Saturday, October 6, 2012

'Demi memelihara dan melindungi kesucian al-Quran' BUKAN SETAKAT MEMBUANG CARA YANG BETUL...TETAPI ..'Demi memelihara dan melindungi kesucian al-Quran' HENDAKLAH MELAKSANAKAN HUKUM2(HUDUD) YANG ADA DALAM QURAN

Belok kiri walaupun lampu merah

DBKL telah memasang papan tanda di enam persimpangan lampu isyarat bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya di Kuala Lumpur bahawa mereka boleh membelok ke kiri walaupun lampu isyarat pada waktu itu berwarna merah.


KUALA LUMPUR – Lebih 4.5 juta pengguna jalan raya di ibu kota kini dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat bagi melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Buat permulaan, peraturan itu dilaksanakan di enam persimpangan utama. Enam jalan tersebut ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, peraturan itu yang berkuatkuasakan mulai semalam akan dilaksanakan di jalan-jalan lain di ibu kota jika ia terbukti dapat mengurangkan kesesakan.
Menurutnya, pengguna jalan raya boleh membelok kiri di persimpangan jalan-jalan tersebut walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda berhenti dengan syarat tiada kenderaan lain atau pejalan kaki melintas di hadapan mereka.
“DBKL telah meletakkan papan tanda di kawasan itu bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai peraturan baharu itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan peraturan itu di sini semalam.
Beliau berkata, peraturan itu dilaksanakan berdasarkan garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dengan mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya terutama pejalan kaki.
Sebelum ini, peraturan yang sama telah diperkenalkan di Putrajaya, Kuching dan Kuantan.

63,558 masuk perangkap kamera AES


DUA kamera AES (dalam bulatan) yang merakamkan kesalahan memandu melebihi had laju di Kilometer 6.6 Lebuh raya Kajang - Puchong.


KUALA LUMPUR – Sebanyak 63,558 imej kesalahan trafik telah dirakam menerusi 14 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang beroperasi sejak 23 September lalu.
Jumlah itu bermakna secara purata sistem tersebut merakam 5,778 kesalahan trafik setiap hari.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, imej yang telah dirakam sedang disemak untuk pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit.
“Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Tiga tan abu al-Quran, kitab dilupus di laut Pahang


ABDUL RAHMAN (bersongkok) bersama anggota TLDM melupuskan abu al-Quran dari atas kapal KD Pahang di perairan Tanjung Gelang, Kuantan semalam.


KUANTAN –  serta buku berkaitan agama Islam, sebanyak tiga tan abu kitab-kitab suci itu dilupuskan di tengah laut yang terletak tujuh batu nautika dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang di sini semalam.
Terdahulu, al-Quran dan bahan bercetak berunsur keagamaan yang lama atau mempunyai kesalahan dikumpul dari seluruh Pahang sebelum dibakar.
Menurut Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (gambar kecil), program itu julung-julung kali diadakan di negeri itu hasil kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pahang dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri.
Jelasnya, abu daripada kitab-kitab yang dibakar di syarikat percetakan Saufi di Cheras, Kuala Lumpur dibawa ke lokasi pelupusan dengan menggunakan kapal TLDM, KD Pahang.

Bayar RM22.1 juta dalam sebulan

GEORGE TOWN – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang diminta menjelaskan baki bayaran berjumlah RM22,183,227 dalam tempoh 30 hari mulai semalam bagi menyelesaikan proses jual beli tanah seluas 0.4 hektar di Taman Manggis di sini seluas 0.445 hektar daripada kerajaan negeri.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik memberitahu, kerajaan negeri bersedia untuk melepaskan hak milik tanah tersebut yang dijual pada kadar RM450 kaki persegi atau RM22,407,300 sekiranya BN negeri dapat menjelaskan baki bayaran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.
“Walaupun mereka (Pemuda BN negeri) telah membayar wang pendahuluan berjumlah RM224,073 semalam (kelmarin), kita mahu mereka membuat bayaran penuh. Jadi sekarang mereka perlu bayar bakinya dalam tempoh 30 hari mulai hari ini (semalam),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam.
Mengulas penjualan tanah itu, Wei Aik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar berkata, sepucuk surat rasmi juga telah dikirimkan kepada Ketua BN negeri, Teng Chang Yeow agar menjelaskan baki pembelian itu sama ada menerusi cek atau pindahan akaun.
Kelmarin, BN Pulau Pinang menerima tawaran kerajaan negeri pimpinan DAP untuk membeli tanah di kawasan tersebut bagi dibangunkan dengan projek perumahan kos rendah buat rakyat.

Dua dituduh bunuh warga emas


Kiri Kaswan, Chan Hong


PEKAN – Kes kematian seorang pekerja premis menjual alat binaan yang rangkanya ditemui ditanam di kawasan hutan di Jalan Pekan-Nenasi di sini 21 September lalu memasuki episod baharu apabila dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh mangsa.
Kaswan Raja Gopal, 26, dan Lam Chan Hong, 35, dituduh membunuh Sh. Othman Sh. Bakar, 72, selepas menculik warga emas tersebut pada 15 September lalu.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Kaswan yang bekerja sebagai penjaga sangkar ikan dan Chan Hong yang menjalankan perniagaan bengkel cermin kenderaan di Kuantan di hadapan Majistret Nordiana Abd. Aziz.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di hujung jalan kecil bertar di Kilometer 16 Jalan Pekan-Nenasi di sini pada pukul 1 petang.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Nordiana kemudian menetapkan 4 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amalina Zainal Mokhtar.
Pada 21 September lalu, Kosmo! melaporkan mengenai kerisauan seorang wanita, Siti Salamah Sheikh Abd. Rahman, 63, mengenai keselamatan suaminya, Sh. Othman yang didakwa diculik selepas disangka pemilik premis menjual alat binaan di Peramu Jaya di sini. Dia sebenarnya hanya pekerja biasa syarikat tersebut.

GRO, kekasih dijel seumur hidup


KHAN MEI (kanan) dan Bingju dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan menculik di Mahkamah Tinggi George Town semalam.


GEORGE TOWN – Sepasang kekasih dihukum penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan memperoleh wang tebusan berjumlah RM200,000 tiga tahun lepas.
Lai Khan Mei, 35, dan teman wanitanya, Gao Bingju, 25, seorang warga China, didapati bersalah melarikan dan mengurung kanak-kanak itu di sebuah rumah di Taman Gemilang Ria, Bukit Mertajam dekat sini pada pukul 5.30 petang 19 Disember 2009.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Amin Firdaus Abdullah turut menjatuhkan hukuman 15 kali sebatan terhadap Khan Mei, seorang penjual alat mencuci kereta selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Beliau berkata, mahkamah menolak keterangan Khan Mei yang mengatakan wang yang ditemui ketika dia dan Bingju ditangkap di Genting Highlands, Pahang adalah pemberian kawan-kawannya.
“Mahkamah mendapati keterangan dikemukakan pihak pendakwaan berjaya membuktikan identiti kedua-dua tertuduh terlibat dalam kes ini,” kata beliau.
Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

Suami isteri dipenjara kerana pecah amanah RM1.57 juta

GEORGE TOWN – Seorang bekas Ketua Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat dan suaminya, seorang peguam, masing-masing dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah harta milik Bank Muamalat Bhd. cawangan Universiti Sains Malaysia (USM) bernilai RM1.57 juta tiga tahun lepas.
Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Aishah Mohamed Rose dan suaminya, Johari Ahmad, masing-masing berusia 51 tahun, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes itu.
Selain itu, pasangan suami isteri itu masing-masing turut dikenakan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai RM183,702.63.
Bagi pertuduhan pecah amanah, Aishah didapati bersalah ketika urusan penguasaan dan perjalanan ke atas harta berjumlah RM1,578,191 di Bank Muamalat di Bangunan D12, USM, Jalan Minden di sini antara 23 Februari dan 7 Disember 2009.
Bagi pertuduhan itu, Aishah didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Johari pula disabit kesalahan bersubahat dengan isterinya untuk melakukan pecah amanah pada tarikh, masa dan tempat yang sama.
Johari didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Safee Sali bukan kekasih Julia Hana


JULIA HANA


KUALA LUMPUR - Berita yang tersebar mengenai pemain bola sepak negara, Mohd. Safee Mohd. Sali bercinta dengan pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Gerak Khas, Julia Hana Kamarudin hanya gosip semata-mata.
Pengurus pemain bola sepak itu, Zakaria Abd. Rahim berkata, Safee setakat ini masih solo.
"Dia (Safee) tidak bercinta dengan mana-mana artis," ujar Zakaria sewaktu dihubungi Kosmo!, semalam.
Gosip bahawa Safee, 28, kononnya bercinta dengan Julia Hana, 33, disiarkan dalam sebuah portal berita yang mendakwa ada saksi melihat mereka berpegangan tangan ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah pada 3 Oktober lalu.
Mengulas mengenai gosip itu, Zakaria menjelaskan, Safee selama ini belum pernah menjejakkan kaki ke pulau pelancongan terkenal itu.
Katanya, pemain itu kini berada di Malaysia sejak bulan Ramadan lalu untuk berehat.
Sementara itu, usaha Kosmo! untuk mendapatkan komen daripada Julia Hana gagal apabila pelakon itu tidak menjawab telefon.
Dia sebaliknya hanya menjawab Khidmat Pesanan Ringkas dengan menulis: "Maaf, saya masih berada di lokasi penggambaran."
Safee kini mewakili kelab Pelita Jaya, Indonesia dalam posisi penyerang.
Perkahwinannya dengan Sabarina Yusof berakhir dengan penceraian pada April lalu. Mereka mempunyai dua anak perempuan yang kini dalam jagaan Sabarina.

Thu jadi jutawan kerana eksport rambut manusia ke luar negara


DUA wanita bekerja di sebuah bengkel yang mengumpulkan rambut manusia di Kampung Binh An pada 15 Jun lalu. - AFP


BINH AN, Vietnam - Seorang penduduk kampung di sini, Do Van Thu menjadi kaya selepas dia menjual rambut manusia.
Thu menjadi jutawan dalam tempoh 13 tahun selepas dia memulakan perniagaan menjual rambut manusia sehingga dieksport ke luar negara.
"Pada setiap tahun, keluarga saya mengeksport 50 tan hingga 60 tan rambut ke China.
"Kami membeli rambut di seluruh Vietnam termasuk dari Laos dan Kemboja," katanya yang berusia 50 tahun.
Permintaan untuk mendapatkan rambut itu telah meningkat sejak sepuluh tahun lalu terutamanya daripada golongan wanita muda.
Thu mempunyai sebuah bengkel yang digunakan untuk membersih dan mengumpulkan rambut itu di sini sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung.
"Setiap pekerja saya memperoleh pendapatan AS$140 (RM427) sebulan," katanya.
Jumlah itu tiga kali ganda daripada purata pendapatan penduduk luar bandar di negara ini.
Menurut seorang penduduk kampung ini, Nguyen Van Tam, harga rambut itu adalah antara AS$45 (RM137) hingga AS$250 (RM763) bagi setiap satu kilogram.
Menurutnya, harga tersebut adalah bergantung kepada kualiti rambut. - AFP

Aktres saman portal berita berhubung isu pelacur

ZIYI


LOS ANGELES - Aktres terkenal China, Zhang Ziyi menyaman portal berita Boxun News kerana menyiarkan laporan yang mendakwa dia merupakan seorang pelacur, kata seorang peguam pelakon itu kelmarin.
Portal berita itu yang berpangkalan di sini mendakwa Ziyi melakukan hubungan seks dengan seorang ahli politik China, Bo Xilai.
"Boxun News berulang kali melaporkan bahawa Ziyi ialah seorang pelacur," kata peguam tersebut, Adam LeBerthon.
Pendengaran saman itu dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober ini di sebuah mahkamah di sini.
Pada Jun lalu, Ziyi, 33, yang merupakan pelakon filem Crouching Tiger, Hidden Dragon menyaman sebuah akhbar di Hong Kong, Apple Daily dan majalah mingguan, Next kerana mendakwa dia melacur untuk beberapa pegawai kanan China.
Bo dipecat sebagai setiausaha parti komunis di bandar Chongqing pada Mac lalu kerana didakwa menerima rasuah. - Agensi

Spesies baharu dinosaur diberi nama


REUTERS
GAMBAR menunjukkan bentuk kepala spesies baharu dinosaur yang diberi nama Pegomastax africanus.


WASHINGTON - Seorang pengkaji haiwan purba, Paul Sereno mengenal pasti identiti satu spesies baharu dinosaur yang mempunyai badan seperti landak.
Sereno membuat kajian tentang identiti dinosaur yang mempunyai gigi taring dan paruh seperti burung kakak tua itu selepas melihat spesimen haiwan berkenaan pada 1983 di Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
Spesimen haiwan itu ditemui pada serpihan seketul batu di Afrika Selatan pada 1960-an.
Dia memberi nama dinosaur itu Pegomastax africanus yang bermaksud rahang tebal dari Afrika dan ia hidup antara 100 juta hingga 200 juta tahun lalu.
"Saya menggambarkan dinosaur itu sebagai seekor burung, puntianak dan landak," katanya yang merupakan pakar dinosaur di Universiti Chicago.

Ahli arkeologi jumpa makam permaisuri Maya

GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan satu rangka manusia ditemui di dalam makam Permaisuri Kalomt'e K'abel di hutan Peten, Guatemala. - AFP


BANDAR RAYA GUATEMALA - Sekumpulan ahli arkeologi Amerika Syarikat (AS) dan Guatemala menemui sebuah makam permaisuri Maya yang mengandungi harta karun.
Menurut seorang ahli arkeologi AS, David Freidel, makam itu ditemui di hutan Peten yang merupakan salah satu penemuan terpenting berkaitan dengan tamadun Maya.
Hutan itu terletak 600 kilometer ke utara bandar raya ini.
Hadiah-hadiah seperti pasu seramik abad ke-7 dan ke-8 termasuk batu jed, kulit kerang dan pisau yang diperbuat daripada batu turut ditemui di dalam makam tersebut.
Makam tersebut ditemui pada Jun lalu tetapi pendedahan tentang penemuan itu dibuat kelmarin.
Sebuah pasu yang terdapat dalam makam itu tertera nama Permaisuri Kalomt'e K'abel yang merupakan isteri Raja Wak K'inich Bahlam II.
Ujian asid deoksiribonukleik akan dilakukan ke atas satu rangka manusia yang ditemui di dalam makam itu.- Agensi
Penemuan tersebut dilaporkan kelmarin dalam jurnal ZooKeys di internet.
Panjang dinosaur itu kurang 61 sentimeter (sm) dan ia memakan tumbuh-tumbuhan.
Sereno berkata, dinosaur itu mempunyai berat seperti seekor kucing yang dipelihara di rumah manakala ketinggian haiwan tersebut kurang 30sm. - Agensi

Syria minta maaf selepas bedil bandar Turki

GAMBAR yang dirakamkan semalam menunjukkan beberapa orang berdiri di depan sebuah rumah yang musnah dalam serangan mortar tentera Syria di bandar Akcakale, Turki.- AFP


ANKARA – Pemerintah Syria mengaku membunuh lima penduduk di bandar Akcakale, Turki dalam satu serangan mortar, kata Timbalan Perdana Menteri Turki, Besir Atalay semalam.
“Pihak Syria mengaku melancarkan serangan itu dan meminta maaf,” katanya selepas Parlimen Turki bersidang bagi membincangkan isu tersebut.
Parlimen Turki turut membenarkan tentera negara ini melancarkan operasi di dalam negara Syria jika dianggap perlu ekoran serangan mortar tersebut.
Kebenaran itu diberikan selepas 320 daripada 550 anggota parlimen meluluskan usul untuk melancarkan operasi tersebut.
Seramai 129 anggota parlimen menentang usul berkenaan termasuk daripada Parti Penduduk Republik yang menjadi pembangkang utama.
Atalay berkata, Syria berjanji tidak akan mengulangi serangan itu selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjadi pengantara dalam isu berkenaan.
Pihak berkuasa Turki menyatakan antara yang terbunuh itu ialah seorang ibu dan tiga orang anaknya.
Serangan mortar itu tersasar selepas ia dilancarkan pihak tentera Syria dari bandar Tall al-Abyad kelmarin.
Tentera Turki kemudian bertindak balas dengan melancarkan bedilan meriam yang menyebabkan beberapa askar Syria dilaporkan terbunuh.
Sementara itu, kumpulan pemberontak Syria membunuh 21 anggota pasukan elit tentera negara itu di bandar Qudsaya, barat Damsyik dalam satu pertempuran semalam.
Para pemberontak itu yang menuntut Presiden Bashar Al-Assad meletakkan jawatan menggunakan bahan letupan yang diletakkan dekat kuarters pasukan Pengawal Republikan di bandar tersebut.
Tentera Syria turut membedil Aleppo selepas 48 orang maut dalam tiga serangan bom kereta di bandar tersebut kelmarin.
Kumpulan militan Islam, Al-Nusra mengaku melakukan serangan bom kereta itu.
Pergolakan di Syria bermula sejak Mac tahun lalu ekoran kebangkitan penduduk di Asia Barat yang menuntut perubahan kepimpinan.
Pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak dilaporkan telah menyebabkan lebih 30,000 orang terbunuh. – Agensi

BILA AKAL TAK BERPANDU DENGA AGAMA...BILA HUKUM ALLAH DIANGGAP SEPI

TV internet haram diserbu


MOHD. RODWAN (kiri) menunjukkan peralatan Televisyen Protokol Internet yang dirampas di Butterworth, Pulau Pinang semalam.


BUTTERWORTH – Kira-kira 2,000 pelanggan televisyen menggunakan protokol internet yang dikenali sebagai MyIPTV di sini berputih mata apabila syarikat pembekal langganan siaran antarabangsa itu diserbu pihak berkuasa kelmarin.
Serbuan tersebut dilakukan kerana syarikat terbabit didapati membekalkan siaran televisyen berinternet secara haram termasuk lima saluran lucah yang dikenakan bayaran tambahan.
Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, berikutan itu, 12 individu berusia antara 28 hingga 40 tahun termasuk pemiliknya ditahan.
Beliau berkata, serbuan tersebut dilakukan di sebuah premis di tingkat enam, Kondominium Park View Tower, Jalan Chain Ferry di sini.
Menurutnya, operasi bersepadu pada pukul 11 pagi itu turut melibatkan anggota polis serta para pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pegawai-pegawai dari Cyber Security turut terlibat.
TV Internet haram dibongkar
OTHMAN YAHAYA
6 Oktober 2012
Lima suspek
Lima suspek yang ditahan dalam serbuan di premis menyediakan perkhidmatan saluran haram di Butterworth semalam diiringi anggota polis untuk mendapat perintah tahanan reman, sema
BUTTERWORTH - Polis menahan 12 orang termasuk seorang guru sekaligus berjaya membongkar sindiket menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen dalam lima serbuan berasingan di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis semalam.
Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusuf berkata sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Siber Sekuriti.

“Hasil pemantauan dan risikan bersama SKMM dan Siber Sekuriti sejak sebulan lepas, kita mendapat maklumat ada sebuah sindiket yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen.
“Bertindak atas maklumat, kita serbu sebuah premis di Padang  Besar, Perlis dan menahan dua lelaki bersama beberapa barangan yang digunakan sindiket terbabit dalam aktiviti berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Di Pulau Pinang, kegiatan menyediakan perkhidmatan aplikasi kandungan secara haram itu ditumpas selepas serbuan dijalankan di sebuah premis kondominium di Jalan Chain Fery di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Premis di tingkat enam itu dipercayai telah beroperasi lebih setahun lalu dengan menyediakan lebih lima saluran haram untuk pelanggan melalui saluran MY IPTV yang dilanggan secara bulanan.

Mohd Rodwan berkata, pemeriksaan kemudiannya mendapati premis itu dijadikan sebagai pusat menyediakan pelbagai filem termasuk filem lucah dari luar negara untuk kegunaan lebih 2,000 pelanggan dengan mengenakan bayaran langganan sebanyak RM29 sebulan.

“Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati premis ini dipenuhi dengan pelbagai peralatan elektrik dan alatan komunikasi canggih bernilai lebih RM400,000 merangkumi pot streaming, pelayan, komputer, dekoder dan kamera digital,” katanya.

Menurutnya, premis itu dipercayai menjadi hab utama pengedaran pelbagai filem untuk pelanggan melalui penetapan RM400 sebagai deposit sebelum mereka dikenakan bayaran bulanan untuk menonton pelbagai filem dari luar negara.
“Berdasarkan penemuan peralatan canggih kita yakin sindiket ini berjaya mengaut pendapatan jutaan ringgit sebulan kerana ianya mempunyai rangkaian pelanggan di seluruh negara.
“Selepas menjalankan siasatan lanjut pihak kita membebaskan tujuh pekerja dan menahan reman tiga lelaki dan dua wanita selama empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 205, Akta Komunikasi Multimedia kerana menyediakan perkhidmatan Larangan Terhadap Pemberian Perkhidmatan Aplikasi Kandungan,” katanya.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sebanyak RM500,000 atau penjara selama lima tahun.

Hukum mati mandatori


HAFIZUDDIN (kiri) dan Cheong Tat berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Taiping semalam.


TAIPING – Seorang pengawal keselamatan yang dipercayai menembak mati rakan setugasnya sebelum merompak wang sebanyak RM1.23 juta berhadapan hukuman mati apabila dia didakwa atas tuduhan itu di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, dituduh mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati mandatori. Turut menghadapi pertuduhan sama, seorang penyelia syarikat di Pulau Pinang, Cheah Cheong Tat, 23.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua lelaki terbabit didakwa merompak RM1,235,715 milik syarikat Safeguards G4S Sdn. Bhd. dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian Hasnol Hafiz Saad, 28.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan pasar raya besar Giant, Jalan Tekah-Aulong antara pukul 2.20 hingga 3.25 petang, 18 September lalu.

Pasangan dituduh dera amah


BELAKANG badan Marsini penuh dengan kesan luka akibat didera majikannya bulan lalu.


JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah dan memperdagangkan pembantu rumah mereka dari Julai hingga September lalu.
Penjual kereta, Mohd. Shukur Suradi, 28, dan Daeng Norulasyikin Bachok, 27, yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang didakwa dilakukan di nombor 7, Jalan Utama 5, Taman D'Utama, Perling di sini antara Julai dan 23 September lalu.
Pasangan itu didakwa mendatangkan kecederaan parah ke atas Marsini, 21, dengan menggunakan pisau, kayu golf, penyangkut baju, tali pinggang, air panas, minyak panas, senduk dan sudu panas.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara 20 tahun dan denda atau sebatan.

Angkara dendam


SEORANG penduduk menunjukkan tempat Dzolkipli ditetak oleh bekas jirannya seorang lelaki Indonesia di Jalan Parit Masjid, Pontian semalam.


PONTIAN - Perasaan marah dan dendam yang dipendam oleh seorang lelaki Indonesia sejak enam bulan lalu terhadap bekas jirannya meletus apabila dia bertindak menetak kepala, bahu dan paha mangsa sebelum melarikan diri bersama isterinya yang sarat mengandung kelmarin.
Kejadian pukul 6 petang di Jalan Parit Masjid di sini itu menyebabkan kerani sebuah bank, Dzolkipli Othman, 51, koma dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
Difahamkan, mangsa dan suspek berusia 52 tahun tersebut hidup berjiran lima tahun lalu di Kampung Parit Masjid sebelum lelaki Indonesia itu berpindah di Lorong Lee Pee di sini sejak April. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 100 meter.
Isteri mangsa, Norzihani Mahmud, 48, memberitahu, dia merasa pelik apabila suspek yang telah berpindah tiba-tiba menghubungi suaminya mengatakan yang dia ingin berjumpa.

Tentera Syria terus bedil Homs, Aleppo

KERETA kebal Turki berkawal di sempadan negara itu dengan Syria di Akcakale semalam.


DAMSYIK - Sejumlah jet pejuang Syria yang dibantu unit meriam dan kereta kebal membedil kubu pemberontak di bandar raya Homs, tengah negara berkenaan semalam, kata beberapa aktivis.
Serangan tersebut adalah yang paling hebat ke atas kedudukan pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA) sejak beberapa bulan lalu.
Bedilan meriam dan kereta kebal serta jet pejuang itu dilancarkan serentak dengan serangan ke atas kedudukan FSA di bandar raya Aleppo, utara Syria.
Tindakan tentera Presiden Bashar Al-Assad memperhebatkan serangan ke atas FSA menunjukkan Damsyik tidak menghiraukan ketegangan yang kian memuncak dengan jirannya, Turki.
Semalam, Parlimen Turki meluluskan operasi ketenteraan di luar sempadan negara berkenaan jika keadaan memerlukan selepas sebutir peluru meriam Syria tersasar ke kawasan penduduk awam di Turki.
Seramai lima orang awam maut dalam insiden tersebut kelmarin.
Dalam perkembangan berkaitan, Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain melaporkan, serangan tentera Syria kali ini mengenai beberapa kawasan penempatan awam di Khaldiya, dalam bandar raya Homs.
"Sekitar waktu subuh, tentera Bashar seperti menggila, mereka menghujani kawasan ini dengan peluru meriam," kata seorang aktivis di Homs yang dikenali sebagai Abu Rami kepada agensi berita Associated Press (AP) melalui satu panggilan video semalam.
"Sebanyak lima peluru meriam atau roket mengenai kawasan ini pada setiap minit," tambahnya.
Lelaki tersebut berkata, bedilan roket dan artileri itu disasarkan ke atas beberapa kedudukan FSA di kawasan Homs Lama, Khaldiya, Qusour dan Jouret El-Shayah di bandar raya berkenaan.
Katanya, masih belum ada laporan berhubung angka kecederaan atau kematian akibat serangan terbaharu itu.
Kebangkitan rakyat Syria menentang pemerintahan Bashar yang bermula pada Mac tahun lalu merebak menjadi perang saudara.
Menurut kumpulan pemerhati berkenaan, lebih 30,000 orang terbunuh sejak penentangan tersebut tercetus. - Agensi

Guna darah sendiri sebagai dakwat lukisan


VINCENT CASTIGLIA bergambar bersama beberapa lukisan yang dihasilkan dengan darahnya di Galeri Sacred, New York.


NEW YORK - Seorang pelukis Amerika Syarikat, Vincent Castiglia menggunakan darah sendiri untuk menghasilkan karya lukisannya.
Pelukis berkenaan melancarkan pameran lukisan terbaharunya, Resurrection yang dibuka kepada orang ramai sejak semalam hingga akhir bulan ini.
Pameran tersebut menampilkan sejumlah lukisan Castiglia yang dihasilkan sejak sepuluh tahun lalu.
Semua karya tersebut dihasil menggunakan darahnya sendiri. - Reuters

Carey dakwa Minaj mahu menembaknya


Mariah Carey


NEW YORK - Penyanyi bersuara lantang, Mariah Carey yang kini menduduki kerusi penjurian rancangan pencarian bakat terkenal, American Idol menuduh Nicki Minaj yang juga merupakan juri pertandingan tersebut mengancam mahu menembaknya.
Dalam satu temu bual bersama Barbara Walters untuk rancangan The View yang disiarkan di saluran ABC, Carey mengadu kepada Walters bahawa dia berasa terancam dengan ugutan itu lalu bertindak mengupah beberapa orang pengawal keselamatan tambahan.
Tidak lama selepas kenyataan tersebut disiarkan, Minaj menyelar Carey melalui satu status di laman sosial Twitter miliknya.
Dia menulis: "Tiada sebarang bukti yang mengatakan saya mahu menembaknya. Tetapi semua orang akan percaya kenyataan tersebut kerana saya seorang penyanyi berkulit hitam."
Khabar angin mengenai pertelingkahan antara dua penyanyi itu bertiup kencang sebaik sahaja nama-nama panel juri diumumkan bulan lepas.
Musim baru American Idol bakal disiarkan pada Januari 2013. - Agensi

Saintis guna sel biasa cipta sel telur


GAMBAR oleh Universiti Kyoto semalam menunjukkan sejumlah sel telur tikus yang dihasilkan daripada sel stem seekor tikus.


KYOTO - Sepasukan saintis Jepun menemui kaedah unik bagi mengubati masalah kemandulan dengan menggunakan sel biasa daripada tikus dewasa untuk menghasilkan sel telur.
Kejayaan mereka dipercayai dapat membantu wanita yang tidak dapat mengeluarkan telur secara semula jadi untuk menghasilkan ovum di dalam tabung uji dengan menggunakan sel badan mereka.
Sel telur tersebut kemudian dimasukkan kembali ke dalam badan bagi membolehkan mereka bunting.
Pencapaian tersebut dibuat selepas sepasukan saintis Universiti Kyoto di sini menuai sejumlah sel stem atau sel asas daripada beberapa ekor tikus.
Mereka mengubah sel tersebut untuk menjadi sel germa yang menghasilkan sperma untuk lelaki dan telur bagi wanita.
Mereka kemudian menyuntik sel-sel telur itu ke dalam seekor tikus betina dewasa yang berperanan sebagai ibu tumpang.
Anak-anak tikus yang dilahirkan menerusi kaedah itu hidup sihat dan mampu membiak setelah dewasa seperti tikus normal.
"Eksperimen kami berperanan sebagai asas kukuh berhubung penghasilan sel germa bukan untuk tikus, tetapi juga manusia," kata penulis kajian itu, Katsuhiko Hayashi.
Penyelidikan tersebut disiarkan dalam jurnal Science. - Agensi

YANG TERLALU KAYA...KAYA SANGAT2...YANG MISKIN DAIF PULA...YANG NI PUSAT ZAKAT DAN YANG BERKUASA TAK NAMPAK KE...ATAU BUAT TAK PENDULI

Dendam nak sebar sifilis

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Daripada sakit sendirian, biar semuanya sakit,” kata Chi, 16, gadis Vietnam penghidap penyakit kelamin kronik yang dieksploitasi sebagai pekerja seks selepas diperangkap sindiket pelacuran.
Berkongsi kisah hitamnya dengan Harian Metro, Chi mendakwa dia dipaksa menjadi pekerja seks di Malaysia selepas terperangkap dengan janji manis sindiket pelacuran yang menawarkan pekerjaan sebagai model atau kerani dengan bayaran mencecah RM3,000 sebulan.
Menurutnya, sejak dipaksa menjadi pekerja seks, dia mula berdendam dengan lelaki dan hanya berpura-pura gembira ketika melayani mereka di ranjang.

“Jika tidak berbuat demikian, saya dipukul bapa ayam. Jadi, mahu tidak mahu, saya terpaksa layan mereka,” katanya memberitahu dia turut dipaksa mengambil ubat yang membolehkannya melayan 10 lelaki dalam satu malam.

Layan 200 lelaki sebulan



KUALA LUMPUR: “Secara purata pekerja seks berusia 16 hingga 25 tahun di Malaysia melayan 10 lelaki sehari. Mereka biasanya bekerja 20 hari sebulan dan ini bermakna mereka melayan 200 lelaki sebulan.
“Keadaan itu menyebabkan kemungkinan untuk lelaki yang melanggan mereka dijangkiti penyakit kelamin termasuk virus HIV amat tinggi,” kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan. Ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Aman, di sini, beliau berkata, berdasarkan pengalamannya di D7, kebanyakan pekerja seks sama ada dari dalam atau luar negara yang ditahan dalam serbuan mengakui mereka menghidap penyakit kelamin.

“Jadi, kepada lelaki yang suka melanggani pekerja seks mereka perlu tahu risiko mereka dijangkiti penyakit kelamin dan virus HIV amat tinggi,” katanya. Beliau turut menasihatkan supaya lelaki hidung belang terbabit supaya tidak terpedaya dengan kecantikan pekerja seks itu terutama dari Vietnam yang kini laris di kalangan pelanggan.
Ditanya kenapa permintaan terhadap pelacur Vietnam kini meningkat, Abd Jalil berkata, terdapat dua faktor utama situasi itu berlaku.

“Pertama, faktor usia. Kebanyakan bapa ayam menawarkan remaja Vietnam berusia seawal 16 tahun. Kedua, faktor komunikasi kerana perempuan Vietnam mampu bertutur bahasa Inggeris dengan baik,” katanya.

Sementara itu, pakar sakit tuan, Dr Ismail Tamby berkata, penggunaan kondom ketika melakukan hubungan seks dengan pelacur tidak menjamin seseorang itu terselamat daripada terkena jangkitan penyakit kelamin.
Menurutnya, ini kerana kondom yang digunakan mungkin sudah rosak kerana tidak disimpan dengan elok atau terdedah cuaca panas.

“Ramai yang tak tahu kondom ada tarikh luput dan tidak boleh disimpan terlalu lama kerana ia akan pecah dan tidak lagi boleh berfungsi sebagai alat perlindungan,” katanya.
Ismail berkata, lebih membimbangkan, kini, penyakit kelamin sukar dikesan kerana sikap masyarakat yang lebih gemar merawat sendiri tanpa merujuk pakar.

‘Direktori Ghairah’ gadis pengiring



SHAH ALAM: Sebuah forum laman web yang boleh dikategorikan sebagai ‘Direktori Ghairah’ dikesan menjadi tumpuan lelaki ‘hidung belang’ untuk berbincang dan bertukar pandangan sesama mereka mengenai keseronokan melanggani gadis pengiring.
Forum berkenaan menjadi pilihan individu yang inginkan belaian manja menceritakan pengalaman mereka melanggani gadis pengiring dipercayai terdiri daripada wanita warga tempatan dan asing.

Antara topik yang sering dibincang pengunjung forum berkenaan adalah ukuran badan pelayan, cara dilayan sehingga komen mengenai mutu perkhidmatan gadis pengiring juga boleh diperoleh dengan mudah tanpa memerlukan seseorang itu mendaftar.

‘Tak rela berpisah’

Oleh Nuraishah Ya
am@hmetro.com.my

KASIH IBU...Esah yang lumpuh menjaga Zulkifli yang tidak mampu bergerak sejak lahir.
KASIH IBU...Esah yang lumpuh menjaga Zulkifli yang tidak mampu bergerak sejak lahir.
KOTA BHARU: Seorang warga emas yang lumpuh, buta dan hidup dalam kedaifan bertekad untuk terus menjaga anak lelakinya yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 57 tahun, walaupun anaknya itu pernah ditawarkan untuk ditempatkan di pusat perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Esah Mohd Yusof, 89, berkata dia tidak sanggup berpisah dengan anaknya, Zulkifli Mohd Nor, yang tidak mampu bergerak sejak lahir kerana bimbang tiada sesiapa yang mahu menjaga zuriatnya itu. “Saya tidak akan meninggalkan Zulkifli kerana sayangkannya. Jika hendak bawa anak saya ke pusat perlindungan, bawa saya sekali kerana saya tidak sanggup berpisah dengannya.

“Walaupun hidup dalam kemiskinan, saya tidak rela melihat anak saya bersendirian. Walau apa pun berlaku, biarlah kami susah bersama,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, baru-baru ini.
Menurut Esah, dia mempunyai empat anak, namun dua daripadanya sudah meninggal dunia dan kini tinggal bersama Zulkifli, manakala seorang lagi anaknya bekerja di luar Kelantan.

“Untuk menampung hidup, saya menggunakan wang bantuan daripada JKM dan pencen arwah suami berjumlah RM400 sebulan.

“Wang berkenaan tidak mencukupi dan saya sering mengharapkan ihsan jiran yang kerap memberi makanan,” katanya.
Esah berkata, dulu ada wanita yang diupah menjaganya dan anaknya tetapi wanita itu menipunya dengan mengambil wangnya untuk kegunaan sendiri, malah menggunakan namanya untuk pendaftaran talian telefon sehingga bil mencecah RM600 sebulan.

“Ketika itu, semua wang saya habis digunakan oleh wanita itu sehingga dia pernah mengurung kami di dalam rumah tanpa memberi makanan, namun nasib baik ada jiran yang prihatin menolong kami.
“Wanita itu melarikan diri dengan membawa bersama barangan berharga di dalam rumah, malah MyKad dan kad bank saya turut dicuri.

“Tanpa MyKad, saya tidak dapat memohon apa-apa bantuan yang disediakan kerajaan,” katanya.

‘Bagai mayat hidup’

PASIR MAS: Masa depan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berusia 28 tahun semakin gelap apabila dia lumpuh seluruh badan akibat kemalangan di Plaza Tol Batu 9 Lebuhraya Cheras-Kajang, dua tahun lalu.
Mohd Faizal Che Zakaria kini tidak berdaya dan hanya terlantar di rumah ibu bapanya di Kampung Gual, To’ Uban, dekat sini, selepas kemalangan itu menjejaskan sistem sarafnya selain langsung tidak dapat bercakap.

Bapanya, Che Zakaria Hassan, 57, berkata anaknya ditimpa kemalangan itu ketika perjalanan pulang dari bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menuju ke rumahnya di Kajang dengan menaiki motosikal.
Katanya, dia sedih melihat keadaan anaknya itu, namun mereka sekeluarga bertekad akan sentiasa menjaga Mohd Faizal dalam apa juga keadaan.

“Faizal kini seperti mayat hidup, namun kami tetap menjaganya seperti dia masih bayi dulu, tidak timbul erti sesal jika nyawa kami masih dikandung badan,” katanya.

Bagaimanapun, Che Zakaria runsing apabila wang pampasan yang diterima anaknya selepas 28 bulan terlantar, tidak dapat dikeluarkan.
Katanya, dia membuat permohonan kepada pihak bank untuk menukar nama akaun berkenaan bagi membolehkannya mengeluarkan wang pampasan dan gaji anaknya untuk digunakan membiayai kos perubatan.

“Kad banknya hilang ketika kemalangan dan wang pampasannya sudah diterima tetapi tidak dapat dikeluarkan kerana wang berada dalam akaun anak.
“Kami kini runsing dan tidak tahu apa yang patut dilakukan kerana kos untuk membeli keperluannya kira-kira RM1,800 sebulan,” katanya. Mohd Faizal yang berkhidmat selama empat tahun bersama PDRM sebelum kemalangan itu, hanya bergantung kepada wang bantuan yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

‘Saya tidak kenal dia’

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

JULIA HANA...anggap dakwaan bahan jenaka. Gambar kecil, Safee Sali.
JULIA HANA...anggap dakwaan bahan jenaka. Gambar kecil, Safee Sali.
KUALA LUMPUR: “Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi pada 2004 dan selepas itu tidak pernah ke sana lagi.
“Dakwaan mengatakan saya dan Safee bercuti bersama ke pusat peranginan itu tidak benar sama sekali,” kata pelakon, Julia Hana Kamarudin, 33.
Selepas kisahnya disiarkan akhbar ini semalam, pelakon, Julia Hana yang dikaitkan bercinta dengan bintang bola sepak negara, Safee Sali, akhirnya tampil menafikan dakwaan hubungan itu.

Menurut Julia, dia mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan adiknya, kelmarin dan menganggap tuduhan itu sebagai bahan jenaka.

‘Tiada siapa hasut, desak’

Oleh Norrasyidah Arshad
am@hmetro.com.my

TERKAWAL...Ishak (kanan) menerima dokumen daripada wakil penduduk ketika demonstrasi aman di hadapan ibu pejabat PKNS, semalam.
TERKAWAL...Ishak (kanan) menerima dokumen daripada wakil penduduk ketika demonstrasi aman di hadapan ibu pejabat PKNS, semalam.
SHAH ALAM: Jika Rabu lalu lebih 200 penduduk perumahan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membuat demonstrasi secara aman di hadapan ibu pejabat PKNS, Seksyen 13, di sini, bagi mendesak perbadanan itu melupuskan hutang pembelian rumah mereka, semalam, lebih 100 penduduk perumahan Desa Mentari dan Kampung Lindungan, Petaling Jaya pula melakukan tindakan sama.
Yang Dipertua Persatuan Penduduk Desa Mentari, Ishak Maarof berkata, desakan itu dilakukan bukan disebabkan hasutan mana-mana parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO), sebaliknya kesedaran penduduk terhadap sikap kerajaan negeri yang tidak prihatin terhadap rakyat yang berpendapatan rendah.

Katanya, desakan untuk meminta PKNS melangsaikan hutang penduduk itu sudah dirancang awal selepas adanya isu berkaitan Talam Corporation Berhad (Talam).
“Kami tidak menyangka, selain kami ada penduduk turut berfikiran seperti apa yang sudah kami rancangkan. Ini kebetulan.

“Kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta kami memohon bantuan zakat adalah kenyataan yang sangat ego dan menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab kepada rakyat Selangor,” katanya.

Kumpulan itu menyerahkan surat tuntutan mereka kepada Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, jam 11 pagi semalam.
Mengulas dakwaan PKNS yang menyatakan mereka tiada kaitan dalam pembayaran wang hutang berkenaan, Ishak berkata, desakan itu tetap dibuat memandangkan perbadanan itu anak syarikat kerajaan negeri dan perlu bertanggungjawab membantu nasib penduduk.

“PKNS sudah terbabit dengan hutang Talam dan wajar untuk mereka membantu rakyat Selangor terutama yang berpendapatan rendah.
“Kerajaan negeri hanya menggunakan PKNS untuk kesenangan politik mereka. Sekarang, rakyat sudah bangkit untuk menuntut janji pilihan raya mereka dulu yang mahu membantu golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Integriti PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, tindakan penduduk perumahan PKNS mengadakan demonstrasi amat dikesalkan.

Katanya, penduduk terbabit hanya dipergunakan sesetengah pihak bagi mencapai agenda tertentu.

“Mereka diperdayakan NGO tertentu yang meyakinkan mereka kononnya PKNS perlu mengambil alih hutang rumah mereka.

“Kami menasihatkan semua penduduk terbabit supaya jangan terpedaya dengan hasutan ini kerana ia adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan lebih 200 penduduk rumah pangsa di Seksyen 7, 16, 18 dan 20, di sini, mengadakan demonstrasi bagi meminta PKNS melupuskan hutang pembelian rumah mereka bernilai RM19 juta selepas 100 penduduk dari Kelana Jaya dan Petaling Jaya turut melakukan perbuatan yang sama pada Isnin lalu.

Norita turut mengingatkan penduduk perumahan PKNS supaya tidak memberikan maklumat peribadi diri berikutan risau disalah guna pihak tertentu.

Katanya, PKNS dapat mengesan tindakan beberapa NGO yang meminta maklumat peribadi penduduk kononnya bagi membantu urusan pembayaran hutang rumah mereka.

“NGO berkenaan turut mengutip RM10 bagi setiap borang. Perkara ini tidak betul dan penduduk yang keliru mengenai isu ini sepatutnya menghubungi PKNS tanpa menggunakan orang tengah,” katanya.

Beliau berkata, PKNS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap NGO yang dikenal pasti menjadi dalang menghasut penduduk membuat tuntutan berkenaan.

Pinjaman tak wujud

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Taktik licik sindiket penipuan melalui tawaran pinjaman wang yang tidak wujud kini dikesan semakin berleluasa hingga mengakibatkan kerugian lebih RM15 juta dalam tempoh kurang dua tahun.
Sejak 2011 sehingga Ogos tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sudah menerima 776 laporan berhubung penipuan sindiket yang memerangkap mangsa dengan menawarkan pinjaman peribadi sebelum meminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu sebagai kos proses kelulusan pinjaman.

Ketua Penolong Pengarah Siasatan I JSJK, Datuk Lim Char Boo berkata, kumpulan sindiket terbabit menggunakan modus operandi dengan cara mengiklankan tawaran pinjaman wang seperti along melalui risalah dan kad nama yang diedar di peti pos rumah, pejabat atau kereta.
“Untuk tempoh 2011, kita menerima 477 laporan membabitkan kerugian RM9 juta dan tahun ini sehingga Ogos lalu saja, sebanyak 299 kes dilaporkan dengan nilai kerugian mencecah RM6 juta,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, modus operandi dengan cara mengiklankan tawaran pinjaman wang seperti along jelas mudah memperdaya mangsa yang rata-ratanya mereka yang memerlukan wang dengan segera dan tidak layak membuat permohonan pinjaman bank.

“Kebiasaannya individu atau ahli sindiket akan menyamar sebagai pegawai dari mana-mana institusi kewangan atau agensi pemberi pinjam wang,” katanya.

MACAM KAEDAH DAN IDEA...HUDUD MASIH TAK MAU LAKSANA...MACAM DIA LEBIH BIJAKSANA DARI ALLAH..

Semua perlu proaktif

Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed

MUTAKHIR ini masyarakat dikejutkan dengan beberapa kejadian ragut di negara kita, terbaru membabitkan seorang pembantu klinik, Rohairani Abdullah, 36, yang ditetak tangan kirinya hingga hampir putus oleh peragut yang menarik begnya di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu.
Mengikut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Azham Othman sehingga kini belum ada sebarang tangkapan namun polis mempunyai maklumat mengenai suspek.

Kisah malang dan tragis itu bukan kali pertama dilaporkan di media massa. Sebelum ini, akhbar dan televisyen mendedahkan kejadian jenayah ragut di seluruh negara dan sehingga kini sebahagian besar membabitkan golongan wanita.

Ternyata pelaku jenayah ini memburu dan menjadikan golongan wanita sasaran utama mereka. Ini mungkin kerana golongan wanita mudah untuk ‘ditewaskan’ apabila bergelut atau ketika meragut.

Andai ada yang melawan natijahnya cukup berat dan menyayat hati apabila ada yang cedera parah seperti kes terbaru itu.

Lebih malang, ada mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk selepas bergelut dengan peragut.

Seorang kerani wanita, Tang Mui Choo, 35, meninggal dunia di Hospital Besar Melaka selepas bertarung nyawa hampir 23 jam akibat kecederaan parah di kepala ketika diragut dalam perjalanan ke tempat kerja.

Mengikut kronologi kes, ketika kejadian kira-kira 8.15 pagi itu, mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan ke tempat kerjanya didatangi dua lelaki berpakaian serba hitam yang menaiki sebuah motosikal sebelum meragut beg tangan mangsa dalam raga motosikal.

Akibat pergelutan ketika mangsa cuba merampas semula beg tangannya, Tang terjatuh dari motosikal dan mengalami cedera parah.

Sebelum itu, seorang lagi mangsa, Nur Syaza Yasmin Ruslan, 17, yang mengejar peragut dengan motosikal meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikalnya dikatakan bergesel dengan motosikal peragut sebelum mangsa terpelanting di atas jalan raya dan dilanggar sebuah kereta lain.

Ini adalah antara beberapa kes ragut yang membelenggu dan merisaukan masyarakat.

Malah, lebih tragis lagi ada juga beberapa kes yang lebih mencemaskan, peragut menggunakan asid sebagai alat untuk menewaskan mangsa seperti menimpa seorang guru, S Rani, 46, yang dihampiri dua lelaki yang berjalan kaki ketika menunggu bas.

Suspek cuba merampas rantai leher mangsa dan berlaku pergelutan. Melihat mangsa berdegil tidak melepaskan rantai itu, peragut nekad menyimbah asid sebelum meragut rantai leher dan melarikan diri.

Kejadian ini membuktikan penjenayah sanggup buat apa saja untuk mendapatkan hajat mereka termasuk menyimbah asid kepada mangsa.

Justeru, walaupun pihak berkuasa secara berterusan mempergiatkan usaha rondaan serta berjaya menangkap beberapa penjenayah yang terbabit dalam kes ragut, ia belum dapat dihapuskan lagi.

Kejadian ragut yang terus berlaku sehingga ke hari ini membuktikan masih ramai penjenayah berkeliaran di luar sana menanti untuk memerangkap mangsa seterusnya.

Jenayah ragut menjadi ancaman kepada masyarakat malah kita bimbang apabila isteri, ibu atau adik-beradik kita turut terdedah jenayah ragut.

Semua pihak perlu memainkan peranan aktif bagi menangani jenayah ragut ini daripada terus berleluasa. Peranan dan sumbangan polis memang penting bagi menangani isu itu.

Masyarakat juga perlu membantu dengan memberi maklumat tanpa mengira mangsa atau agama. Jenayah ragut perlu dibanteras dan mereka yang terbabit perlu dihadap ke muka pengadilan.

Penulis berpandangan terdapat dua punca utama iaitu sikap kita yang cuai di samping sikap masyarakat yang leka dan tidak peka dengan kejadian di sekeliling.

Walaupun kita terus didedahkan dengan pelbagai laporan jenayah ragut, masyarakat terutamanya golongan wanita masih mengambil mudah sehingga terus menjadi sasaran peragut.

Ada wanita masih berdegil dengan meletakkan beg tangan di raga motosikal atau gemar memakai serta memperagakan barangan kemas selain berjalan seorang diri di kawasan sunyi.

Pada masa yang sama budaya masyarakat yang tidak peka serta masih malu dan segan untuk menjaga tepi kain orang serta tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekitar hingga akhirnya membawa musibah kepada kita sendiri.

Satu contoh kejadian yang cukup menyayat hati ialah nasib malang menimpa seorang warga emas, Tan Kim Chuan, 60, yang terbaring di atas jalan tanpa sebarang bantuan selepas menjadi mangsa ragut.

Lebih malang, ada tujuh orang berjalan dan hanya melihat mangsa terbaring menahan kesakitan di jalan raya. Akhirnya mangsa meninggal dunia.

Melihat senario ini, penulis terfikir apakah nilai-nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat kita semakin terhakis?

Bagaimana tujuh orang yang lalu lalang di kawasan terbabit tergamak dan sampai hati membiarkan mangsa terbaring begitu saja?

Memang tidak masuk akal namun itulah yang sedang berlaku di negara kita. Bayangkan yang terbaring itu ibu mahupun saudara kita sendiri?

Tidak guna Malaysia menjadi negara maju jika kita hilang nilai-nilai kemanusiaan dan budaya prihatin.

Adalah tidak adil meletak tugas dan tanggungjawab memerangi jenayah di bahu polis semata-mata. Masyarakat wajar menjalin perkongsian pintar bersama-sama.

DUIT DULU KE ATAU HUKUM DULU...AKHIR ZAMAN MANUSIA JUAL AGAMA DENGAN DUNIA

Keluar fatwa rasmi

Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyarankan Jabatan Mufti Negeri mengeluarkan fatwa rasmi sama ada peguam syarie dibenarkan syarak atau tidak untuk mewakili saudara baru yang mahu kembali ke agama asal di Mahkamah Syariah.
Presidennya, Musa Awang berkata, pihaknya turut menyarankan supaya syarat dan kelayakan menjadi peguam syarie diperketatkan dengan mengambil kira asas syariah yang kukuh. Menurutnya, langkah itu perlu bagi membendung kes peguam syarie didakwa sanggup menjual agama demi keuntungan dunia. “Dalam perkara ini masyarakat awam perlu faham, bukan semua peguam syarie daripada lulusan syariah, malah ada juga kalangan peguam bela dan peguam cara yang diberi tauliah sebagai peguam syarie. “Justeru, ada di kalangan peguam syarie yang tidak mempunyai asas syariah yang kukuh,” katanya dalam kenyataan menerusi e-mel kepada Harian Metro, semalam. Harian Metro semalam melaporkan dek kerana mengejar keuntungan, ada peguam syarie dikatakan sanggup menggadaikan prinsip dan maruah agama sendiri dengan ‘membantu’ saudara seagama, terutama golongan mualaf yang ingin memohon pengisytiharan keluar daripada Islam.

Dengan bayaran lumayan sehingga RM10,000 bagi setiap kes, membuatkan peguam terbabit tidak teragak-agak memberikan kesanggupan mewakili golongan berhasrat keluar daripada Islam disebabkan beberapa faktor seperti ingin berkahwin dengan kekasih bukan Islam dan masalah kewangan.
Perkara itu didedahkan Pegawai Mualaf Islam, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Hafiz Ng Abdullah yang mendakwa peguam terbabit sanggup mencari jalan atau bukti secukupnya untuk memastikan anak guam mereka dapat diisytiharkan keluar Islam oleh mahkamah, sebelum menerima imbuhan dijanjikan.

Musa berkata, laporan itu hanya membabitkan segelintir peguam syarie saja dan bukan semuanya bertindak seperti itu. “Saya percaya sehingga kini majoriti peguam syarie masih berpegang kepada hukum syarak dan prinsip dengan meletakkan Islam sebagai yang teratas dan tertinggi. Segelintir yang melakukan, janganlah dilabelkan seperti semua melakukannya,” katanya. Sementara itu, beliau meminta bahagian dakwah dan jabatan berkenaan menyiasat dan melakukan muhasabah mengenai kes saudara baru atau mualaf yang kembali murtad selepas memeluk Islam. “Jabatan berkenaan perlu mempergiatkan usaha mendidik saudara baru supaya tidak kembali ke agama asal mereka. Jika benar seperti didakwa, PGSM melahirkan rasa kesal apa yang berlaku. “Kita juga menyarankan Hafiz Ng atau sesiapa saja mempunyai maklumat mengenai kegiatan peguam syarie terbabit melaporkan secara rasmi kepada Jawatankuasa Peguam Syarie Perak untuk diambil tindakan,” katanya.

Gadis terkejut dicabul bapa jam 4 pagi

KUALA LUMPUR: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu perumpamaan sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang bapa kandung yang mencabul dan cuba merogol anak perempuan tunggalnya yang tinggal bersamanya sejak kematian isterinya sebelum melarikan wang tunai bernilai RM1,000 yang disimpan mangsa untuk perbelanjaan perkahwinan dalam kejadian di Pantai Dalam, semalam.
Mangsa berusia 19 tahun yang bekerja di sebuah pusat beli-belah dibawa pulang dari kerja oleh bapanya itu kira-kira jam 3 petang.

Ketika itu, bapa mangsa yang berusia 50-an tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik kepada mangsa dan mereka berdua makan di rumah seperti biasa.
Sumber polis berkata, selepas menonton televisyen berdua, mangsa masuk ke biliknya untuk tidur manakala bapa mangsa pula tidur di ruang tamu rumah namun kira-kira jam 4 pagi, mangsa tersedar dari tidur selepas merasakan pahanya diraba.

“Mangsa yang ketakutan menjerit memanggil bapanya namun dia terkejut selepas nampak individu yang merabanya itu adalah bapanya sendiri,” katanya.

Jaga, penyelia didakwa

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

TAIPING: Dua lelaki termasuk seorang pekerja syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan merompak wang tunai berjumlah RM1.23 juta dan menembak mati pemandu van yang membawa wang berkenaan, bulan lalu.
Pekerja syarikat keselamatan berkenaan, Mohd Hafizuddin Zainal Abidin, 25, dari Sungai Siput, Perak dan penyelia syarikat, Cheah Cheong Tatt, 23, dari Kulim, Kedah didakwa dengan niat bersama merompak wang tunai RM1,235,715 milik Syarikat Safeguards G4S Sdn Bhd serta melepaskan tembakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian Hasnul Hafis Saad, 28.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di depan pasar raya Giant, Jalan Tekah, Aulong, di sini, antara jam 2.20 hingga 3.25 petang, 18 September lalu.
Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 3, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 3 akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengaku faham sebaik tuduhan dibacakan terhadap mereka, namun Majistret Solehah Noratikah Ismail tidak mengambil sebarang pengakuan dan menetapkan kes itu disebut semula pada 6 Disember depan bagi memberi masa beberapa dokumen berkaitan kes berkenaan termasuk laporan bedah siasat diperoleh.

Mahkamah juga tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim manakala Cheah diwakili C P Ang dan Mohd Hafizuddin tidak diwakili peguam.

Kes berkenaan mendapat liputan luas media apabila mangsa, Hasnul Hafis ditemui mati dipercayai akibat ditembak lebih dua das oleh rakan sekerjanya sendiri dalam rompakan yang berlaku berhampiran Jalan Tekah, Asam Kumbang, di sini.
Perompak kemudian melarikan enam guni wang berjumlah kira-kira RM1.2 juta dari dalam van keselamatan dinaiki mangsa.

Tiga hari selepas kejadian, polis menahan enam individu berusia antara 20 hingga 40-an dalam beberapa siri tangkapan di Kulim, Kedah serta Georgetown, Pulau Pinang dan menemui semula wang tunai RM517,100 dipercayai sebahagian daripada wang yang dilapor dilarikan dari van keselamatan berkenaan.

Pada 25 September pula, pasukan khas Polis Perak dengan kerjasama Polis Perlis berjaya menahan Mohd Hafizuddin yang dikatakan suspek utama kes itu di Kampung Syed Omar, Kangar, Perlis, selepas lapan hari diburu.

Bagaimanapun, polis hanya menemui wang tunai RM7,250 dan 550 bath Thailand bersamanya manakala wang setengah juta ringgit yang dirompak masih dilaporkan hilang.

Kasino judi berpindah-randah

KAMPAR: Sindiket judi dan pertaruhan berkomputer di daerah ini dikesan mengamalkan taktik berpindah-randah selain membina kasino mini bagi menyukarkan polis menjejaki ‘sarang’ sebenar mereka.
Modus operandi dilakukan kumpulan itu menyewa premis perniagaan dan beroperasi beberapa bulan di sesuatu lokasi sebelum berpindah ke premis lain bagi mengelak kegiatan mereka dikesan.

Malah, kegiatan perjudian itu gagal ditumpaskan sepenuhnya berikutan terdapat permintaan tinggi dalam kalangan kaki judi remaja yang dikesan semakin bertambah.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, kegiatan perjudian itu bagaimanapun ditumpaskan hasil operasi berterusan sejak Januari lalu membabitkan premis sekitar Kampar dan Gopeng, di sini.

Menurutnya, sepanjang tempoh Januari hingga September lalu, anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar merekodkan 31 kes membabitkan rampasan 461 mesin perjudian serta komputer bernilai RM461,000.

“Dalam serbuan berasingan dijalankan, kami menahan 33 individu berusia antara 17 dan 55 tahun yang kebanyakannya pekerja atau pembantu di premis yang menjalankan kegiatan perjudian itu.
“Jumlah serbuan itu meningkat hampir 30 peratus daripada jumlah serbuan dalam tempoh sama tahun lalu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Pasangan ‘bercinta’ dengan serigala



ELLIS mengajar Isla bagaimana mendekati serigala dan mengelak daripada dicederakan.
ELLIS mengajar Isla bagaimana mendekati serigala dan mengelak daripada dicederakan.
ADA dua ekor serigala jantan dan seekor betina di Pusat Penyelidikan Serigala di Coombe Martin, Devon.
ADA dua ekor serigala jantan dan seekor betina di Pusat Penyelidikan Serigala di Coombe Martin, Devon.
LONDON: Menjalin hubungan dengan bekas tentera yang menghabiskan masa hampir tiga tahun dengan serigala dalam taman hidupan liar serta tanpa mandi bukanlah impian yang menarik.
Namun, dalam keadaan hidup begitulah Shaun Ellis bertemu pasangannya, Isla.

Digelar Wolfman, Ellis, 47, dipercayai menjalin hubungan sangat akrab dengan haiwan liar serta mengajar teman wanitanya itu untuk menjadi sebahagian daripada mereka.
Hasil persefahaman dengan Isla, 30, kini mereka melangsungkan perkahwinan secara tradisi selepas bertemu kali pertama pada September 2009. Lebih dua tahun selepas menjalin hubungan istimewa pada April 2010, Ellis dan Isla berkahwin mengikut adat tradisi suku pribumi Amerika Syarikat (AS) dalam satu majlis di Devon.

Disebabkan kecintaan mendalam terhadap pribumi AS, Ellis dan Isla membina khemah seperti kediaman suku Red Indian di taman dan ia menjadi rumah kedua untuk mereka ketika m enjalankan kajian secara dekat hidupan liar di kawasan berkenaan. Kata Isla, cintanya terhadap Ellis adalah cinta pandang pertama “Saya tak tahu apakah cinta sehingga saya diperkenalkan kepada Ellis.

“Selepas sekian lama membayangkan lelaki idaman saya, nampaknya lelaki itu adalah Ellis,” katanya. Sejak berkenalan, kata Isla, Ellis banyak mengajarnya mengenai serigala, terutama bagaimana menghormati haiwan liar itu. Setakat ini, katanya, dia tidak pernah diserang atau dicederakan serigala.
Ellis menghabiskan masa dua setengah tahun memburu, makan, melolong dan tidur bersama empat serigala jantan di taman berkenaan yang terletak di Coombe Martin, Devon.

Dia juga mengehadkan pemakanannya kepada daging semata-mata, selain tidak mandi supaya bau badannya sesuai dengan haiwan liar berkenaan. Kata Ellis, dia lebih selesa hidup bersama serigala berbanding bergaul dengan manusia. “Jika berjauhan, saya akan merindui serigala itu.
“Bagi saya, serigala itu sama seperti keluarga manusia kerana pertalian sesama mereka rapat,” katanya. - DM

Biri-biri berkepala terbalik jadi perhatian ramai



RAKAMAN imej kambing di sebuah ladang di England yang menjadi perhatian di laman YouTube.
RAKAMAN imej kambing di sebuah ladang di England yang menjadi perhatian di laman YouTube.
LONDON: Sekali pandang, tiada yang aneh pada biri-biri ini, tetapi sebaik saja ia dilihat lebih dekat, ternyata ada yang aneh padanya.
Ketika ia leka meragut rumput, ramai yang terkejut apabila melihat biri-biri ini berkepala terbalik. Pemiliknya memaparkan imej berkenaan di YouTube bertegas mendakwa ia asli.

Ia ditonton hampir 50,000 kali dalam tempoh lima hari. Allan McNamara, dari Middlesbrough, Yorkshire Utara, berkata dia ternampak biri-biri berkenaan ketika berjalan-jalan di pinggir kampung dengan seorang rakan. Kata juruteknik komputer itu, tulang belakang yang terpusing mungkin menyebabkan kepala biri-biri berkenaan terbalik. “Kami memang sukar mempercayai apa yang kami lihat,” katanya. Menurut McNamara, 30, dia tidak dapat mengingat lokasi ladang tempat dia melihat biri-biri berkenaan, sebaliknya hanya mendakwa ia terletak di England. - TS

3 beranak bunuh warga Afrika



BANGKOK: Polis menahan seorang wanita yang disyaki berkomplot dengan ibu dan abang tirinya dalam pembunuhan suaminya yang berasal dari Afrika Selatan, di daerah Keang Doi, wilayah Saraburi.
Kacharin Duvel dan abang tirinya,Surasith Pacchathepmonkol, didakwa membunuh Oswald Heinrich Duvel, 50, seorang warga Afrika Selatan yang dilaporkan bekerja sebagai pengurus di syarikat senireka.

Polis menemui mayat Duvel yang bogel di tepi jalan pada 30 September lalu. Mangsa ditembak melalui mulut.

Pada mulanya, Kacharin dan keluarganya menafikan mengetahui mengenai pembunuhan itu, kata polis.

Polis mendapat tahu pasangan itu masing-masing cuba mendapatkan hak penjagaan ke atas anak mereka yang berusia tiga tahun di mahkamah.

Kereta mangsa ditemui ditinggalkan di tepi jalan dan polis menemui bukti yang mengaitkan pembunuhan itu dengan isteri dan abang tiri suspek.

Menurut polis, mereka disoal siasat sekali lagi dan akhirnya mengaku membunuh Duvel.

Polis berkata, Kacharin mengaku menarik perhatian Duvel dengan menawarkan kepada mangsa peluang menemui anak mereka dan kemudian membunuhnya.

Abang tirinya yang menembak mangsa, kata polis.

Kacharin merancang pembunuhan itu dengan ibu dan abang tirinya.

Suspek memberitahu polis dia ditipu untuk mengahwini Duvel supaya suaminya itu dapat bekerja di Thailand. Mereka kemudian berpisah, tetapi apabila anak mereka semakin membesar, Duvel dikatakan mahu hak penjagaan terhadap anak mereka.

Kacharin berkata, dia tidak mahu kehilangan hak penjagaan anak lalu merancang pembunuhan itu.

Kacharin dan abang tirinya, Surasith didakwa membunuh dengan niat, sementara ibunya menjadi saksi dan penjaga anak Kacharin. - BP

Friday, October 5, 2012

BUKAN ITU SAJA..ADA PEGUAM MENOLONG ISTERI MINTAK CERAI SEDANG SUAMI BELUM TENTU BERSALAH....ADA CERAI YANG DILARANG AGAMA...MAKSUDNYA SUAMI TAK BERSALAH TAPI SEBAB FULUS BUAT JUGA....TOLONG SAMPAI BERCERAI...SEDANG MINTA CERAI TANPA SEBAB TAK BOLEH CIUM SYURGA...PATUT NASIHAT ATAU BERI KAUNSELING

45 tahun tiada dendam

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi, Yusmizal Dolah Aling dan Shahrul Redzuan Zulkifli
am@hmetro.com.my

TERBANG...Kamarul Baharin ketika aktif dalam seni silat gayung.
TERBANG...Kamarul Baharin ketika aktif dalam seni silat gayung.
KUALA PILAH: “Berpuluh-puluh tahun saya mencari, namun hanya kini kami dapat bertemu kembali. Saya mahu memohon berbanyak maaf kepadanya,” kata Ab Aziz Othman, 63, yang tak sengaja tertetak kepala Kamarul Baharin Shariff, 67, menyebabkan rakan pesilatnya itu lumpuh separuh badan.
Kejadian yang berlaku 45 tahun lalu itu mengubah keseluruhan hidup Kamarul Baharin apabila dia tidak mampu berdiri dan berjalan, namun nasib menyebelahinya apabila mampu berumah tangga dan hidup bahagia bersama lima anak seperti dipaparkan Harian Metro, semalam.
Insiden antara Ab Aziz dan Kamarul Baharin berlaku ketika kedua-dua mereka yang juga pesilat Silat Seni Gayong Malaysia membuat persembahan untuk siaran televisyen pada 1967.

Sejak kejadian itu, Ab Aziz yang juga bekas jurulatih Silat Seni Gayong Malaysia ‘merajuk’ daripada aktiviti silat dan menghilangkan diri sehingga dia dipertemukan semula dengan Kamarul Baharin oleh Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Datuk Adiwijaya Abdullah, baru-baru ini

 


‘Memang saya’

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

Izara Aishah Hisham
Izara Aishah Hisham
KUALA LUMPUR: “Memang benar itu video seksi saya, tetapi ia dirakamkan tiga tahun yang lalu,” kata pelakon Izara Aishah Hisham, 20, mengenai penyebaran klip video dan gambar seksi dikaitkan dengannya dengan aksi ‘Cell Tango Girl’ yang kini tersebar di laman Youtube.
Menurutnya, aksi itu dirakamkan sekitar 2009 ketika dia mengikuti pengajian di Kolej Univerisiti Sunway, Bandar Sunway, Selangor dan dia tidak mahu hipokrit menafikan perkara terbabit sebaliknya lebih suka berterus-terang mengenai apa sebenarnya berlaku.

“Sekarang saya sudah matang dan dapat membezakan mana yang baik atau sebaliknya,” kata pemegang Diploma Seni Persembahan itu ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Menurutnya, klip video yang tersebar di Internet itu adalah rakaman ketika dia membuat projek akhir semester dan dia memegang watak utama sebagai pengemis. Izara berkata, kehendak tugasan ketika itu memerlukan dia berpakaian seksi dan beraksi sedikit ghairah.
Menurutnya, dia tidak menyangka video terbabit dimuat naik di Youtube selepas dikongsi rakannya di Facebook menyebabkan beberapa peminat menyatakan kekecewaan mereka selepas menyaksikan video tarian berkenaan.

Koma angkara jalan rosak

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

BAHAYA...keadaan jalan yang rosak teruk  akibat gagal diselenggara.
BAHAYA...keadaan jalan yang rosak teruk akibat gagal diselenggara.
KUALA LUMPUR: Gara-gara permukaan jalan yang rosak teruk sejak dua bulan lalu, seorang warga emas kini koma sejak seminggu lalu selepas terbabit dalam kemalangan di Persiaran Lestari Perdana, dekat Sri Kembangan, di sini.
Kejadian kira-kira jam 8.30 malam pada 28 September lalu itu menyebabkan mangsa, Bahardin Mohd Sohor, 67, patah tulang rusuk, cedera mata kanan, darah beku di kepala dan luka di badan serta kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Malaysia (PKIPM) menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah.

Sejurus motosikalnya terlanggar lubang akibat jalan rosak, kenderaan Bahardin hilang kawalan menyebabkan dia jatuh ke atas jalan menyebabkannya cedera parah.

Remaja diculik tiga lelaki guna van putih

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

TRAUMA...mangsa menceritakan detik cemas kepada wartawan Harian Metro.
TRAUMA...mangsa menceritakan detik cemas kepada wartawan Harian Metro.
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang remaja perempuan berpura-pura pengsan selepas dipukul tiga lelaki yang menculiknya dalam sebuah van menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rogol, bunuh dan bakar dalam kejadian di Bandar Sri Permaisuri, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 17 tahun berjalan keseorangan ke sebuah sekolah di kawasan berhampiran untuk menjemput sepupunya berusia lapan tahun pulang apabila tiba-tiba van putih berhenti dan terus menariknya masuk ke dalam kenderaan itu.
Bagaimanapun, selepas 500 meter perjalanan, mangsa berpura-pura pengsan sejurus dipukul sebelum berjaya melarikan diri ketika tiga lelaki terbabit keluar untuk menculik seorang lagi gadis berhampiran jambatan laluan komuter di Salak Selatan.

Menceritakan kejadian itu, mangsa yang ingin dikenali sebagai Iqa berkata, setiap hari dia menghantar sepupunya itu ke sekolah.

Pengedar dadah rebah ditembak



GEORGETOWN: Bagai adegan dalam filem, aksi kejar mengejar sepasukan anggota polis dengan seorang pengedar dadah warga asing sejauh satu kilometer berakhir selepas lelaki itu rebah ditembak polis dalam kejadian di Terminal Bas Sungai Nibong, di sini, kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku jam 9 malam apabila lelaki berusia 30-an dari Aceh, Indonesia itu dikesan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Mat Nasir Hussien berkata, berdasarkan maklumat dan siasatan mendapati suspek dipercayai dalang utama sindiket dadah membabitkan rampasan 23 ketul dadah jenis ganja bernilai RM84,000 di Bukit Gedung, kelmarin.
Menurutnya, suspek cuba melarikan diri dari tempat kejadian ke satu lorong gelap sebelum mendapati ia laluan mati dan berpatah balik sebelum terserempak dengan anggota polis.

Katanya, suspek disyaki cuba mengambil sesuatu dalam bajunya dan polis terpaksa melepaskan dua das tembakan yang terkena paha dan perut suspek selepas amaran supaya menyerah diri tidak diendahkan.

“Suspek dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut walaupun keadaannya dilaporkan serius tetapi agak stabil.
“Kami menjalankan siasatan berkaitan penahanan lelaki itu daripada pelbagai sudut bagi mengetahui sejauh mana pembabitannya dalam kes pengedaran dadah itu,” katanya.

Kelmarin, polis menahan seorang lelaki warga emas berusia 50-an bersama ketulan dadah jenis ganja belum diproses yang dibalut padat seperti bola ragbi seberat 28 kilogram dalam but kereta.

‘Jual agama’

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Dek mengejar untung, ada peguam syarie dikatakan sanggup menggadaikan prinsip dan maruah agama sendiri dengan ‘membantu’ saudara seagama, terutama golongan mualaf yang ingin memohon pengisytiharan keluar daripada Islam.
Menerima bayaran lumayan sehingga RM10,000 bagi setiap kes, mereka tidak teragak-agak memberikan kesanggupan mewakili golongan yang berhasrat keluar daripada Islam disebabkan beberapa faktor seperti ingin berkahwin dengan kekasih bukan Islam dan masalah kewangan.

Perkara itu didedahkan Pegawai Mualaf Islam, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Hafiz Ng Abdullah yang mendakwa peguam terbabit sanggup mencari jalan atau bukti secukupnya untuk memastikan anak guam mereka berjaya diisytiharkan keluar Islam oleh mahkamah, sebelum menerima imbuhan dijanjikan.

Cekup Datuk bankrap

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Seorang ahli perniagaan berusia 69 tahun bergelar Datuk yang berhutang RM7.6 juta adalah antara 15 individu ditangkap dengan kerjasama polis kerana mengingkari perintah mahkamah untuk menyelesaikan kes kebankrapan.
Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Kelantan, Rohaiza Abd Rahman berkata, Datuk terbabit antara 285 individu di negeri ini yang diisytiharkan bankrap serta menerima waran tangkap dikeluarkan mahkamah bermula Januari hingga September lalu.

“Waran tangkap dikeluarkan mahkamah di bawah Seksyen 28 (1) (a) Akta Kebankrapan 1967 apabila individu yang diisytiharkan bankrap gagal untuk hadir bagi memberi kerjasama bagi menyelesaikan kes kebankrapan.

“Sehingga kini, 15 tangkapan sudah dibuat dengan kerjasama polis. Satu daripadanya kes berprofil tinggi membabitkan individu berstatus Datuk berusia 69 tahun dengan jumlah hutang RM7.6 juta,” katanya pada sidang media di Pejabat Insolvensi Malaysia Cawangan Kelantan, di sini, semalam.

Thursday, October 4, 2012

LAH NI HIDUP BEBAS...LELAKI PEREMPUAN BERGAUL BEBAS TANPA SEKATAN...HUDUD DINAFI...KEBAS TUNANG..KEBAS BINI ORANG JADI BIASA...LARIKAN ANAK DARA ORANG DAN LARIKAN BINI ORANG...TANGGUNGLAH SEBAB TAK IKUT IKUT HUKUM ALLAH...ZINA...ROGOL...PELACUR...BUANG ANAK PUN BIASA...ITU BELUM ROMPAK...RAGUT...DADAH....JUDI...MENIPU..RASUAH..BUNUH...MINUM ARAK...TAK SOLAT SERTA ADA KELUAR ISLAM@MURTAD...ADA PUAK MENGATA MEREKA MEMBELA ISLAM BELA KE...FIKIR2LAH SENDIRI

Terkejut tasbih ada gambar binatang
Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
Terkejut tasbih ada gambar binatang
Ramli menunjukkan tasbih yang bertulis kalimah Allah di hadapannya. Gambar kecil: Di belakang tasbih yang dikatakan terdapat gambar binatang itu.
PERMATANG PAUH - Seorang penduduk Taman Pauh Indah di sini terkilan apabila tasbih yang dibelinya didapati terdapat gambar binatang.

Ramli Awang, 50, berkata, dia terkejut apabila isterinya memaklumkan bahawa gambar yang terdapat pada tasbih itu kelihatan seperti khinzir.

Menurutnya, tasbih itu dibeli di sebuah gerai yang dibuka pada hari minggu berhampiran dengan kediamannya.

“Saya tertarik dengan tasbih yang diperbuat daripada kayu ini kerana terdapat kalimah ALLAH pada hujungnya. Sewaktu hendak membelek-belek untuk melihat dengan lebih dekat lagi, peniaga di situ terus meletakkan tanda harga pada belakang kalimah Allah.

“Tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju membeli tasbih ini kerana peniaganya menawarkan harga RM8 berbanding harga asal RM11.

“Saya sendiri tidak perasan ada sesuatu pada tasbih itu sehinggalah pada hari Selasa lalu,” katanya yang ditemui Sinar Harian.

Ramli bagaimanapun tidak mahu menyalahkan peniaga itu yang berkemungkinan turut tidak sedar barang jualannya mengandungi gambar seperti itu.

“Saya tidak mahu tuduh peniaga kerana mungkin dia tidak sedar.

“Bagi saya, isu ini merupakan perkara yang sensitif kerana membabitkan agama. Tambahan pula, tasbih digunakan untuk berzikir dan di tasbih ini juga mengandungi kalimah Allah,” katanya.

Tambah Ramli, dia juga tidak mahu ada umat Islam lain yang turut tertipu dengan membeli tasbih seperti itu.
Jambatan rosak ancam nyawa
Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
Jambatan rosak ancam nyawa
Md Shukri (kanan) bersama penduduk lain menunjukkan struktur jambatan yang rosak.
SIK - Kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Pokok Jerai, Mukim Jeneri, resah apabila jambatan gantung di kampung itu rosak sehingga mengancam keselamatan penduduk.

Jambatan berusia lebih 25 tahun itu mengundang bahaya setelah beberapa strukturnya semakin mereput sehingga mendatangkan kebimbangan kepada penduduk kampung.

Penduduk terpaksa berdepan dengan risiko kerana kerana jambatan itu merupakan laluan utama penduduk ke kawasan kebun atau ke kampung lain.

Penduduk, Md Shukri Yaakup,57, berkata, jambatan sepanjang 100 meter itu seharusnya diganti baru bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Menurutnya, seorang warga emas yang menunggang motosikal pernah terjatuh ketika melalui jambatan itu sehingga dimasukkan ke hospital.

“Mujurlah motosikalnya tersangkut pada jaring, sekiranya tidak, pasti akan berlaku perkara yang lebih buruk,” katanya kepada Sinar Harian.

Md Shukri berkata, masalah jambatan itu dipanjangkan kepada pihak berkenaan sejak 2007 tetapi tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

“Kita menghantar permohonan supaya jambatan itu ditukar kepada jambatan konkrit untuk kebaikan penduduk kampung.

“Jambatan ini seharusnya diganti baru berikutan keadaan struktur jambatan yang terlalu usang sehingga membahayakan penduduk,” katanya.

Menurutnya, penduduk amat berharap masalah penduduk di sini diatasi dengan segera demi keselesaan mereka.

Sementara itu, Penyelaras Parlimen Sik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah, berkata masalah jambatan itu sudah dimaklumkan kepada pihak berwajib.

Menurutnya,  laporan lengkap diserahkan kepada Pejabat  Kemajuan Negeri Kedah melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan segera.

Menurutnya, masalah jambatan ini akan diselesaikan dalam kadar segera bagi menjamin keselamatan penduduk di sini.

“Insya-ALLAH, saya berharap penduduk dapat bersabar kerana masalah jambatan ini telah mendapat perhatian dan akan dilaksanakan tidak lama lagi,” katanya semasa melawat penduduk.
Rayu tunang pulang, bakal bernikah Disember ini
Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
Rayu tunang pulang, bakal bernikah Disember ini
Shahidan ditemani Bariah menunjukkan laporan polis berkaitan kehilangan Nur Fatini semasa ditemui di Lahar Ikan Mati. Gambar kecil: Gambar kenangan Shahidan dan tunangnya.
KEPALA BATAS - Seorang pekerja kilang merayu tunangnya, pulang semula ke pangkuan keluarga setelah tiga hari keluar rumah.

Shahidan Shaari, 21, operator kilang di Tikam Batu, Sungai Petani berkata, tunangnya Nur Fatini Amirah Mohd Rashidi, 17, meninggalkan rumahnya di Lahar Ikan Mati di sini pagi Isnin lalu tanpa memaklumkan destinasi yang ingin dituju.

“Kehilangan tunang saya disedari apabila keluarganya mendapati dia tiada di rumah awal pagi Isnin lalu selepas saya meminta mereka mencarinya kerana merasa hairan apabila panggilan telefon saya tidak dijawab.

“Selepas melakukan pemeriksaan, neneknya, Bariah Ahmad, 64, mendapati Nur Fatini telah meninggalkan rumah di mana pakaian dan barangan peribadinya turut tiada,” katanya.

Menurutnya, dia kemudiannya bergegas ke rumah tunangnya itu yang terletak lebih kurang 400 meter dari rumahnya dan selepas berbincang dengan keluarga Nur Fatini dia kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.

Shahidan berkata, dia telah bertunang dengan Nur Fatini Julai lalu dan menetapkan bulan Disember ini untuk dilangsungkan majlis nikah dan kenduri mereka.

“Saya tidak mempunyai masalah dengannya kerana selama dalam tempoh bertunang ini hubungan kami rapat serta mendapat restu seluruh ahli keluarganya termasuk ayahnya, Mohd Rashidi Mohd Rashid, 49, dan ibunya, Norasiah Lazim,48, serta neneknya Bariah.

“Saya telah pun membuat persiapan perkahwinan kami dan sekarang hanya menunggu tarikhnya sahaja,” katanya.

Sementara itu Bariah berkata, dia terkejut dan tidak menyangka cucunya itu sanggup keluar meninggalkan rumah mereka kerana dia merupakan cucu kesayangannya.

“Selain tinggal bersama saya sejak kecil kerana ibu bapanya bekerja di luar daerah, dia lebih rapat berbanding adik beradiknya yang lain dan sering meminta pandangan saya jika dia mengalami masalah.

“Sepanjang pengetahuan saya hubungan dengan tunangnya, Shahidan juga didapati baik dan mereka sering keluar bersama jika mempunyai masa lapang,” katanya.

Bariah berkata, Nur Fatini Amirah merupakan cucu kelima dari sembilan beradik dan tidak lagi bersekolah selepas tamat tingkatan tiga dua tahun lalu.

“Kerana sayangkannya, dia tidak dibenarkan bekerja di luar seperti mana kakaknya yang lain dan hanya membantu saya mengambil upah meleraikan komponen peralatan eletronik yang dihantar pelanggan di rumah.

“Bapanya hanya pulang seminggu sekali ke rumah kerana bekerja di luar daerah, ibunya juga bekerja dan sayalah yang banyak menghabiskan masa bersamanya sejak dia dilahirkan 17 tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, usaha mereka menghubungi telefon bimbit Nur Fatini gagal, malah dia juga tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar mereka.

Sehubungan itu, Bariah dan Shahidan merayu Nur Fatiini pulang segera ke rumah dan akan membantunya jika dia mempunyai masalah kerana selain merinduinya mereka juga bimbangkan keselamatan dirinya.

Sesiapa yang terjumpa atau melihat Nur Fatini oleh menghubungi Shahidan di talian 010-3703309 atau Bariah di talian 014-2442808 atau melaporkannya ke mana-mana balai polis terdekat.
Garis panduan papan iklan di Alor Setar wajibkan model perlu pakaian sopan

3 Oktober 2012
ALOR SETAR - Mulai tahun depan, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan menguatkuasakan sepenuhnya garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.
Antara perkara yang ditekankan dalam garis panduan itu ialah model dalam gambar perlu sopan dan berpakaian tidak menjolok mata dan jika model itu beragama Islam, dia perlulah menutup aurat.
Datuk Bandar MBAS Mat Noh Ahmad berkata pihak MBAS sedang membuat operasi di setiap papan iklan yang tidak mematuhi syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh MBAS.
"Terdapat rungutan daripada orang ramai tentang penggunaan bahasa kebangsaan pada papan iklan yang tidak memenuhi standard dan bagi menangani isu itu, kami akan menjalankan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Papan Iklan yang dijalankan secara berkala.
"MBAS turut akan menitikberatkan gambar model yang dipaparkan pada papan iklan itu," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata bagi mereka yang ingin membuat iklan di papan iklan perlulah mengikut syarat yang telah ditetapkan MBAS dengan mengemukakan permohonan ke Bahagian Kesihatan Awam, MBAS.
"Sekiranya mereka membina papan iklan secara haram, tindakan kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan dan kami juga akan menurunkan papan iklan itu," katanya.
Mat Noh berkata pada awal tahun hadapan MBAS akan menyeragamkan papan-papan iklan dari segi saiz papan iklan dan memastikan bahagian landskap tersusun rapi bagi mengindahkan kawasan papan iklan itu.
Beliau berkata MBAS tidak akan meluluskan sebarang papan iklan untuk pemilik yang ingin mengiklankan mengenai pusat hiburan atau premis judi. - Bernama
Lebih sebulan tak lena tidur
Wartawan Sinar Harian
3 Oktober 2012
Lebih sebulan tak lena tidur
Othman (kiri) menunjukkan lampu jalan yang tidak berfungsi menyebabkan kawasan perumahan Klaster Tenggiri bergelap.
Lebih sebulan tak lena tidur
Penduduk khuatir jika keadaan berlarutan bakal mengundang lebih banyak kejadian tidak diingini.
SEBERANG JAYA - Lebih sebulan penduduk Taman Klaster Tenggiri di sini, tidak lena tidur kerana bimbang kejadian pecah rumah berlaku lagi di kawasan mereka.

Penduduk terpaksa bergelap apabila lampu jalan di kawasan taman berkenaan tidak berfungsi lebih sebulan lalu, sehingga memberi peluang kepada pencuri melakukan kegiatan mereka.

Tinjauan mendapati, lampu jalan di Lorong Tenggiri 18 sehingga 22 tidak berfungsi dan menyebabkan kawasan rumah itu hanya bergantung kepada cahaya gerai makan berhampiran yang dibuka pada waktu malam.

Timbalan Pengerusi Surau Al-Islam, Othman Sulong berkata, beberapa kejadian kecurian dan pecah rumah berlaku di kawasan itu, terutama di kawasan rumah yang terhalang daripada pandangan dan tidak mempunyai sumber cahaya.

“Apabila malam kami terpaksa berhadapan dengan masalah gelap. Selepas senja sahaja, kami hanya bergantung kepada cahaya gerai berhampiran dan kemudiannya kembali bergelap selepas gerai berkenaan ditutup pada jam 12 tengah malam.

“Sebelum ini, ada kejadian pecah rumah, di mana mesin basuh seorang penduduk hilang. Selain itu, ada juga yang mencuri pintu pagar yang belum dipasang.

“Inilah masalahnya apabila lampu jalan tidak berfungsi. Kami khuatir lebih banyak risiko kejadian tidak elok akan berlaku,” katanya.

Othman berkata, dia juga sudah beberapa kali terserempak dengan dua lelaki mencurigakan yang meronda pada waktu malam di sekitar kawasan perumahan itu.

Menurutnya, lebih mengecewakan tiada tindakan diambil pihak berkenaan walaupun sudah beberapa kali pihaknya membuat aduan berhubung masalah itu.

“Lampu jalan di sini tidak berfungsi sejak 28 Ogos lalu. Bayangkan dalam tempoh sebulan lebih, sudah enam kali saya hubungi mereka, namun tiada maklum balas.

“Mereka ada meminta nama dan nombor telefon saya, tetapi sehingga kini saya tidak hubungi. Malah setiap kali saya telefon, mereka kata juruteknik akan datang memeriksa,” katanya lagi.

Selain kes pecah rumah, Othman turut bimbang sekiranya kawasan berkenaan terus bergelap akan mengundang kegiatan tidak bermoral di situ seperti gejala maksiat.
20 hari adik menghilangkan diri
Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
20 hari adik menghilangkan diri
Zulfazly menunjukkan laporan polis yang telah dibuatnya bagi mencari adiknya, Erman Fazli Hadi. Gambar kecil: ERMAN FAZLI HADI
BATU KURAU – "Hari ini (semalam) genap 20 hari adik menghilangkan diri sejak keluar bekerja 14 September lalu," luah Zulfazly Kamim, 32.

Menurutnya, adiknya, Erman Fazli Hadi Kamim, 17, yang bekerja di sebuah kilang di Kamunting menaiki van ke tempat kerja kira-kira jam 5.20 petang.

Katanya, sebelum adiknya menghilangkan diri, tidak ada perbalahan berlaku antara Erman Fazli dan ahli keluarga yang lain.

"Bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku selepas 24 jam adik tidak pulang ke rumah, saya terus ke tempat kerjanya, namun pihak kilang ada menyatakan adik  tidak datang bekerja.

"Keadaan ini semakin membimbangkan kami sekeluarga apabila telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semalam.

Zulfazly berkata, dia terus membuat laporan polis pada 16 September lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, di sini.

“Dalam masa yang sama saya terus berusaha mencari dan bertanyakan kepada kawan-kawannya namun, menemui jalan buntu.

“Semasa adik keluar bekerja dia hanya membawa wang RM10 sebagai wang saku untuk berbelanja,” katanya.

Katanya, dia bimbang keselamatan adiknya terancam dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat segera menghubunginya di talian 012-452 1130 atau di alamat, Kampung Repoh, Batu Kurau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah ketika dihubungi berkata, pihak beliau mengesahkan menerima laporan itu dan kes masih lagi disiasat.

“Sehingga kini kami tidak menerima sebarang maklumat berhubung keadaan Erman Fazli Hadi.

"Sekiranya orang ramai mengetahui dan mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi IPD Taiping di talian 05-829 1222,” katanya.
20 tahun sepi tanpa berita
Wartawan Sinar Harian
3 Oktober 2012
20 tahun sepi tanpa berita
Renganathan ketika ditemui di Hospital Taiping, kini tidak mampu bergerak kerana strok yang dialaminya sejak 3 bulan lalu, selain turut menyebabkan percakapannya tidak lancar.
20 tahun sepi tanpa berita
Anak sulung (kiri) ketika majlis perkahwinan di Nibong Tebal dan anak keduanya (kanan).
TAIPING – Lebih 20 tahun tidak bertemu, seorang warga emas dari Kampung Boyan, di sini, mengharapkan dua anaknya kembali ke pangkuan keluarga.

P Renganathan, 87, yang tinggal sendirian sejak kematian isterinya, enam tahun lalu kini mengidap masalah jantung dan strok selain hanya mampu terlantar serta menghabiskan masa mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

Pada saat insan lain dijaga rapi ahli keluarga, warga emas itu kini hanya mengharapkan ihsan jiran tetangga bagi menguruskan rutin hariannya.

Seorang jiran yang ditemui, Zabedah Abdullah, 38, berkata, sejak lapan tahun lalu hanya jiran menjadi tempat Renganathan mengadu.

Menurutnya, warga emas itu sebelum ini ada menceritakan serba sedikit maklumat keluarga termasuk keinginannya melihat dua anak perempuannya kembali setelah sekian lama tidak bertemu.

“Dia tak cerita semua, tetapi sekadar beritahu dia ada anak dan kini berada di Kuala Lumpur.

“Dia juga ada menyatakan, anak sulungnya pernah berkhidmat sebagai pramugari, namun selepas berkahwin, anaknya tidak pernah datang menjenguknya di rumah,” katanya.

Zabedah berkata, sejak kematian isteri, Renganathan enggan lagi bercerita soal anak-anaknya.

"Melihat keadaan warga emas ini, saya bersama beberapa jiran lain bercadang untuk menghantarnya ke Rumah Seri Kenangan Taiping," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia dan jiran lain sedang berusaha menjejaki kedua-dua anaknya sebelum tindakan lanjut diambil.

“Saya rasa dia lebih selamat kerana ada orang yang boleh membantu dan menjaga sepanjang masa, jika di rumah, dia keseorangan.

“Sebagai jiran saya hanya melakukan apa yang difikirkan betul dan jika anak-anak mahu berjumpa dengan bapa mereka, inilah masanya,” katanya.

Seorang lagi jiran, P Maria, 30, berkata, selepas Renganathan dimasukkan ke hospital, dia bersama jiran lain cuba membantu mencari anak-anaknya.

“Ketika mencari maklumat berkenaan keluarganya, kami terjumpa sebuah beg yang mengandungi beberapa keping gambar keluarga.

“Gambar majlis perkahwinan mungkin ketika persandingan anak sulungnya, kami harap gambar ini dapat membantu mencari dua anaknya itu, sebab kami tidak mempunyai maklumat lanjut, hanya gambar sebagai bukti,” katanya.

Renganathan sebelum ini pernah berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), kini dia menjalani hidup dengan wang pencen RM720 setiap bulan.

Mereka yang mempunyai maklumat berkenaan dua anak perempuan Renganathan diminta menghubungi Zabedah di talian 017-545 9650 atau 013-502 3740 atau di alamat No2, Tingkat 2, Blok A, Flat Kampung Boyan, Taiping.
Wanita cedera ditendang penjenayah
Wartawan Sinar Harian
3 Oktober 2012
Wanita cedera ditendang penjenayah
Polis membawa suspek yang ditahan ke Balai Polis Teluk Intan untuk siasatan lanjut.
Wanita cedera ditendang penjenayah
Rafidah bersama abangnya Dzulkifi keluar dari HTI selepas menerima rawatan pesakit luar.
TELUK INTAN - seorang wanita ditendang seorang lelaki tidak dikenali ketika menunggang motosikal seorang diri di persimpangan lampu isyarat di Jalan Maharaja Lela berhadapan kilang simen Tan Seng Huat.

Mangsa, Rafidah Abdul Manan berkata, ketika kejadian, dia baru dalam perjalanan ke Teluk Intan untuk membayar ansuran motosikal sebelum terlihat sepasukan polis sedang mengejar sebuah kereta berwarna merah.

Menurutnya, ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat, tiba-tiba lelaki itu turun dari keretanya lalu menendangnya sehingga terjatuh di atas jalan, sebelum melarikan diri menggunakan motosikal miliknya.

"Pada waktu itu, kereta yang dipandu lelaki berkenaan berhenti selepas semua kenderaan di hadapan berhenti di lampu merah.

"Saya bergerak di celah-celah kereta yang berhenti dan secara tiba-tiba lelaki itu turun dari keretanya lalu terus menendang saya bertubi-tubi sehingga terjatuh," katanya kepada Sinar Harian.

Kata Rafidah, akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan di bahagian perut dan dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan oleh anggota polis.

"Saya bersyukur hanya menerima rawatan pesakit luar dan tidak mengalami kecederaan serius akibat ditendang penjenayah beberapa kali sehingga terjatuh," katanya.

Dalam kejadian jam 4 petang semalam, suspek dalam lingkungan 30-an dikejar sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung selepas tidak memberi kerjasama ketika ditahan kerana memandu sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Kuala Kangsar.

Timbalan Ketua Polis daerah Hilir Perak, Superintenden Mohd Zaki Harun berkata, suspek disyaki mencuri kereta jenis Honda Accord di Kuala Kangsar dan mengubah nombor pendaftaran kenderaan itu sebelum melarikan diri ke Manjung.

Katanya, setiba di Manjung, suspek ditahan polis di sana, tetapi enggan memberikan kerjasama sebelum memecut kereta berkenaan menghala ke Teluk Intan.

"Menyedari beberapa anggota polis keluar dari kereta peronda untuk menangkapnya, suspek bertindak menendang perut dan menjatuhkan seorang wanita yang kebetulan memberhentikan motosikalnya berdekatan kereta dipandu sebelum melarikan kenderaan itu ke arah Kampung Banjar – Kampung Selabak.

"Suspek berjaya ditahan dua anggota polis cawangan Anti Nakotik IPD Teluk Intan yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut," katanya.

Kata beliau, hasil soal siasat, pihaknya mendapati suspek berasal dari Terengganu dan mempunyai 10 rekod jenayah lampau dalam kes dadah manakala ujian awal air kencing ke atasnya menunjukkan dia positif heroin.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen  392 Kanun Keseksaan dan suspek turut dirujuk ke IPD Manjung serta IPD Kuala Kangsar untuk tindakan lanjut.
Sindiket sorok diesel subsidi tumpas
Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
Sindiket sorok diesel subsidi tumpas
Kawasan Perindustrian Tasek, Jalan Kuala Kangsar menjadi lokasi kegiatan menyorok diesel bersubsidi.
IPOH - Kes penyelewengan diesel subsidi bukanlah suatu perkara baru di negara ini malah ia sering berlaku apabila terdapat pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah.
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak baru-baru ini berjaya menumpaskan sindiket yang menjalankan kegiatan itu di sebuah bangunan di kawasan perindustrian Tasek, Jalan Kuala Kangsar, Isnin lalu.
Timbalan Pengarah PPDNKK Negeri, Rosli Ahmad berkata, seramai enam pegawai terbabit yang diketuai Ketua Operasi KPDNKK Negeri, Mohd Ziyad Ismail, dalam serbuan yang dijalankan pada jam 4 petang itu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan, pihaknya berjaya menemui satu tangki besar yang digunakan untuk menyembunyikan 8,260 liter diesel subsidi yang dipercayai cuba dijual kepada pihak industri pada harga lebih tinggi.
Diesel subsidi yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM15,000 mengikut nilai pasaran.
“Ketika serbuan dilakukan terdapat beberapa lelaki di bangunan tersebut dipercayai ahli sindiket terbabit namun mereka berjaya melarikan diri sebaik menyedari kehadiran kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Dalam perkembangan sama, Rosli berkata, melalui siasatan awal yang dijalankan, pihak sindiket akan singgah di beberapa stesen minyak untuk membeli diesel dalam kuantiti anggaran antara 100 hingga 200 liter.
Tambahnya, sindiket itu menggunakan lori persendirian lengkap dengan tangki khas bagi memuatkan diesel dibeli sebelum dipindahkan ke tangki lebih besar yang terletak di bangunan tersebut.

“Berdasarkan maklumat, diesel subsidi berharga RM1.80 seliter  itu akan dijual kepada pihak industri pada harga RM2.60 seliter dan kami percaya sindiket itu sudah giat beroperasi sejak dua tahun lalu,” katanya.
Rosli berkata, kes itu kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan pihaknya masih mengesan mereka yang terbabit dalam sindiket berkenaan.
“Jika sabit kesalahan, individu yang bersalah boleh didenda sehingga RM100,000 manakala pihak syarikat boleh didenda RM250,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
1,188 mesin judi dirampas
Wartawan Sinar Harian
3 Oktober 2012
1,188 mesin judi dirampas
Jaafar (kanan) menunjukkan sebahagian mesin judi internet yang dirampas sepanjang serbuan dibuat di daerah Manjung.
MANJUNG - Jumlah rampasan mesin judi sepanjang Januari hingga September tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 471 apabila 1,188 mesin dirampas dalam 122 serbuan di seluruh daerah ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, jumlah itu meningkat berbanding tahun lalu yang hanya mencatatkan rampasan sebanyak 717 mesin judi bagi 100 serbuan yang dibuat dalam tempoh sama.

Menurutnya, keadaan itu menunjukkan polis sentiasa komited dalam memastikan gejala judi khususnya di daerah ini dikekang.

“Bagi tahun ini juga seramai 89 individu telah ditahan untuk siasatan melibatkan penjaga premis mesin judi.

"Justeru, kita minta orang ramai terus membantu polis dengan menyalurkan maklumat sebelum tindakan segera dapat diambil,” katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, aktiviti di pusat hiburan dan premis makanan yang menyediakan khidmat pelayan warga asing turut tidak terlepas daripada tindakan polis.

Katanya, bermula Januari hingga September tahun ini, pihaknya telah membuat 315 serbuan di seluruh daerah dan berjaya menangkap 686 wanita warga asing.

“Mereka yang ditangkap ini melibatkan warga Vietnam, China, Indonesia dan Thailand yang kebanyakan berumur antara 30-an dan 40-an.

"Serbuan ini dilakukan secara berterusan bagi membanteras aktiviti pelacuran melibatkan warga asing,” katanya.

Bagi tempoh yang sama tahun lalu, sebanyak 217 serbuan dilakukan melibatkan tangkapan 415 orang.

Jaafar berkata, mereka yang ditahan boleh didakwa di di bawah seksyen 39 b Peraturan Imigresen 1959/63.

“Ini menunjukkan kita tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan bagi membanteras gejala tidak sihat ini.

“Kita berterima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus menyalurkan maklumat dan berharap kerjasama ini diteruskan,” katanya.
Budak mati tercekik anggur
Wartawan Sinar Harian
3 Oktober 2012
Budak mati tercekik anggur
Jenazah Taheem diuruskan kakitangan Jabatan Forensik HRPB, semalam.
IPOH - Seorang kanak-kanak warga Bangladesh berusia dua tahun maut dipercayai tercekik buah anggur.

Kejadian berlaku ketika ibunya sedang sibuk mengupas kulit buah itu di rumah mereka di Kondominium Raya Ria, di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, kira-kiran jam 10 malam kelmarin.

Mangsa Taheem Shahriar, 2, dipercayai berada berhampiran ibunya ketika itu.

Tanpa disedari ibunya, kanak-kanak terbabit mengambil sebiji anggur dan memasukkan ke dalam mulut sehingga menyebabkan dia tercekik.

Seorang saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, dia dimaklumkan selepas kanak-kanak tersebut meninggal dunia.

Katanya, bapa kanak-kanak malang itu bekerja sebagai Pensyarah Perubatan di salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di sini manakala ibunya adalah surirumah.

“Saya difahamkan Taheem mempunyai masalah tonsil dan lehernya sedikit membengkak menyebabkan buah anggur sebesar guli itu tersekat di kerongkongnya,” katanya.

Dia ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.

Menurutnya, ibu bapa kanak-kanak itu turut cuba menyelamatkan nyawa anak tunggal mereka namun usaha mereka gagal.

“Mereka terus membawa Taheem ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

"Kemudian disahkan meninggal dunia setibanya di hospital malam semalam (kelmarin),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan ada menerima laporan berhubung kematian kanak-kanak terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut kerana tiada unsur jenayah ditemui pada mangsa.

“Mangsa yang dibawa ke HRPB untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun disahkan meninggal pada jam 10.25 malam semalam (kelmarin) dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat,” katanya.

Jenazah mangsa dijangka dibawa pulang ke Bangladesh untuk dikebumikan.
Bayi maut tersedak susu
ROSDALILAH ZAHARI
4 Oktober 2012
Bayi maut tersedak susu
Mayat Zi Xin dibawa masuk ke dalam van oleh pengurus pengebumian untuk dibawa ke rumahnya di Menglembu.
IPOH - Tidak sampai 24 jam insiden tersedak susu yang meragut nyawa seorang bayi berusia sebulan di Taman Perling, Johor, kejadian yang sama turut menimpa seorang bayi perempuan di Taman Rishah, Menglembu, di sini, awal pagi semalam.

Ho Zi Xin, yang baru berusia dua bulan, disahkan meninggal dunia oleh doktor sebaik tiba di Hospital Pakar Ipoh (KPJ-ISH) untuk mendapatkan rawatan.

Seorang anggota keluarga yang enggan dikenali berkata, kejadian itu hanya disedari ibunya kira-kira jam 1 pagi semalam selepas melihat wajah mangsa berubah menjadi pucat dan tidak bergerak selepas diberi minum susu menggunakan botol.

“Sejurus melihat Zi Xin dalam keadaan tidak sedarkan diri, mereka segera membawanya ke unit kecemasan KPJ-ISH untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia beberapa minit selepas itu.
“Mayat mangsa kemudiannya dipindahkan ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, setiap hari Zi Xin dihantar kepada pengasuh berhampiran rumah mereka pada waktu siang memandangkan ibu bapa bayi itu bekerja.
“Pada sebelah malam, mereka akan membawanya pulang ke rumah dan menjaga anak bongsu daripada empat adik beradik itu. Ia adalah rutin harian mereka pada hari bekerja,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian ke pekarangan Jabatan Forensik HRPB mendapati bapa mangsa berada dalam keadaan sedih dan enggan ditemu bual.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, laporan bedah siasat pihak hospital mengesahkan bayi itu maut disebabkan susu yang diminumnya memasuki paru-paru ketika sedang tidur sehingga menyekat saluran pernafasan.
“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah atau kecuaian ditemui pada mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Lelaki ditahan miliki dadah
Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
Lelaki ditahan miliki dadah
Sebahagian penunggang motosikal yang ditahan atas pelbagai kesalahan ketika Operasi Cegah Samseng Jalanan.
PONTIAN - Seorang lelaki ditahan dalam satu sekatan jalan raya di kilometer 67, Jalan Johor Bahru berhampiran Simpang Kayu Ara Pasong, Ahad lalu, kerana disyaki memiliki pelbagai jenis dadah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zahaliman Jamin berkata, lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 12 tengah hari apabila anggota polis mengarahkannya turun dari kereta Perodua Kancil untuk membuat pemeriksaan ke atasnya.
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, polis menjumpai pelbagai jenis dadah di dalam beg sandang yang dibawa lelaki berusia 43 tahun itu.

“Dadah-dadah tersebut ialah empat paket plastik lutsinar dipercayai heroin, dua paket plastik lutsinar dipercayai syabu, 46 biji pil eramin 5 dan satu tiub straw heroin.
“Turut ditemui wang tunai RM3,000 dan buku catatan,” katanya kepada Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pontian, di sini, pagi semalam.
Menurutnya, suspek yang berasal dari Simpang Renggam itu turut didapati positif dadah selepas pemeriksaan air kencing dilakukan ke atasnya.

“Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya.
Dalam kes yang berasingan, sebanyak 360 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang Operasi Samseng Jalanan selama 15 hari bermula 15 September lalu.
“Sebanyak 1,489 kenderaan telah diperiksa dalam operasi yang turut membabitkan pasukan polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, Pasukan Polis Sukarelawan (PVR) dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela).
“Saman yang dikeluarkan meliputi kesalahan seperti tiada lesen memandu, tidak mempunyai cukai jalan kenderaan yang sah, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu sambil menggunakan telefon bimbit, tidak mempunyai lampu brek ketiga dan menggunakan lampu kereta berwarna putih (HID),” katanya.

Zahaliman berkata, daripada operasi itu juga, sebanyak 108 motosikal dan 14 buah kereta dari pelbagai jenis telah disita.

“Kebanyakan mereka yang terlibat ini berusia di antara 15 dan 40an dan operasi itu akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan samseng jalanan khususnya di daerah Pontian,” katanya.
Tangkapan bongkar kes curi
Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
Tangkapan bongkar kes curi
Sahadan (dua, kanan) menunjukkan komponen motosikal yang dirampas selepas menahan 12 penagih yang terbabit mencuri motosikal dalam Operasi Lenjang Khas yang berakhir kelmarin
MUAR - Misteri kehilangan motosikal di sekitar daerah ini terjawab dengan penangkapan 12 penagih dadah  dalam Operasi Lenjang Khas, pada 24 September lalu yang berakhir kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, kesemua suspek berumur antara 17 hingga 25 tahun ditahan kerana menunggang motosikal dalam keadaan yang mencurigakan.

Menurutnya, hasil siasatan awal berjaya membongkar kegiatan mereka yang didapati terlibat dalam enam kes curi motosikal bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
“Mereka ditangkap di lokasi berasingan antaranya di Jalan Junid dan Bukit Pasir termasuk di Sungai Rambai, Melaka yang bersempadan dengan daerah ini.

“Melalui serbuan di beberapa rumah suspek yang dijadikan bengkel untuk meleraikan motosikal curi,  pihaknya merampas enam enjin motosikal termasuk komponen-komponennya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan melebihi RM10,000. Kesemua komponen yang dileraikan itu dipercayai untuk kegunaan sendiri dan sebahagiannya dijual.

“Kita dapati ada antara enjin motosikal yang dirampas itu sudah dipadam nombor pendaftarannya.

“Kesemua suspek tidak bekerja termasuk remaja berusia 17 tahun tersebut yang tidak bersekolah,” katanya.

Katanya, dua daripada mereka yang kedua-duanya berumur 23 tahun pernah mempunyai rekod lampau iaitu juga kes curi motosikal.

Sahadan berkata, hasil siasatan mendapati suspek mencuri motosikal dengan cara menggunakan kunci pendua selain membuka lampu hadapan dan menyambung wayar utama untuk menghidupkan motosikal.

“Dengan penangkapan kesemua suspek, pihak polis telah berjaya menyelesaikan enam kes kecurian motosikal sekitar Muar dalam tahun ini.
“Kita masih menjalankan siasatan untuk mengesan saki baki yang terlibat dengan kumpulan tersebut.

Kes  disiasat mengikut Seksyen 37A (1) Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal,” katanya.
Waspada pilih taska elak tragedi
SHAHIZATUL FARHA S ROSLI
4 Oktober 2012
Waspada pilih taska elak tragedi
Ibu bapa perlu menghantar bayi ke taska yang mendapat kelulusan penuh JKM untuk elak perkara tidak diingini. (Gambar sekadar hiasan)
SENAI – Masyarakat disaran mengenal pasti taska jagaan bayi yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum menghantar anak masing-masing bagi mengelakkan berlaku kematian atau kemalangan.
Pengarah JKM Negeri, Khatijah Abdullah berkata, setakat ini 121 taska seluruh Johor  mendapat kelulusan penuh dari JKM serta tiga agensi berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Manakala terdapat 144 lagi permohonan dari pengusaha taska yang masih tertangguh kerana belum mendapat kelulusan dari agensi lain yang berkaitan.

“Selain perlu mendapat kelulusan dari tiga agensi berkenaan, setiap pengusaha yang berdaftar di bawah JKM juga disyaratkan mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak selama 18 hari,” katanya.

Selain itu katanya, pihaknya juga sentiasa menjalankan pemantauan berkala dari semasa ke semasa terhadap seluruh taska berdaftar bagi memastikan setiap pengusaha mematuhi peraturan yang ditetapkan JKM.

“Pengusaha taska berdaftar yang tidak mematuhi peraturan boleh dikenakan tindakan pergantungan atau penarikan semula lesen mereka.
“Manakala taska yang beroperasi tanpa berdaftar juga boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan dan denda,” katanya.
Dalam pada itu katanya, sehingga 30 September lalu, tiada kes kematian bayi membabitkan taska di Johor dilaporkan sepanjang tahun ini dan hanya terdapat satu kes kematian bayi di taska berdaftar di Pasir Gudang akibat jangkitan paru-paru tahun lalu.

Khatijah berkata, pihaknya juga turut menitikberatkan bilangan pengasuh yang bersesuaian mengikut bilangan bayi atau kanak-kanak yang dijaga agar keselamatan mereka tidak terabai dan dapat mengurangkan risiko kemalangan.

“Seorang pengasuh hanya dibenarkan menjaga lima kanak-kanak di bawah tiga tahun dan setiap sepuluh kanak-kanak tiga tahun ke atas ditetapkan untuk seorang pengasuh.
“Manakala kami turut menetapkan taska yang beroperasi di teres kediaman tiga bilik hanya sesuai bagi jagaan 15 hingga 20 kanak-kanak pada satu-satu masa,” katanya.
Samseng serang kontraktor dakwa lupuskan bukti kemalangan
Wartawan Sinar Harian
3 Oktober 2012
Samseng serang kontraktor dakwa lupuskan bukti kemalangan
Kerja-kerja mengecat jalan terus dilakukan di kawasan yang didakwa lokasi kemalangan itu. (Gambar kecil) Cermin lori kontraktor dipecahkan sekumpulan samseng tidak puas hati.
JOHOR BAHRU - Sekumpulan lelaki bertindak ganas memecahkan cermin kenderaan milik kontraktor yang sedang melakukan kerja-kerja baik pulih jalan di Jalan Permas 2, di sini, kelmarin.

Kumpulan terbabit bertindak sedemikian selepas berang apabila diberitahu rakan mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dalam kejadian kemalangan di lokasi sama, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, keadaan seakan menjadi tidak terkawal apabila kumpulan terbabit mendakwa rakan mereka, Anbalagan Jaya, 40-an, maut kerana dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dalam kejadian jam 12.15 pagi.

Bagaimanapun kekecohan itu berjaya dileraikan Ketua Kampung Senibong, Mohd Said Budin bersama anggota dari Balai Polis Permas.

Namun suasana kembali tegang apabila kumpulan bermotosikal itu kembali ke lokasi dan mengganggu kerja-kerja baik pulih yang dilakukan, sehingga ada di antara daripada mereka sanggup memecahkan cermin lori kontraktor itu.

Mangsa, Zulkifli Samian, 44, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, dia bersama lima kontraktor lain yang sedang mengecat lintasan zebra didatangi lebih sepuluh lelaki yang kemudiannya memarahi dan memintanya memberhentikan semua kerja.

“Kami terkejut dengan tindakan kumpulan ini. Kami memaklumkan kepada mereka bahawa kami ditugaskan oleh pihak berkuasa tempatan untuk baiki jalan, namun mereka mengamuk kerana takut bahan bukti kemalangan akan lupus.

“Oleh kerana tidak berpuas hati, mereka terus memecahkan cermin lori kami, namun mujurlah tiada yang cedera,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, motosikal ditunggang oleh Anbalagan dari arah Bandar Permas Jaya hilang kawalan sebelum terperosok ke bawah kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.

“Mangsa terlebih dahulu melanggar bonggol jalan sebelum dilanggar sebuah kereta.

“Pada mulanya, kereta berkenaan tidak menyedari dia telah melanggar mangsa sehingga merasakan pergerakan kenderaannya tidak lancar seperti ada objek yang tersekat,” katanya.

Penunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Mohd Said berkata, keadaan kawasan berkenaan tidak mempunyai lampu jalan selain permukaan jalan yang teruk merupakan antara faktor kemalangan kerap berlaku.

“Garisan lintasan zebra juga tidak nampak dan kita juga kesal kerana ketika kerja-kerja pembaikan rancak dijalankan di jalan ini, kontraktor pula diserang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Hilux jadi penyelamat, pengurup nyaris hilang wang
Wartawan Sinar Harian
3 Oktober 2012
Hilux jadi penyelamat, pengurup nyaris hilang wang
Kenderaan jenis Toyota Hilux yang dinaiki mangsa dan pekerjanya terbalik selepas dihimpit lori muatan lapan tan sebelum diserang perompak bersenjata api.
JOHOR BAHRU – Seorang pengurup wang dan tiga pekerjanya berhadapan situasi mencemaskan apabila diserang sekumpulan perompak bersenjata api ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah bank, kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang bersama pekerjanya dikatakan membawa wang tunai RM700,000 menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan terbabit dalam kemalangan di Jalan Storey berhampiran bangunan Pacific Mall, di sini, sebelum diserang.

Sinar Harian difahamkan, ketika kejadian, kenderaan mangsa dihimpit sebuah lori muatan lapan tan sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke premis perniagaan sehingga menyebabkan kenderaan itu terbabas dan terbalik.

Bagaimanapun, belum sempat mangsa dan pekerjanya cuba menyelamatkan diri, mereka kemudiannya diserang sekumpulan lelaki bertopeng yang tiba-tiba datang menaiki dua kenderaan jenis Proton Wira dan melepaskan tembakan ke arah Toyota Hilux yang mereka naiki.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah, Datuk Dr Hashim Haron berkata, hasil siasatan mendapati, dua perompak dari kenderaan yang datang telah melepaskan lapan tembakan ke arah kenderaan mangsa dengan tujuan mendapatkan wang dibawa.

“Bagaimanapun, suspek bertindak melarikan diri selepas gagal melarikan wang tunai RM700,000 itu apabila tembakan yang dilepaskan tidak dapat menembusi kenderaan mangsa yang kalis peluru.

“Pihak polis turut menemui dua kenderaan jenis Proton Wira dinaiki suspek yang ditinggalkan kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada hari yang sama,” katanya.

Hashim berkata, pihaknya sedang giat mengesan suspek yang terlibat dan hasil pemeriksaan yang dijalankan,  sepucuk pistol ditemui serta beberapa topeng yang ditinggalkan dalam kereta suspek.

“Kesemua mangsa yang terbabit di dalam kes ini terselamat termasuk pemandu kenderaan yang hanya mengalami luka ringan kesan dari kemalangan yang berlaku.

“Kes ini disiasat mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan kesemua suspek sedang giat dikesan,” katanya.
Meninggal dalam dakapan ibu
Wartawan Sinar Harian
3 Oktober 2012
Meninggal dalam dakapan ibu
RUSSIAH
PONTIAN – Hajat seorang ibu mahu melihat anaknya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan bermula pada minggu hadapan, tidak kesampaian, apabila anaknya menghembuskan nafas terakhir, awal pagi kelmarin.

Muhammad Afiff Faris Ahmad Seri, 15, meninggal di pangkuan ibunya Russiah Ibrahim, 44, kira-kira jam 6.05 pagi selepas mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh.

Menurut Russiah, anaknya mengadu mengalami pening kepala sebelum rebah secara tiba-tiba di pangkuannya.

“Saya terus memangku Afiff, sambil mengurut bahagian dahinya dengan minyak, kira-kira 15 minit kemudian saya tengok bibir, kuku tangan dan kakinya terus menjadi biru.

“Saya terus mengusap bahagian dadanya dan kelihatan Afiff seperti tidur berdengkur dan selepas itu dia terus diam,” katanya yang menerima kunjungan dari Pegawai Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng, di rumahnya di Taman Nilam, di sini, pagi semalam.

Russiah bersama seorang anak lelakinya yang berusia 13 tahun ketika itu terus meminta pertolongan dari jiran dan menelefon ambulans memandangkan ketika itu suaminya, Ahmad Seri Abu Bakar, 48, bekerja shift malam.

Jelasnya,  sebaik saja ambulans tiba dan pegawai perubatan membuat pemeriksaan mereka telah mengesahkan Hafiff sudah meninggal dunia dan memintanya menghubungi pihak polis untuk membuat laporan.

Russiah berkata, Afiff  anak ketiga daripada lima beradik tidak mempunyai sebarang penyakit dan merupakan seorang yang aktif dalam sukan bola baling.

“Baru setahun Afiff berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Penggawa Barat dari Sekolah Menengah Tinggi Melaka, mengikut ayahnya yang bekerja di Tanjung Bin, Pontian.

“Pada peperiksaan percubaan yang lepas Afiff mendapat keputusan 6A dan 2B,” katanya.

Bapa Afiff, Ahmad Seri Abu Bakar, 48, berkata, dia diberitahu oleh isterinya mengenai kejadian itu melalui panggilan telefon kira-kira jam 6.15 pagi.

“Apabila tiba di rumah, anak saya sudah tiada lagi dan saya reda di atas pemergian anak kesayangan itu kerana ALLAH lebih menyayanginya,” katanya.

Difahamkan beliau baru dua tahun berpindah ke Pontian kerana sebelum ini bekerja di Melaka dan isteri serta anaknya pula baru setahun mengikutnya berpindah.

Menurutnya, anaknya dikebumikan semalam kira-kira jam 10 malam di Tanah Perkuburan Islam Taman Nilam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin, mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.