratus agihan yang tinggi itu membuktikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan menggunakan penyenaraian itu untuk memanipulasikan golongan peneroka sebagai tidak benar.
“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa apa yang kita lakukan ini adalah sebagai menepati amanah yang ditinggalkan oleh ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein.


Papa Rock meriahkan program Bulan Pengguna di Semenyih

SEMENYIH – Legenda rock Ramli Sarip adalah antara artis terkemuka tanah air yang akan membuat persembahan pada Konsert Kuasa Pengguna bersempena Majlis Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 di pekarangan Tesco Semenyih, Selangor.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datin Mahani Tan Abdullah (gambar kecil) berkata, artis-artis lain yang akan mengambil bahagian ialah Nassier Wahab dan artis-artis kelahiran Akademi Fantasia iaitu Bob, Farhan, Erol dan Lena sementara Mat Over dan Imuda menjadi pengacara konsert yang akan diadakan malam esok.
“Konsert yang juga dikenali sebagai Malam Simfoni Pengguna ini akan bermula pada pukul 8.30 malam dan kita menjemput orang ramai hadir bagi memeriahkan program itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Mahani berkata, konsert berlangsung di pentas utama dan sebanyak 2,000 tempat duduk disediakan.
Kata beliau, meskipun tempat duduk terhad, orang ramai tetap berpeluang menyaksikan persembahan hebat artis-artis terlibat memandangkan konsert diadakan di kawasan lapang.
Jelas beliau, konsert itu merupakan salah satu acara menarik bagi memeriahkan lagi Majlis Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan 2012.
Menurutnya, konsert tersebut akan turut diselitkan dengan Kuiz Pengguna yang menyediakan hadiah menarik kepada penonton yang berjaya menjawab soalan kepenggunaan dengan tepat.


Jawatankuasa khas siasat kemalangan drag di Putrajaya


AHMAD SHABERY (kiri) melawat seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan semasa ujian perlumbaan drag di Hospital Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat kemalangan semasa sesi ujian perlumbaan drag pada Himpunan Jutaan Belia di sini baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jawatankuasa khas itu akan turut dianggotai wakil Persatuan Permotoran Malaysia dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
"Perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan Kabinet semalam (kelmarin), jadi sehingga hasil siasatan dikeluarkan, saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tiga mangsa kejadian itu yang masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya semalam.
Dalam kejadian pada 27 Mei lepas, seramai 17 penonton cedera termasuk empat parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara itu terbabas semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar bermula.
Ahmad Shabery berkata, kementerian bersedia mengambil segala tanggungjawab walaupun banyak langkah keselamatan telah diambil termasuk penyediaan ambulans.

Penduduk mogok harga petrol naik


PENUMPANG menunggu di sebuah terminal bas yang kosong di Bangalore semasa mogok besar-besaran diadakan di India semalam.


NEW DELHI - Bandar raya ini hampir lumpuh ekoran penduduknya mengadakan mogok untuk membantah kenaikan harga petrol di India.
Protes tersebut yang dianjurkan oleh parti pembangkang dan beberapa kesatuan sekerja menyebabkan banyak premis perniagaan ditutup dan sistem pengangkutan awam turut tergendala.
Jurucakap parti pembangkang, Parti Bharatiya Janata (BJP), Prakash Javdekar mendakwa mogok mereka telah berjaya apabila jutaan rakyat membantah kenaikan harga petrol.
"Harga petrol kini melambung tinggi. Pemerintah pula seperti sedang tidur tetapi hari ini kita akan mengejutkan mereka," kata seorang pemilik kedai runcit di sini Ravikant Sahai.
Harga petrol termasuk cukai naik AS$0.13 sen (RM0.41 sen) minggu lalu dengan bahan tersebut dijual pada harga sekitar 77.53 rupee (RM4.35) seliter di beberapa bandar raya utama di India.
Pemerintah sebelum ini menyatakan, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan ekoran penurunan nilai mata wang rupee. - AFP

DOA AGAR DIPERCEPATKAN JODOH...DAH KAWIN MUNGKIN TAK DIGANGGU LAGI...MUNGKIN PIHAK KERAJAAN ATAU KESATUAN KERJA...TUBUH SATU BAHAGIAN MENCARI JODOH DIKALANGAN PEKERJA...DENGAN BUTIR YANG ADA...DAPAT MENEMUKAN JODOH YANG SESUAIAN..MUNGKIN ADA YANG MALU...BILA MUFTI PEJAM MATA BERHADAPAN MAKSIAT....HUKUM BERPILIH2...HUDUD TIDAK DIPERJUANG...PERIUK NASI ATAU PERIUK NERAKA YANG NAK DIJAGA...

Lembik disambar karan

Oleh Yusmawati Mhd Yusof dan Mohd Yatim Latip
am@hmetro.com.my

BERTAKUNG...Md Afizi menunjukkan tempat mangsa ditemui.
BERTAKUNG...Md Afizi menunjukkan tempat mangsa ditemui.
PILU...Massari ditenangkan ahli keluarga selepas keluar dari bilik mayat Hospital Melaka, semalam.
PILU...Massari ditenangkan ahli keluarga selepas keluar dari bilik mayat Hospital Melaka, semalam.
MELAKA: “Melihat tubuhnya lembik dengan air liur meleleh, saya mengerah kudrat mengangkatnya keluar dari situ (takungan air) biarpun pada awalnya saya juga tidak bermaya kerana turut disambar renjatan (elektrik) sebelum memangkunya di atas jalan.”
Begitu cerita Massari Muhammad, 35, bapa Mariam Najwa, 9, yang meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika bermain dalam takungan air berhampiran tiang elektrik kira-kira 20 meter di depan rumahnya.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai berkenaan bersama adiknya, Muiz Asyraf, 3, bermain di tempat air bertakung itu sebelum rebah dipercayai terkena renjatan elektrik.

Massari berkata, dia mengetahui insiden malang menimpa anak perempuan tunggalnya itu selepas dimaklumkan jiran yang melihat anaknya terbaring dalam air.


Katanya, sebelum itu dia berada di dalam rumah didatangi Muiz yang berlari mengadu sakit kaki sebelum menyapu ubat di kakinya.

Guru miang melampau

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

ADUAN...Ayu menunjukkan laporan polis  mengenai kejadian dia dicabul.
ADUAN...Ayu menunjukkan laporan polis mengenai kejadian dia dicabul.
KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.
Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.
Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.

“Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah.


“Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Abang termenung

Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my

RISAU...Maderom (kiri) bersama Aznul ketika ditemui di Hospital Miri, semalam.
RISAU...Maderom (kiri) bersama Aznul ketika ditemui di Hospital Miri, semalam.
MIRI: “Peluru itu masih dalam kepala dan turut mengenai otaknya, sekali gus meletakkannya dalam keadaan sangat kritikal.
“Kerana kecuaiannya (jiran) meletakkan senapang di tempat tidak sepatutnya, nyawa anak saya kini terancam,” rintih Maderom Matassan, 41, bapa kepada Nurul Afifah, 8, kanak-kanak perempuan yang cedera parah terkena tembakan di dahi dalam kejadian di kuarters pekerja kilang di Kampung Muhibah, Kuala Baram, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, dia mengharapkan nyawa anaknya dapat diselamatkan meskipun doktor belum dapat mengesahkan keadaan sebenar berikutan peluru dalam kepala anaknya masih belum dapat dikeluarkan.
“Setakat ini, doktor hanya memantau keadaan anak saya berikutan peluru itu turut mengenai otak, sekali gus meletakkannya dalam keadaan sangat kritikal,” katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri, semalam.

Meskipun kesal dengan kejadian itu, Maderom berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut supaya pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya.

Katanya, dia kini turut khuatir melihat emosi abang mangsa, Mohd Nur Aznul berusia 10 tahun yang sering menangis kerana trauma dengan kejadian menimpa adiknya.

“Mereka sangat rapat dan sering bermain bersama-sama selain tidak pernah berpisah. Jadi apabila perkara ini berlaku, abangnya sering menangis teringatkan adiknya.

“Keadaan ini menyebabkan saya serta isteri terpaksa menenangkan Aznul sepanjang masa dan memberitahu kami tidak menyalahkannya,” katanya.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Nurul Afifah parah selepas terkena tembakan di dahi yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh Aznul, ketika mereka bermain senapang buatan sendiri milik seorang jiran yang ditinggalkan berhampiran tangki air kuarters berkenaan. Difahamkan, senapang itu diletakkan jiran berusia 20-an di situ kerana menyangka ia tidak lagi dapat digunakan selepas gagal berfungsi ketika dia cuba menembak burung beberapa hari lalu.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, setakat ini dua suspek yang disyaki pemilik senapang berkenaan direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Gadis urut rebah

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

DITAHAN...tukang urut warga asing yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.
DITAHAN...tukang urut warga asing yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.
SUBANG JAYA: Seorang tukang urut wanita warga China tiba-tiba pengsan menyebabkan enam rakan sekerjanya panik dan menjerit ketika pusat urut aromaterapi tempat mereka bekerja di Pusat Perniagaan Regalia, USJ1, di sini, diserbu polis selepas premis itu dikesan menjalankan kegiatan pelacuran, kelmarin.
Dalam serbuan jam 11 malam oleh Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), wanita terbabit yang duduk ketika premis itu diperiksa tiba-tiba rebah.

Wanita itu yang tidak sedarkan diri cuba dikejutkan, namun tidak memberi tindak balas menyebabkan rakannya menjerit kerana menyangkakan dia mengalami serangan jantung.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, wanita terbabit diberikan rawatan kecemasan dan pulih sebelum dia dan rakannya terdiri daripada tiga warga China serta tiga warga Thailand dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, seorang lelaki warga Bangladesh yang juga penjaga premis itu dan seorang pelanggan rakyat tempatan berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan pusat urut aromaterapi itu yang menawarkan khidmat seks dan sudah beroperasi dua bulan.

“Ketujuh-tujuh wanita terbabit berusia 20 hingga 30-an menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai pelacur.

“Ini berikutan penemuan beberapa kotak kondom dan jus penambah tenaga di meja kaunter. Malah, premis itu didapati dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

Beliau berkata, polis merampas beberapa barang seperti kondom, minyak urut, tuala, tisu dan buku tunai dipercayai untuk kegiatan persundalan dalam bilik bercirikan ketimuran di premis itu.
“Semua pelacur yang ditahan tinggal di premis itu dan berdasarkan siasatan awal mereka menyediakan khidmat urut dengan bayaran RM37 hingga RM74 dan menyediakan tips lain jika pelanggan mahukan khidmat tambahan,” katanya.

Yahaya berkata, pasukan sama turut menyerbu dua pusat urut refleksologi yang beroperasi secara haram dan sebuah pusat hiburan berlesen di USJ9 dan SS15 dan menahan tujuh wanita warga China dan Vietnam serta lapan pelanggan rakyat tempatan.

“Serbuan dilakukan bagi membendung kegiatan tidak bermoral di Subang Jaya. Polis tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dan sentiasa memandang serius kegiatan maksiat serta menjalankan serbuan dari semasa ke semasa jika mempunyai maklumat,” katanya.

 


Lelaki baru kahwin diburu ratah adik angkat



SUBANG JAYA: Seorang lelaki tergamak meratah tubuh adik angkatnya yang masih di bawah umur sehingga gadis terbabit yang masih bersekolah hamil lapan bulan menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, gadis berusia 14 tahun itu dirogol suspek berusia 25 tahun pada Ogos tahun lalu di rumahnya di Kampung Tengah, Batu 14, Puchong, dekat sini.

Menurutnya, siasatan mendapati walaupun kejadian berlaku sekali, tetapi gadis terbabit hamil. Mangsa tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa termasuk keluarganya kerana bimbang dimarahi.
“Suspek yang tinggal di Batu 13, Puchong, anak angkat kepada keluarga mangsa dan dia sering datang ke rumah mangsa termasuk bermalam di situ.

“Ini menyebabkan keluarga mangsa tidak mengesyaki perbuatan terkutuk dilakukan lelaki terbabit dan suspek merogol mangsa pada waktu malam ketika tiada sesiapa di rumah,” katanya.

Katanya, kejadian disedari keluarga mangsa selepas melihat perut gadis itu yang semakin membesar di samping perubahan sikapnya.

“Mangsa menceritakan kejadian rogol itu selepas dia tidak dapat berselindung dan keluarganya membuat laporan polis.

“Suspek terbabit yang baru melangsungkan perkahwinan dua bulan lalu kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Lelaki hilang tapak kaki

Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: “Saya hanya mampu meraung sambil menahan kesakitan, manakala rakan pula bertungkus-lumus membalut kaki untuk menghentikan pendarahan.
“Saya cuba mencari tapak kaki tapi malangnya ia hancur dipotong mesin itu,” kata Mohd Shaari Muda, 30, yang kehilangan tapak kaki kanannya akibat dipotong sebuah mesin pemotong kayu dalam kejadian di sebuah kilang papan di Kampung During Guling, Wakaf Tapai, Marang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa yang sudah 18 bulan bekerja di kilang berkenaan bertindak menggunakan kaki kanannya untuk menekan brek yang terletak di bahagian tepi mesin berkenaan.
Malangnya, tindakan itu membawa padah apabila kakinya tergelincir dan termasuk ke dalam putaran mesin menyebabkan tapak kaki kanannya hancur dipotong mesin berkenaan.

Mohd Shaari ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam, berkata dia kehilangan banyak darah dalam kejadian itu dan terpaksa menggunakan kain pembalut luka untuk menghentikan pendarahan.

Menurutnya, selain kehilangan tapak kaki, tulang anak jari kaki kanannya retak akibat terkena mesin pemotong kayu itu.

“Ketika hendak keluar dari kilang untuk menjemput anak saudara pulang dari sekolah, saya menukar kasut dan memakai selipar sebelum ke tempat mesin pemotong kayu itu untuk menghentikan suisnya.

“Tanpa berfikir panjang, saya tidak menekan brek itu dengan tangan sebaliknya menggunakan kaki kerana berpendapat tindakan itu lebih pantas.
“Saya tersentak apabila kaki kanan saya tergelincir ke dalam mata mesin pemotong kayu menyebabkan badan saya tersembam di atas lantai,” katanya.


‘Saya nak perbetul fahaman Harussani’

KOTA BHARU: “Saya nak perbetul fahaman Mufti. Orang tua itu (Harussani), miang (gatal mulut) selalu serang saya tak pasal-pasal,” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berang terhadap kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, apabila menyifatkan beliau sebagai keras hati dengan mengenakan pelbagai syarat untuk mengadakan muzakarah antara Umno dan Pas.
Nik Aziz yang ‘naik angin’ dengan perkara itu menjelaskan bahawa beliau hanya bersifat istiqamah atau berpegang teguh kepada akidah Islam dengan mempertahan tindakannya dalam isu muzakarah, baru-baru ini.

“Saya nak beritahu bahawa keras hati lain, istiqamah lain. Apa yang kami (Pas) buat ini ialah istiqamah dan keras hati maknanya degil.
“Yang kedua, semakin ramai orang dalam Pas berpelajaran dan alim daripada Mufti Perak itu sendiri. Kami bukan ada doktor fizikal saja, kita ada doktor falsafah yang buat kajian dan bincang,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco negeri, di sini, semalam.

Kelmarin, Harussani dalam kenyataannya berkata, beliau bersedia menjadi orang tengah demi memastikan muzakarah Umno dan Pas untuk perpaduan Melayu dan Islam menjadi kenyataan.

Beliau menyebut jika Nik Aziz bersikap keras hati, perkara itu sukar dilakukan dan hakikatnya sekarang, Pas tidak boleh dibawa berunding.



 



 



 

Penyair, pengarah filem derita tiga penyakit



PUCHONG: Seniman, penyair dan pengarah filem sekitar 1980-an, Mat Yassin Salleh atau Yassin Salleh, 66, kini menderita sakit selepas diserang angin ahmar, diabetes dan darah tinggi di rumahnya di Bandar Bukit Puchong, di sini.
Ketika ditemui semalam beliau berkata, pada 15 Februari lalu seluruh anggota badannya kebas terutama di bahagian kaki dan tangan sebelum rebah dan dibawa ke Hospital Serdang oleh anaknya.

Katanya, dia kini sukar untuk berdiri dan melakukan sesuatu selepas doktor mengesahkan diserang ketiga-tiga penyakit berkenaan.
“Seumur hidup, saya tidak pernah berhadapan sebarang penyakit kecuali pada 1991 kerana demam malaria. Namun, saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

Menurut Mat Yassin, pada 13 Mei lalu dia sekali lagi di bawa ke Hospital Serdang apabila masalah kesihatannya bertambah teruk dan hasil pemeriksaan mendapati dia turut mengalami pendarahan dalam usus.

Katanya, selain di hospital dia juga mendapatkan rawatan fisioterapi di Pusat Kesihatan Puchong bagi rawatan susulan.

“Di usia ini, saya banyak menghabiskan masa di rumah untuk berehat dan menghasilkan karya menggunakan SMS sebelum dikirimkan kepada kenalan dan sanak saudara,” katanya.

Mat Yassin berkata, keadaannya kini tidak sekuat dulu tambahan pula sukar tidur malam, memegang barangan malah semua kerja rumah diuruskan tiga anaknya.
Hadir menziarahi Mat Yassin semalam adalah rakan seperjuangannya, Dr Ibrahim Ghaffar yang juga Jawatankuasa dan Koordinator Malam Bacaan Puisi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) serta penyair, Wak Saring.

Menurut Ibrahim, bagi membantu meringankan beban perubatan ditanggung seniman itu, pihaknya akan menganjurkan Malam Ikan-Ikan di Kaca Simfoni Sepi Yassin Salleh yang akan diadakan di Dewan Pena, Jalan Dewan Bahasa kira-kira jam 8 malam esok dan turut menjual buku Simfoni Sepi.

Katanya, buku terbabit dihasilkan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar yang mana ia menggabungkan 263 puisi yang pernah dihasilkan penyair itu.

“Orang ramai dijemput hadir kerana mereka bakal diperdengarkan puisi ciptaan Yassin Salleh. Selain itu, tabung sumbangan turut diedarkan,” katanya.

RM80,000 lesap

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Dua wanita hanya mampu menjerit selepas beberapa minit bergelut dengan dua lelaki dalam satu kejadian samun di pusat beli-belah terkenal di Mutiara Damansara, di sini.
Namun, tindakan mereka menjerit tidak berhasil apabila kedua-dua lelaki terbabit melarikan satu beg galas berisi wang tunai RM80,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamed berkata, dalam kejadian yang berlaku Isnin lalu, dua wanita terbabit yang bekerja di sebuah kedai di tingkat dua pusat beli-belah berkenaan keluar dari kedai menuju ke lif untuk ke bank yang terletak di tingkat bawah.
“Namun, ketika menunggu lif jam 10.40 pagi, mereka didatangi dua lelaki yang menarik beg galas berisi RM80,000 itu.

“Berlaku pergelutan menyebabkan seorang suspek menolak mangsa yang memegang beg galas itu sehingga mangsa terjatuh. Seorang lagi rakan sekerjanya menjerit meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Malangnya, ketika itu pusat beli-belah berkenaan baru mula beroperasi dan ramai peniaga belum memulakan perniagaan dan tiada individu menyedari insiden itu.

Menurutnya, seorang lagi suspek menolak mangsa yang menjerit itu menyebabkan kedua-duanya terjatuh.

Meor berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut.
“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam insiden itu. Polis menghantar rakaman berkenaan kepada Unit Forensik mengenal pasti imej penjenayah terbabit,” katanya.

Katanya, polis merakam keterangan mangsa dan memberitahu kedua-dua suspek tidak bersenjata dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, pihaknya merakam keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan kes seorang pereka aplikasi telefon pintar yang melepaskan diri dalam kejadian samun dan cubaan culik di tempat letak kereta pusat beli-belah yang sama, Ahad lalu.

Beliau berkata, rakaman CCTV di tempat kejadian dihantar kepada Unit Forensik bagi mengenal pasti suspek dan mangsa berusia 20-an itu tampil membantu polis membuat lakaran suspek.

Harian Metro semalam melaporkan satu kenyataan di laman sosial, facebook yang dikeluarkan wanita berusia 20-an itu, dia menyatakan rasa bersyukur kerana melepaskan diri walaupun berdepan dua lelaki bersenjatakan pisau dalam kejadian jam 5.30 petang itu.

Mangsa yang dikenali sebagai Chin berkata, dia yang baru selesai membeli-belah seorang diri meletakkan barangan dibelinya dalam kereta milik teman lelakinya apabila tiba-tiba didatangi seorang lelaki meletakkan pisau di leher dan menutup mulutnya.