Saturday, September 29, 2012

ISLAM DIANUTI TAPI TIDAK DIPELAJARI DAN TIDAK DIAMALKAN...INI KESAN PEMBANGUNAN ROHANI DIABAIKAN...SIBUK DENGAN HIBURAN DAN LUPA AKHIRAT..DAN ASYIK MENGEJAR KEMEWAHAN HIDUP...MASJID DIDATANGI PADA HARI JUMAAT SAHAJA...SOLAT TARAWEH DIUTAMAKAN DARI SOLAT FARDU

‘Sekepala’ buat noda

Oleh Muhd Izawan Baharin, Nurul Huda Kosnon, Shahrul Redzuan Zulkifli dan Rizanizam Abdul Hamid
am@hmetro.com.my

PENGAKUAN...Man dan Liza ketika ditemu bual wartawan Harian Metro.
PENGAKUAN...Man dan Liza ketika ditemu bual wartawan Harian Metro.
KUALA LUMPUR: Keutamaan mereka ialah hiburan dan mendapatkan wang dengan cara mudah. Itu cara hidup segelintir pasangan suami isteri di ibu kota yang ‘sekepala’ menjalani kehidupan yang disifatkan golongan terbabit amat bahagia biarpun diselubungi noda.
“Isteri saya pernah kerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan saya beri keizinan kerana pendapatannya lumayan, boleh cecah sehingga lebih RM10,000 sebulan.
“Lagipun, saya minat hiburan dan suka lepak dengan kawan mendengar muzik,” kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 37.

Man yang mendakwa hanya bekerja sendiri berkata, dia dan isterinya, Liza, 28, baru berkahwin lima bulan lalu.“Tapi, isteri saya baru saja berhenti kerja sebagai GRO sejak sebulan lalu kerana kini dia hamil lima minggu,” katanya.

Lelaki dayus

Oleh YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB
yusliza@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Suami yang tidak marah, malah merelakan isteri melakukan pekerjaan maksiat dan haram di sisi agama, adalah lelaki dayus. Dalam Islam, lelaki dayus tidak boleh masuk syurga,” kata penceramah bebas, Zawiyah Hassan.
Beliau yang juga mantan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sungguhpun suami meredai kerja isteri, ia tetap tidak berguna jika pekerjaan itu jelas melanggar hukum Allah.

“Suami sepatutnya mendidik isteri menjadi lebih baik, baru rumah tangga diberkati Allah. Setiap orang Islam perlu sedar, sebagai hamba, kita diikat dengan peraturan ditetapkan Allah, namun yang dilihat kini, semakin ramai mempermainkan perintah-Nya.
“Jiwa orang yang banyak berbuat dosa dan maksiat akan sentiasa terdorong melakukan perbuatan sama berulang kali atau perbuatan lebih teruk lagi, melainkan jika diberi hidayah Allah atau bertaubat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai cara hidup segelintir suami isteri di ibu kota yang ‘sekepala’ menjalani kehidupan yang disifatkan golongan terbabit sangat bahagia biarpun diselubungi noda berikutan mengutamakan hiburan dan mendapatkan wang dengan cara mudah.

Malah, pasangan baru berkahwin, Man dan Liza, turut mengaku tidak kisah dengan pekerjaan Liza sebagai pelayan pelanggan (GRO) selain diberi keizinan suaminya kerana pendapatannya lumayan hingga mencecah lebih RM10,000 sebulan.
Bagaimanapun, Liza baru berhenti kerja sebagai GRO sejak sebulan lalu kerana kini hamil lima minggu.

Zawiyah berkata, contoh kehidupan demikian menunjukkan pasangan itu atau pasangan seumpamanya menganggap seolah-olah Allah tiada kaitan langsung dengan hidup mereka kerana melakukan apa saja sesuka hati tanpa batasan agama.
“Nasihat saya, segera bertaubat nasuha selagi masih ada kesempatan dan cari rezeki halal kerana rezeki Allah sangat luas di dunia ini. Sanggupkah kita melahirkan zuriat dengan perangai sama kelak?” katanya.

Awasi gejala liberalisme



KUALA LUMPUR: Kehidupan Man dan Liza adalah contoh pasangan suami isteri dalam masyarakat hari ini yang berfikiran liberal dan tidak ambil kisah pandangan orang lain asalkan mereka bahagia.
Kaunselor Berdaftar yang juga Pengarah Urusan Hushim Motivational & Counselling Consultancy, Hushim Salleh berkata, pemikiran segelintir masyarakat yang tergolong dalam kelompok ini amat berbahaya.

Menurutnya, ini kerana cara pemikiran mereka boleh mempengaruhi generasi akan datang yang lama-kelamaan terikut-ikut cara hidup sedemikian.
“Golongan berfahaman liberalisme ini bersikap individualistik dan bagi mereka, hak asasi manusia tiada batasnya sehingga tidak mempedulikan pandangan masyarakat asalkan mereka bahagia.

“Cuba bayangkan 10 tahun lalu, bila ada isteri yang kerja sebagai GRO, sudah tentu heboh satu kampung, tetapi sekarang, perkara itu seolah-olah boleh diterima masyarakat.

“Semua ini berlaku disebabkan budaya liberal yang terlalu berleluasa dan ia bermula dengan sikap tidak ambil kisah atau pandangan paling popular yang sering digunakan, ‘mati, kubur masing-masing’,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, kewujudan kelompok masyarakat sedemikian walaupun sedikit, lama-kelamaan akan mempengaruhi corak kehidupan orang lain. Sehubungan itu, beliau berkata, pihak berwajib perlu memainkan peranan untuk mengelak sebarang bentuk pemikiran dan budaya hidup yang menjejaskan serta menimbulkan kekeliruan terhadap kefahaman Islam.

Mati di pangkuan rakan

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

TEMPAT KEJADIAN...tempat Basri terbunuh. Gambar kecil, Ibrahim.
TEMPAT KEJADIAN...tempat Basri terbunuh. Gambar kecil, Ibrahim.
SEDIH...Ibrahim merenung mayat Basri.
SEDIH...Ibrahim merenung mayat Basri.
ALOR GAJAH : “Saya melompat keluar selepas menyedari gegaran kuat pada traktor yang terhoyong-hayang sebelum hilang kawalan lalu menjunam ke dalam gaung.
“Ketika itu saya lihat tayar kiri traktor tercabut manakala pemandu serta rakan saya (mangsa) terpelanting di laluan di sebelah bawah bukit sebelum traktor itu menghempap mereka.”
Demikian kata Ibrahim Baharudin, 44, selepas seorang rakannya, Basri Hasan, 44, maut dihempap traktor dipandu seorang lagi rakannya dikenali sebagai Arifin berusia 40-an di sebuah ladang di Brisu, di sini, petang kelmarin.

Menurutnya, dia sempat memangku Basri selama beberapa minit sebelum rakannya itu meninggal dunia tidak lama kemudian kerana kecederaan parah manakala Arifin turut cedera parah.Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah kongsi selepas selesai bekerja.

Lepas gian atas pokok

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

BANTU...seorang anggota polis memberi rawatan kepada rakannya yang cedera dalam operasi.
BANTU...seorang anggota polis memberi rawatan kepada rakannya yang cedera dalam operasi.
KUANTAN: Sekumpulan penagih tegar di Tanjung Lumpur, di sini, sanggup bergadai nyawa apabila membina sebuah pondok di atas pokok setinggi lebih lima meter sebagai ‘port’ melepaskan gian.
Lebih menarik, pokok dipilih itu terletak di atas pulau kecil dan kumpulan penagih itu hanya boleh memanjat pokok berkenaan ketika air pasang kerana jika tidak, persekitaran pulau itu berselut hingga paras lutut, sekali gus menyukarkan mereka memanjat.
Difahamkan, pondok di atas pokok itu markas kedua kumpulan berkenaan dan akan hanya digunakan ketika air pasang manakala markas utama mereka adalah sebuah pondok buruk di tebing sungai berdekatan.

Dalam serbuan di kedua-dua lokasi itu malam kelmarin, 17 penagih ditahan ketika sedang asyik melepaskan gian di markas utama manakala serbuan di markas kedua gagal menemui sasaran berikutan air surut.

Serbuan diketuai Inspektor Arman Ibrahim dari Cawangan Risikan, Operasi dan Tahanan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang bersama 35 anggota itu terpaksa membuat pemantauan dan rondaan sebelum terserempak dengan beberapa individu dipercayai penagih menunggang motosikal menuju ke port itu.

Taktik harga longgok



PETALING JAYA: Tapak bazar berhadapan Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, di sini, terus menjadi ‘lubuk rezeki’ kepada peniaga sempena musim haji.
Tinjauan Harian Metro ke lokasi jualan mendapati pengunjung terdiri daripada saudara-mara jemaah dan tidak kurang pula jemaah sendiri begitu terhibur dengan gelagat peniaga dengan ada yang mengambil kesempatan membeli-belah pada saat akhir.

Peniaga, Khairulnizam Mohsin, 33, berkata, peniaga bersaing memenangi hati pelanggan, terutama bagi mereka yang membawa kanak-kanak ke tapak jualan berkenaan.
Menurutnya, dia menggunakan taktik harga longgok yang dilihat ternyata memukau mata sesiapa yang lalu lalang.

“Saya jual satu barang pada harga RM3 dan dua pula pada kadar RM5, tetapi ini hanya untuk alat permainan saja, tetapi produk lain dijual pada harga berpatutan dan tidak membebankan pembeli.

“Selain itu, pakaian seperti jubah, telekung mini dan barang keperluan lain ada juga dijual di sini, bagi memudahkan semua orang,” katanya ditemui ketika sibuk melayan pelanggan.
Khairulnizam berkata, setakat ini sambutan cukup menggalakkan diterima daripada orang ramai, terutama kanak-kanak yang sentiasa terhibur dengan barangan yang ada di gerainya.

Gambar kahwin pelanggan lesap



SEGAMAT: “Anak bertanya mengapa saya hanya membuka separuh saja pintu utama kedai. Saya terus bergegas ke premis perniagaan dan mendapati ia sebenarnya dipecah masuk penjenayah,” kata Tey Chin Chai, 52, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, kedai gambar Tey di Segamat Baru dipecah masuk menyebabkannya kerugian lebih RM6,000 selepas mesin pencetak gambar serta kamera digital dilarikan penjenayah.

Menurut Tey, pada malam sebelum kejadian, dia menutup kedai berkenaan bersama anak lelakinya yang berumur 20 tahun.
“Malam itu, kami menutup dan mengunci pintu utama pada jam 9 malam sebelum pulang ke rumah. Pagi semalam, anak mendapat panggilan telefon daripada pengusaha kedai sebelah memaklumkan pintu premis kami terbuka separuh,” katanya.

Menurutnya, anaknya menghubunginya bertanyakan mengapa dia tidak membuka keseluruhan pintu berkenaan.

Tey yang ada di rumah ketika itu terkejut dan bergegas ke kedainya sebelum memeriksa keadaan di dalam premis berkenaan.
“Penjenayah hanya memotong mangga almari kaca sebelum melarikan kamera serta cakera padat (CD) mengandungi gambar perkahwinan pelanggan.

“Ini kali ketiga kedai saya dipecah masuk sejak memulakan perniagaan 10 tahun lalu. Saya pernah kerugian RM50,000 selepas premis di Labis diceroboh masuk beberapa tahun lalu,” katanya.
Tey kini mempertimbangkan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premis perniagaannya.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, semalam.

Didakwa noda, liwat anak kekasih

AMPANG: Seorang subkontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas dua tuduhan merogol dan meliwat anak kepada teman wanitanya, iaitu kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun antara Februari hingga September lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Nazarul Rizman Mohd Nor, 30, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan apabila pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama, Nazarul Rizman didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabie iaitu dengan memasukkan kemaluan ke dalam dubur mangsa.
Perbuatan itu dilakukan antara Februari hingga 21 September 2012 jam 8 pagi di sebuah apartmen di Taman Bukit Indah, Ampang. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh pada masa dan tempat sama didakwa merogol kanak-kanak sama dan didakwa mengikut seksyen 376 (2) (C) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara mandatori maksimum 30 tahun yang juga boleh dikenakan hukuman rotan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzi, meminta mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana jenayah yang dilakukannya berat dan dikhuatiri mengganggu mangsa.

Friday, September 28, 2012

PEMBANGKANG KUAT RAKYAT UNTUNG...BAJET RAKYAT DAPAT DUIT...BUAT MACAM2 KERANA NAK MENANG..... NAMA ISLAM...TAK TAHU KE...DEDAH AURAT TU HARAM

Mayat pelombong gagal dikeluarkan

BEBERAPA ahli keluarga Sze Chun tidak dapat menahan kesedihan selepas mayatnya gagal dibawa keluar di Gunung Tabai, Bau semalam.


KUCHING – Misi mengeluarkan mayat pelombong emas haram yang mati dihempap dua bongkah batu sebesar kereta Perodua Kancil di kaki Gunung Tabai dekat sini awal pagi kelmarin, dihentikan terus petang semalam atas faktor keselamatan.
Ia ekoran operasi semakin rumit selepas berlakunya runtuhan baharu bongkah batu dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Zainol berkata, operasi selama dua hari tersebut dihentikan kira-kira pukul 4 petang kerana masih banyak lagi bongkah batu yang tidak dapat dialihkan.
Menurutnya, disebabkan struktur terowong tersebut tidak stabil dan diburukkan lagi dengan runtuhan terbaharu, misi mengeluarkan mayat mangsa, Lee Sze Chun, 37, di kaki gunung tersebut terpaksa ditamatkan serta-merta.
“Pasukan menyelamat terpaksa dikeluarkan dari terowong terbabit selepas berlaku runtuhan kerana kita tidak mahu berlakunya kehilangan nyawa membabitkan anggota penyelamat.
“Pada masa yang sama, saya mewakili pasukan mencari dan menyelamat memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa kerana gagal membawa keluar mayat Sze Chun.
“Bukan kita tidak mampu menggalas tugas itu tetapi kita juga perlu memikirkan keselamatan anggota penyelamat,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian dekat sini semalam.

Rakyat tunggu ‘hadiah’ Bajet 2013


NAJIB menunjukkan cadangan Bajet 2013 selepas melakukan tinjauan persiapan terakhir di Kementerian Kewangan di Putrajaya malam tadi. Turut hadir ialah, Menteri Kewangan Dua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kiri), Timbalan-timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein (dua dari kanan) dan Datuk Donald Lim Siang Chai (kanan).


KUALA LUMPUR – Jika bajet yang dibentangkan pada tahun lalu sarat dengan berita gembira dan durian runtuh untuk rakyat, kini sentimen itu pastinya berulang lagi pada pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Parlimen hari ini.
Sudah tentu semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung tertunggu-tunggu satu lagi pembentangan bajet yang prihatin kepada rakyat.
Antara perkara yang diharapkan ialah hadiah untuk rakyat daripada pelbagai latar belakang pendapatan ketika menghadapi kenaikan kos sara hidup termasuk keperluan harian yang semakin melambung.
Turut mendapat perhatian ialah bagaimana bajet kali ini mahu menang

Harapan rakyat Kelantan


KAMARUDDIN menunjukkan kad yang akan diedarkan kepada rakyat Kelantan di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Anak kelahiran Kelantan termasuk yang tinggal di luar negeri ini berpeluang menyatakan harapan mereka kepada kerajaan negeri akan datang menerusi 200,000 kad yang diedar gabungan badan bukan kerajaan yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar).
Kumpulan itu melancarkan kempen ‘Harapanku’ pada 22 September lalu dan akan berlangsung hingga 22 November ini.
“Kami telah menerima kembali lebih 5,000 kad Harapanku dan yakin mampu mengutip sekurang-kurangnya 180,000 keping kad apabila kempen tersebut berakhir,” kata Pengerusi Tukar, Kamaruddin Kassim di sini semalam.
Beliau sebelum itu mengedarkan lebih 1,000 kad kepada orang ramai di Pasar Besar Siti Khadijah di sini.
Harapanku bertujuan mengumpulkan hasrat anak Kelantan untuk disampaikan kepada kerajaan negeri yang akan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Kamaruddin berkata, bagi perantau, mereka boleh melayari laman Facebook di www.facebook.com/groupe/22harapanku/ atau laman sesawang, 22harapanku.webs.com.
ani kenaikan harga tanah dan rumah secara mendadak khususnya di bandar-bandar utama.
Menurut pemerhati pasaran, Bajet 2013 mungkin membantu golongan pertengahan yang memperoleh pendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000 untuk memiliki rumah kediaman melalui Skim Rumah Pertamaku.
Skim Rumah Pertamaku telah dilancarkan tahun lalu dan ia disasarkan untuk membantu golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Peniaga rentung di dalam Innova


KEADAAN Toyota Innova milik Yan Seng yang hangus selepas melanggar pokok di Lebuh AMJ berhampiran Cheng semalam.


MELAKA – Hajat seorang lelaki mahu membuka perniagaan menjual alat penggera dan kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Melaka Perdana, Alor Gajah pada Sabtu ini tidak kesampaian apabila dia mati rentung selepas kenderaan Toyota Innova yang dipandunya melanggar pokok di Lebuh AMJ berhampiran Cheng di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi itu, Chan Yan Seng (gambar kecil), 32, mati di tempat lokasi apabila kenderaan yang dipandunya hangus terbakar manakala mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, semasa kejadian, Yan Seng memandu seorang diri dari arah Cheng Perdana menuju ke Alor Gajah.
“Ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan tersebut terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebatang pokok menyebabkan kenderaan itu terbakar dan mangsa yang tersepit rentung,” kata beliau ketika dihubungi di sini.
Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Nelayan menderita sungai tercemar


NELAYAN Bagan Sungai Buloh menunjukkan sampel air sungai yang berwarna kehitaman dan busuk di Jeram, Kuala Selangor semalam.


KUALA SELANGOR – Kira-kira 400 nelayan di Bagan Sungai Buloh, Jeram di sini kecewa apabila hasil pendapatan mereka yang sebelum ini mencecah RM3,000 sebulan kini merosot hampir 50 peratus akibat pembuangan sisa kumbahan di sungai tempat mereka mencari rezeki.
Lebih malang, sebilangan nelayan yang mengusahakan ternakan kerang mendakwa mengalami kerugian besar apabila modal dilabur kira-kira RM100,000 seorang masih tidak membawa pulangan. Hal tersebut berlaku kerana hasil kerang yang diperoleh berkurangan daripada 10 tong kepada dua tong ketika ini.
Berikutan keadaan yang berlarutan sejak hampir lima tahun itu, kebanyakan mereka terpaksa mencari pekerjaan lain bagi menyara kehidupan.
Seorang nelayan, Jamaluddin Mohd. Isa, 43, berkata, walaupun pelbagai aduan sudah dibuat kepada pihak bertanggungjawab termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) namun sungai yang dikenali sebagai Sungai Buloh itu masih tercemar.

‘Tiada jodoh, mahu selesai cepat’


Aida ketika hadir memfailkan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – “Tiada jodoh.” Demikian alasan penerbit dan pelakon, A. Aida merujuk kepada perkahwinannya dengan seorang pegawai polis di Jabatan Logistik Bukit Aman yang kini bagai retak menunggu belah.
Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam untuk menuntut cerai secara baik daripada suaminya, Deputi Superintendan (DSP) Suffian Sulaiman, 44, yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat di Jabatan Logistik Bukit Aman.
Penerbit drama kontroversi Halimah Jongang itu selaku plaintif hadir diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong dan memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984.
Menurut Aida, perkahwinan yang dibina selama lima tahun itu sudah tiada persefahaman dan mereka juga sudah tiada jodoh.
Bekas isteri kepada vokalis kumpulan Spring, Ameng itu dilihat cuba mengelak apabila ditanya punca perceraian tersebut.
“Saya sudah berbincang dengan keluarga dan anak-anak, keputusan ini (bercerai) telah direstui dan saya juga memberitahu hal yang sama kepada suami.
“Sekarang ini saya terlalu sibuk dengan penggambaran drama slot Samarinda dan telemovie, perkara ini terlalu mengganggu dan saya mahu selesai cepat-cepat,” katanya tanpa mahu mengulas sama ada masih tinggal serumah atau sebaliknya dengan suami.

1,000 jemaah haji wanita Nigeria terkandas di Jeddah

SEKUMPULAN jemaah haji wanita meninggalkan balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mallam Aminu Kano sebaik sahaja mereka tiba dari Jeddah pada Rabu. Mereka tidak dibenarkan memasuki Mekah kerana tidak ditemani oleh mahram.


ABUJA - Kerajaan Arab Saudi telah menolak kemasukan lebih 1,000 jemaah haji wanita dari negara ini kerana tidak ditemani oleh lelaki atau mahram masing-masing, kata beberapa pegawai Nigeria kelmarin.
Semua wanita itu mulai tiba di lapangan terbang antarabangsa Jeddah, Arab Saudi Ahad lalu jelas satu laporan yang dikumpul oleh Suruhanjaya Haji Kebangsaan Nigeria yang mengawal selia jemaah haji Nigeria ke Mekah.
"Apabila ditanya oleh pegawai Suruhanjaya Haji Kebangsaan, mereka diberitahu bahawa jemaah haji itu ditahan kerana tiada mahram," kata laporan yang diserahkan kepada wakil jawatankuasa hal ehwal luar Nigeria.
Kira-kira 171 jemaah haji wanita itu pulang ke Nigeria menerusi satu penerbangan kelmarin.
"Mereka tidak diusir, sebaliknya dihantar pulang oleh Suruhanjaya Haji Kebangsaan kerana malu dengan pihak berkuasa Arab Saudi," kata jurucakap suruhanjaya, Umar Bala kepada agensi berita AFP.
Satu perbincangan dua hala sedang dijalankan di antara para pegawai kedua-dua negara bagi menyelesaikan isu itu, tambah beliau.
Katanya, seramai 1,000 jemaah haji wanita masih terkandas di lapangan terbang sama. - AFP

Bekas pengarah narkotik Singapura dituduh meminta khidmat seks


NG bersama isterinya meninggalkan mahkamah dengan menaiki sebuah kereta selepas perbicaraannya selesai.


SINGAPURA - Seorang saksi utama kelmarin memberi gambaran jelas mengenai hubungan intimnya dengan seorang bekas pegawai polis Singapura yang dituduh menuntut khidmat seks sebagai balasan untuk membantu mendapatkan kontrak bekalan kerajaan.
Saksi itu, Cecilia Sue, 36, yang menjual teknologi komputer kepada agensi kerajaan berkata, Ng Boon Gay, 46, memberikan maklumat sulit kepadanya bagi membantu mendapatkan kontrak ketika tertuduh menjadi Pengarah Biro Narkotik Pusat pada tahun 2011.
Pihak pendakwa raya berkata, Ng meminta seks oral daripada Sue sebanyak empat kali bagi melanjutkan kepentingan perniagaannya.
Tindakan itu nyata melanggar undang-undang antirasuah di negara ini. Bukti baharu yang dibentangkan di mahkamah menunjukkan mereka pernah mengadakan hubungan seks.
"Saya tanya dia sekiranya ada bajet lebih. Adakah ia kira-kira $300,000? Dia menyebut ia lebih kurang beberapa ratus ribu (dolar Singapura)," kata Sue ketika disoal siasat oleh pihak pembelaan.
Ditanya sama ada Ng mempengaruhi keputusan pemberian tender untuk membekalkan perkakasan dan perisian komputer kepada lembaga narkotik dengan memberitahu bajet, Sue menjawab: "Ya!"
Kelmarin, Sue memberitahu mahkamah dia membuat keputusan untuk melaporkan kelakuan Ng kepada pihak berkuasa kerana takut. Tetapi peguam bela mempersoalkan kredibilitinya. - AFP

Wanita Nepal bersuami dua


GAMBAR pada 18 September menunjukkan Pasang (kiri) bersama abangnya, Mingmar Lama yang berkongsi seorang isteri bersama dua anak mereka. - AFP


UPPER DOLPA, Nepal – Apabila Tashi Sangmo berusia 17 tahun, gadis itu mengahwini jirannya yang berumur 14 tahun dan adik lelakinya di sebuah kampung di pedalaman banjaran Himalaya di Nepal.
Pada zaman dahulu, anak-anak lelaki dalam hampir setiap keluarga di rantau ini akan berkongsi seorang wanita sebagai isteri.
Dikenali sebagai poliandri, amalan tersebut semakin terpinggir setelah masyarakat Nepal terdedah kepada budaya kehidupan moden.
Namun, beberapa buah perkampungan terpencil di Himalaya masih mengamalkan budaya bersuami lebih daripada satu itu.
“Budaya ini memudahkan hidup wanita kerana segala harta kekal dalam satu keluarga. Tiada pembahagian kekayaan dalam kalangan isteri seperti amalan poligami,” kata Sangmo.
“Semua pendapatan dikawal oleh saya. Mereka (suami-suaminya) pula bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga ini,” tambahnya.
Apabila Sangmo berkahwin dengan Mingmar Lama 14 tahun lalu, kedua-duanya faham bahawa adik lelaki suaminya, Pasang akan menyertai rumah tangga mereka kelak.
Ketika itu, Pasang baru berusia 11 tahun.
Keluarga berkenaan kini memiliki tiga anak lelaki dengan masing-masing berusia lapan, enam dan empat tahun.
“Saya mahu berkongsi ikatan perkahwinan ini bersama abang saya kerana hidup kami akan menjadi lebih mudah,” kata Pasang, 25, di rumah mereka yang terletak di kampung Simen pada ketinggian 4,000 meter dari aras laut.
Masyarakat terpencil di rantau ini mengamalkan poliandri bagi mengelakkan sesebuah keluarga membahagi-bahagikan harta mereka.
Perasaan cemburu pula tidak wujud dalam kalangan mereka.
“Saya tidak cemburu berkongsi isteri dengan abang saya. Jika saya cemburu, pastinya saya
akan mengahwini wanita lain,”
kata seorang lagi pemuda
yang mengamalkan budaya poliandri yang dikenali sebagai Pema.
Dia dan abangnya, Karma dengan rela hati berkongsi seorang isteri berusia 30 tahun, Shitar Dorje.
Keluarga poliandri biasanya bersikap tidak kisah berhubung isu bapa kandung dengan anak-anak mereka memanggil kedua-dua bapa dan bapa saudara sebagai “ayah”.
Rantau terpencil ini terletak sekitar 500 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu. – AFP

Penyelam tanda ikan jerung paus di Galapagos


SEEKOR ikan jerung paus dilihat di Kepulauan Galapagos pada 11 September lalu. - REUTERS


KEPULAUAN GALAPAGOS, Equador – Pihak Taman Negara Galapagos, Yayasan Charles Darwin dan Universiti California melaksanakan operasi penandaan ikan paus jerung di sekitar kepulauan ini.
Beberapa penyelam daripada tiga organisasi tersebut melekatkan penanda elektronik ke sirip spesies ikan terbesar di dunia itu.
Penanda elektronik tersebut dihubungkan dengan sebuah satelit bagi memudahkan lokasi ikan tersebut dikesan.
Projek berkenaan bertujuan untuk memudahkan saintis-saintis memahami proses migrasi spesies itu secara lebih mendalam pada peringkat tempatan, serantau dan global.
Kepulauan Galapagos yang merupakan milik Equador terletak di Lautan Pasifik timur, sekitar 972 kilometer ke barat pantai negara berkenaan di rantau Amerika Selatan. – Agensi

Pamer tarian tradisi pelbagai kaum



SEGALANYA bermula semenjak mengutip pengalaman membuat persembahan tarian di kompleks beli-belah tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Ketika itu, Azim Riaz Ramjan Din hanya berusia dalam lingkungan belasan tahun. Seawal usia remajanya itu, dia sememangnya tidak segan dan aktif membuat persembahan di khalayak ramai tidak kira masa dan tempat.
Memandangkan orang ramai peka pada kebolehan dan bakatnya, semakin lama semakin banyak mendapat permintaan untuk mengadakan pertunjukan.
Melihat perkembangan itu, Azim yang kini berusia 31 tahun mula mengenakan bayaran serendah RM200 kepada mana-mana pihak yang mahu mendapatkan perkhidmatan persembahan tariannya. Pada masa yang sama, dia turut menyertai kumpulan lain untuk mengadakan persembahan.
Berdasarkan pengalamannya menimba pengalaman di ruang legar kompleks hingga ke pentas pertunjukan berbayar, dia menubuhkan sebuah pertubuhan tarian yang dinamakan Mast Millennium Dancers pada tahun 1997 dengan sokongan sepupunya, Mohd. Sham Mohd. Abdul Satar, 32.
Bagaimanapun, pada tahun 1998, dia terpaksa mengehadkan aktivitinya kerana mahu memberikan tumpuan bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Berkat mendapat keputusan peperiksaan yang membanggakan, Azim melanjutkan pengajian ijazah dalam jurusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Anglia Ruskin di United Kingdom selama tiga tahun. Walaupun sibuk dalam dunia akademik, minatnya terhadap seni itu tidak pernah terkubur.
Kembali aktif
Sebaik pulang Malaysia, anak jati Kuala Lumpur itu kembali aktif membuat persembahan. Pada mulanya, dia bersama sepupunya sekadar membuat persembahan pada majlis perkahwinan saudara-mara.
Persembahan mereka sentiasa mendapat pujian. Dari situ, mereka mula berfikir untuk mengembangkan seni itu dengan menarik lebih ramai ahli untuk menyertai mereka.

KEUNIKAN kumpulan yang telah ditubuhkan sejak 15 tahun kini mendapat perhatian dari luar negara.


“Mujur, ketika itu ada rakan-rakan lain yang turut berminat,” katanya yang sempat melalui fasa pasang dan surut dalam menjalankan perkhidmatan kumpulan penari itu.
Bagaimanapun, Azim sama sekali tidak menduga nasib kumpulannya itu akan berubah. Perkara yang ditanamkan oleh anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu dalam diri dan juga fikiran ahli kumpulannya ialah agar terus bersemangat dan jangan mudah berputus asa.
Azim mula mempelajari kehendak pasaran dan juga corak permintaan pelanggan. Dia dan kumpulannya juga semakin memahami hala tuju bakat mereka itu.
Secara berperingkat, mereka memantapkan skil dan pengetahuan tentang pelbagai jenis tarian, termasuk jenis gerak tari berlatarkan etnik. Seiring itu juga, nama Mast Millennium Dancers mula mendapat perhatian ramai.
Separuh masa
Walau bagaimanapun, dia bersama ahli-ahlinya hanya menceburi bidang tersebut secara separuh masa memandangkan mereka mempunyai kerjaya masing-masing.
Dalam kesibukan mengimbangi tugas dalam dunia kerjaya hakiki, majoriti ahli-ahlinya yang bekerja sebagai kakitangan swasta akan berkumpul sekerap dua hari dalam seminggu untuk membuat latihan tarian.
Disebabkan keperluan yang ringkas dan hanya membuat persembahan mengikut permintaan, mereka tidak memerlukan studio khas bagi rutin latihan mereka.
“Bukan mahu mendabik dada kerana boleh bertahan hampir 15 tahun, cuma apa yang boleh dikatakan kejayaan ini antara lain disebabkan kerjasama sesama ahli,” ujar Pengarah Urusan di Ajensi Riaz Sdn. Bhd. itu.
Cerita anak kelahiran Pakistan itu lagi, kumpulannya memiliki keunikan tersendiri dengan penglibatan ahlinya yang terdiri daripada Melayu, India dan Punjabi.

MAMPU melakukan pelbagai jenis tarian.


Kumpulan yang sememangnya pakar dalam tarian Bollywood itu turut mampu memeriahkan sesebuah acara dengan persembahan tarian hip hop, salsa, jazz, flamenco, tarian klasik India, tarian zapin, joget, inang, mak yong dan tarian tradisional Borneo.
Tidak ketinggalan tarian eksotik seperti tarian gelek, tarian api, tarian merak dan tarian singa.
“Kami mendapat permintaan yang tinggi terutama pada penghujung tahun kerana ketika itu banyak majlis perkahwinan berlangsung,” kata Azim yang turut mendapat permintaan daripada kenalan yang menetap di Bangkok, Thailand, Brunei, Singapura dan Indonesia.
Ada yang sanggup membuat tempahan setahun sebelum perkahwinan anak mereka kerana khuatir tidak mendapat perkhidmatan kumpulan berkenaan.
Harga persembahan
Ketika ditanya mengenai bayaran untuk perkhidmatan mereka, Azim memberitahu, harga yang dikenakan bermula dari RM1,000 hingga RM30,000.
Harga tersebut bergantung kepada tempoh persembahan, jenis tarian, dan bilangan jenis tarian yang dikehendaki oleh pelanggan.
“Kita menetapkan harga itu berdasarkan persembahan dan pakej yang merangkumi sistem bunyi, pencahayaan, penyanyi, juruvideo, pengacara dan beberapa perkhidmatan tambahan lain.
Koreografer kumpulan berkenaan, Mohd. Sham berkata, dia sering kali membuat pembaharuan dengan menyelitkan pelbagai jenis langkah tari dalam persembahan mereka.
Selain itu, dia mengakui akan cuba menyelitkan idea-idea baharu dalam koreografi tariannya supaya persembahan kumpulan itu tampak menyerlah.
Dia yang turut merupakan pereka fesyen memberitahu sebelum membuat persembahan dia sendiri akan mereka bentuk pakaian ahli-ahlinya.
“Kostum akan dibuat selaras dengan lagu-lagu yang akan dimainkan sepanjang persembahan,” ujarnya.
Tidak mahu bidang itu terhenti di situ sahaja, dia turut bersedia mengajar seni tarian kepada sesiapa sahaja yang berminat.
“Kebiasaannya, saya akan ke tempat mereka untuk mengajar manakala harganya bergantung kepada jenis tarian,” jelasnya.

ALHAMDULLILAH KEPADA ALLAH SWT...TERIMA KASIH PADA KERAJAAN....SYABAS KEPADA PEMBANGKANG...KERANA PEMBANGKANG KUAT BONUS NAIK...BAGI RAKYAT DUIT...NAIK PENCEN...DLL...JIKA PEMBANGKANG TAK KUAT ADAKAH DAPAT....HANYA ALLAH TAHU KENAPA JADI MACAM NI...RAKYAT KENA BIJAK BERFIKIR....SAPE YANG HIDUP MEWAH DAN KAYA RAYA...HUTANG JUTA2 TAK PAYAH BAYAR....

Pembangkang sambut sinis Bajet 2013
  • Wartawan Malaysiakini
  • 7:30PM Sep 28 2012
 
Pembangkang hari ini menyambut sinis pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Berikut petikan beberapa pemimpin utama pembangkang berhubung pembentangan sebentar tadi:

Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang


anwar ibrahim interview with malaysiakini 5Belanjawan biasanya memberikan unjuran berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik.

Kedua-dua ini nampak tak disentuh sangat tapi nampak beberapa gimik politik yang agak keterlaluan.

Tentunya ada beberapa isu kita boleh jawab umpamanya disentuh tentang perumahan yang besar tetapi tidak pernah dicapai seperti kita harapkan."

Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang

Jelas bajet ini bajet pilihan raya kerana ia tidak mengambil kira keadaan fiskal atau keadaan kewangan negara.

NONEKalau kita lihat belanja tahun lepas ia telah lebih belanja RM20 bilion.... Kalau kita lihat. Hutang naik 456 bilion tahun lepas kepada 502 bilion untuk akhir tahun ini.

Jadi jelas ia bajet pilihan raya untuk beli undi tapi kita harap bukan sekadar beli undi tapi menjadikan kroni-kroni kaya sahaja.

Kita lihat di sini yang dapat manfaat kroni-kroni dengan projek yang dijanjikan. Kita lihat kalau tahun depan Pakatan menang ini mungkin akan buat kita lebih susah lagi.

Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor

Ia (belanjawan) masih berkisar soal isu makro dan bukan isu-isu berkaitan rakyat.

Salahuddin Ayub, naib presiden PAS
Asas kekuatan ekonomi tidak disentuh secara kukuh dalam bajet kali ini. Banyak fokus yang menjurus kepada pemberian undi. Kena kembali kepada asas dan pecahkan sistem monopoli.

"Bajet yang sangat jelas menjurus kepada pemberian undi yang tidak dapat dielakkan ekoran terlalu banyak pengumuman pemberian tunai.

"Bajet Pakatan lebih bersifat fundamental dan punya objektif yang kukuh untuk menyelesaikan masalah rakyat jika memilih Pakatan.

Datuk Mahfuz Omar, naib presiden PAS

NONEIni bajet panik kerajaan kerana ia berasaskan pemberian yang diumumkan dan di akhirnya memang menyeru harapan rakyat supaya bagi peluang kepada Umno-BN sekali lagi.

Kerajaan panik dengan gelombang kebangkitan rakyat. Bajet yang tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi.

Ada lagi unsur ketirisan dan nak kayakan kroni bukan untuk rakyat.

Dengan hutang negara telah mencecah RM476billion hutang negara, kerajaan masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara.

Anthony Loke, ketua Pemuda DAP

Ia untuk membeli pengundi dari pelbagai sektor. Gula-gula paling jelas ialah rebat pembelian telefon pintar RM200. Ia jelas mensasarkan pengundi pertama kali. Begitu juga dengan baucar dan sebagainya.

Penjawat awam dengan bonus sebulan setengah... Ini pertama kali bonus untuk penjawat awam naik kepada sebulan setengah.

Tujuannya untuk mendapatkan sokongan kelompok ini dalam pilihan raya.

Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor)

NONEJelas bahawa bajet PM seolah-olah tidak mengambil latar belakang fizikal dan hanya disusun untuk mendapatkan undi.

Ini kita sudah jangkakan. Perbelanjaan sepatutnya bertanggungjawab dan ini berlaku sebaliknya.

Segala pemberian one-off bermakna Najib hanya mahukan undi untuk pilihan raya umum.

Ringkasnya, walaupun bajet PM dan belanjawan Pakatan bersifat popular dan populis - opular untuk memenuhi kesejahteraan rakyat - populis hanya memberikan beban pada rakyat.


Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera)

Belanjawan ini tiada idea baru dan hanya mengulangi dasar memberikan wang di sana sini serta membeli undi.

Kenapa saya kata tiada idea? Ia seperti memberitahu pelajar "saya beri kamu wang untuk tuisyen" daripada memperbaiki kualiti pendidikan.
Cuepacs: Bukti ekonomi M'sia baik
9:26PM Sep 28 2012  
Berikut reaksi positif pemimpin NGO, persatuan pesara kerajaan, peladang dan nelayan selepas pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan di Dewan Rakyat petang ini.
Datuk Omar Osman, presiden Cuepacs

NONEKerajaan pastinya telah mengkaji semua perkara sebelum membuat keputusan memberi bonus itu. Ia menunjukkan kerajaan perihatin dengan kehendak penjawat awam dan sentiasa berusaha memenuhi permintaan mereka setiap tahun.

Cuepacs juga melihatnya sebagai bukti bahawa negara mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik.
Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh, presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia

Kesemua pesara amat menghargai pemberian kerajaan dan akan berusaha menggunakan wang itu secara berhemah... Janganlah berbelanja sewenang-wenangnya.

Lawatan sambil belajar ke luar negara boleh memperkayakan pengalaman untuk faedah hidup rakyat dan negara.
Datuk Harun Hashim, presiden Persatuan Pesara-Pesara Kerajaan Malaysia Kedah

Dengan kenaikan kadar pencen ini, ia dapat membantu meringankan beban pesara, terutama yang tidak ada punca pendapatan lain selain pencen.

Kami berharap kerajaan akan terus prihatin dan mengambil kira jasa yang telah disumbangkan oleh golongan pesara ketika kami berkhidmat dengan kerajaan dahulu.
Abdul Rahman, pengurus besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas)

Dengan adanya skim perlindungan ia menambah keyakinan pesawah-pesawah untuk bersama kerajaan bagi mencapai tahap sara diri pengeluar padi negara dengan lebih cepat.

Secara dasarnya peruntukan untuk program tanam semula dan perlindungan padi mengambarkan keyakinan kerajaan menerusi bidang pertanian dalam turut sama menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi pada 2020.
Omar Abdul Rahman, pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Selangor

Kami gembira apabila kerajaan menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilogram bagi tangkapan ikan dan memperkenal skim perlindungan insurans nelayan.
Pemimpin BN sambut baik bajet Najib
9:15PM Sep 28 2012  
Bajet 2013 yang dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak petang tadi disambut pemimpin kerajaan dan BN.

Berikut reaksi positif mereka yang dilaporkan:

Datuk Seri Noh Omar, menteri pertanian dan industri asas tani

NONEIa adalah bajet yang baik. Pertama kali kerajaan memperkenalkan insurans untuk penanam padi.

Kalau padi mereka musnah kena banjir atau penyakit mereka ada insurans.
Datuk Seri Musa Aman, ketua menteri Sabah

musa amanBelanjawan ini mengambil kira kepentingan, kesejahteraan rakyat dari petani, nelayan, belia, wanita, penjawat awam, pekerja swasta, golongan Orang Kurang Upaya (OKU), peniaga dan masyarakat korporat.
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menteri belia dan sukan
ahmad shabery cheekIni adalah peruntukan terbanyak yang kita perolehi bagi persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2016. Ternyata ia menunjukkan betapa serius perdana menteri kita kepada sukan negara.

Beliau (perdana menteri) faham sukan bukan sekadar pingat semata-mata tetapi ia berkaitan dengan soal melonjakkan imej, moral, menyatupadukan rakyat dan memberikan inspirasi kepada generasi muda untuk terlibat dalam sukan.

Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Ketua Umno Cheras

NONEPotongan 20 peratus kepada pemimjam (PTPTN) yang membayar hutang sekaligus dan 10 peratus kepada mereka yang konsisten membayar balik pinjaman tersebut mulai Oktober ini merupakan satu kelonggaran dan meringankan beban semua pihak.

Bantuan RM100 kepada setiap pelajar membabitkan 5.4 juta pelajar merupakan tanggungjawab kerajaan bagi meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah yang berdepan dengan masalah kewangan pada awal musim persekolahan.

Begitu juga RM3.7 bilion diperuintukkan untuk meningkatkan latihan kemahiran di bidang teknikal dan vokasional, ia merupakan pelaburan masa depan untuk melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran tinggi.
Bonus sebulan setengah pada penjawat awam
4:04PM Sep 28 2012  
LANGSUNG Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2013 yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia.

Berikut intipati pembentangan beliau:

Pembuka kata
- Kerajaan tidak pernah menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala.

- Naskhah bajet ini penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana terus meletakkan kepercayaan kepada kerajaan.
- Asas ekonomi kukuh membolehkan ekonomi negara di landasan teguh.

Gambaran umum

- Pendapatan per kapita negara sebanyak RM31,000 dan rizab antarabangsa sebanyak RM432.2 bilion.

- Hasil kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.

- Defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012.

- Perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.

Isi penting
- Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
   
- Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
   
- Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
   
- Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
   
- Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
   
- RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

- Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

- Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

Industri halal
- SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

- Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.

- Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.

Petani, nelayan & penjaja kecil - Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

- Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.

- Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.

- Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.

- Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

Galakan amanah perniagaan

- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

- Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

- RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

- Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

- Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

Pasaran modal

- Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).

- DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

- Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

- Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

- Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

- Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

- RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.


Pasukan keselamatan
- Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.

- Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.

- Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.

- Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
- Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.

- Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.

- Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.

- SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).

Imbuhan
- Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.

- Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.

- Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.

- Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.

- Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.

- Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

- Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.

- Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.

- Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.

- Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.

- Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.

- Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.

- Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.

- Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).

- Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.
- Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam.
 .[UCAPAN PENUH BAJET 2013]


Najib bentang bajet 2013
  • Bernama
  • 4:15PM Sep 28 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, yang keempat bagi beliau sebagai Menteri Kewangan.
  
Berpakaian baju Melayu berwarna hijau lengkap bersamping, Najib mula membentangkan Bajet, bertema "Memakmur  Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" pada 4 petang, dan ia disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen radio dan televisyen utama.
  
Dengan pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja, rakyat Malaysia teruja untuk  mengetahui apakah berita baik untuk mereka dalam Belanjawan kali ini berikutan kebimbangan mereka terhadap punca pendapatan yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan mereka.
  
Rakyat mengharapkan kerajaan akan menangani isu-isu berkenaan dan pada masa yang sama memastikan keadaan ekonomi negara kekal kukuh berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
  
Menjelang pembentangan Bajet hari ini, pakar ekonomi, ahli politik serta rakyat biasa dan setiap lapisan masyarakat telah menyuarakan pendapat mereka mengenai apa yang Najib patut masukkan di dalam Belanjawan.
  
Najib telah menulis dalam blog beliau bahawa Bajet ini disediakan selepas mengambil kira pelbagai pandangan daripada rakyat.

"Terima kasih atas input anda , ini benar-benar mewakili sesuatu yang disuarakan oleh rakyat, untuk rakyat – dan saya berharap semua lapisan rakyat Malaysia dapat melihatnya daripada isu-isu yang ditangani," tulis beliau.
  
Bajet ini akan dibahaskan dan diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula 24 Sept dan akan berakhir pada 27 November.
  
Bajet ini juga adalah yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan berikutan mandat kerajaan akan tamat pada 28 April, 2013. Najib boleh memohon membubarkan Parlimen pada bila-bila masa antara  sekarang dan akhir April.
  
- Bernama
PM akhiri ucapan dengan hentam pembangkang
7:00PM Sep 28 2012  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang ketika membentangkan belanjawan terakhirnya dalam penggal pentadbiran kali ini untuk menyerang pemimpin pembangkang.

Tanpa menyebut nama Anwar, beliau berkata ketua pembangkang itu "tidak melaksanakan apa yang dikokokkan" ketika berada di dalam kerajaan.

NONE"Kalau hari ini mereka menjanji itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila pemimpin berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan.

"Hakikatnya, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang?," katanya.

"Bukankah apabila berhadapan dengan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatkanya?," katanya dalam ucapan di Dewan Rakyat.
Walau tidak menyebut mana-mana individu, serangan itu dilihat ditujukan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan menteri kewangan ketika krisis kewangan Asia melanda.
Najib juga mendakwa, Pakatan Rakyat masih belum menunaikan janji di negeri yang dikuasai mereka.

"Jika kini, di negeri yang ditadbir mereka, apa yang terkandung dalam manifesto mereka sendiri pun masih tinggal janji, mana mungkin mereka boleh dipercayai dengan amanah dan kuasa?," katanya.

Beliau turut menyelar pembangkang apabila mengumumkan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia yang menurutnya "tidak membahayakan masa depan orang ramai".

"Bukan seperti sesetengah pihak, yang sanggup mengatakan apa sahaja, ini percuma, itupun percuma, hutang pun tak perlu bayar," kata Najib.
Katanya, bayaran bantuan yang diumumkan kerajaan hari ini bukanlah pemberian subsidi secara pukal tetapi disasarkan kepada kelompok yang memerlukan.
Dalam belanjawan 2013 berjumlah RM251.6 bilion itu Najib mengumumkan subsidi berjumlah RM37.6 bilion, berkurangan daripada jumlah subsidi RM42.4 bilion dalam belanjawan 2012.
Pendapatan RM10,000 layak Skim Rumah Pertamaku
5:45PM Sep 28 2012  
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, kerajaan meningkatkan had pendapatan isi rumah untuk kelayakan membeli kediaman bawah Skim Rumah Pertamaku kepada RM10,000.

NONEKelayakan itu adalah untuk hartanah yang bernilai tidak lebih daripada RM400,000, katanya ketika dalam ucapan pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Had kelayakan pendapatan untuk pembeli perseorangan dalam skim berkenaan pula ditingkatkan daripada RM3,000 kepada RM5,000.

Syarat syarat keperluan simpanan tiga bulan deposit serta tempoh minimum bekerja juga dimansuhkan, katanya.

Bagi tujuan sama, kerajaan pertuntukan RM1.9 bilion untuk bina 123,000 rumah mampu milik di kawasan strategik, katanya.

"Inisiatif ini akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad dan Jabatan Perumahan Negara," katanya.
Seterusnya, Bernama melaporkan, PR1MA akan membelanjakan RM500 juta untuk membina 50,000 unit rumah dengan harga jualan antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit.
PR1MA juga akan menyediakan Dana Pemudah Cara Perumahan berjumlah RM500 juta untuk membina 30,000 unit rumah secara usaha sama dengan pemaju perumahan swasta, katanya.
NONEHarga rumah yang ditawarkan di bawah program ini adalah 20 peratus lebih rendah berbanding harga di pasaran dan proses pengagihan rumah akan dilaksanakan secara sistem pengundian terbuka, katanya.

Selain itu, sebanyak RM320 juta diperuntukkan melalui SPNB untuk membina 22,855 unit kediaman termasuk apartmen kos rendah dan sederhana, rumah mesra rakyat serta rumah mampu milik, katanya.

"Projek perumahan yang SPNB akan laksanakan segera termasuk membina 1,855 unit apartment kos sederhana dengan keluasan 850 kaki persegi di Shah Alam dan Sungai Buloh yang akan dijual pada harga sekitar RM120,00 hingga 220,000 seunit," katanya.

Bagi program Rumah Mesra Rakyat pula, Najib berkata SPNB akan membina 21,000 unit rumah untuk tahun 2013 yang berharga RM65,000 dengan subsidi sebanyak RM20,000 serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak dua peratus, katanya.

Selain itu, peruntukan sejumlah RM543 juta akan disediakan untuk Jabatan Perumahan Negara melaksanakan 45 projek di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan 20,454 unit rumah yang akan dibina menggunakan kaedah Sistem Pembinaan Berindustri (IBS), yang akan dijual antara RM30,000 hingga RM40,000 seunit berbanding harga pasaran sekitar RM120,000 seunit.
Bajet 2013: Rayuan Najib, sindirian Anwar
Wartawan Sinar Harian
28 September 2012
Parlimen Bajet 2013
Ahli-ahli Parlimen pembangkang mengangkat laporan Bajet Pakatan Rakyat 2013 sebaik tamatnya pembentangan belanjawan oleh Najib Tun Abdul Razak petang tadi. - Foto Bernama
Najib
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Sementara Datuk Seri Najib Tun Razak mengakhiri ucapan Bajet 2013 dengan menegaskan masanya hampir tiba apabila rakyat akan membuat pilihan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mendakwa pembentangan bajet kali ini oleh Perdana Menteri adalah untuk menaikkan popularitinya.

Anwar berkata, pembentangan bajet itu hanya memberi kekayaan ekonomi kroninya sahaja.

Katanya, "ya, dekat pilihan raya, isu untuk menjadikannya (bajet) populariti itu betul, kalau kecil-kecil tak mengapa."

"Tapi Najib perlu menyatakan isu-isu berkaitan harga barang keperluan dan perkhidmatan (GST) perlu difokuskan bukannya dengan hanya memberi insentif," katanya kepada pemberita di luar bangunan Parlimen petang ini.

Sebelum ini, ramai pihak termasuklah pemimpin PR mengatakan Najib akan menggunakan Bajet 2013 sebagai menaikkan kembali popularitinya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini pernah berkata, bajet yang akan dibentangkan Najib hari ini akan menjadikannya sebagai platform untuk meraih kembali popularitinya.

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, kemungkinan trend semasa akan naik semula memandangkan Najib akan mengumumkan Bajet 2013 hari ini.

Justeru, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, bajet yang dibentangkan Najib bersifat gimik politik dan bukan untuk rakyat.

Tambahnya, pembentangan bajet tersebut hanya mengetengahkan ekonomi negara yang kukuh tetapi tidak menekankan cara untuk meningkatkan pendapatan negara.

Dalam ucapannya, Najib yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, masanya hampir tiba apabila rakyat akan membuat pilihan bagi menentukan masa depan mereka dan anak-anak mereka sambil menggesa rakyat memberikan mandate kepada kerajaan yang ada untuk meneruskan dan menambahbaik apa yang ada.

Perdana Menteri berkata persoalan yang perlu ditanya semasa membuat keputusan ialah sama ada kehidupan mereka hari ini lebih baik berbanding semalam dan sama ada hari esok menjanjikan harapan yang sarat dengan peluang serta potensi.

"Jika jawapannya ya, maka tanpa ragu-ragu berilah mandat kepada kerajaan yang ada untuk meneruskan dan menambahbaik apa yang ada," katanya ketika membentangkan Bajet 2013 berjumlah RM251.6 bilion di Dewan Rakyat, hari ini.

Najib yang mengumumkan bahawa Bajet 2013 sebagai yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, berkata ia merupakan antara siri-siri belanjawan yang akan mendorong negara tercinta ke arah pencapaian wawasan nasional.

"Sebagai parti yang telah dimandatkan, kami menyeru rakyat menilai secara kritikal dan rasional akan titipan rekod kejayaan yang dimiliki oleh Barisan Nasional (BN). Kerajaan BN dan sebelum itu perikatan telah selama 55 tahun mencipta kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata, hakikat rakyat telah memberi mandat kepada kerajaan BN sebanyak 12 kali tanpa putus sejak 1959 bermakna sesuatu yang betul telah dilakukan oleh kerajaan sedia ada.

"Kita tahu ada pihak yang menyeru supaya mereka diberi peluang untuk membentuk kerajaan. Secara berlapang dada, dalam sebuah negara yang demokratik, kita faham tidak salah menawarkan diri, kerana mereka juga ada hak,  namun pada akhirnya, rakyatlah yang akan menentukan siapa akan mendapat mandat melalui peti undi," kata beliau.

Sambil memetik madah pujangga, bumi mana tak ditimpa hujan, gading mana yang tidak retak, Najib turut mengakui bahawa kerajaan BN tidak bebas daripada kekhilafan tetapi yang membezakan BN dengan pakatan pembangkang ialah mereka tidak mempunyai ketawadu'an untuk mengakui kesilapan sebaliknya mencipta alasan demi alasan dengan penuh gempita menyalahkan orang lain.

Najib berkata, pucuk pangkalnya, pihak yang menawarkan alternatif ini juga perlu dinilai catatan rekod mereka.

"Kerana mereka bukan tidak dikenali rakyat Malaysia. Malah, ada di kalangan mereka pernah diamanahkan sebagai kepimpinan tertinggi yang mengurus khazanah negara. Tidak cukup dengan itu, hari ini di beberapa negeri mereka juga mengepalai kerajaan.

"Kalau hari ini mereka menjanji itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila kerajaan berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan.

"Hakikatnya, jika kita berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang," katanya.

"Bukankah apabila berhadapan dengan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatnya?" kata beliau.

Katanya jika kini, di negeri-negeri yang ditadbir mereka, apa yang terkandung dalam manifesto mereka sendiri pun masih tinggal janji, mana mungkin mereka boleh dipercayai dengan amanah dan kuasa.

"Ini berbeza dengan kerajaan BN. Apabila berjanji, ditepati. Bahkan sebelum berjanji pun lagi, kita bersikap bertanggungjawab, dengan menentukan sama ada janji itu boleh ditunaikan atau tidak. Bukannya mengambil sikap asal menang, segala-galanya sanggup dipertaruhkan. Sebaliknya bila menang, janji hilang entah ke mana."

Najib berkata, kerajaan BN juga pada hakikatnya tidak pernah menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala kepada rakyat sebaliknya sentiasa menawarkan penyelesaian serta kepimpinan terhadap segala masalah mereka.

Memetik kata-kata seorang ahli falsafah Yunani "The measure of a man is what he does with power" Najib berkata justeru pada hari ini, untuk berkuasa, ada sesetengah pihak sanggup mengadu domba antara agama dan bangsa,  sanggup menggadai segala-galanya hatta prinsip sekalipun demi kerakusan kuasa.

Katanya, kerajaan BN dibimbing prinsip "fastabiqul khairat" seperti yang terkandung dalam ayat al-Quran yang dibacanya di awal ucapannya, iaitu berlumba-lumba melakukan kebaikan.

Beliau turut membidas sikap pihak tertentu yang mencadangkan supaya keseluruhan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan dan menyifatkannya sebagai perbuatan yang amat tidak  bertanggungjawab kerana jika dimansuhkan, rakyat Malaysialah yang akan terbeban menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN.

Katanya, pada hakikatnya kerajaan BN adalah perintis kepada perpaduan kaum yang menjadi teras kestabilan nasional tetapi pihak lain yang ingin menjadi kerajaan merintis kekuatan melalui konflik dan kebencian dan kerajaan  difitnah serta dituduh semahunya.

"Maka, saya menyeru rakyat Malaysia supaya menghakimi Kerajaan BN dengan amal perbuatan bukannya retorik. Marilah bersama-sama saya dan rakan-rakan untuk kita melepas bebaskan segala potensi yang ada bagi membina  sebuah negara yang boleh kita banggakan. Sebuah negara yang mana yang susah dibantu, yang lemah dilindungi, yang berada membantu, yang kuat melindungi, yang muda dikasihi, yang tua dihargai, yang memerlukan dikhidmati  dan yang berbakat digilap.

"Sesungguhnya kita mahukan Malaysia yang tersanjung di persada antarabangsa. Malaysia yang makmur dan aman. Malaysia yang menjadi cahaya dan oasis di tengah-tengah ketidaktentuan global. Mudah-mudahan dengan izin-Nya  dan sokongan padu rakyat, kita bakal membina sebuah realiti dari impian.

Kepada ALLAH kita berserah," katanya mengakhiri ucapan pembentangan Bajet 2013 itu.
Najib umum BR1M 2.0, RM250-RM500
Wartawan Sinar Harian
28 September 2012
 Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Budget 2013 di Bangunan Parlimen, petang ini.
SHAH ALAM - Kerajaan mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia Kedua (BR1M 2.0) iaitu antara RM250 dan RM500.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 manakala RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan
pemberian BR1M sebanyak RM250 kepada rakyat yang masih bujang akan diberikan bermula awal tahun hadapan.
Katanya, "Rakyat bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan diberikan bantuan sebanyak RM250."
"Hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis malah manifesto sebuah kerajaan bertanggungjwab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya pada perbentangan Bajet 2013 hari ini.
Anwar cabar Najib hadir sesi bahas bajet Isnin ini
NURUL AINI MOHAMED ALI
28 September 2012
Anwar Ibrahim
Daruk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar perbahasannya berhubung Bajet 2013 yang dibentangkan beliau, Isnin ini.

Anwar selaku Ketua Pembangkang akan membahaskan cadangan Bajet 2013 Isnin ini.

"Saya cabar najib untuk turut hadir dan mendengar perbahasan Isnin ini.

"Jika selama ini Barisan Nasional (BN) hanya tahu mengkritik apa yang pembangkang lakukan, beliau (Najib) mesti berani juga untuk hadir Isnin ini," tegas beliau ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Bajet 2013.
Bajet 2013: Bonus kakitangan awam ditambah satu bulan
Wartawan Sinar Harian
28 September 2012
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
SHAH ALAM - Bajet 2013 menyediakan bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan kepada kakitangan awam, jumlahnya 1.3 juta orang, sempena sambutan Aidilfitri lalu.
Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.
"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telah pun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.
Najib berkata, pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan.
Bajet: Pencen minimum pesara kerajaan RM820

28 September 2012
Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Budget 2013 di Bangunan Parlimen, petang ini.
KUALA LUMPUR - Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelarasan pencen itu akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Jan 2012.

"Kerajaan tidak akan lupa jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.

"Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, hari ini. 

Sementara itu, kerajaan turut mencadangkan pengurangan caj bayaran pemprosesan pasport berkuatkuasa Januari 2013 dalam usaha mengiktiraf golongan warga emas.

Najib berkata caj bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.

"Manakala, bagi caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80," katanya.

Tambahnya, pengurangan caj bayaran pasport itu turut diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. - Bernama
Inti pati Bajet 2013
Wartawan Sinar Harian
28 September 2012
 Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Budget 2013 di Bangunan Parlimen, petang ini.
BERIKUT inti pati Belanjawan 2013 yang bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini:

 
* Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.

* KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

* Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.

* Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT. 

* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange,  pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

* RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

* Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

* Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.

* Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.

* Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.

* Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.

* Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.

* Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015

* Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015
* Sistem  percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama

* Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk wang"

* Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.

* Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.

* Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.

* Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai

* Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta

* Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.

* Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.

* Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.

* Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.

* Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.

* RM1.2 bilion diperuntukkan untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia KAR1SMA) yang meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja Orang Kurang Upaya serta bantuan penyakit kronik.

* RM400 juta diperuntukkan untuk program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) yang dijangka memanfaatkan 58,330 peserta.

* Menambah enam pusat Anjung Singgah dan mewujudkan lima Anjung Kasih di Hospital Sibu, Miri, Temerloh, Seremban dan Ipoh.

* RM738 juta diperuntukkan bagi pembangunan belia dan sukan. RM15 juta diperuntukkan bagi mempersiapkan para atlet ke kejohanan sukan antarabangsa, RM50 juta lagi untuk tempoh empat tahun khusus untuk persiapan Sukan Olimpik Rio 2016.

* Tahun 2013 diisytiharkan sebagai Tahun Kesukarelawan Nasional.

* RM50 juta diperuntukkan bagi mewujudkan "New Entrepreneur Foundation" untuk membantu usahawan muda dalam bidang ICT dan RM50 juta lagi untuk mewujudkan "Young Entrepreneur Fund".

* Memberi rebat RM200 secara "one-off" bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun.

*RM6 juta diperuntukkan sebagi bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan seni yang berdaftar.
Belia beli telefon pintar 3G dapat rebat RM200
Wartawan Sinar Harian
28 September 2012
Najib
Najib menunjukkan beg berisi buku Laporan Bajet 2013 di perkarangan Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan hari ini. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Golongan belia akan menikmati rebat sebanyak RM200 secara one-off atau bayar sekali bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G, yang bertujuan membuka akses untuk golongan itu kepada lebuh raya maklumat, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.
Perdana Menteri berkata, pakej khas itu, yang akan diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi, terbuka kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
"Sebanyak RM300 juta disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, hari ini.
Najib berkata, kerajaan juga akan menganjurkan Festival Belia Putrajaya yang merupakan perhimpunan belia terbesar negara sempena perisytiharan tahun 2013 sebagai Tahun Kesukarelaan Nasional.
Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini berjaya mengumpulkan kehadiran 1.5 juta belia pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada Mei lepas.
Najib berkata dalam usaha melahirkan generasi belia yang berpersonaliti tinggi, berintergriti, kreatif dan berinovasi, kerajaan melancarkan program Y-Creative yang melibatkan persatuan belia di seluruh negara.
Bagi mengiktiraf peranan belia dalam pembangunan negara, kerajaan akan melancarkan Pertandingan Lautan Biru 1Malaysia for Youth atau 1M4U bagi golongan
itu mempersembah idea-idea kreatif dan inovatif menerusi pertandingan di peringkat tempatan, negeri dan kebangsaan.
"Tiga idea terbaik akan diberikan peruntukan daripada Dana Sukarelawan 1Malaysia," kata Najib.
Katanya bagi membantu usahawan muda dalam bidang informasi, komunikasi dan teknologi (ICT), sebuah yayasan dengan nama New Entrepreneur Foundation akan ditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM50 juta bagi program latihan dan bimbingan.
Selain itu, Young Entrepreneur Fund juga diwujudkan dengan peruntukan RM50 juta, disediakan oleh SME Bank.
Dana pinjaman mudah alih ini adalah untuk belia berumur 30 tahun ke bawah dengan subsidi kadar pinjaman sebanyak dua peratus dan had maksimum pinjaman sebanyak RM100 serta bayaran balik selama tujuh tahun.
Bajet 2013 RM251.6 bilion, garis 5 fokus

28 September 2012
Intipati Bajet 2013
Intipati Bajet 2013
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2013 yang menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara.
Belanjawan yang dibentangkan Najib yang juga Menteri Kewangan itu juga bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.
"Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 berjumlah  RM251.6 billion di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Belanjawan bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" itu bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.
Najib berkata pada 2013, berdasarkan persekitaran ekonomi global yang dijangka lebih baik, pertumbuhan ekonomi negara diunjur berkembang lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus.
"Julung kalinya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal dijangka melepasi paras RM1 trilion," katanya.- Bernama

Belanjawan tidak guna kalau rugi RM28 bilion

Abdul Aziz Mustafa, 28 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Sebaik mana pun belanjawan dibentangkan, ia tidak berguna kepada rakyat kalau perlaksanaan penuh penyelewengan dan rugi RM28 bilion setahun, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Saya tidak boleh kata belanjawan yang dibentangkan oleh (Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) adalah belanjawan yang baik dan bertanggungjawab kepada negara dan generasi akan datang sebab (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri kaitkan Najib dengan perbuatan beli undi.

"Tetapi, kalau Najib mempunyai kebolehan untuk membentangkan belanjawan yang baik sekalipun, ia tidak berguna kepada rakyat apabila Ketua Audit Negara sendiri dedahkan negara mengalami kerugian sehingga RM28 bilion setahun yang diakibatkan oleh kelemahan pengurusan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)," katanya.

Mohamad bersetuju dengan pandangan ramai bahawa belanjawan yang dibentangkan oleh Najib hari ini adalah "belanjawan beli undi".

Dr Mahathir sebelum ini mengakui bahawa tindakan pentadbiran Najib memberi wang tunai kepada rakyat menghampiri kepada pembelian undi.

Bagi Mohamad, pembelian undi adalah rasuah terang-terangan tetapi lebih buruk lagi penyelewengan dalam perlaksanaan apa yang dibentangtkan dalam belanjawan.

"Dalam belanjawan hanya nyatakan hendak beli peralatan tentera. Itu baik.

"Tetapi dalam perlaksanaannya, gasak duit rasuah dalam pembelian kapal selam malah sehingga berbunuh-bunuh," katanya.

Ayat-ayat hendak minta duit dalam belanjawan, katanya, boleh dikatakan hampir semuanya manis-manis belaka.

"Tetapi dalam perlaksanaan, beli pemutar skru lima kali daripada ganda harga biasa," katanya sambil menyatakan contoh itu hanya contoh terlalu kecil dari pelbagai perbuatan khianat kepada negara yang menyebabkan negara mengalami kerugian sehingga RM28 bilion seperti yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara.

Mohamad juga menggelar belanjawan Najib sebagai belanjawan sembunyi fakta berikutan keengganan kerajaan membentang laporan Ketua Audit Negara bersama belanjawan.

Pada kebiasaannya, laporan audit tahunan itu dibentangkan bersama dengan belanjawan.

Tetapi, dalam pemerintahan Najib, iaitu bermula tahun lalu, laporan audit dibentangkan selepas belanjawan.

Dalam perkembangan berkaitan, Reuters melaporkan, belanjawan yang dibentangkan oleh Najib dijangka akan menggula-gulakan pengundi kerana kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang lebih diutamakan dari menangani hutang negara yang semakin meningkat.

Subsidi gula dikurangkan 20 sen mulai esok

Harakahdaily, 28 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Mulai esok, 29 Sept, kerajaan akan mengurangkan subsidi gula sebanyak RM0.20 sekilogram sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, petang ini.

Antara alasan kerajaan, gula yang diambil berlebihan ia mampu menjadi racun memandangkan sekitar 26 juta rakyat Malaysia mengidap diabetes.

Ekoran pengurangan subsidi itu, kerajaan menyeru para peniaga jangan membebankan pengguna dengan kenaikan harga gula, sebaliknya kurangkan pengambilan gula.

Bajet 2013 tidak dapat selesai hutang negara

Hazayani Zakaria, 28 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Bajet 2013 didakwa memberi tumpuan yang lebih kepada golongan sasar untuk menarik undi mereka pada Pilihan raya Umum ke-13.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, pemberian one off kepada golongan belia, nelayan, petani dan pesara tentera menunjukkan kerajaan sedang menawan hati golongan itu.

"Apa yang kerajaan beri dalam bentuk one off kepada golongan 21 tahun ke atas seperti rebat pembelian smartphone,  pelajar sekolah dapat RM100 baucer, RM250 baucer buku kepada pelajar IPT, ini semua sasaran kerajaan dalam pilihan raya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen, petang tadi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, tiada sesuatu yang baru dalam Bajet 2013 selain tidak menyelesaikan masalah bebanan hidup rakyat.

"Semua ini tidak menyelesaikan bebanan hidup. Kita mahu kalau boleh ada isu harga minyak tapi tak ditekankan.

"Saya menganggap bajet ini berada dalam kerangka lama, tidak ada sesuatu yang baru dan bajet pilihan raya kerana semuanya akan diberi pada 2013.

Selain itu katanya, masalah hutang negara juga tidak dapat diselesaikan jika kerajaan terus mengamalkan pemberian one off.


"Masalah hutang negara tidak digarap dan meningkap 10.1 peratus dalam laporan ekonomi iaitu hutang dalaman RM484.8 bilion berbanding dahulu iaitu lebih kurang RM430 bilion," katanya.

Bajet 2013 tidak prihatin pembangunan wanita

Salmiyah Harun, 28 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan ketidakprihatinan terhadap wanita negara ini apabila hanya memperuntukkan RM50 juta untuk pembangunan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sedangkan, satu peruntukan yang cukup besar telah diberikan kepada prasekolah termasuklah Permata iaitu sebanyak RM1.2 billion.
Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff kecewa apabila peruntukan untuk prasekolah jauh lebih besar berbanding pembangunan wanita.
"Saya tersentuh hati sebagai pimpinan Muslimat apabila bajet untuk wanita sedikit berbeza sebelum ini," katanya.
Beliau menyifatkan tindakan ini satu penghinaan kepada kaum wanita apabila menteri wanita tidak menerajui kementerian wanita.
"Inilah akibatnya orang lelaki jadi menteri wanita. Dia tidak prihatin dan peka terhadap pembangunan wanita," katanya.
Malah katanya yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, ia merupakan perkara yang memalukan dan meminta wanita di luar sana harus peka dengan situasi ini.
Ketika ditemui, Zailah berkata bajet kali ini banyak menabur janji temasuk pemberian 'one off' menampakkan Najib terdesak untuk menyelamatkan keadaan di saat kebangkitan rakyat menjelang pilihan raya.
Membandingkan bajet Pakatan Rakyat dengan BN, Zailah berkata bajet Pakatan Rakyat lebih menjurus kepada keseimbangan dan kemampuan negara dengan kedudukan hutang yang semakin bertambah.
Tetapi katanya apa yang diwar-warkan Najib lebih kepada tawaran untuk pancing undi dengan menawarkan insentif kepada kakitangan awam, petani, dan golongan muda dengan memberi rebat untuk 'smart phone'.
Justeru, katanya, insentif-insentif ini tidak akan menggugat sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat kerana mereka sedar pengurusan kewangan negara banyak berlaku ketirisan dan penyelewengan.

Bajet 2013 sekadar janji politik BN

Anis Nazri, 28 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Bajet 2013 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini hanya ucapan panjang yang penuh janji-janji manis bagi menghadapi pilihan raya umum. Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, berkata beliau kecewa dengan bajet ini kerana ianya merupakan janji politik BN, selain tidak menyentuh isu utama ekonomi negara.
"Rakyat ingin apakah dasar kerajaan bagi membasmi kemiskinan, dasar membela rakyat. Kos hidup yang begitu tinggi juga tidak disentuh. Kadar tol yang tinggi, harga kereta yang tidak diturunkan," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang ditemui selepas Najib membentangkan Bajet 'Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat, Sebuah Janji Ditepati' juga berkata, kekecewaan itu turut dirasai rakyat Kelantan.
Lebih-lebih lagi, tambah beliau apabila bajet tersebut tidak menyentuh soal pemberian royalti yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Kelantan.
Selain isu royalti, kata beliau kos perubatan dan pendidikan yang tinggi turut tidak disebutkan dalam bajet 2013 itu, sedangkan ia memerlukan perhatian daripada kerajaan.

Bajet bukan sekadar angka tapi manfaat untuk rakyat

Harakahdaily, 28 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata apa yang lebih penting dari pengumuman insentif dalam bajet adalah mekanisma penyampaiannya kepada rakyat.

Menurut beliau, tidak guna jika pengumuman dengan angka dan jumlah berbilion ringgit tetapi manfaatnya tidak sampai dan tidak dirasai rakyat.

Malah lebih menyedihkan, tambah Ahli Parlimen Marang itu, perlaksanaannya selama ini hanya lebih menguntungkan kroni berbanding rakyat kebanyakan.

"Bajet bukan sekadar angka-angka dan duit berbillion untuk melaksanakan projek semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana membetulkan prinsip dan pelaksanaannya serta kesannya selama ini telah tidak sampai kepada manfaat rakyat terbanyak.

"Projek-projek berskala besar pula dipergunakan untuk mendapat laba keuntungan berlipat ganda menerusi naungan dan kroni politik Umno-putra," katanya kepada Harakahdaily.

Kenyataan itu sebagai ulasan ringkas terhadap Bajet 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan hari ini mengumumkan bajet dengan jangkaan hasil kerajaan pada 2013 sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.

Beberapa isentif bersifat "one-off" juga diumumkan termasuk bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucar buku RM250 kepada pelajar universiti.

Selain itu beliau turut mengumumkan  Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000 serta pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam.

Biarpun menyambut baik pengumuman insentif itu, namun apa yang harus dibimbangi adalah mekanisme penyampaiannya.

"Selama puluhan tahun dibentang dan dijanjikan, rakyat perlu sedar tentang ketirisan berbillion duit khazanah negara yg telah hilang entah ke mana," kata Tuan Guru Abdul Hadi.