Saturday, December 8, 2012

JANGAN KITA BUAT BERITA PALSU...SEMUA KERJA DIDUNIA DIHISAB@DITANYA

Pelabur Genneva Merayu, Serah Memorandum Kepada PM

Posted on the December 8th, 2012 under Tempatan by admin


GEORGE TOWN: Pelabur dan penyokong Genneva Malaysia Sdn Bhd menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan sehari beliau ke Pulau Pinang pada Sabtu.
Membawa sepanduk berwarna-warni dan melaungkan slogan menyokong Barisan Nasional (BN), sekumpulan besar pelabur emas bertemu Najib semasa sesi ‘walkabout’ pagi beliau di pasar Bayan Baru.
Mereka telah menyerahkan memorandum tiga muka surat menggesa Perdana Menteri memulakan garis panduan dagangan emas formal untuk negara dan tidak membekukan akaun syarikat skim pelaburan emas tersebut.

Terdahulu dilaporkan aset syarikat dibekukan pada bulan Oktober bagi memudahkan siasatan Bank Negara terhadap kesalahan yang disyaki termasuk pengambilan deposit secara haram, pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.
Pulau Pinang merupakan hab bagi Genneva Malaysia kerana ia mempunyai salah sebuah pejabat syarikat yang terbesar di luar Kuala Lumpur.
mStar

Jimmy dakwa diharam ke rumah mertua

Posted on the December 7th, 2012 under Tempatan by admin


SHAH ALAM – Pengacara, Jimmy Shanley mendakwa dia diharamkan oleh bekas bapa mertuanya daripada datang ke rumahnya sejak Julai tahun lalu, tindakan yang menghalang dia daripada bertemu dengan anaknya.
Jimmy berkata, ekoran tindakan itu dia tidak dapat melawat anak tunggalnya, yang kini berusia 18 bulan, di rumah bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.
“Saya tidak melawat anak saya kerana bekas bapa mertua marah dan halang saya ke rumah mereka.

“Selain itu, bekas isteri juga ada meletakan beberapa syarat untuk saya berjumpa anak saya,” katanya.
Jimmy berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) yang difailkan oleh Nursuhaila Eliani di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini hari ini.
Jimmy, 32, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa bekas ibu mertuanya ada membawa anaknya Zahra Shanley ke rumahnya sekiranya bekas bapa mertuanya tiada di rumah.
“Anak saya tinggal di rumah bekas isteri dan saya tidak selesa kalau bekas ibu mertua hendak bermalam di rumah saya,” katanya.
Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya itu pada April lalu apabila bekas ibu mertua membawa Zahra ke rumahnya.
Ketika ditanya Saadiah Din mewakili Nursuhaila Eliani, berhubung pelawaan yang dibuat oleh anak guamnya supaya datang ke rumah wanita berkenaan untuk melawat anak.
Jimmy berkata, Nursuhaila Eliani pernah mempelawanya pada 10 Oktober lalu, tetapi dia tidak melayan jemputan tersebut.
“Saya tidak menerima pelawaan itu sebab Nursuhaila Eliani selalu mungkir janji, sebab itu saya lebih selesa tunggu arahan daripada mahkamah,” katanya.
Dalam prosiding itu, Jimmy berkata, dia ada melawat bekas isterinya sepanjang wanita berkenaan mengandung.
“Tiga kali saya melawat Nursuhaila Eliani. Kali pertama pada jam 7.30 pagi ketika itu dia masih tidur.
“Kali kedua saya jumpa Nursuhaila Eliani sewaktu kenduri saudaranya dan ketika bekas isterinya hendak mengerjakan umrah,” katanya.
Jimmy diwakili peguam Mohd Noor Aizan Md Idrus.
Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan mas kahwin sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
Isu hak penjagaan anak perempuan tunggal pasangan kontroversi itu, Zahra Shanley timbul apabila Nursuhaila mengemukakan tuntutan hadanah di mahkamah, namun kelayakannya dalam tuntutan itu dipertikaikan Jimmy.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebelum ini untuk mula bicara, namun tidak dapat diteruskan berikutan timbul perkembangan terbaru Nursuhaila yang bercadang supaya hak penjagaan itu diberi sama rata dengan cara giliran setiap minggu.
Perbicaraan kes di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man bersambung 29 Januari depan.
Sinar

Yahudi terus menerus hancurkan Masjid dan Al Qur’an Sejak 2003

Posted on the December 6th, 2012 under Luar Negara by admin

Mahkamah Tinggi Israel membenarkan permohonan kelompok Yahudi Regavim laknatullah untuk menghancurkan Masjid al-Mafqara di Yatta. Anggota tentera dikerahkan untuk menghancurkan masjid yang berada di kawasan berbukit di Hebron.
Regavim laknatullah menuduh kedudukan masjid yang berada di wilayah pendudukan Palestin tersebut menyalahi undang-undang. Struktur bangunan yang menyalahi peraturan menjadi alasan pihak mahkamah untuk membenarkan kumpulan pemohon laknatullah tersebut.
Beberpavsaksi berkata, rakyat tempatan Palestin cuba menghalang aksi vandalisme laknatullah tersebut. Laman laknatullah Israel Ynetnews melaporkan tentangan sia-sia warga pendudukan tidak dilayan oleh tentera laknatullah dengan peralatannya.

Tentera laknatullah memporak-perandakan dalam masjid semasa proses merobohkan masjid. Laman talian itu mengatakan Kitab Suci Al-Quran dipijak-pijak oleh unit tentera yahudi laknatullah apabila memasuki masjid tersebut.
Warga tempatan memohon agar kitab suci di perpustakaan masjid terlebih dahulu dipindahkan. Namun pasukan keselamatan yahudi laknat menolak permintaan warga tempatan tersebut dan terus merobohkan masjid secara ganas.
Lembaran kitab suci umat Islam itu berterbangan dan tercicir dijalanan. Penduduk yang histeria tidak dapat buat apa-apa kerana banyak kawalan ketat tentera yahudi laknatullah. Mereka mengutuk aksi tersebut, dan meminta perlindungan hak-haknya untuk menjalankan ibadah.
Tentera yahudi keparat itu seperti dilaporkan maanews sudah menghancurkan masjid tersebut sejak 2003 lalu. Pada tahun 2011 tentera yahudi sempat cuba menghancurkan beberapa bahagian masjid.
Kemudian Jun tahun ini warga dan aktivis antarabangsa berusaha membangun kembali masjid tersebut sebelum dihancurkan atas perintah mahkamah tinggi Israel pada hari Selasa lalu (4/12).
Dikatakan bukan sahaja masjid yang diratakan dengan tanah, warga Palestin satu persatu dihalau akibat perluasan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.
Pemerintah Israel telah mengumumkan untuk menghancurkan dan memaksa warga Palestin di lapan buah kampung di bahagian selatan Hebron. Zionis yahudi laknatullah merancang membina secara haram berek tentera dan tempat latihan perang di kawasan tersebut.
Detik Islam

Kisah kejam Aisyah dirogol rejim syiah Assad di kilang gula

Posted on the December 6th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin

Kisah ini diceritakan dari seorang gadis Sunni (Ahli Sunnah wal Jama’ah) bernama Aisyah di sebuah Hospital di Istanbul Turki. Maklumat lengkap dari salah seorang saksi hidup yang selamat.
Tarikh: 15 – 28 Jun 2011
Lokasi: Kilang Gula Jisr Al-Shughour, Syria Utara, bandar Sunni, 20km dari Turki, sempadan Syria.

Pada tarikh 14 Jun, pasukan Basyar mengelilingi Jisr Al-Shughour dengan formasi 3000 tentera dan 300 kereta kebal, untuk menyerbu bandar pada keesokan harinya, iaitu tarikh 15 Jun.
Berita terkini dari bandar tersebut adalah, hampir 30 orang dibunuh dan dikuburkan di Kilang Gula kemudian di atasnya dilapisi simen. Hari berikutnya sehingga 28 Jun, berita mengenai peristiwa di Jisr Al-Shughour disembunyikan dari dunia. Berita tersebut mula bocor selepas 13 hari kemudian iaitu pada 28 Jun, ketika tentera Assad meninggalkan kota itu untuk menyerbu bandar lain.
Pada hari Jumaat tarikh 17 Jun 2011, para jeneral Assad membunuh lebih kurang 30 pemuda dan menguburkannya di Kilang Gula, lalu melapisinya dengan simen. Tapi ketika malam tiba, para jeneral itu tiada tempat yang lebih baik untuk tidur kecuali Kilang Gula ini, sehingga mereka memutuskan untuk menggunakannya sebagai markas semasa operasi serangan ke atas bandar.
Untuk menghidupkan suasana, sebuah idea sadis melintas di benak para jeneral itu. Mereka ingin beberapa budak Sunni telanjang untuk hiburan!
Mereka memerintahkan menangkap gadis-gadis tercantik di bandar termasuk Aisyah dan seramai lebih kurang 20 orang gadis.
“Pertama kali kami memasuki kilang, kami ditelanjangi dan menjadi sasaran gangguan dan pemukulan, kemudian para jeneral itu memerintahkan tenteranya untuk berhenti memukul kerana mereka ingin menikmati daging putih bersih kami,” kata Aisyah.
“Selepas beberapa hari, saya pasrah tentang perkosaan tersebut. Sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Tapi jika menggunakan tubuh saya pun untuk menyiapkan sarapan, makan tengah hari dan makan malam serta menghidangkan teh dan kopi, sekurang-kurangnya mereka memakaikan sehelai baju di tubuh saya. Saya benci menjadi budak telanjang. Saya hanya berharap mereka menutupi tubuh saya, “kata Aisyah.
“Gangguan ditujukan pada Aisyah. Maka ketika para jeneral itu kembali dari peperangan, mereka memerintahkan kami berbaris dan menjilat kasut booth mereka sampai bersih sebagai rasa terima kasih kepada mereka. Mereka bilang, mereka akan membunuh pemberontak dan melindungi kami dari pemerkosaan. Mereka biasa mengatakan, “Aisyah ….. Kemari. Jilati booth ku “,” Aisyah ….. Bawa kopiku “,” Aisyah ….. Siapa Allah-mu sekarang? “Dan hal-hal sangat buruk yang lain,” kata Aisyah.
“Saya sudah tahu apa yang akan berlaku sejak diberitahu bahawa yang ditangkap adalah gadis-gadis cantik yang muda. Tapi saya tidak pernah tahu mereka memilih kami kerana nama kami sehingga keesokan harinya apabila mereka mula memanggil kami semua sebagai Aisyah dan mengganggu kami dengan pelbagai cara. Barulah kami faham apa yang mereka inginkan “kata Aisyah.
“Hari pertama dia menyuntik sesuatu ke kaki saya sehingga kami tidak mampu berdiri. Saya berharap dia membunuh saya saja malam itu, namun mereka tidak pernah menyuntik kami lagi.”
“Pada hari ke-3 mereka membunuh salah seorang gadis yang melawan salah seorang tentera itu. Mereka memotong putingnya kerana dia menentangnya. Lalu kami tahu dari perbincangan para tentera itu bahawa mereka memperkosanya kemudian membunuhnya dan menguburnya bersama ‘yang lain’ di bawah kilang! supaya dapat menakutkan para gadis agar tidak ada lagi yang berfikir untuk menentangnya, “kata saksi mata yang selamat.
“Kami takut, kami membahagiakan mereka, dan kami memuaskan seksual mereka walaupun di depan orang ramai. Mereka ‘main’ dengan kami bahkan di atas meja apabila mereka sedang merancang bagaimana memindahkan tank-tank mereka untuk menghancurkan bandar kami. Satu-satunya yang biasa membuat kami selesa adalah apabila kami memasak untuk mereka. Tentu saja kami dilarang saling berbicara ataupun saling berjumpa. Tapi kami menikmati makanan enak sejak kami memasaknya, “kata Aisyah.
“Selepas hari ke-10 mereka bangun dan hilang begitu saja. Kami telanjang. Kami sendirian di kilang. Kami tidak berani melarikan diri. Kami tidak berani bertanya apakah kami sudah boleh berbual atau tidak. Kami benar-benar takut. Lalu beberapa lelaki dari kampung kami datang dan menyelamatkan kami “kata Aisyah.
“Alhamdulillah, saya telah keguguran dan dapat berjalan lebih baik sekarang. Saya masih ingat wajah-wajah mereka, nama-nama mereka dan bandar-bandar asal mereka. Saya bersumpah akan membalas dendam. Hanya abang saya yang tahu cerita keseluruhannya yang tidak mungkin saya paparkan kepada keluarga saya kerana mereka tidak akan lagi mengiktiraf saya sebagai anak mereka setelah orang Syiah memperkosa saya. Tidak ada lelaki akan berkahwin dengan saya kerana saya seorang budak. Saya akan cuba menukar nama saya dan tidak akan ada seorang pun mengenali saya, “kata Aisyah
Diterjemahkan dari sumber arrahmah
Detik Islam

Rakyat Palestin Tidak Minta Sedekah Walaupun Derita

Posted on the December 7th, 2012 under Artis by admin


Afdlin bersama Zain dan bront bagi membantu mangsa-mangsa perang palestin. Foto: Facebook Afdlin
PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon filem Afdlin Shauki berkongsi rasa kagum melihat masyarakat Palestin memiliki jiwa yang kental dalam mengharungi saat-saat getir gara-gara diserang oleh rejim Zionis.
Afdlin yang menyertai delegasi Aqsa Syarif ke negara itu sejak Isnin berkata, dia tidak menyangka rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak masih lagi boleh tersenyum dalam keadaan getir malah mereka tidak pernah meminta sedekah meskipun kehidupan di negara itu begitu daif.

“Belum pernah lagi saya berjumpa dengan masyarakat kental seperti rakyat Palestin. Mereka peramah dan sentiasa tersenyum. Malah sering melambai-lambai tangan apabila melihat kenderaan kami.
“Mereka juga bukan orang yang meminta sedekah. Kanak-kanak tidak pun meminta-minta. Ada di antara kami yang telah memberikan sesuatu tetapi mereka menolak.
“Apabila kami menerangkan ia sebuah hadiah, barulah barang yang diberi itu diambil,” katanya menerusi akaun laman Facebook miliknya.

Afdlin ingin memastikan kehadiran Aqsa Syarif memberikan kenangan indah buat rakyat Palestin terutamanya golongan kanak-kanak.
Afdlin yang merupakan duta Aqsa Syarif bertanggungjawab memberi bantuan kemanusiaan kepada golongan berkenaan. Beliau dan juga delegasi termasuk artis Zain Saidin, Bront Palarae serta enam orang kru produksi Vision Works telah berangkat ke nagara itu sejak Isnin lalu selama seminggu.
Tambah Afdlin, dia juga terharu apabila masyarakat Palestin cukup gembira apabila beberapa kumpulan delegasi Malaysia datang untuk membantu mereka.
Menurutnya antara bantuan yang diberikan ialah menyediakan hidangan makanan panas serta mengagih-agihkan barangan keperluan musim sejuk untuk dihantar kepada keluarga yang kehilangan rumah.
Sementara itu, menceritakan pengalaman pertama kali ke wilayah Gaza itu, delegasi tersebut terpaksa melalui saat mencemaskan apabila kenderaan mereka menjadi sasaran pesawat pejuang Israel melepaskan peluru berpandu F-16.
“Alhamdulillah, kami semua selamat dan meneruskan misi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Malah kami turut menziarahi kanak-kanak yatim piatu dengan menghibur dan mengajar mereka cara-cara untuk melukis dan belajar Bahasa Inggeris.
“Rasa macam tak nak balik. Kanak-kanak itu mahu kami datang setiap hari untuk mengajar mereka,” tuturnya.
mStar

Haron Din di Kuliah Jumaat

Posted on the December 8th, 2012 under Tempatan by admin


Orang ramai tekun mengikuti Kuliah jumaat disampaikan Haron (kanan) di Dataran ilmu di sini, semalam.
KOTA BHARU – Lebih 5, 000 umat Islam di negeri ini memenuhi Dataran Ilmu untuk mendengar dan mengikuti Kuliah Jumaat selain melihat lebih dekat wajah tokoh ulama terkenal tanah air, Datuk Dr Haron Din.
Beliau yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas, didatangkan khas untuk memberi Kuliah Jumaat kepada penduduk di negeri ini menghabiskan kirakira sejam berkongsi sirah Rasulullah dengan orang ramai.

Kuliah yang biasanya disampaikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kali ini memberi kelainan kepada penduduk negeri Serambi Mekah apabila berpeluang menukar halwa telinga mereka mengikuti ceramah dari penceramah luar.
Seorang pendengar, Abdullah Ahmad, 58, berkata, tidak dinafikan setiap minggu dia akan meluangkan masa mengikuti Kuliah Jumaat di situ, dan semalam agak bertuah kerana dapat mendengar ceramah dari penceramah tidak asing lagi di negara ini.
Menurutnya, daripada pemerhatiannya, agak ramai yang datang ke Kuliah Jumaat pagi itu berbanding sebelum ini mungkin disebabkan kemunculan Haron yang julung- julung kalinya ke negeri ini.
“Jika sebelum ini media menjadi perantara untuk orang ramai melihat wajah Dr Haron Din, namun kali ini peluang di depan mata digunakan sebaiknya, tambahan pula ramai yang ternantinantikan kedatangan beliau,” katanya ketika ditemui di sekitar Dataran Ilmu, Kota Bharu di sini, semalam.
Abdullah yang datang dari Pulau Chondong berkata, ramai menyimpan hasrat berjumpa pemimpin berkenaan dan kesempatan di sebalik program ilmu ini dimanfaatkan sebaiknya.
Seorang lagi pendengar, Zakiah Alias, 21, pula tidak menyangka dapat mendengar ceramah secara langsung daripada Haron Din yang sebelum ini banyak diikuti di laman sesawang dan televisyen.
“Saya ke sini untuk mendengar ceramah Tok Guru (gelaran kepada Nik Abdul Aziz), tetapi tak sangka Dr Haron yang ada hari ini, sekurangkurangnya saya tak perlu pergi jauh untuk mendengar ceramahnya dan melihat beliau secara langsung,” katanya.
Menurutnya, dia yang turut mengenali Haron sebagai pengamal perubatan Islam mengakui teringin berjumpa dan mengetahui rahsia begitu ramai ingin mendapatkan khidmat atau berubat dengannya sehingga sanggup menempuh beratus kilometer demi tujuan itu.
Sinar

Serangan Israel ke Gaza menggunakan Bahan Radioaktif

Posted on the December 6th, 2012 under Luar Negara by admin


GAZA – Pakar ahli teknologi letupan yang juga ahli jawatankuasa dokumentasi kejahatan perang, Raed Hazim Abu Murad, mendedahkan bahawa Israel menggunakan bahan-bahan radioaktif dan senjata berat ketika melakukan serangan ke Gaza.
Abu Murad menyatakan senjata yang digunakan Israel untuk menyerang Gaza itu menggunakan bahan-bahan radioaktif seperti cloronium, copalt, aluminium, magnesium dan nikel.
”Bahan-bahan radioaktif tersebut mengandungi kepanasan dalam kisaran tujuh ribu darjah yang mempunyai daya ledak sangat dahsyat serta mampu merosakkan dan menghancurkan jasad para syuhada,” kata Abu Murad.

Dalam serangan Israel ke Gaza beberapa waktu lalu, tentera Israel menggunakan tiga senjata berat baru seperti tank Sabaes 2000 buatan Israel, roket 90 mlm, dan tank MK buatan Amerika yang mampu membawa satu tan bahan letupan.

Pecah Berita! HKR Kedah! Hanya 25 Orang Saja Hadir Ceramah UAI - Utusan


Kuala Lumpur - by @tiewnama
hanya 30 orang saja hadir ceramah ustaz azhar idrus di kedah semalam - utusan malaysia
sambutan menghampakan untuk ustaz azhar idrus kerana Pakatan - tv3







Ceramah Agama Dari Lokman Adam
Ceramah Jual Agama Dari Hassan Ali
by @tiewnama - hanya 20 orang saja hadir UAI melalui kajian titik - rais yatim. kahkahkahkah

gambar gambar sekitar HKR pada sebelah malam yang baru berlangsung sebentar tadi.

RAKYAT HIDUP MEREMPAT...ADA PEMIMPIN TERLALU KAYA RAYA

‘Masak’ duit chef

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Siti Na’imah Mohamed dan Shahrul Redzuan Zulkifli
am@hmetro.com.my

SUBANG JAYA: Dia mengaku bersedia menjadi isteri, malah sanggup tinggal bersama sebelum diijab kabul, namun itu semua sekadar helah seorang wanita berusia 33 tahun bagi mengikis duit lelaki yang terpedaya sebelum dia licik menghilangkan diri.
Menjalankan aktiviti penipuan itu sejak 10 tahun lalu, suspek dipercayai sudah menipu sekurang-kurangnya lima lelaki yang setiap seorang kerugian RM20,000 hingga RM80,000.

Ini bermakna suspek mempunyai lebih daripada seorang teman lelaki serentak dan semuanya dijanji untuk berkahwin sebelum menghilangkan diri selepas sejumlah wang yang besar dimasukkan dalam akaunnya, konon untuk belanja mengurus majlis perkahwinan.
Mangsa terbarunya ialah seorang chef sebuah hotel terkemuka di sini dikenali sebagai Roslan, 39, yang kerugian hampir RM40,000 selepas diperdaya wanita terbabit sebelum laporan dibuat di Balai Polis Subang Jaya, jam 11 malam kelmarin.

Roslan berkata, dia mengenali wanita itu pada 2002 selepas dihubungi melalui telefon sebelum memberi alasan tersalah nombor telefon.

“Seminggu kemudian, dia meminta bantuan mendakwa dilanda masalah kerana melarikan diri daripada tempat kerjanya serta memerlukan perlindungan.
“Biarpun mengetahui saya tinggal di rumah bujang dengan dua rakan lain, dia bertegas untuk tinggal bersama saya,” katanya.

“Dia meminta wang daripada saya RM800 hingga RM1,000 sebulan yang dikatakannya mahu digunakan untuk perbelanjaan dan simpanan bagi majlis perkahwinan yang dirancang pada hujung tahun ini,” katanya.
Menurutnya, suspek turut membawanya pulang ke kampung di selatan tanah air bagi bertemu keluarganya.

Roslan berkata, disebabkan terlalu menyayangi suspek dia akur setiap permintaannya.

“Sebelum saya berpindah ke Brunei untuk bekerja di sana selama tiga tahun, saya membuka akaun bank untuk dia menyimpan wang bagi majlis perkahwinan kami.

“Memang ada rakan memberitahu dia perempuan liar, tapi saya tak percaya. Saya tidak pasti sama ada disihir atau tidak, tetapi setiap permintaannya saya patuhi seperti lembu dicucuk hidung,” katanya.

Roslan berkata, apabila dia kembali semula ke tanah air, dia mengajak suspek berkahwin, apatah lagi wang simpanan mereka sudah mencukupi.

“Namun, bila diajak berkahwin pada 2005, dia mula mengelak dengan memberikan pelbagai alasan. Awal bulan ini, saya memintanya memulangkan semula wang simpanan kami jika dia enggan berkahwin dan selepas itu dia menghilangkan diri,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.


‘Kaki saya hancur’

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Tolong, sakit, kaki saya hancur,” raung Lee Fong Chan, 58, selepas kedua-dua kakinya hancur dilenyek bas henti-henti di Jalan Teratai, Taman Johor Jaya di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, mangsa yang juga penumpang bas berkenaan, turun dari kenderaan itu yang berhenti berhampiran persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah stesen minyak.

Bagaimanapun, pergerakan lambat Fong Chan dari Taman Johor Jaya, di sini, tidak disedari pemandu yang menyangka warga emas itu sudah benar-benar turun dari bas, lalu memandu kenderaan itu. Seorang saksi yang dikenali sebagai Haikal, 18, berkata, ketika kejadian, wanita itu sedang menuruni tangga bas apabila kenderaan berkenaan tiba-tiba bergerak.
“Ia menyebabkan wanita berkenaan terjatuh dan kedua-dua kakinya dilenyek tayar bas. Saya serta beberapa orang lain yang berada di situ cuba membantu dengan menenangkannya sementara menunggu ambulans,” katanya.

Menurut Haikal, keadaan menjadi kecoh apabila beberapa individu bertengkar dengan pemandu bas serta cuba menyerang lelaki berkenaan, tetapi keadaan reda apabila polis tiba di tempat kejadian.

“Sebagai penumpang, kami berharap pemandu bas lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian seperti ini berulang lagi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas terbabit tidak berhenti di hentian bas yang disediakan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Pemandu itu turut mendakwa tidak menyedari mangsa menuruni tangga bas. Berikutan kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Bakar rebut parkir

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Balas dendam dikatakan menjadi punca sebuah kenderaan pacuan empat roda milik seorang lelaki dibakar menggunakan molotov koktel di Taman Desa, Setapak, di sini, kelmarin.
Difahamkan, kenderaan Nissan Frontier milik lelaki berusia 40-an itu diletakkan di tepi jalan berhampiran rumahnya sebelum kejadian.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berada di dalam rumahnya terdengar bunyi letupan kuat sebelum keluar memeriksa kawasan rumahnya.
Bagaimanapun, mangsa terkejut apabila mendapati api marak sedang membakar kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan.

Beliau berkata, pemeriksaan di tempat kejadian menemui tiga botol air mineral yang terbakar berisi cecair disyaki petrol.
“Setakat ini, tiada saksi melihat kejadian berkenaan dan belum ada sebarang tangkapan dibuat manakala kenderaan mangsa terbakar di bahagian depan,” katanya.

Katanya, polis masih menyiasat punca kejadian, tetapi tidak menolak ia berlaku disebabkan berlaku salah faham antara suspek dan mangsa yang berebut meletak kenderaan.
Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa ada bertengkar dengan dua lelaki di Seksyen 2, Desa Setapak, yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu meletak kenderaan di kawasan kedai miliknya sedangkan pada masa sama dia mahu menurunkan barang.

“Siasatan awal mendapati suspek melakukan perkara itu kerana tidak berpuas hati dan berniat untuk membalas dendam terhadap mangsa,” katanya.

Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem

Posted on the December 8th, 2012 under Tempatan by admin
Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.
Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.
Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.
Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

“Muhammad, mari sini” katanya.
“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.
“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.
“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.
“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.
“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.
“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.
“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.
Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.
Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.
Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.
Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.
Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.
Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.
Mahmood memarahi saya…
“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”
Apa yang mampu saya jawab hanyalah…
“berpecah, dan ramai yang berpecah…”
Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”
Ya, kurang rasa sensitiviti….
Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……
1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.
Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.
Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.
Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.
Tulisan itu berbunyi..
Decree For Malaysia
“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.
Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.
Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.
Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.
Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.
Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.
Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-
  1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.
  2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.
  3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.
  4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.
  5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.
  6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.
  7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.
Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.
“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
6 Disember 2012 jam 1.15 pagi
Patah sayap bertongkat paruh, Imemperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…
al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dah pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…
Ustaz Amin

Remaja maut terpelanting

PUTRAJAYA: “Saya nampak kereta itu terhuyung-hayang, kemudian terbabas dan melanggar tiang lampu di tengah pembahagi jalan,” kata seorang penunggang motosikal dikenali sebagai Mohd Rafi, 35, yang melihat kemalangan maut membabitkan sebuah Proton Perdana dipandu seorang remaja, Muhammad Azzeem Suhaimi Sulaiman, 17, di sini, semalam.
Menurutnya, kejadian di Persiaran Timur arah ke Dengkil itu berlaku ketika hujan lebat kira-kira jam 5 petang dengan mangsa terpelanting keluar dan mati di tempat kejadian manakala kereta dipandu terputus dua.

“Sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu berkenaan kereta itu memotong motosikal yang saya tunggang dari belakang dengan laju. Saya sendiri terperanjat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, malah mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengkebumian.

Mangsa cinta siber marah polis



KUALA LUMPUR: Seorang mangsa sindiket cinta Internet mengamuk memarahi pegawai polis yang menjalankan siasatan sebaik diberitahu dia menjadi mangsa penipuan ‘teman lelaki’ mayanya, malah turut memaksa polis ke Scotland untuk menemui lelaki terbabit yang dikatakan belajar di sebuah universiti.
Meskipun sudah diyakinkan dia ditipu lelaki Afrika melalui jerat cinta Internet namun mangsa enggan mengakui perkara itu sehingga bertindak emosional dan memarahi pegawai yang menjalankan soal siasat.

Difahamkan, mangsa berusia 25 tahun dan tidak bekerja itu mengenali seorang lelaki Mat Salih melalui laman sosial facebook, Oktober lalu sebelum lelaki terbabit berjanji untuk datang ke Malaysia bertemu mangsa.
Penolong Pengarah Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Asisten Komisioner Kamarudin Md Din berkata, mangsa tidak percaya dia menjadi mangsa jerat cinta Internet seperti yang dilaporkan akhbar dan sanggup bertegang urat mempertahan lelaki terbabit.

Menurutnya, mangsa kerugian RM5,000 selepas memasukkan wang berkenaan dalam akaun bank yang diberikan selepas percaya hadiah istimewa yang dikirimkan teman lelakinya ditahan kastam di lapangan terbang.

“Polis tidak menolak suspek anggota sindiket penipuan cinta Internet yang didalangi lelaki Afrika, tetapi menggunakan watak lelaki Mat Salih bagi mengaburi mangsa.
“Berdasarkan siasatan, mangsa mengaku raut wajahnya yang kurang menarik, tubuh badan yang sedikit gempal serta kurang bersosial antara alasan dia mengejar cinta melalui laman sosial dan Internet,” katanya.

Katanya, suspek berjanji menghantar hadiah kepada mangsa kononnya sebagai bukti kasih sayangnya dan memaklumkan dia datang ke Sabah dalam masa terdekat.

Ruang tamu penuh darah

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

TELUK INTAN: Seorang isteri pilu dan tergamam apabila mendapati suaminya mati dalam keadaan terbaring berlumuran darah di lantai ruang tamu rumah mereka di Pangsa Damai, Jalan Pasir Pendamar, di sini, pagi kelmarin.
Liow Yok Kwan, 34, menemui mayat suaminya, Cheong Soong Leong, 40, yang kaku dan lengkap berpakaian, kira-kira jam 10.30 pagi.

Menurut Yok Kwan, sebelum kejadian, suaminya melawat dia dan anak lelaki berusia setahun di rumah ibunya yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.
“Sebelum kejadian, saya pulang ke rumah ibu yang terletak tidak jauh dari rumah kami selepas anak lelaki kami demam dan memerlukan perhatian.

“Ketika suami datang melawat kami di rumah ibu, dia langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun sudah menganggur sejak tiga hari lalu.

“Cuma, dia ada meluahkan rasa tertekan dengan apa yang berlaku sebelum pulang ke rumah,” katanya.
Yok Kwan berkata, dia langsung tidak mengesyaki apa-apa akan berlaku terhadap suami yang pernah bekerja sebagai jurukimpal di sebuah kilang di daerah ini.

Menurutnya, sebaik pulang, dia terkejut apabila menemui mayat suami dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumahnya.
“Setahu saya, suami tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak dan tidak mempunyai apa-apa masalah walaupun sudah beberapa hari menganggur.

“Dia seorang yang lelaki penyayang dan kuat bekerja,” katanya sebak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan polis menemui beberapa kesan cedera di bahagian badan.

“Polis percaya mangsa mati di rumahnya selepas mengalami kecederaan di perut, leher dan pergelangan tangan kiri. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah membabitkan kejadian itu namun siasatan masih dijalankan.

Tak perasan peluru tembus pinggang



GEORGETOWN: “Saya tidak menyangka bunyi letupan kuat seperti mercun itu adalah bunyi tembakan yang mengenai serta hampir meragut nyawa saya,” kata seorang anggota sukarelawan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang cedera ditembak ketika menjalankan tugas cegah jenayah di depan Gereja St Ann, Bukit Mertajam, Seberang Prai Tengah (SPT), di sini, malam kelmarin.
Konstabel Adi Luqman Zainal, 27, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu, dia hanya menyangka letupan itu bunyi mercun, namun beberapa minit kemudian badannya berasa lemah dan sakit terutama di bahagian belakang.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat darah mengalir keluar dari bahagian pinggang.
Adi Luqman berkata, ketika kejadian, dia bersama tiga lagi rakannya termasuk dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan sebelum terserempak kelibat dua lelaki berusia antara 20 dan 30-an menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, ketika dia cuba menghampiri mereka, kedua-dua suspek cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal Honda EX5 dan bertindak mengejar sehingga beberapa meter sebelum tiba berhampiran gereja St Ann dia terdengar bunyi letupan.

“Selepas diperiksa dan melihatkan darah mengalir, saya rasa mungkin ditembak yang mengenai pinggang kiri serta menembusi belakang badan.
“Tembakan itu menyebabkan badan saya lemah dan tidak bermaya sebelum meminta bantuan rakan.

“Saya kemudian dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan awal, sebelum dihantar Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan dan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Adi Luqman berkata demikian ketika menerima kunjungan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar di Wad C10, HPP, di sini semalam. Turut hadir, bapa Adi Luqman, Zainal Abidin Che Rose.

Adi Luqman berkata, dia bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu walaupun kecewa kerana gagal memberkas kedua-dua suspek.

“Walaupun kecewa, tanggungjawab dan amanah yang diberikan ini akan saya teruskan, malah kejadian ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus membanteras jenayah,” katanya yang sudah berkhidmat selama empat tahun sebagai sukarelawan polis.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, pihaknya sudah menubuhkan pasukan khas diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nasir Salleh untuk melakukan siasatan terhadap kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya berbangga di atas keberanian Adi Luqman dan kejadian itu kali pertama berlaku ke atas anggota JPAM Pulau Pinang.

“Melalui pasukan khas ini kita percaya dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan untuk mengesan identiti kedua-dua suspek.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307, Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Budak maut akibat cedera dalam kepala



KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun meninggal dunia, kelmarin selepas bertarung nyawa lebih 24 jam akibat kecederaan kepala ketika dalam jagaan pengasuhnya.
Difahamkan, ibu kanak-kanak itu yang berusia 30 tahun menghantar mangsa, Nur Kailysah Jamaluddin ke Unit Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimaklumkan anak bongsu daripada enam beradik itu mengalami sesak nafas ketika berada di rumah pengasuhnya.

Sumber berkata, kejadian itu hanya diketahui ibu mangsa sebaik menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan mangsa sesak nafas.
“Terkejut dengan panggilan itu, wanita berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Hiliran Ampang, Pudu dan terus menghantar anaknya ke HKL.

“Bagaimanapun, ibu kanak-kanak itu terkejut selepas dimaklumkan doktor yang anaknya mengalami pendarahan dalam kepala selepas melakukan ujian imbasan selain kesan lebam di dahi,” katanya.

Katanya, doktor memaklumkan mangsa berada dalam keadaan kritikal.
“Ibu mangsa cuba mendapatkan penjelasan, namun pengasuh itu mendakwa tidak mengetahui punca mangsa mengalami masalah itu.

“Berikutan itu, polis yang menerima laporan daripada doktor yang memeriksa mangsa sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian itu,” katanya.
Menurutnya, mangsa dimasukkan ke HKL kira-kira jam 3 petang, 5 Disember lalu dan meninggal dunia kira-kira jam 4.55 petang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kanak-kanak berkenaan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala.

Menurutnya, pengasuh kanak-kanak berkenaan sudah dirakamkan keterangan, namun tiada tangkapan dilakukan.

Bunuh, buang ke longkang

Oleh Riaty Abada
hmkk@hmetro.com.my

SANDAKAN: Seorang gadis berusia 19 tahun ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan kesan tikaman pada badan dan mayatnya pula dihumban ke dalam longkang berhampiran bengkel motosikal di kawasan perindustrian Sedco, Batu Tiga, di sini, semalam.
Mayat mangsa, Arwidah Misran, 19, yang lengkap berpakaian, ditemui orang ramai yang lalu di kawasan itu dalam keadaan mengiring di dalam longkang dipenuhi air kumbahan dari kilang berhampiran pada jam 7 pagi.

Pemangku Ketua Polis Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali berkata, mangsa yang juga warga Filipina dipercayai mati beberapa jam sebelum ditemui akibat ditikam benda tajam di dada dan leher.
“Pemeriksaan menemui tujuh kesan tikaman pada tubuhnya selain wang dan jam tangan mangsa tidak dilarikan penjenayah,” katanya.

Fadzil berkata, polis menolak kemungkinan mangsa disamun dan masih mencari motif sebenar kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDK) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, pekerja bengkel berhampiran yang enggan dikenali berusia 30 tahun berkata, ketika mahu membuka bengkel, dia melihat orang ramai mengerumuni longkang berhampiran dan sebaik meninjau ke dalamnya, dia melihat tubuh seorang perempuan dalam keadaan mengiring.

“Terdapat beberapa kesan tikaman di badan mangsa termasuk dada dan leher,” katanya.
Katanya, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bekerja pada sebelah malam.

“Mangsa dijumpai dengan berbaju kemeja petak dan berseluar hitam,” katanya.

Rumah bertongkat kayu



PASIR MAS: “Setiap kali hujan, kami terpaksa duduk berkumpul di tepi pintu supaya mudah melarikan diri jika rumah runtuh,” kata suri rumah, Hazlina Hassan, 34, yang tinggal di rumah usang di Kampung Kubang Nyiur, Lemal, di sini sejak 17 tahun lalu akibat kemiskinan hidup.
Menurutnya, dia memberi tumpuan sepenuh masa menjaga enam anaknya di rumah berusia antara lima bulan dan 14 tahun manakala suami, Abdul Wahab Hamid, 39, bekerja sebagai buruh.

Katanya, dia tidak mampu melelapkan mata ketika dilanda angin kencang dan hujan lebat kerana sentiasa memikirkan keselamatan mereka sekeluarga.
Katanya, mereka juga terpaksa menahan kesejukan apabila terkena tempias hujan lebat.

“Tiada perkara lain merunsingkan fikiran apabila setiap masa terdetik rasa bimbang rumah ini mungkin runtuh kerana hampir keseluruhan rumah sudah usang,” katanya.

Tinjauan Harian Metro ke rumah keluarga itu semalam memang menyedihkan apabila struktur rumah senget hingga ditongkat dengan kayu selain bumbung bocor.
Rumah itu hanya mempunyai sebuah bilik dan tidak dilengkapi bilik air serta tandas menyebabkan mereka menumpang rumah jiran untuk menggunakan kemudahan asas itu.

Hazlina berkata, rumah itu berusia lebih 30 tahun selepas ditinggalkan bapa saudara kepada suaminya.
Katanya, kediaman itu tidak dapat dibaiki lagi kerana reput dan hanya menunggu masa runtuh.

“Sebelum ini kami pernah menerima bantuan zink, namun terpaksa menolak kerana tidak dapat dipasang akibat kayu reput.

“Pendapatan suami tidak menentu untuk menyediakan rumah lebih selesa kepada kami sekeluarga,” katanya.

Hari nikah bongkar rahsia

IPOH: Seorang wanita berketurunan Cina, Norbai’ah Mohamed atau nama asalnya, Yia Ah Heng, 46, yang dipelihara keluarga Melayu berhasrat bertemu keluarga asalnya selepas 46 tahun terpisah.
Norbai’ah, ibu kepada tiga anak berkata, dia berharap dapat menatap wajah kedua ibu bapa kandungnya sebelum kembali ke rahmatullah. Menurutnya, sudah lama dia mencari keluarga kandungnya yang dipercayai berasal dari Singapura, tetapi menemui jalan buntu kerana tidak mempunyai maklumat atau mengenali mana-mana ahli keluarganya itu.

“Saya hanya mengetahui status anak angkat pada hari pernikahan dengan suami kira-kira 20 tahun lalu. Ketika itu, saya terkejut dan tidak terfikir saya anak angkat dalam keluarga memandangkan sijil kelahiran saya sendiri adalah sijil kelahiran Malaysia.
“Begitupun, saya tidak terlalu mempersoalkan kedudukan itu memandangkan kasih sayang keluarga angkat tidak pernah kurang sejak kecil hingga dewasa,” katanya.

Norbai’ah berkata, keluarga asal menyerahkannya kepada keluarga angkatnya ketika dia berusia lima hari di Singapura, malah kedua-dua ibu dan bapa angkatnya, Allahyarham Muhammad Sirin dan Allahyarhamah Asmah Abd Manan sudah meninggal dunia lapan tahun lalu.

“Saya menghadapi masalah bertemu atau mengetahui siapa keluarga kandung saya kerana ibu bapa angkat saya (Muhammad Sirin dan Asmah Abd Manan) enggan mendedahkan perkara sebenar dan mendakwa saya anak kandung sehingga mereka meninggal dunia.
“Namun, saya semakin sangsi diri saya adalah anak angkat kerana menurut sijil lahir yang didaftarkan di Bukit Panjang, Singapura saya seorang berbangsa Cina,” katanya.

Dia yang sebelum ini menetap di Johor Bahru sebelum berpindah ke rumah suaminya di sini dan kini menjalankan perniagaan produk kecantikan secara kecil-kecilan.
Katanya, abang sulungnya juga anak angkat, manakala kakak dan adik lelakinya adalah anak sebenar keluarga angkatnya.

“Saya sudah lama berhasrat untuk mencari keluarga asal, tetapi atas faktor sering berpindah-randah sebelum ini dan arwah ayah angkat yang selalu sakit membuatkan saya terpaksa menangguhkan keinginan itu,” katanya pada sidang media di Biro Aduan MCA, di sini, semalam. Beberapa tahun lalu, dia pernah pergi ke selatan tanah air di Johor Bahru serta Singapura untuk menjejaki keluarga kandungnya, tetapi gagal kerana tiada penduduk mengenali mereka memandangkan maklumat yang terlalu terhad.

“Saya tidak memiliki sebarang gambar atau pengenalan diri mengenai keluarga kandungya melainkan sekeping surat daftar kelahiran yang disimpannya, namun tiada alamat lengkap.

“Jika mempunyai kesempatan dan izin Allah, saya ingin bertemu dengan keluarga kandung saya,” katanya.

Kopi tahi gajah jadi idaman



BANGKOK: Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia - dihasilkan daripada tahi gajah.
Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa.

Pemungut tahi gajah bergegas mengumpul bahan kumuhan gajah itu sebaik saja ia keluar dari tubuh haiwan berkenaan.
Walaupun sebilangan penggemar kopi mungkin menghadapi masalah loya, ia tidak menghalang produk berkenaan dijual pada harga begitu mahal di pasaran di seluruh dunia. Ketika ini, sekilogram kopi tahi gajah itu dijual pada harga kira-kira AS$1,100 (RM3,360).

Justeru, hanya penggemar tegar yang mampu menghirup kopi unik berkenaan. Penjualan kopi itu dilancarkan di hotel mewah terpilih di beberapa lokasi di seluruh dunia beberapa bulan lalu, bermula di utara Thailand, diikuti Maldives dan kini Abu Dhabi.

Secawan kopi tahi gajah itu dijual dengan harga AS$50 (RM153) Pencipta kopi itu, Blake Dinkin, berkata kajian saintifik mendorongnya menghasilkan kopi menggunakan sistem perkumuhan semula jadi gajah.
Dinkin - menghabiskan lebih RM900,000 untuk mengembangkan idea berkenaan - berkata, apabila gajah memakan buah kopi, asid dalam perut haiwan itu memecahkan protein yang menyebabkan rasa pahit dalam buah berkenaan “Akhirnya, anda menikmati minuman yang sangat lembut dan tanpa rasa pahit seperti kopi biasa,” katanya. Kopi itu dianggap sama seperti satu lagi kopi mahal ketika ini, di kenali sebagai Kopi Luwak, yang terhasil daripada proses perkumuhan musang. Masa antara 15 hingga 30 jam diperlukan untuk seekor gajah menghadam kopi berkenaan sebelum ia dikeluarkan secara semula jadi. Kata lelaki berasal dari Kanada itu, gajah juga diberi makan pisang, tebu dan pelbagai bahan lain. “Ia memberikan rasa tambahan yang menarik,” katanya. - DM

Menteri Sukan letak jawatan



JAKARTA: Menteri Sukan Indonesia meletak jawatan semalam selepas dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah melibatkan beratus juta dolar dalam satu skandal terbaru dalam parti pemerintah menjelang pilihan raya 2014.
Andi Mallarangeng adalah menteri pertama meletak jawatan atas dakwaan kes rasuah sejak Suruhanjaya Menentang Rasuah (KPK) mula beroperasi pada 2003 untuk membanteras rasuah yang berleluasa.

Perletakan jawatan Andi, yang sebelum ini jurucakap presiden, memberi malu kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang menang besar untuk penggal kedua pada 2009 atas platform menentang rasuah.
Indonesia menunjukkan peningkatan dalam memerangi rasuah sejak sedekad lalu tetapi nampaknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia semakin berkurangan.

Minggu ini, ia jatuh di kedudukan ke-118 daripada 176 negara yang dalam indeks tahunan Transparency International yang menilai keadaan rasuah negara di dunia.

Kelmarin, KPK mengumumkan Andi adalah suspek dalam kes pembinaan pusat sukan bernilai 2.5 trilion rupiah (RM797 juta).
“Sehubungan dengan pengumuman KPK itu... saya menemui Presiden dan memberikan surat perletakan jawatan sebagai Menteri Sukan, berkuatkuasa hari ini,” kata Andi yang kemudian menegaskan dia tidak bersalah.

Katanya, dia tidak mahu menjadi beban kepada Presiden dan Kabinet. Kerajaan perlu meneruskan tugas mereka dan perkara perundangan peribadi itu adalah tanggungjawabnya.
Susilo menerima perletakan jawatan Andi dan berkata dia menjadi “contoh baik di mana seseorang yang menghadapi masalah perundangan itu bimbang ia akan memberi kesan kepada tugasnya sebagai Menteri Sukan dan hal ehwal Kabinet.” KPK turut menamakan beberapa anggota parti Presiden sebagai suspek dalam beberapa kes sebelum ini. - Jakarta Post

Pelayan kapal mewah nyaris maut dibaham buaya



PERTH: Percutian seorang pelayan kapal mewah di Australia Barat baru-baru ini ternyata meninggalkan ‘kesan mendalam’ kepadanya apabila dia diserang buaya. Bagi Tara Hawkes, 23, dia sangat bersyukur kerana terselamat walaupun serangan reptilia ganas sepanjang tiga meter itu menyebabkan dia mengalami parut di pahanya.
Kata Tara, dia sedang mengayuh sampan di kolam air tawar di Dugong Bay ketika serangan berlaku.

“Tanpa disedari, buaya itu membaham paha kiri dan menarik saya ke dalam air.
“Saya tak mampu berbuat apa-apa dan buaya itu memperlakukan saya seperti anak patung mainan,” katanya.

Menyangka nyawanya akan melayang, Tara menjerit meminta tolong sekuat hati tetapi rakannya tidak berbuat apa-apa pada peringkat awal.

Sementara itu, rakan Tara, Al Sartori, berkata dia menyangka kejadian itu adalah antara helah Tara untuk mengenakannya.
“Hanya selepas ternampak air bertukar merah, barulah saya sedar Tara dalam bahaya,” katanya. Bersama seorang lelaki lain, Sartori berenang ke arah Tara.

Kata Sartori, dia terpaksa bergelut dengan buaya berkenaan sebelum kaki Tara dilepaskan dan wanita itu ditarik ke tebing.
Disebabkan hilang terlalu banyak darah, Tara terpaksa diterbangkan dengan helikopter ke hospital berhampiran.

Doktor menghabiskan masa selama empat jam untuk menyelamatkan kaki Tara. - TS

2 sami khayal dadah, tonton filem porno kena tahan



AYUTTHAYA: Dua sami ditahan polis atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh, memiliki pil methamphetamin (syabu), minuman keras, bahan porno dan pistol.
Polis berkata, Phra Suksawad Sutiyano 31, dan Phra Ponsit Prapatoh 42, ditangkap ketika sedang minum bir dan menonton filem porno di Wat Phra Ngam.

Anggota polis juga menemui pil syabu dan pistol dengan peluru di tempat tinggal sami itu.
Selepas disoal siasat, sami itu mengaku mengambil pil syabu sebelum berpesta. Mereka berkata, beberapa remaja tempatan menjual dadah itu kepada mereka dengan harga 150 baht (RM15) sebutir.

Polis menyerbu tempat tinggal Suksawad selepas menerima aduan daripada orang kampung dan Pejabat Lembaga Pengawalan Dadah (ONCB) mengenai kelakuan buruk sami itu.- Bangkok Post

BETULKE TAK BAHAYA....CAMTU LONGGOKKAN AJE MACAM BESI BURUK

Dayah hilang ikut mat rempit


INILAH laman Facebook milik Khairul yang dipercayai melarikan Dayah baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri kini dalam kesedihan apabila anak gadis mereka lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial, Facebook sejak seminggu lalu.
Raja Nor Hidayah Raja Roslan atau Dayah, 16, menghilangkan diri pada 1 Disember lalu selepas meminta izin daripada ibunya untuk membeli barangan keperluan di pusat beli-belah Jaya Jusco, Wangsa Maju.
Bapa gadis tersebut, Raja Roslan Raja Ahmad Hadzrawi, 39, berkata, kali terakhir dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Dayah ialah pada pukul 11 malam, hari yang sama.
“Sejak itu, saya sudah cari dia di seluruh Kuala Lumpur tapi tak jumpa,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Suami isteri berpura-pura mati



MARINA yang cedera parah bergelut dengan bekas pekerjanya dirawat di Hospital Umum Sarawak semalam.


KUCHING – “Aku tahu bila aku langkah keluar dari rumah ini kau akan panggil polis, jadi nak atau tak nak aku kena bunuh kau.”
Demikian kata-kata lelaki berusia 25 tahun yang mengamuk dan menawan pasangan bekas majikannya sebelum nekad mengelar leher kedua-dua mangsa iaitu Saad El-Sir El-Sadiq, 28, dan isterinya Marina Julai, 42, dalam kejadian di sebuah restoran makanan Arab di Jalan Rubber di sini semalam.
Semasa amukan pada pukul 4 pagi, Saad, seorang rakyat Sudan, manakala isterinya Marina yang berwarganegara Malaysia terlebih dulu ditawan oleh suspek yang baru kira-kira dua minggu diberhentikan kerja di restoran tersebut kerana masalah disiplin.
Mengimbas kejadian ngeri itu, Marina berkata, suaminya terjaga daripada tidur pada pukul 4 pagi sebelum dia masuk ke tandas untuk membuang air kecil.
Pasangan itu tidur di ruang hadapan restoran tersebut.
“Selang beberapa minit selepas suami pergi ke tandas, saya terdengar suara suami seolah-olah mengerang dan menjerit dari dapur.
“Saya bangun untuk memastikan apa yang berlaku dan apabila sampai di dapur saya ternampak kelibat seorang lelaki memakai kain pelikat dan menutup muka sambil memegang parang di tangan kanan manakala pisau di tangan kiri,” kata wanita itu ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini.

Penduduk teruja dapat sentuh bahan mentah kilang Lynas



MARSHAL bersama penduduk memegang bahan mentah lanthanide concentrate yang diproses menjadi nadir bumi di Kuantan semalam.


KUANTAN - Kira-kira 50 penduduk dan pengamal media di sini tidak menyangka mereka akhirnya dapat menyentuh sendiri bahan mentah lanthanide concentrate yang diproses untuk dijadikan nadir bumi tanpa sebarang kesan bahaya sebagaimana dihebohkan pembangkang.
Lebih menakjubkan, mereka menyentuh bahan mentah tersebut tanpa sarung tangan ketika pengurusan kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) Gebeng di sini mengadakan demonstrasi risiko radiasi bahan mentah tersebut semalam.
Semasa sesi itu, Penasihat Keselamatan Radiologi Lynas, Profesor Dr. Ismail Bahari menunjukkan aras sinaran dan risiko radiologi bahan mentah tersebut yang rendah berbanding bahan-bahan lain.
Nadir bumi merupakan bahan utama yang digunakan untuk membuat bateri, peralatan aeroangkasa, konduktor bersuhu tinggi, penapis gelombang mikro, kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, lensa kamera dan pelbagai lagi.

Serangan Israel ke Gaza menggunakan Bahan Radioaktif

Posted on the December 6th, 2012 under Luar Negara by admin

GAZA – Pakar ahli teknologi letupan yang juga ahli jawatankuasa dokumentasi kejahatan perang, Raed Hazim Abu Murad, mendedahkan bahawa Israel menggunakan bahan-bahan radioaktif dan senjata berat ketika melakukan serangan ke Gaza.
Abu Murad menyatakan senjata yang digunakan Israel untuk menyerang Gaza itu menggunakan bahan-bahan radioaktif seperti cloronium, copalt, aluminium, magnesium dan nikel.
”Bahan-bahan radioaktif tersebut mengandungi kepanasan dalam kisaran tujuh ribu darjah yang mempunyai daya ledak sangat dahsyat serta mampu merosakkan dan menghancurkan jasad para syuhada,” kata Abu Murad.

Dalam serangan Israel ke Gaza beberapa waktu lalu, tentera Israel menggunakan tiga senjata berat baru seperti tank Sabaes 2000 buatan Israel, roket 90 mlm, dan tank MK buatan Amerika yang mampu membawa satu tan bahan letupan.
Because Pahang desperate for the money ????..
If Western Australia refuses to allow its own Australian company Lynas to set up a rare earth processing plant, even though Australia is 23 times bigger than Ma
laysia, should not the Malaysian government learn from the lessons behind the Australian government's refusal? http://goo.gl/MV8kt
Kebimbangan radiasi menular di Gebeng
5:23PM Mac 9 2011
Pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, menurut laporan akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT).

NONEMenurut beberapa pakar yang dipetik dalam laporan itu, kebimbangan mula timbul berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek itu beroperasi.

Pusat penapiasan bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Mereka akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.

Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980an.

NONENYT memetik pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan sebagai berkata kelulusan diberikan kepada projek Lynas selepas melalui penilaian oleh pelbagai agensi kerajaan.

Katanya, bijih yang diimport dan sisa tanah itu akan mempunyai tahap radiasi yang rendah dan mampu dikendalikan dengan selamat.

“Kami telah mempunyai pengalaman dan tiada sesiapa yang akan diberikan sebarang kebebasan,” kata Raja Adnan yang merujuk kepada Bukit Merah.

NONENamun bagi seorang pengamal perubatan dan ahli toksilogi, Dr Jayabalan A Thambyappa, yang pernah merawat beberapa pesakit di Bukit Merah, beliau kurang yakin dengan kenyataan itu.

“Perkataan ‘rendah’ adalah semata-mata persepsi - ia adalah karsinogen,” katanya kepada NYT.

Di sebalik kebimbangan itu, kerajaan Malaysia cukup cenderung agar pusat pemprsosesan Lynas itu dibina dan telah menawarkan taraf perintis selama 12 tahun.
Lebih 100 anjur demo anti-sisa radioaktif

Kira-kira 100 orang berkumpul di depan simpang masuk ke bangunan  Parlimen kerana membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.
NONEMereka terdiri daripada beberpa penduduk sekitar Kuantan dan aktivitis termasuk dari NGO, Save Malaysia.

Mereka bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi.

Kumpulan yang membantah pusat penapisan yang  sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp itu datang dengan empat buah bas.

Mereka tiba di persimpangan parlimen sekitar jam 9.20 pagi dan kemudiannya mengadakan perbincangan dengan seorang pegawai polis.

Hasil perbincangan tersebut, 10 orang dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
NONEPenyokong lain pula dibenarkan berbaris di sepanjang jalan tanpa menganggu lalulintas dengan polis membuat barisan bagi membuat sekatan sekiranya mereka terus mara.
Kelihatan juga sekurang-kurangnya dua pacuan empat roda di simpang masuk ke parlimen dan tidak kurang 40 anggota polis di kawasan sekitar.

Aktivis pada hari ini juga mengibarkan poster dan kain rentang yang berbunyi: "Stop Lynas", "Hentikan Lynas".
Tidak selamat
Kira-kira jam 9.40 pagi, ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh keluar berbincang dengan seorang pegawai polis dan mendakwa kawasan tempat penyokong berkumpul adalah tidak selamat.

NONESehubungan itu, beliau mencadangkan supaya mereka berpindah ke tempat yang lebih selamat iaitu di atas pembahagi jalan masuk menuju ke parlimen.

Pihak polis membenarkan mereka menukar lokasi tetapi dengan syarat beberapa kain rentang tidak diboleh dikibarnya.

Sebaliknya mereka hanya dibenarkan membawa sepanduk dan poster.
Antaranya berbunyi " Stop Lynas", "Selamatkan Kuantan".

Penunjuk perasaan akur dengan arahan tersebut.

NONEBeberapa minit kemudian, polis mengarahkan mereka pula supaya tidak lagi mengibarkan poster. Sekali lagi, aktivis berkenaan akur dengan larangan berkenaan.
Kumpulan itu berbaris sehingga jam 10 pagi.

Semua aktivis yang membantah pembinaan loji penapisan itu kemudiannya mula bersurai dan menuju ke hadapan pintu masuk tugu negara - tempat mula-mula mereka berkumpul.
Perhimpunan aman
Sebelum bersurai, mereka melaungkan "Stop Lynas, Selamatkan Kuantan, Stop Radioactive dan Selamatkan Malaysia".
NONEHadir sama, adalah lima anggota Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam)  yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Mohamad Shaani dan perwakilan daripada Majlis Peguam turut hadir bagi memantau keadaan.
Perhimpunan hari ini diadakan secara aman. Tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan.
Sementara itu Fuziah ketika ditemui pemberita berkata beliau telah membangkitkan isu berkenaan sejak 2008.

NONEMenurutnya, selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari  bahaya bahan radioaktif.

"Pembuangan radioaktif itu di Kuantan, walaupun lima peratus, tetapi ia (boleh) memberi kesan seperti kanser dan kecacatan," katanya.
Pada 23 Mac lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif di Gebeng, itu adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.

Katanya, sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji Syarikat Lynas itu hanya mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah.

NONE"Berdasarkan piawaian antarabangsa yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sisa seperti ini ditakrifkan sebagai bukan sisa radioaktif tetapi merupakan sisa industri yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi,” kata Ongkili.
[GALERI FOTO]

Bahaya radioaktif, kilang nadir bumi perlu dihentikan di Gebeng



KENYATAAN MEDIA

15 Mac 2011

Pagi ini kita dikejutkan lagi dengan berita letupan ketiga di loji tenaga nuklear Daiichi di Fukushima, Jepun. Mengikut laporan agensi berita Reuters serta The New York Times, letupan di reaktor No 2 telah berlaku jam 6:14 pagi waktu Jepun dan kerosakan yang timbul mungkin bersifat lebih kritikal, lalu menyebabkan senario “full meltdown” semakin mungkin berlaku. Reuters menambah bahawa kadar radiasi sekitar loji nuklear tersebut telah meningkat empat kali ganda.

Oleh itu, saya berharap agar pihak Kerajaan Pusat bertindak lebih pantas tetapi tepat dalam menerangkan situasi sebenar di Jepun serta apakah akibat yang mungkin dialami rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Apakah peratusan kemungkinan radiasi dari loji tenaga nuklear ini akan tiba di Malaysia, berdasarkan senario “full meltdown”? Apakah langkah berjaga-jaga yang harus diambil rakyat Malaysia? Adakah Kerajaan Pusat benar-benar bersedia menghadapi situasi pencemaran nuklear yang mungkin terjadi?

Pada masa yang sama, Kerajaan Pusat wajib menghentikan dahulu sebarang perancangan untuk membina loji tenaga nuklear mahupun pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth refinery) di negara ini.

YB Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Kebimbangan RADIASI Menular Di Gebeng : DEMI UNTUNG, KERAJAAN SANGGUP KORBANKAN NYAWA RAKYAT?

Dua pertubuhan bukan kerajaan secara terbuka meluahkan bantahan mereka berhubung tindakan kerajaan meluluskan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, di Gebeng, Kuantan. Sehubungan itu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak kerajaan supaya segera membatalkan projek berkenaan.
"... amat khuatir dengan keputusan kerajaan negeri Pahang untuk meneruskan dengan cadangan kilang nadir bumi di Gebeng di sebalik hakikat bahawa kilang ini hanya menanti bencana untuk berlaku. Berdasarkan kepada semua risiko ini, adakah kerajaan bersedia untuk mengorbankan nyawa demi untuk mendapatkan keuntungan?" soal presiden dua pertubuhan itu, SM Mohamed Idris.

Menurutnya, SAM pada 2007 telah dijemput oleh kerajaan Terengganu untuk memberikan taklimat mengenai bahaya nadir bumi berdasarkan pengalamannya menangani pendedahan sisa radioaktif di Bukit Merah, Perak.


"Berikutan itu, projek berkenaan telah ditolak oleh kerajaan Terengganu.
Dalam tempoh tiga tahun lalu, CAP dan SAM membantah dengan bersungguh-sunguh cadangan kilang nadir bumi memandangkan potensinya kepada kesan alam sekitar dan kesihatan awam daripada radioaktif dan sisa berbahaya yang dihasilkan olehnya," katanya.


Mohamed Idris juga mempertikaikan tindakan kerajaan BN yang membisu berhubung projek bernilai RM700 juta itu. Katanya, lebih membimbangkan projek pemprosesan tanah jarang itu tidak memerlukan penilaian kesan alam sekitar lengkap.


"Penilaian kesan alam sekitar lengkap tidak diperlukan memandangkan terdapat kelemahan dalam undang-undang kita. Oleh itu tidak terdapat sebarang ruang bagi orang ramai untuk meneliti cadangan langkah pencegahan dan potensi risiko dan mengemukakan bantahan mereka.
"


"Syarikat itu menyatakan terdapat pendedahan paras rendah kepada radiasi. Keadaan ini amat membimbangkan memandangkan tidak terdapat paras selamat atau nilai ambang pendedahan radiasi pengionan.
Jangka panjang, pendedahan paras rendah (kronik) kepada radiasi amat berbahaya kerana tisu hidup dalam tubuh boleh mengalami kerosakan oleh radiasi pengionan," katanya.

Menurut Mohamed Idris, pendedahan kepada sisa radioaktif boleh menyumbang kepada peningkatan insiden leukaemia awal kanak-kanak, kanser, keguguran, mencacatkan system imun dengan bilangan sel darah putih rendah yang luar biasa, paras plumbum yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang boleh membawa kepada keracunan plumbum.


"Kanak-kanak lebih mudah terjejas kepada kesan bahaya bencana radiasi berbanding penduduk umum kerana tubuh mereka menyerap dan memetabolismekan bahan secara berbeza, dan kerana mereka lebih cenderung mendapat kanser tertentu daripada pendedahan itu.
Terdapat juga kemungkinan yang tinggi bahawa kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa yang terdedah kepada radiasi boleh terjejas oleh pendedahan itu juga," katanya.

Menurutnya, isu lain yang dikhuatirkan ialah tidak terdapat cara yang selamat untuk melupuskan sisa yang dijana daripada loji penapisan itu. Justeru, kerajaan kata Mohamed Idris perlu menjawab sama ada mereka bersedia mengorbankan nyawa rakyat demi mendapatkan keuntungan.

Gempa bumi kuat di timur laut Jepun


BEBERAPA anggota bomba membuat rayuan bagi meminta penduduk berpindah ekoran kejadian gempa bumi di Rikuzentakata, timur laut Jepun semalam.


TOKYO - Tsunami setinggi satu meter dilaporkan melanda timur laut Jepun semalam selepas gempa bumi kuat berlaku sehingga mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke tempat yang selamat.
Beberapa buah bangunan tinggi di Jepun berhayun selama beberapa minit. Stesen-stesen penyiaran turut meminta penduduk yang tinggal di pesisiran pantai untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi apabila gegaran gempa bumi tersebut dapat dirasakan di timur laut negara ini.
Perkhidmatan telefon mengalami 'kesesakan' akibat bilangan panggilan yang dibuat terlalu banyak.
Bagaimanapun, amaran tsunami itu kemudian ditarik balik pada pukul 7.20 malam waktu tempatan dua jam selepas gempa bumi tersebut berlaku.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi yang berlaku pada pukul 5.18 petang itu berukuran 7.3 pada skala Richter.
Ahli-ahli meteorologi menyatakan tsunami setinggi satu meter itu berlaku di bandar Ishinomaki pada pukul 6.02 petang waktu tempatan.
Pada 11 Mac 2011, bandar itu dilanda tsunami sehingga mengakibatkan kemusnahan yang besar.
Gempa bumi tersebut mengakibatkan 19,000 orang terbunuh dan 325,000 lagi hilang tempat tinggal ekoran kekuatannya ialah 9.0 Richter.
Tiada laporan tentang kematian ekoran kejadian gempa bumi terbaharu itu.
Bagaimanapun, tiga orang dilaporkan cedera ringan di timur Jepun.
Beberapa tsunami kecil dilaporkan turut berlaku termasuk setinggi 40 sentimeter di bandar Soma.
Menurut stesen penyiaran NHK, kira-kira 5,000 orang berpindah ke kawasan lebih selamat di Miyagi, timur laut Jepun.
Stesen penyiaran tersebut juga meminta orang berpindah dengan mengimbas kembali kejadian tsunami yang berlaku pada Mac tahun lalu.
Gempa bumi itu berlaku 36 kilometer (km) di bawah dasar Lautan Paisifik dan berpusat 284km ke timur Sendai.
Dua lagi gempa bumi susulan yang berukuran 6.2 dan 5.5 Richter turut berlaku.
Seorang sukarelawan di sebuah pusat pemulihan gempa bumi di Minami-Sanriku, Aiko Hibiya berkata, dia berada di rumah rakannya ketika gempa bumi tersebut berlaku.
"Gegaran gempa bumi itu berlaku bagi tempoh yang lama," katanya.
Gempa bumi itu juga tidak menjejaskan loji tenaga nuklear yang dikendalikan oleh Syarikat Tokyo Electric Power Co.
Sebelum ini sebuah loji nuklear di Fukushima rosak akibat tsunami yang berlaku pada 11 Mac tahun lalu. - Agensi

Didakwa tipu Maybank RM67 juta



HAN KOOK (tengah) dituduh menipu sebuah bank di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang merupakan bekas pengarah dan bekas ketua pegawai operasi Koperasi Permodalan Felda Quality (KPFQ) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 134 tuduhan menipu Malayan Banking Berhad (MBB) membabitkan lebih RM67 juta tahun lalu.
Bagaimanapun, Datuk Tan Han Kook, 58, dan Ching Siew Cheong, 50, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Mereka didakwa menipu pegawai MBB dengan mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan 'Banker Acceptance'.
Tindakan itu mendorong bank memindahkan wang tersebut ke dalam tiga akaun syarikat iaitu Asia Food Link Sdn. Bhd. (anak syarikat Silver Bird Group Sdn. Bhd.) dan Violet Bonanza Sdn. Bhd. serta Stanson Marketing Sdn. Bhd. yang kedua-duanya merupakan anak syarikat KPFQ.

Saki-baki Geng Mamak



TUN HISAN menunjukkan sehelai baju mempunyai logo CUEPACS yang dirampas daripada lima penjenayah pada sidang akhbar di Ampang Jaya semalam.


AMPANG JAYA - Lima penjenayah yang diberkas selepas merempuh sekatan jalan di Water Front City, Ampang di sini kelmarin disyaki saki-baki ahli sindiket mencuri kereta profesional bergelar Geng Mamak.
Andaian itu dibuat selepas polis menemui beberapa keping nombor pendaftaran kereta palsu, walkie-talkie, pedang samurai, gari dan sehelai baju mempunyai logo Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah.
Peralatan itu sama dengan modus operandi digunakan oleh Geng Mamak untuk mencuri kereta, samun dan pecah rumah yang pernah ditumpaskan polis dengan menahan ketuanya, Mohd. Yusof Abu Bakar, 46, bersama 39 anggota asalnya pada 2005.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai sejauh mana kaitan lima penjenayah berusia antara 23 hingga 48 tahun itu dengan geng tersebut.
"Semalam, salah seorang daripada lima suspek itu cedera akibat terkena tembakan. Dia dikehendaki berhubung kes pecah rumah di Kota Damansara, Selangor dan mempunyai enam rekod jenayah.
"Empat lagi rakannya juga mempunyai pelbagai rekod jenayah berkaitan samun bersenjata dan curi kereta di Lembah Klang dan Pahang," katanya pada sidang akhbar di sini.
Semalam Kosmo! melaporkan lima penjenayah menaiki sebuah kereta Mercedes ditahan polis selepas dikejar sejauh empat kilometer pada pukul 11.20 pagi di Taman Megah 1, Ampang di sini. Sebelum itu, mereka telah merempuh satu sekatan jalan di Water Front City.
Ketika mengejar, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan hingga mengakibatkan kereta itu terbabas di sebuah rumah di taman tersebut. Semakan mendapati kereta itu dicuri pada 2009.
Menurut Tun Hissan, salah satu tembakan itu mengenai bahu pemandu kereta tersebut manakala empat yang lain tidak cedera.
Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang pernah menjadi mangsa penjenayah yang menyamar sebagai penjawat awam dengan memakai baju berlogo CUEPACS supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Gagal seludup ketum ke Thailand



ZULL AZNAM (dua dari kanan) menunjukkan sejumlah bungkusan daun ketum yang cuba diseludup ke Thailand di Kangar semalam.


KANGAR - Hasrat seorang peniaga untuk mendapat keuntungan berganda dengan menyeludup sejumlah 768 bungkus daun ketum ke negara jiran tidak menjadi kenyataan apabila dia dicekup di sini baru-baru ini.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, peniaga dari negara jiran berusia 42 tahun tersebut menyembunyikan daun ketum seberat 55 kilogram di dalam kenderaan pikap jenis Toyota Hilux yang dipandunya menuju ke Padang Besar sebelum ditahan oleh polis di Jalan Sekolah Derma, di sini.
Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, pemeriksaan lanjut mendapati daun ketum terbabit disembunyikan di belakang tempat duduk penumpang dan bahagian kabin kenderaan pikap terbabit yang tertutup.
"Peniaga itu mengakui membelanjakan wang sebanyak RM600 bagi membeli barangan tersebut di sekitar negeri ini untuk dibawa masuk ke Thailand.
"Dia melakukan kerja tersebut dengan harapan mendapat duit yang lebih kerana daun ketum mempunyai permintaan yang tinggi selain untung yang berlipat ganda di negara jiran tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Zull Aznam, hasil ujian saringan air kencing ke atas peniaga itu, dia didapati positif dadah jenis 'Meth' dan suspek ditahan reman sehingga 10 Disember ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
"Jika didapati bersalah, dia boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada empat tahun atau kedua-dua sekali," ujarnya.
Jelasnya, nilai daun ketum di negara jiran dianggarkan boleh mencecah sehingga RM100 bagi sekilogram ekoran kesukaran mendapatkan barangan terbabit selain pihak berkuasa di sana melarang tumbuhan tersebut ditanam.

Padah jadi pemandu kereta sapu



CHE HASNI (kiri) bersama penguat kuasa SPAD memeriksa barangan penumpang yang menaiki kereta sapu di LCCT kelmarin.


SEPANG - Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.Itu peribahasa sesuai menggambarkan nasib seorang pemandu syarikat swasta yang ditahan dalam operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menjadi pemandu kereta sapu di Terminal Tambang Murah (LCCT) di sini malam kelmarin.
Selepas ditahan kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki terbabit menyesal dan mengakui tindakan itu memakan diri.
"Saya harap pemandu kereta sapu yang lain tidak meneruskan perbuatan ini kerana hanya merugikan diri sendiri.
"Saya tahu tindakan ini menyalahi undang-undang dan menyesal kerana menjejaskan nama baik syarikat saya bekerja," katanya.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, lelaki tersebut salah seorang daripada tiga pemilik kenderaan persendirian dan seorang ulat teksi yang ditahan dalam operasi SPAD selama 10 jam bermula pukul 4 petang kelmarin.
"Lelaki terbabit berdepan dengan risiko dibuang kerja akibat tindakannya menggunakan kenderaan syarikat dan menawarkan perkhidmatan kereta sapu bagi mencari pendapatan sampingan," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.
Menurut Che Hasni, mereka yang ditahan menggunakan kenderaan syarikat boleh didakwa di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Orang awam yang menggunakan kenderaan sendiri untuk tujuan yang sama pula boleh didakwa di bawah Seksyen 16 akta yang sama membawa kepada hukuman RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, menurutnya, kegiatan kereta sapu bukan sahaja menjejaskan imej negara malah membahayakan nyawa penumpang kerana tiada insurans perlindungan.
"Caj yang dikenakan pula sekali ganda lebih mahal berbanding perkhidmatan teksi menggunakan meter," katanya ketika ditemui kelmarin.
Menurutnya, ada kereta sapu yang mengenakan caj dari LCCT ke pusat bandar raya sebanyak RM200 sedangkan caj teksi meter hanya RM85 sahaja.

Pemimpin Hamas dalam buangan kembali ke Gaza

RAFAH - Pemimpin Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal telah melintasi sempadan ke Genting Gaza semalam dalam lawatan pertamanya ke Palestin.
Meshaal terus mencium tanah dan berharap suatu hari nanti dia dapat berjuang dan mati syahid di wilayah ini.
Dia yang ditemani timbalannya, Mussa Abu Marzuk dan beberapa pemimpin kanan pertubuhan itu menaiki sebuah kenderaan melepasi sempadan Gaza. Meshaal kemudian mencium tanah bumi Palestin lalu memeluk Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
Lawatan Meshaal itu dilakukan dua minggu selepas berakhirnya konflik dengan rejim Zionis yang berlaku pada 14 bulan lalu.
Ketika konflik itu, serangan udara yang dilakukan tentera Israel telah mengorbankan seorang pemimpin tertinggi pergerakan Hamas, Ahmed Jabari.
Sejurus tiba, Meshaal telah dibawa untuk melihat bangkai kereta yang dinaiki Jabari yang masih ada.
Bangkai kereta itu telah dibawa khas ke Rafah sempena kepulangan Meshaal itu.
Ahmed mati selepas keretanya itu diserang dengan peluru berpandu.
"Saya berharap Tuhan akan memakbulkan permintaan saya untuk mati syahid di atas tanah Palestin di Gaza," katanya. - AFP

Anjing dilatih pandu kereta



GINNY berada di tempat duduk pemandu sebuah kereta.


WELLINGTON - Anjing-anjing di New Zealand diajar cara untuk memandu kereta dengan memusingkan stereng, menekan brek dan pedal minyak.
Idea melatih anjing itu dikemukakan oleh agensi pengiklanan DraftFCB dengan kerjasama syarikat kereta Mini dan pihak Persatuan Pencegahan Kekejaman Haiwan (SPCA) yang beribu pejabat di Auckland.
Buat masa ini, tiga ekor anjing yang bernama Porter, Monty dan Ginny dilatih selama dua bulan oleh pelatih haiwan, Mark Vette.
Vette melatih haiwan tersebut cara untuk memandu dengan menggunakan sebuah 'kereta beroda' kecil yang mengandungi tempat duduk, stereng dan papan pemuka.
Anjing itu duduk di atas kerusi dengan memakai abah-abah keselamatan, memusingkan stereng, menekan brek dan minyak.
Papan pemuka 'kereta' itu dicipta khas supaya ia mempunyai pedal brek dan minyak.
Anjing-anjing tersebut akan menjalani 'ujian memandu' yang akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen di negara ini pada Isnin ini.
Projek itu bertujuan bagi meningkatkan pengambilan anjing oleh orang ramai dari pusat perlindungan haiwan untuk dipulihara. - Agensi

Kopi najis gajah di utara Thailand



ISTERI seorang pengembala gajah mengambil biji kopi daripada najis haiwan itu.


BANGKOK - Kira-kira 20 ekor gajah mengeluarkan najis yang mengandungi biji kopi di sebuah pusat pemuliharaan haiwan itu di wilayah Chiang Rai, utara Thailand.
Gajah-gajah itu diberikan makan biji kopi yang kemudian dikeluarkan bersama najis haiwan tersebut.
Biji kopi itu dijual pada harga AS$1,100 (RM3,361) bagi setiap satu kilogram (kg) yang merupakan antara yang termahal di dunia.
Kopi yang dihasilkan daripada najis haiwan itu dikenali sebagai Black Ivory.
Beberapa hotel mewah di dunia menawarkan minuman tersebut kepada para pelanggan pada bulan lalu yang bermula di utara Thailand diikuti Maldives dan kini Emiriyah Arab Bersatu.
Harga untuk secawan kopi itu ialah AS$50 (RM152.77).
"Apabila seekor gajah memakan biji kopi, perut haiwan itu menguraikan protein yang terdapat pada kopi yang menjadi punca utama ia menjadi pahit," kata Blake Dinkin yang membelanjakan AS$300,000 (RM916,649) untuk memajukan penghasilan kopi tersebut.
Sebelum mengemukakan cadangan kepada Yayasan Gajah Segi Tiga Emas yang mengendalikan pusat pemuliharaan itu, Dinkin menyatakan dia bekerjasama dengan seorang pakar haiwan yang berpangkalan di Kanada untuk melakukan ujian darah di beberapa zoo gajah.
Ujian itu menunjukkan gajah-gajah berkenaan tidak menyerap sebarang bahan kafeina kerana memakan biji kopi.
Menurutnya, gajah memakan 33kg biji kopi untuk menghasilkan 1kg kopi Black Ivory.
"Rasa kopi itu menakjubkan," kata isteri seorang warga Amerika Syarikat, Asleigh Nelson di sebuah hotel.
Sebelum ini, Indonesia turut terkenal dengan kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang.- Agensi

Bangkai ikan paus di Malibu mula berbau busuk



BANGKAI ikan paus sirip terdampar di sebuah pantai di Malibu kelmarin.


MALIBU, California - Bangkai seekor ikan paus sirip seberat 18,143 kilogram terdampar di sebuah pantai dekat dua buah rumah selebriti Hollywood di sini sejak Isnin lalu.
Sehingga kelmarin, bangkai itu mengeluarkan bau yang busuk.
Ikan paus jantan tersebut terdampar dekat rumah aktres terkenal, Barbra Streisand dan penyanyi Bob Dylan.
Haiwan marin itu dipercayai mati akibat dilanggar sebuah kapal.
Beberapa anggota pengawal pantai cuba untuk menolak bangkai tersebut ke laut.
Jabatan Pantai dan Pelabuhan Daerah Los Angeles menyatakan, pihaknya tidak bertanggungjawab melakukan kerja-kerja pembersihan untuk membuang bangkai itu kerana ia berlaku di pantai persendirian yang berada dalam kawalan pemilik beberapa buah rumah. - Agensi